Sepanjang pemanduan pulang dari prebiu PTB kelmarin, dgn latar muzik nyanyian Awie & Umi dlm pemain cd kereta menghambat persoalan yg berlegar-legar di fikiran saya semenjak keluar dr parking MidValley. Dari sudut apa hendak saya rebiu filem ini? Genre! Ya! genre apa sebenarnya filem PTB? Struktur apa storytellingnya? Siapa protagonistnya? Apa sebenarnya PTB yg sgt mencabar minda saya utk menghuraikannya?
Struktur Cerita
Pd pendpt saya, struktur cerita PTB spt sebuah gambarajah venn! Harapnya anda tidak terkejut dgn rebiu saya utk mengkaitkannya dgn matematik? Bagaimana? PTB ialah sebuah ensemble film cuma para pelakonnya tak ramai yg bergiliran utk bercerita. Osman Ali sudah menyatakan bahawa naratif PTB bukan flashback samada dr Ratna , Ayu atau Mohsin. Maknanya filem ini adalah pecahan2 cerita yg berkaitan satu sama lain spt sebuah jigsaw-puzzle yg akan menghasilkan sebuah cerita yg lengkap. Setiap cerita berdikari dgn cerita masing2 dimana setiap satunya (dimulakan dgn voice-over empunya cerita) akan bergabung menjadi konklusi/klimak di akhir cerita supaya khalayak faham what is the whole picture?
Time-frame yg digunakan seolah-olah flashback dr Ratna tetapi sebenarnya khalayak diundurkan semula 7 tahun yg lalu utk memberikan giliran kpd Ayu, Mohsin, Ika dan Ara utk bercerita. Ya! Memang ada flashback oleh Ratna iaitu apabila dia mengenang kembali beberapa hari sebelum dia meninggalkan emaknya & Atilia utk bekerja di KL. Yg itu benar2 flashback. Makanya, struktur cerita PTB saya boleh anggap sbg linear storytelling yg bergerak ke depan shj kerana Ratna menemui what is going to happen next di rumah2 usang, kelilingnya & tebing laut itu semula satu-persatu in real-time (waktu sebenar). Ya! Sekiranya anda melihat sekali imbas apabila cerita2 Ayu, Mohsin, Ara & Ika diulang2 semula, PTB terasa spt sebuah filem non-linear storytelling tapi TIDAK sebenarnya! Anda keliru? Bagus!
Kembali kpd gambarajah-venn. Saya menganggap cerita trauma Ratna (melihat hantu) sbg bingkai yg melingkungi 3 cerita/bulatan A,B,C yg bersubset sesama sendiri iaitu [Ayu+Mohsin] [Ara+Ika] [Ayu+Ika+Mohsin] juga ceritanya sendiri (subplot) iaitu [Ratna+MakEsah+Atilia] [Ratna+Atilia+Ayu+Mohsin] [Ratna+Ara] [Ratna+Anita]! Ratna ialah gambarajah-venn kpd subset2 yg saya jelaskan tadi. Setiap bulatan/pecahan cerita dipisahkan oleh title-super (tulisan) sbg pembukaan supaya khalayak tahu cerita siapa yg sedang diikuti? atau point-of-view siapa? Dlm ertikata lain, kamera menjadi mata & telinga khalayak utk melihat & mendengar cerita dr protagonist mana? Seumpama pelakon2 cuma berlakon dlm 1 cut tetapi ada 3-4 kamera digunakan serentak mengambil shot2 dr angle yg berbeza! Khalid Zakaria (DoP dlm PTB) & abg Indra Che Muda sure boleh tolong terangkan lebih lanjut lagi!
kemaskini: Jumaat, 2:35AM
Genre
'Puaka Tebing Biru' - sekali imbas anda akan memberikan makna kasarnya iaitu Kisah hantu yg tinggal di tebing laut yg berwarna biru?
Tapi sesuatu yg mengkesimakan saya apabila membuka Kamus Dewan 4th ed.
