Original link: 

oleh Ajami Hashim

Kuntilanak (2006) filem seram Indonesia arahan ke-2 Rizal Mantovani selepas Jelangkung (2001). Cerita asal oleh Rizal sendiri dan lakonlayar oleh Ve Handojo. Kuntilanak diedarkan oleh Tayangan Unggul dan mula ditayangkan di pawagam pada 18 Jan 2007 (hari Khamis, mlm Jumaat!). Fanatik filem2 genre seram hantu semestinya sudah arif dgn struktur cerita/naratif pengulangan kisah latar filem sebegini - cliche & predictable! Sekali-sekala muncul filem seram terbaru yg terasa segar dari segi persembahannya dan inilah yg berjaya dilakukan oleh Kuntilanak. Ia berhasil kerana hook ber-acuan-kan what is going to happen next? atau the range of things than can happen next? yg dijalin dgn anyaman sejarah kuntilanak (atau mitos?) yg meyakinkan dan penyuntingan filem terkini ala Korea, Jepun dan Thailand.

Amnya, sesebuah filem seram hanyalah berbeza dari kulit luarannya tetapi masih sama isi struktur cerita/naratifnya - beza tapi sama! Apakah yg aku maksudkan? Dlm buku The Philosophy of Horror (pg. 97-104) oleh Noell Carrol, beliau men-sekuen-kan 4 fungsi sesebuah karya seram iaitu:

1. onset (mukadimah) - Memperkenalkan subjek seram (kuntilanak) iaitu asal-usul (backstory), pemastian (establish) dan maklumat (exposition). Ada 2 cara pilihan onset iaitu:

a. thriller - khalayak tahu pasal kewujudan & kecelakaan yg bakal dilakukan oleh kuntilanak sebelum watak2 tahu; kita tahu dahulu bahawa kuntilanak & kesannya akan benar2 wujud dlm filem (sah2 tajuknya Kuntilanak!) manakala Sam belum tahu apa yg bakal ditemui di rumah itu.

b. mystery - khalayak & watak2 bergerak serentak; kita tahu atau tidak tahu pasal makhluk pd waktu yg sama dgn watak2; kita & Sam diberikan taklimat oleh Bu Yanti ala2 tourist-guide yg panjang-lebar mengenai peraturan2 rumah & kisah empunya rumah iaitu keluarga besar nigrat Jawa - Mangkujiwo, kisah kuntilanak yg kononnya sekadar mitos, sebuah lagu Jawa menyeru kuntilanak, perihal pokok besar dan etc! (exposition tahap buku sejarah!)

Dari onset, timbul soalan2 iaitu apakah kaitan trauma mimpi2 Sam? apakah sebenarnya kuasa yg merasuk diri Sam? apakah kaitan Sam vs kuntilanak vs rumah vs keluarga vs mimpi? Kuntilanak berjaya meng-hook dgn suspen kerana khalayak sudah mendapat gambaran kasar apa yg bakal ditemui seterusnya dan sesungguhnya kita tahu kesemua mitos itu BENAR!

2. discovery (penemuan) - Kesemua set-up yg diwar2kan dlm onset akan dijawab dgn penemuan2 yg Sam lalui satu-persatu bersama khalayak. Inilah intipati seram filem ini iaitu sekuel Sam tanpa sedar menyeru kuntilanak & visual2 modus-operandi kuntilanak yg menjadi hamba suruhannya (yg juga mencarutkan mulut aku bbp kali tanpa sengaja dgn prktaan b**i!) Dlm btk apa? Korang tengok sendirilah! Penemuan juga diberikan dlm btk sub-plot oleh rakan sekelas Agung yg obses dgn alam mistik siap dgn rujukan buku, lukisan & cerita lisan yg tiada Sam ketahui dimana info ini hanya utk khalayak shj menjadikan kita 1 langkah di depan Sam sbg teknik penceritaan seram extra flavour!

3. confirmation (pengesahan) - Penemuan2 di atas akan diikuti oleh pengesahan juga klimak jawapan penuh 100% kpd soalan2 dr onset & discovery. Watak Sri Sukmarahimi Mangkoedjiwo ialah ensiklopedia kuntilanak seumpama pensyarah tak bertauliah kpd Sam & khalayak utk menghuraikan semua persoalan pokok filem ini! ya! SEMUA persoalan2 di atas.

4. confrontation (perhitungan akhir) - Ini ialah konklusi kpd persoalan2 di atas? Menang atau kalah? Hidup atau mati? The showdown! The full circle! The payback time! Sam dan khalayak sudah graduate bersama2 dgn cemerlang dimana segala ilmu & misteri kuntilanak sudah dlm kepala hotak Sam & kita! Inilah kesudahan yg dinanti2kan oleh khalayak! Pada pendapat aku, babak2 akhir ini kesemuanya pay-off utk setiap set-up di awal2 cerita. Ia menjawab: Apakah fungsi sebenar batu, gunting & pinggan? Cara bagaimana nak nyanyi lagu Jawa dgn pitching & feel yg betul? Adakah Love Conquers All? (bukan yg satu itu ok!)
Nota:

Yg aku gemar:
~babak Sam kerasukan vs Agung di siang2 buta! ya! waktu SIANG!
~suntingan audio & visual mantap!
~kerja kamera sgt bagus & rajin - e.g. babak simple 'remaja dlm bilik sedang menilik tangan' - punyalah byk2 angle/cuts!
~ini bukan hantu indon yg tipikal mcm Suzzanna: Sundel Bolong 80's series!

Yg aku kurang gemar:
~sub-plot rakan Agung yg sgt pakar dlm alam mistik - tak dipakai di hujung cerita!
~rumah & sekitarnya itu terlalu seram - mustahil! maha mustahil ada org nak sewa!
~kenapa ayah tiri yg jahat itu bukan 1st-list kuntilanak?

Konklusi: Kalau korang peminat filem2 seram, pergi tengok! Lagipun tahun 2007 filem2 seram Melayu dah beratur pjg, maka Kuntilanak sbg pembuka tirai. Aku tak hairan filem ini akan ada sekuel Kuntilanak #2 kerana 'satu dpd empat' masih ada dlm rumah itu! Sam bukan lagi Sam yg naif! Tungguuu!