Selasa, 6 Februari 2007

Babel (Mexico/USA/France-2006) - kerana selaras senapang!

Photobucket - Video and Image Hosting

ref: Advanced Screenwriting oleh Linda Seger (ms. 12-13)

Parallel journeys
Most films have a major plotline (or A story) with subplots that relate to that main plotline, pushing at it and intersecting it. However, some films work with parallel storylines rather that intersecting storylines. Parallel structures are not subplots. A subplot serves and supports the main storyline. It dimensionalizes and intersects the main story. In parallel journey structures, each storyline has equal weight. Although, eventually, they connect in most films, each has its own structure and its own movement.

Domino Theory
The domino effect suggests that some change, small in itself, will cause a similar change nearby, which then will cause another similar change, and so on in linear sequence, by analogy to a falling row of dominoes standing on end.

Snowball effect
Snowball effect is a figurative term for a process that starts from an initial state of small significance and builds upon itself, becoming larger (graver, more serious), and perhaps potentially dangerous or disastrous (a vicious circle, a "spiral of decline"), though it might be beneficial instead (a virtuous circle).

Slippery slope
The slippery slope is an argument for the likelihood of one event or trend given another. It suggests that an action will initiate a chain of events culminating in an undesirable event later.

Rebiu

Dlm realiti kehidupan kita, 1001 kejadian berlaku pd waktu yg sama, selari, serentak setiap saat di seluruh dunia. Kadangkala sesuatu kejadian itu akan bertembung dgn kita. Misalnya, semasa saya menaip posting ini waktu di Malaysia ialah Tue, 1:30AM, Yasmin Ahmad sedang berada di Tehran, Iran - Mon, 9:00PM dan penulis lakonlayar Babel iaitu Guillermo Arriaga sedang berada di Mexico - Mon, 11:30AM manakala pengarah Babel iaitu Alejandro González Iñárritu sedang berada di Ushuaia, Antarctica - Mon, 2:30PM! (eh! Alejandro buat apa kat situ ntah?)

Katakanlah pada pukul 2:00AM nanti saya webcam-chat dgn Yasmin yg kebetulan sedang berbual di telefon dgn Guillermo yg sedang ber-YM dgn Alejandro, maka kami akan bertembung (komunikasi) pd satu titik masa yg sama. Tetapi bagaimanakah sekiranya aktiviti2 kami dari pukul 1:30AM sehingga 2:00AM (Malaysia) hendak ditunjukkan dlm sebuah filem?

Cara paling mudah tetapi rumit ialah dgn menggunakan 4 skrin layar-lebar yg menunjukkan kesemua kisah yg berlaku serentak spt yg pernah dicuba oleh filem Timecode! Tetapi cara yg paling efektif ialah menggunakan giliran & gelungan naratif melalui linear-storytelling ke depan dlm satu time-frame spt filem Cinta. Ingat?

Babel ialah sebuah ensemble film - casting/narrative iaitu ada 4 cerita yg bertembung atau berkaitan mengikut domino theory, snowball effect atau slippery slope berpunca dr selaras senapang Winchester Model 70! Saya anggarkan kesemua cerita berlaku dlm durasi 48jam.

1. Morocco: Yussef/Ahmed/Abdullah (sekeluarga), Hassan/polis2
2. Morocco: Richard/Susan/Anwar/penumpang2 bas/org2 kg
3. USA&Mexico: Amelia/Debbie/Mike/Santiago/org2 kg
4. Jepun: Chieko/Yasujiro/Kenji/Mitsu/remaja2 liar

Apa yg saya kagumi ialah menonton Babel seolah2 saya menonton 3 buah style produksi filem dari 3 buah negara iaitu Morocco, Mexico & Jepun. Lihatlah pd sinematografi, tona warna dan kerja kamera yg difilemkan! Brilliant! Morocco dgn shot2 grainy & pudar sesuai dgn latar gurun yg daif. Mexico juga ada gurun tetapi menggunakan tona warna yg reddish & panas. Jepun pula dgn tona warna yg alive & colourful.

Babel juga bermain dgn babak2 yg perlu diselesaikan dlm minda penonton sendiri, misalnya mcguffin apakah isi coretan nota yg diberikan oleh Chieko kpd Kenji? apakah insiden sebenar kematian ibu Chieko? apakah yg terjadi kpd Santiago? Cuma saya rasakan panggilan telefon kali kedua dr Richard kpd Amelia supaya menjaga Debbie & Mike pd hari perkahwinan anak Amelia spt deus ex machina seolah-olah plot paksaan utk menghalalkan Amelia membawa anak2 itu ke Mexico.

