Ini cerapan dr babak intro skrip sulung saya. Diminta anda utk memberikan sebarang komen. Terima kasih.

TUNJANG SA'ADAH
FADE IN:
INT. RUMAH TAJUDIN/BILIK TIDUR BAWAH - DAY
SUPERIMPOSE: JULAI 2005
Fokus ke sebuah gambar besar di dinding, sepasang pengantin dan seorang budak lelaki duduk di tepi katil di bilik pengantin. Pakaian pengantin songket tradisional.
Fokus beralih ke sebuah lagi gambar yang lebih kecil di atas meja solek, juga sepasang pengantin sahaja dimana pengantin lelaki yang sama tetapi pengantin perempuan yang berbeza. Pakaian pengantin ala Inggeris moden dimana pengantin perempuan memakai gaun warna putih susu.
Kelihatan TAJUDIN ABDULLAH (35), seorang lelaki Cina Muslim terbaring kaku di atas katil. Sesekali matanya berkedip memandang sayu ke syiling.
Di sisi Tajudin nampak sebuah peralatan sokongan pernafasan bersambung ke mulutnya dan bekalan perubatan yang berselirat di tangannya. Tajudin ialah pengantin lelaki dalam kedua-dua gambar tadi.
Fokus beralih ke pintu bilik yang terkuak sedikit. Dari luar kedengaran suara beberapa orang yang kedengaran samar-samar sedang bertengkar.
Tiba-tiba tangan seseorang yang tidak pasti siapa bergegas membuka pintu dari luar.
TAJUDIN’s P.O.V -- Seseorang dengan pantas menekup mukanya dengan sesuatu berwarna kebiruan. Pandangannya beransur kelam dan akhirnya gelap.
FADE TO BLACK.
FADE IN:
EXT. KAWASAN PERUMAHAN TERES - NIGHT
SUPERIMPOSE: DISEMBER 2004
Fokus ke sebuah rumah teres lot hujung, rumah Tajudin dalam suasana majlis tahlil. Papantanda hiasan di peti surat pagar terukir nama VILLA TAJUDIN & SALIMA. Kelihatan banyak kereta diletakkan di luar dan dalam halaman rumah. Kedengaran sayup-sayup suara orang ramai dari dalam rumah membaca surah Yassin.
SA’ADAH (V.O.)
Kematiannya seolah-olah menguburkan sama hidupku. Tak kusangka, ajalnya juga melahirkan cinta teragungku pada tinggalannya. Namun semuanya tamat dalam bauran ironi, sedih dan gembira.

DISSOLVE TO:
INT. RUMAH TAJUDIN/RUANG TAMU - NIGHT
Kelihatan jelas di dinding utama ruang tamu, dua buah gambar bersaiz besar tergantung bersebelahan. Sebuah gambar perkahwinan sepasang pengantin dan sebuah lagi gambar tiga beranak di hadapan sebuah restoren makanan segera HOTDOG 1901. Tajudin ada di dalam kedua-dua gambar. Kelihatan LELAKI-LELAKI DEWASA berpakaian seperti ke surau sedang membaca ayat terakhir surah Yassin. Di satu sudut, Tajudin tersedu-sedan menghabiskan bacaannya sambil sesekali mengesat airmata. Anak lelakinya, ALIF (4) tidur berbantalkan peha kanannya.
DISSOLVE TO:
INT. RUMAH TAJUDIN/DAPUR - NIGHT
Kelihatan beberapa orang WANITA-WANITA DEWASA sedang sebok menyiapkan hidangan. MAK BADAR (60), ibu Tajudin iaitu seorang wanita Cina Muslim duduk bersandar memerhatikan dengan wajah sayu dan keletihan. SA’ADAH (33), orang gaji Tajudin seakan ketua mengarahkan itu dan ini pada wanita-wanita itu.
MAK BADAR
Sa’adah, cuba kira berapa orang?

Sa’adah menjenguk ke ruang tamu mencongak.
SA’ADAH
Rasanya dalam 20 lebih. Cukup lauk ni.
MAK BADAR
Kain-kain batik arwah ada kau bungkus-bungkuskan?
SA’ADAH
Emm, adalah sehelai. Abang Din suruh simpan je.

Sa’adah mengambil sebungkus plastik besar dari dalam kabinet dapur bahagian bawah.
SA’ADAH
Ni ha, Abang Din beli yang baru 50 helai, suruh sedekahkan semua.
MAK BADAR
Tajudin! Tajudin!

(mengeluh dan sebak)
SA’ADAH
Salima makcik, arwah yang tak berapa suka pakai kain batik.
MAK BADAR
Sekarang, Tajudin yang beriya tak nak bagi sesiapa.