Puaka (ms.1238) - hantu penunggu, roh jahat, perosak
Tebing (ms.1622) - (peribahasa) org yg berlumba2 melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan
Biru - (ms.193 & 517) - haru, kacau
Ok! Sekarang anda jalinkan ketiga-tiga perkataan 'Puaka Tebing Biru' & huraikan? Adakah makna yg tersirat dari tajuk yg tersurat ialah Kisah roh jahat yg berkeliaran membuat kacau? *sila tinggalkan jawapan anda dlm komen apa takrifan anda dari tajuk PTB?
PTB digembar-gemburkan sbg sebuah filem seram dr trailer & tv-promo. Benarkah ianya 100% filem seram? Maka saya kembali kpd tajuk posting ini, Cerita Hantu atau Jiwang? Jawapannya akan anda temui apabila selesai menonton PTB yg berdurasi 127minit itu. Sebenarnya PTB adalah sebuah melodrama cinta & kasih-sayang yg berat bertopengkan genre seram. Kenapa? Kerana PTB ialah kisah konflik percintaan uda & dara, laila & majnun, romeo & juliet iaitu Mohsin & Ayu! Juga PTB ialah kisah si Tanggang versi perempuan! (Ratna vs Mak Esah) Jadi, kesimpulan saya PTB ialah filem mix-genre seram+melodrama!
Yang Menarik
Kamus Dewan (ms.1541):
Sumpah - pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu & berani menderita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar!)
PTB melontarkan soalan what if sumpah memakan diri sendiri atau org2 yg disumpah? Persoalan itulah yg cuba diselongkar oleh PTB:
1. Sumpah Mak Esah - Mak Esah menyumpah Ratna kerana kedegilannya utk bekerja di KL; perlu diingat bahawa kata2 kemarahan (sehingga tidak mengaku anak) & makan hati seorg ibu kpd anak yg dianggap derhaka akan pasti membawa padah! dlm ertikata lain Mak Esah tidak merestui pemergian Ratna yg saya labelkan sbg 'si Tanggang versi perempuan'. Jelas di-subtext-kan seumpama dongeng Batu Belah Batu Bertangkup apabila babak Mak Esah menangis & merajuk lalu berlari meninggalkan Ratna ke arah celahan 2 biji batu besar di tepi laut. Saya sangat suka babak Ratna yg hendak bersalam (memohon ampun) dari Mak Esah di beranda tetapi tidak kesampaian kerana Mak esah memandang ke arah lain, kemudian Mak Esah hendak hulurkan tangan Ratna pula yg berpaling hendak pergi! Cantik! Kerana sifat ego Mak Esah vs sifat degil Ratna menghidupkan babak itu yg mengakibatkan sumpah & ketidakrestuan Mak Esah menjadi bencana kpd Ratna! dimana sesuatu yg diluar fikiran manusia (supernatural) berlaku selama 7 tahun dlm hidup Ratna di KL iaitu sixth-sense nya melihat hantu & premonition yg dia sendiri tidak tahu maksudnya di awal cerita. Kalau difikirkan betul2 hantu seorg ibu & anaknya itu sudah pun memberikan hint bahawa ada kaitan dgn kederhakaanya kpd Mak Esah juga tragedi kehamilan Ayu.
2. Sumpah Mohsin - Cinta Kita Cinta Mati, Hanya Takdir Dapat Pisahkan Kita! Kerana sumpah itulah mayat Ayu tidak disemadikan dgn sempurna oleh Mohsin! Akibatnya hantu Ayu masih wujud di antara hidup&mati berkeliaran dlm kawasan tebing laut itu kerana Mohsin tidak merelakan pemergian Ayu & hanya Mohsin yg mampu menjaga (membela) Ayu sehingalah suatu hari nanti Mohsin pula yg mati! Mohsin termakan sumpah sendiri! Dia jadi gila kerana memelihara & memberi makanan kpd Ayu spt masih hidup sedangkan yg dilihatnya setiap hari itu ialah hantu Ayu shj! Yg tinggal sebenarnya cuma ketulan tulang2 Ayu yg dipuja oleh Mohsin setiap hari. Itulah penangan sumpah cinta yg keterlaluan!
BERSAMBUNG!.. *ada 30 m/s A4 paper lagi! tungguuu!
Puaka2 lain: