Photobucket - Video and Image Hosting

riyak - (sifat atau sikap) suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dgn tujuan mendapat pujian atau sanjungan drpd orang lain, bukan kerana Allah (Kamus Dewan ed.4 ms.1337)

bangga - megah atau besar hati (Kamus Dewan ed.4 ms.121)

Dari cerapan buku di atas,
Screenplay: Writing the Picture oleh Robin U. Russin & William M. Downs ms. 105:

It's interesting to note that few Hollywood screenwriting gurus have ever sold a movie (and Aristotle never wrote a play). This is because the ability to structure a story and the ability to analyze the structure of a story are two totally different talents. They come from different parts of the brain.

Seorg pembikin filem yg tersohor tanahair pernah menghantar sms kpd saya berbunyi:

You're a sharp observer and a sensitive person. Inshaallah you'll go very, very far! (via sms 22-Oct-06, 11:21pm)

Kedua-dua kenyataan di atas saya kaitkan dgn kedua-dua makna sifat manusia biasa iaitu riyak & bangga. Kenapa? Kerana cerapan dari buku itu membuat saya bertanya kpd diri sendiri adakah aku ini seorg pengkritik filem atau seorg penulis skrip filem? Dan pujian oleh pembikin filem itu pula mengakibatkan saya tenggelam dgn sifat riyak yg mengatasi sifat bangga! Satu kesedaran yg menghentak minda saya pd hari ini. Mungkin kerana itulah juga Allah hendak menguji saya dgn sedikit kelebihan dr org lain iaitu lebihan ilmu yg cetek mengenai struktur cerita dr buku2 yg saya baca saban hari.

Apa yg saya akui hari ini ialah, saya memang sudah agak pandai menilai hasil karya filem org lain dr kacamata seorg pengkritik TETAPI saya belum lagi mencapai hasrat utk menjadi seorg penulis skrip/buku. Semuanya masih angan2 kosong setiap hari. Cerapan buku di atas benar2 menginsafkan saya! Habis, kenapa saya marah dgn kritikan org lain apabila saya dianggap gagal menghuraikan sesebuah struktur cerita yg pernah saya huraikan di blog? Kerana org itu seolah2 menidakkan apa yg Allah berikan kpd saya dan seolah-olah org itu lebih pandai dr saya! Persoalannya adakah buku2 lain atau rujukan2 lain yg diberikan sbg lawan kpd huraian saya? Faktanya? Tidak! Tiada langsung! Maka tanpa sebarang fakta yg kukuh diberikan, saya rasakan bahawa saya tetap betul!

Maaflah! kerana pd saya jika hendak berlawan pendapat jangan pd dasar shj! Huraikan! Faktakan! Bukan membabi-buta mengatakan bahawa awak salah! awak silap! Siapa kamu yg hendak berkata begitu?

Sekarang siapa yg riyak?