Story Structure
3 cerita (ensemble film) yg bergerak bersama2 serentak ke depan (1 time-frame tru linear-storytelling) ditayangkan secara giliran dlm anyaman yg sangat bagus! Ia sebuah filem yg mambawa isu yg sgt berat tetapi berjaya dipersembahkan dlm penceritaan yg menyerap ke dlm jiwa lagi mengujakan minda! It's contagious! Ia akan menghantui anda!

Salma - poligami yg near perfect!
Siti - poligami yg near disaster!
Ming - poligami yg terperangkap!

Time-frame ketiga-tiga cerita aku anggarkan berlaku dlm 10 tahun serentak:

1. Salma mendahului sbg pembuka cerita iaitu 10 tahun yg lalu (bukan flashback iaitu linear storytelling) dimana dia mengetahui dimadukan, bergerak ke depan sehingga berlakunya tragedi tsunami Acheh.

2. Siti datang ke Jakarta mungkin 5-6 tahun yg lalu, bergerak ke depan juga berakhir dgn tragedi tsunami Acheh.

3. Ming mula bekerja di restoren mungkin di antara cerita Salma & Siti, mungkin 6-7 tahun yg lalu bergerak ke depan sehingga tragedi tsunami Acheh.

Ketiga-tiga cerita menggunakan 3-act-structure bagi setiap cerita masing2 (aku akan ulas yg ni after tonton lagi sekali)

Bagi aku, kalau dilihat sebagai sebuah filem tanpa memisahkan ketiga-tiga cerita, aku dpt simpulkan bahawa:

Salma (act-1) >> Siti (act-2) >> Ming (act-3)

Salma (set-up) >> Siti (confrontation) >> Ming (resolution)

Salma (beginning/kepala) >> Siti (middle/badan) >> Ming (end/ekor)

Apakah acuan filem ini? (Plot/Structure) Aku kena tanya Nia Dinata sendiri BUT mungkin filem2 berikut adalah rujukan yg terdekat:

If These Walls Could Talk (1996) - A trilogy of stories set in the same house, but with different occupants and spanning over 40 years, deals with various women and moral crisis over unexpected pregnancies and their choice of abortion. In 1952, when abortion was illegal, a nurse deals with her unexpected pregnancy and takes drastic measures to get one. In 1974 a family housewife with four children discovers that she's pregnant and decides she can't handle another child to raise. In 1996, a pregnant college student decides on an abortion, but doesn't realize the means to go through to get one.

The Hours (2002) - The film concerns three women each suffering from depression. In 1923 England, ailing novelist Virginia Woolf (Nicole Kidman) is starting to write her novel, 'Mrs. Dalloway', under the care of doctors and family. In 1951 Los Angeles, Laura Brown (Julianne Moore) is a pregnant housewife whom is planning for her husband's birthday, but is preoccupied with reading Woolf's novel. In 2001 New York, Clarrisa Vaughn (Meryl Streep) is a lesbian publisher planning an award party for her friend, an author dying of AIDS. Taking place over one day, all three stories are interconnected with the novel mentioned before, as one is writing it, one is reading it, and one is living it.

Go (1999) - 'Go' is set mostly during one long Christmas Eve in the lives of a group of young adults on the events surrounding a drug deal in Los Angeles replayed three different times from three different views.

Crimes and Misdemeanors (1989) - In two seperate stories of adultery; a New York doctor (Martin Landau) resorts to desperate measures to cover up his long-term adulterous affair. An unhappily married documentary filmmaker (Woody Allen) fights an adulterous temptation while making his latest documentary on a TV producer.

Voice-over Narration

Naratif secara V/O adalah salah satu cara utk menerangkan exposition. Spt juga flashback, hasil karangan dlm sesebuah skrip filem menggunakan V/O hanya ada 2 kemungkinan samada ditulis dgn baik atau sebaliknya akan mencaca-marbakan lagi penceritaan iaitu ia akan menjadi redundant; misalnya:
FADE IN:
INT.BILIK PEJABAT - DAY
Kelihatan Shah sedang terkocoh-kocoh menaip dan mengklik butang2 kekunci di komputer ribanya. Terpapar jelas di skrin komputer itu bentuk2 grafik berwarna-warni menggunakan software Photoshop & Illustrator.
SHAH (V/O)
Aku perlu menyiapkan lukisan grafik ini segera!
FADE OUT.
Itulah yg dipanggil redundant scene! V/O tidak perlu! Naratif dlm btk Show, Don't Tell sudah memadai. Tetapi dlm filem Berbagi Suami, V/O ketiga-tiga watak; Salma, Siti dan Ming perlu digunakan sbg counterpoint iaitu menerangkan apa yg tersirat di sebalik yg tersurat dlm setiap babak2 yg mereka lalui. Pd pendapat aku, penggunaan V/O dlm filem ini sangat berkesan & menjadikan khalayak lebih memahami apa yg berlaku dlm babak2 yg di paparkan.

