Bual Santai: Anda nak cakap apa-apa?.. Cakaplah!
Salaam..
Hari ni saya terpikir plak satu mende yg saya buat secara tak sengaja 2 minggu yg lepas iaitu Bual Santai Ajami & Bade (pt.1 & pt.2) yg sgt amatur itu.. dipendekkan cerita, tukang gambar rakaman tsb telah mencadangkn supaya saya membeli sendiri dvd kosong utk rakaman seterusnya (masa tu tak terpikir pun nak buat nx interbiu).. lalu dia mengajak saya utk ke Low Yat (syurga segala-bagai gajet-majet canggih) utk menemaninya men-survey & membeli beberapa keperluan utk perniagaan Zoelkash fotografi & video editing - wedding/events dimana dia usahakan dgn rakan-kongsinya.. (sempat aku promosi!)
Nak dipendekkan lagi cerita (pendek ker nih?) saya telah 'teracun' utk membeli sendiri handycam SONY DCR-DVD755E yg sebijik sama brand dgn handycam yg dia miliki.. siap dpt extra segala-bagai cenderamata lagik!.. terimakasihlah kpd jurujual kedai yg sgt pandai 'menggoda' naluri saya utk membeli handycam itu akhirnya!.. juga saya terhutang budi kpd kawan saya itu coz cadangannya telah mencetuskan idea Bual Santai melalui youtube
Apakah Bual Santai?.. yg saya dpt katakan sekrg, ianya program blog-interview yg akan meng-interbiu berbagai-ragam personaliti samada blogger, pengurus artis, dj radio, filmmaker, scriptwriter, producer, selebriti, fanatik, jurumekap, juruandam, juruselam, org kg, org pekan, budak2, org tua even kucing kt rumah mak mertua saya!.. dlm ertikata lain, siapa saja atau apa saja yg boleh berkomunikasi unscripted ..janji, konsepnya santai.. tak kiralah samada org tu camera-shy or not, janji dia sanggup di-interbiu..
tagline: "Anda nak cakap apa-apa?.. Cakaplah!"
*sila cadangkan diri & pendapat anda kat komen sekiranya mau!
Lariiiii!!!!!!!!!
ReplyDeletebrilliant idea ajami...
ReplyDelete