Isnin, 22 Januari 2007

ajamihashim?

*spesel giler:
Anugerah Filem Ajami 2008
Astro Kirana Short Film Awards

A
Amber Sexalogy, The
Anak Halal
Antara Dua Darjat
Antoo Fighter ~ Amukan Drakulat
Apa Kata Hati
Ayat Ayat Cinta

B
Babel
Berbagi Suami
Bintang Ragut Bulan (preview)
Blair Witch Project, The
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Budak Kelantan

C
Casino Royale
Chermin
Cicak-Man ~ Planet Hitam
Cinta-1 Cinta-2 Cinta-3
Cinta Pertama
Congkak
Cuci

D
Departed, The
Dorm
Dunia Baru The Movie

E
Estet (preview)

F
Flower In The Pocket

G
GENG: Pemgembaraan Bermula...

H
Haru Biru
Histeria

I
Iman

J
Jangan Pandang Belakang
Jangan Tegur
Jarum Halus

K
Kala Malam Bulan Mengambang
Kami The Movie
Kecuali Cintamu
Kite Runner, The
Kuntilanak
Kuntilanak 2
Kuntilanak 3

L
Los dan Faun
Love

M
Maut
Malaikat Di Jendela
Muallaf (preview)
Mukhsin

N

O
Odoi Odu
Okuribito @ Departures

P
Puaka Tebing Biru
Punggok Rindukan Bulan

Q
Qabil Khushry Qabil Igam
Quantum Of Solace

R
Rasukan Ablasa


S
Sepi
Selamat Pagi Cinta
Sifu dan Tongga (non-review)
Slumdog Millionaire
SMS (short film gua!)
Son's Room, The
Susuk
Syaitan
Syurga Cinta


T
Talentime (preview)
Talentime

U

V

W
Waris Jari Hantu
Warkah Terakhir Rosli Dhoby
Wayang

X

Y

Z
Zombi Kampung Pisang

nombor
1957 Hati Malaya

*sejarah blog ajamihashim

Photobucket - Video and Image Hosting

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ms 947 'penglipurlara' bermaksud: "orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb."

Sebelum blog ini, saya sudah mempunyai 2 buah blog yg tercipta utk 2 tujuan iaitu:

http://bicaraskrip.blogspot.com/ - blog ulasan struktur cerita filem/tv

http://horrorisma.blogspot.com/ - blog ulasan struktur cerita filem/tv genre seram

Maka, apa relevannya penciptaan blog ini?

Apa yg dapat saya jawab pd hari ini ialah ia blog utk saya melipurkan apa shj kpd sesiapa yg sudi melihat, mendengar & memikir apa shj yg saya blog-kan di sini. Dgn harapan saya & anda akan terhibur bersama-sama.

Selepas saya habis belajar di UPM 1996 dahulu, apa yg terfikir di minda saya cuma utk bekerja & menikmati kehidupan seharian dgn duit gaji sendiri tanpa bebanan belajar lagi. Al-hamdulillah kerana saya diberikan rezeki olehNya utk bekerja di ASTRO sehingga ke hari ini (2007).

Setelah puas menikmati kehidupan alam bujang dgn 1001 pengalaman pahit & manis, saya berkahwin pd tahun 2001. Al-hamdulillah sekali lagi dgn izinNya saya dikurniakan 2 org cahayamata lelaki yg comel2 belaka. Merekalah yg menjadi pendengar setia (atau mungkin adakalanya kebosanan) kpd cerita2 yg keluar dr mulut saya selama ini.

Percaya atau tidak, pencetus idea utk saya mula belajar menulis skrip atau buku datangnya dari sebuah buku perancangan kewangan peribadi tulisan Azizi Ali bertajuk mXe!™ - Five Keys to Become an Extreme Millionaire yg saya beli pd 31-Jan-05. Di ms 141:

After all is said and done, we've come down to the wire. I say, "Follow your dreams and do the things that you love to do because life will be a dream." Others say, "Do the things that you hate for forty years in the hope that one day you may be able to do the things that you like (if you don't die first)." Who would you follow?

Quote itulah yg mendesak saya utk melayari internet dan mencari di amazon.com buku terbaik sbg rujukan asas utk menulis skrip filem/tv. Dan buku rujukan pertama yg saya beli di MPH pd 5-Feb-05 ialah Screenplay: The Foundations of Screenwriting-A Step-by-Step Guide from Concept to Finished Script oleh Syd Field. Buku inilah yg membuka mata saya kpd struktur cerita asas 'three-act-structure'.

Selepas buku Field, saya masih kelaparan ilmu dimana saya mencari lagi buku2 asas lain yg disarankan oleh amazon.com. Akhirnya saya bertemu dgn buku Story: Substance, Structure, Style and The Principles of Screenwriting oleh Robert McKee yg pd masa itu MPH sudah kehabisan stok. Saya terpaksa menunggu hampir 3 bulan iaitu pd 25-May-05 utk memiliki buku itu melalui special order dr MPH. Buku ini pulalah yg membuka minda saya seluas-luasnya mengenai struktur cerita asas seasas-asasnya bukan shj utk filem tetapi apa jua jenis cerita novel, teater atau lisan.

Semenjak itulah saya menjadi obses membeli buku2 lain satu demi satu sbg pencarian ilmu yg tidak terbatas! Sebenarnya saya terputus dr dunia internet di rumah (2003-2006) krn kawasan perumahan baru yg saya duduki tiada talian tetap TM. Di pejabat ada, tetapi masa melayarinya agak terhad. Pd tanggal 26-Aug-06, sehari selepas ulangtahun perkahwinan saya yg ke-5 saya telah mendaftarkn blog bicaraskrip kerana ajakan kawan2 iaitu borzack & deebahead utk memiliki blog sendiri.

Dan hari ini, apa yg anda baca ini ialah posting pertama saya di blog ini yg mungkin akan menjadi nostalgia buat saya & anda pd suatu hari nanti. InsyaAllah.

2 ulasan:

Belladonna berkata...

Laa, Ajami pun UPM ke? Me too :)

"Follow your dreams and do the things that you love to do because life will be a dream." --> Im still searching for that..banyak sangat benda yang i suka tapi tak tau mana satu nak didahulukan.. matilah tamak! Hihihi

By the way, thanks for creating this blog. I will definately visit this blog from time to time for more updates from you :)

ajami berkata...

i + wife cosmet UPM grad '96 Horticulture Sc.