Character & Characterization

Dlm Berbagi Suami, ada 3 protagonist utk setiap cerita secara bergiliran. Wow factor! filem ini ialah kepandaian penulis skrip/pengarah menggarap ketertonjolan setiap protagonist mengikut sekuen cerita siapa yg khalayak tonton per segmen? Maksud aku,
Cerita 1: Salma is protagonist, Siti & Ming - extra/cameo
Cerita 2: Siti is protagonist, Salma & Ming - extra/cameo
Cerita 3: Ming is protagonist, Salma & Siti - extra/cameo
Ia dilakukan dgn memisahkan ketiga-tiga cerita mengikut point-of-view siapa protagonist yg hendak bercerita dlm V/O. Anda akan lihat ketiga-tiga watak sebenarnya bertemu (intersect) dlm ketiga-tiga cerita dlm babak2 yg brilliant melalui pertembungan lokasi; klinik, restoren & perumahan murah. Pertembungan juga melalui interaksi secara terus; doktor-pesakit, pelayan-pelanggan restoren, pemberian teddybear pd ank kecil.
Next soalan, siapakah/apakah antagonist dlm ketiga-tiga cerita? Pd pndpt aku, dlm filem ini tiada antagonist dlm btk watak tetapi poligami itu sendiri adalah antagonism kpd ketiga-tiga watak. Ya! anda akan bertanya bagaimana dgn watak2 sekeliling protagonist? Mereka adalah watak2 lawan yg menopengkan poligami! iaitu penghuraian, persoalan & permasalahan poligami. Watak2 ini menjadi cermin kpd protagonist iaitu satu cara utk menerangkan exposition selain V/O. Huraian aku, Nadim ialah penyalur rasa ketidakpuashatian Salma melalui dialog2 rebel dan sarcastic dr mulut Nadim kpd ayahnya. Dwi ialah nafsu tersembunyi dlm diri Siti. Manakala Ming menggunakan perhatian Firman utk mengejar impiannya menjadi seorg bintang filem.
Filem ini berteraskan character's driven dimana tunggak setiap cerita dipikul oleh Salma, Siti & Ming secara bergiliran. Setiap cerita mengheret emosi khalayak melalui empathy kpd setiap protagonist. Maksudnya, kita sbg penonton akan merasai apa yg protagonist rasakan di dlm sanubari mereka di sepanjang poligami itu walaupun secara zahirnya kita menidakkan perwatakan spt Salma, Siti atau Ming di dlm diri kita sendiri. Ujikaji? Imaginasikan situasi sbg isteri tua spt Salma yg selama ini merasakan bahawa dirinya sudah sempurna sebagai seorg isteri tetapi dimadukan juga akhirnya? Bayangkan sekiranya anda berada di dlm keadaan Siti yg tinggal serumah dgn 2 org lagi madunya? Renungkan seandainya kita menjadi Ming yg menjadi seolah-olah perempuan simpanan sedangkan dia seorg isteri ke-2 yg sah? Sejauh manakah anda mampu bertahan dan bersabar? Suatu dilema berpoligami yg sukar dilalui hari demi hari yg ternyata amat sukar di dlm dunia realiti khalayak; kita tidak mampu utk sekuat atau setabah mereka. Melalui empathy inilah khalayak terasa begitu dekat dgn ketiga-tiga protagonist lalu menyokong setiap geri-laku tindakan yg mereka laksanakan dlm cerita masing2. Hasilnya, keseronokan utk mengetahui sejauh manakah mereka sanggup pergi utk mendepani isu poligami akan mencetuskan suatu pengalaman menonton yg memuaskan hati khalayak apabila setiap cerita ditamatkan.