(pada diri sendiri)
Sa’adah mengangkat periuk nasi elektrik yang bersaiz besar dari atas meja kabinet lalu meletakkan di atas lantai. Kemudian dia mengacau-ngacau seperiuk besar gulai ikan masin yang sedang menggelegak di atas dapur gas. Sesekali Sa’adah mengelap peluh di dahi dengan lengan baju kurungnya. Mak Badar memerhatikan perlakuan Sa’adah sambil mengetap bibir menahan sebak.
MAK BADAR
Nasib baiklah kau ada Sa’adah. Huey Yen takkan datang majlis agama macam ni.
SA’ADAH
Tak apalah makcik, dah kerja saya. Lagipun malam ni Kak Yen kan ada makan malam Hari Krismas dengan keluarga Abang Andrew?

KAK ZITA (40), seorang jiran wanita India Muslim muncul di pintu dapur.
KAK ZITA
Assalamu’alaikum.
SEMUA WANITA
Wa’alaikumsalam.

Sa’adah menghampiri Kak Zita dan menariknya ke luar dapur.
CUT TO:
EXT. RUMAH TAJUDIN/LUAR DAPUR - NIGHT
SA’ADAH
Kak Zita, bila balik?
KAK ZITA
Kelmarin Tajudin ada sms akak masa kat Manchester, dia kata kanser payudara Salima tu makin teruk. Akak telefon balik, dapat cakap sendiri dengan Salima! Akak terus ambik flight balik cepat-cepat! Tak, tak sangka pulak--

Kak Zita mula teresak-esak tidak dapat meneruskan kata-kata.
SA’ADAH
--Kak Zita!
KAK ZITA
Akak terkilan sangat tak ... tak dapat tengok ... nak jumpa ...

(kelu lidah)
Sa’adah segera memeluk Kak Zita yang meraung.
SA’ADAH
Sabar kak, sabar! Mengucap banyak-banyak.

Sa’adah mengusap tangan Kak Zita yang semakin tenang.
SA’ADAH (cont’)
Macamana restoren baru kat sana?
KAK ZITA
Tunggu kelulusan lesen. Abang Musa uruskan semuanya. Resepi kau tu mat salih memang suka masa food test.
(mengesat airmata dan cuba tersenyum)
AMIN (25), seorang lelaki penjual ikan datang terhendap-hendap mendekati pintu pagar dapur sambil memegang sebungkusan ulam.
AMIN
Pst! Pst! Sa’adah!
KAK ZITA
Mmm, anak ikan--eh! abang ikan kau dah datang.

Sa’adah tersipu-sipu malu. Kak Zita beredar masuk ke dalam dapur.
SA’ADAH
Amin! Kenapa ikut belakang? Lelaki baca Yassin kat depan!
AMIN
Ish! Malulah. Baju, baju bau ikan. Ni, ulam raja, ulam ratu, ulam puteri macam, macam awak! Semua ada! Cukup? Cukup tak?

Amin menyerahkan bungkusan ulam.
SA’ADAH
Lebih dari cukup. Esok saya bayar--
AMIN
--Eh! Tak! Tak payah! Saya, saya sedekah! Awak, awak kan pelanggan tetap saya!

Mak Badar muncul di pintu dapur.
MAK BADAR
Sa’adah, nak hidang dah. Amin, masuklah makan dulu.
AMIN
Err, tak apalah makcik. Err, err, saya, saya tak baca Yassin tadi. Tak penting, saya tak penting. Saya nak pegi pasar borong dah ni. Nak, nak beli ikan jualan esok. Balik dulu ya makcik! Sa’adah!

Amin bergegas keluar sambil tersengih-sengih. Mak Badar berkerut dahi. Sa’adah tersenyum simpul.
DISSOLVE TO:
*hint: opening scene ini bertujuan sbg character introduction watak2 utama & pembantu dr segi perwatakan fizikal & speech pattern masing2. saya cuba utk 'membezakan' kesemuanya supaya tidak stereotype di antara satu sama lain. dlm waktu yg sama setiap situasi/exposition yg saya terangkan juga memberikan cadangan idea kpd pengarah/sinematografer/lighting/suntingan/props etc apabila hendak dishootkan nnti. walaubagaimanapun, ini hanyalah sebuah draf-skrip dimana apabila diproduksikan ia mungkin akan di rewrite oleh pengarah utk kesesuaian lokasi atau bajet. btw, ini hanyalah utk dramatv BUKAN filem ok! jadi sama2lah kita berdoa semoga skrip ini berjaya dibeli & saya boleh buat part-2 atau jadikan siri! huhu!