Isteri saya cakap mcm tengok filem dokumentari?.. Saya akui ada juga benarnya dimana kita disuapkan dgn peradaban & cara hidup org2 Mexico semasa majlis perkahwinan, org2 Morocco mencari rezeki dan org2 Jepun pekan yg sudah terlalu moden. Plot utama yg dapat saya lihat ialah erti pertalian kekeluargaan & bermasyarakat dlm kesemua cerita:

makro: sesama negara, komuniti bandar/kampung, kaum/bangsa, penumpang bas
mikro: ibubapa-anak2, penjaga-jagaan, suami-isteri, adik-beradik, sahabat-handai, diri sendiri

Babel juga mencampakkan realiti bahawa masalah dlm keluarga berlaku dlm apa jua situasi tidak kira samada status miskin atau kaya, di kg atau bandar, konservatif atau moden, sempurna atau cacat, Islam atau Kristian, tinggal di rumah buruk atau kondominium mewah, timur atau barat dan di mana jua ceruk muka bumi ini, polanya sama, polemiknya serupa!

Satu lagi kepandaian Babel ialah mengupas tanggapan manusia yg suka menginterpretasikan sesuatu perkara pd kulitnya shj. Kerana apabila disiat, isinya mungkin lebih baik atau sebaliknya. Prejudis & skeptikal kpd sesuatu bangsa atau agama disorot dr sudut yg positif dan negatif dari pihak yg satu lagi. Jelas terbukti dr babak2 spt spot-check polis kastam USA terhadap kereta panduan Santiago yg membawa Amelia & anak2 mat salih; Debbie & Mike. Juga babak Susan, seorg warga USA tertembak dianggap tindakan pengganas ekstremis Islam. Perhatikan juga sifat & layanan lelaki2 yg sempurna terhadap Chieko yg pekak & bisu. Bagaimanapun, Babel tidak bias kerana setiap kekhilafan pandangan sesama watak diselesaikan di penghujung cerita.

Beberapa persoalan yg ironi dlm Babel ialah kadangkala kebaikan sesama manusia dianggap illegal dr segi undang2 tetapi legal dr segi kemanusiaan iaitu jasa2 keibuan Amelia membesarkan Debbie & Mike semenjak lahir tetap dianggap salah kerana dia seorg pendatang tanpa izin. Manakala seorg yg tidak sempurna; Chieko mampu melakukan sesuatu yg lebih dahsyat berbanding seorg wanita yg sempurna zahir, spt memikat lelaki - tanpa memakai seluar dalam atau mengambil pil khayal berlebihan! Perhatikan juga point of view Chieko yg pekak terhadap dunia yg bingit dimana observation-nya lebih tajam, jelas ditunjukkan dlm babak disko bila kawan baik sendiri mencuri lelaki idamannya.

Sesat kpd insaf. Naif kpd matang. Bodoh kpd pandai. Pertukaran sifat2 sebegitu juga berjaya diketengahkan oleh Babel melalui protagonis2 Yussef, Richard, Amelia & Chieko bagi setiap cerita. Kesemuanya disudahkan dgn kembali ke pangkal jalan samada dgn pengakuan, menyerah diri, pelukan, ciuman dan tangisan sbg buktinya. Semuanya juga adalah self redemption/cleansing yg dilakukan oleh kesemua protagonis di akhir cerita. Yussef mengaku, meratapi & menyerah diri kpd polis, Richard mengaku & menangisi pelariannya dr Susan, Amelia menginsafi realiti bangsanya dan Chieko menerima hakikat kehilangan ibu & menerima kasih-sayang bapanya.

Lihat juga subtext yg bersepah di merata babak dlm Babel. Misalnya, Richard meminjam kuali dr Anwar utk digunakan oleh Susan menadah kencingnya? Pencarian arah pulang oleh Amelia yg berbaju merah di gurun yg tandus? Kulit2 kambing kering yg diusahakan oleh Abdullah? Larangan polis Morocco kpd Yussef & Ahmed supaya jangan merentas perkuburan? Kucing dlm kondominium Chieko? Kepekakan Chieko vs kebingitan muzik di dlm disco yg diselang-selikan oleh suntingan cuts? Dan paling utama ialah senapang yg menjadi trigger di awal2 cerita?.. dan banyak lagi. Anda cari sendiri maknanya apa? kenapa? siapa? bila?

Kesimpulanya, Babel sarat dgn cerita permasalahan & saranan selesaiannya oleh manusia sendiri yg bergerak ke depan tanpa henti dgn plot yg menimbun satu-persatu dimana ia berlaku di merata dunia ini setiap saat! Anda tidak rugi untuk menontonnya di pawagam berdekatan. Cepat!

Nota: Saya & isteri menonton Babel di TGV, KLCC semlm. Yg menghairankan kami iaitu rata2 penonton yg sepawagam dgn kami ialah org2 putih & arab serta beberapa kerat org melayu yg kelihatan spt intelligent audiences mungkin para eksekutif, pensyarah atau korporat? Juga saya gembira kerana peradaban kami sepanggung itu yg menghormati etika menonton; tidak berborak & tidak bersembang di telefon! Semuanya menghayati Babel dgn minor keluhan mmm! aahhh! shj bila babak2 kritikal! Teruja! Kami sgt teruja!

rujukan:
~plot dgn spoiler: wikipedia
~website rasmi: Babel
pautan:

7 ulasan:

maberik berkata...

rebiu yg hebat. although personally i was a little disappointed by the film. sbb pembikin macam mencampak masuk seberapa byk 'tragedi'/kesusahan yg boleh menimpa watak2 tu. agak 'manipulative'.

tapi Babel masih filem yg OK lah.

Lee Novotny berkata...

Mujru bukan babil, noh??? (Babil in Kelantanese & Terengganu dialect means degil). Hmmm perhaps someone should make a film of BABIL??? :P

Tak de kot kat UK Babel nih..but then, I have not been to the cinema for ages! Would love to watch it though

TheBigKahuna berkata...

Tak la impressive sangat citer ni sebab banyak potholes.

Actually yang menarik cuma authenticity filem ni. Pengarah memang tak amik ringan pasal apa2, sebab die kaji dari semua sudut. Bile doktor kampung tu baca fatihah, cara hidup orang luarbandar morocco, anak2 muda jepun, sume die kaji betul2. aspek tu memang first class.

tapi jalan cerita macam underdeveloped. dan walaupun diorang cuba nak buktikan pasal jangan nilai buku dr kulit blabla, tapi subconsciously kita terpengaruh bahawa :-

1) Mexicans memang buruk perangai.
2) Orang Arab (Islam) walaupun berpegang teguh pd agama tapi still sebenarnye twisted (scene adik intai kakak, scene Yussef tgh "ehem2" kat batu-batu lepas intai kakak sendiri)
3) White people should be privileged in any kind of situation.
4) Orang arab, walaupun yang bukan terrorist, memang dah dilatih untuk pegang senapang dari kecik. So, as if muslims were natural born killers.

So, walaupun subtle and actually leading to some more important things, kita tetap terasa macam ade mesej ulterior yang cuba nak disampaikan.

So, Babel is not near perfect. It's just another movie that we will watch once and that's it. Takde rasa nak tengok lagi.

p/s: ni komen ke rebiu peribadi?

Azer Mantessa berkata...

wah ... tambah lagi definisi lam rebiu nih. byk betul saya dah belajar :-)

fiebie berkata...

suka lah cara ko tulis pasal filem. nanti ajar akak cara filem critic lah.

:: samasam :: berkata...

a question. bael nih ada persamaan dgn film Crash ke?

ajami berkata...

maberik - agaknya sebab dia nak buat ensemble film tahap around the world! i told my wife, after Babel kalau ada yg nak buat ensemble film yg lebih luas kena buat sesama galaxy pulak! qah! qah! qah!

lee - kalau BEBAL or BABUN ok tak? kekeke..

tbk - cayalah! kau better blog rebiu filem skali-skala bro! aku pun main blasah ikut pov aku jer.. X suma nya rebiu aku boleh pakai :-)

azer - later2 i nak registerkn kat dbp perkataan 'rebiu'.. depa trima tak agaknya?

fiebie - ur rebiu 'syaitan' aso very gud & klakar lah! aku sker sgt!

sam - babel lebih 'luas' dr segi geografi.. Crash dlm L.A. jer.. but Babel 3-4 buah negara.. the structure hampir sama cuma depa TAK bersentuhan secara fizikal..