Rabu, 28 Februari 2007

Subplot: Amboii! Amboii! Amboii!

Salaam..
MSCC7T macam 'titanic' dan saya adalah salah seorg crew di dlmnya!.. dlm ertikata lain, saya terlibat utk memastikan setiap artis menyanyi dgn iringan minus-one lagu yg betul mengikut giliran masing2 sebelum semuanya karam!.. sila rujuk laporan lengkap MSCC7T dr akhbar/majalah hiburan tanahair dlm masa terdekat ini coz saya tidak akan komen apa2. Apa yg hendak saya kongsikan di sini ialah pengalaman yg saya alami semasa membantu abg azmi [soundman] & PR2 artis kat sound control table dlm 2 acara persembahan nyanyian artis2 tersohor & baru tanahair kita di bumi Terengganu!
24feb'07 [9pm] - Konsert Terbuka di Dataran Shahbandar, KT
Dataran ini berdekatan persisiran pantai di kawasan terbuka, maka bayu laut memang menghembus lembut & nyaman ke arah kami [sound crews, PR & ajami] & nasib baik hari tak hujan! Padat! Manusia yg datang sangat ramai! Bayangkan spt banjiran penonton di Dataran Merdeka! Lokasi kami mengadap pentas, dimana seolah-olah sebuah pulau dikelilingi oleh lautan manusia. Tugas utama saya ialah membantu PR2 artis utk berkomunikasi dgn abg azmi iaitu lagu cd minus-one no# berapa yg hendak dinyanyikan oleh artis mereka. Ada juga artis yg datang tanpa PR, maka saya akan mengambil sendiri cd minus-one dr mereka dan bertanggungjawab 100% utk memastikan lagu yg mereka hendak nyanyikan adalah betul.
Tapi manusia hanya mampu merancang & Tuhan jua yg menentukan kerana ada artis yg tidak sempat utk membuat persembahan coz kesuntukan masa dimana apabila jam mencecah 12mlm, persembahan mesti diberhentikan utk menghormati peraturan di Terengganu. Saya tahu ada artis & PR yg mungkin terkilan coz tidak dpt menghiburkan penonton yg melimpah-ruah di sekitar depan, belakang, kiri & kanan pentas! Pertukaran last-minute dr susunan running-order asal di segmen2 terakhir persembahan sudah saya jangkakan. Apa yg mampu saya lakukan ialah bersedia utk menerima arahan sebarang pertukaran dr zalifah, rakan setugas di belakang pentas yg menguruskan giliran artis melalui walkie-talkie shj. Manakala kak ziana & sham, 2 org lagi krew kami menjadi runner memanggil artis di tempat duduk yg akan menyanyi.
zalifah: ajami masuk! tukar! next ialah artis A, lepas tu G, lepas tu W, over!
ajami: lepas tu? sapa lagi? ni ada kurang 10 minit jer! berderet artis belum nyanyi lagik! over!
zalifah: kau tunggu jer! aku tak sure artis mana yg akan perform! tunggu azwan cakap! over!
Saya segera menyusun semula cd mengikut turutan artis A, G, W [dah tak ikut running order asal] Tiba-tiba..
zalifah: ajami masuk! masuk!
ajami: ya! ya!
zalifah: dah! dah! tutup kedai! ulang-suara! tutup kedai! lepas artis A nyanyi, semua artis keluar utk persembahan penutup! over!
ajami: wokey! overrr!
Lebih kurang macam tulah komunikasi kami melalui walkie-talkie yg penonton tidak tahu betapa kekalutan kecil di penghujung persembahan. Saya teruja dgn pengalaman pertama menguruskan cd minus-one di konsert terbuka sebegini coz di tahun2 seblm hanya persembahan Mlm Gala shj yg dijalankan dlm ballroom hotel. Berikut ialah gambar2 di konsert tsb:
pentas dgn lampu lip-lap!

abg azmi (soundman) & ajami - rehearsal 3pm tangan abg azmi menggodam audio-mixer kertas A4 conteng2 [running order asal] giliran artis menyanyi
cd minus-one yg tersusun kemas
[sebelum bertaburan coz tak ikut running order asal]
ribuan penonton - depan pentas

25feb'07 [9pm] - Malam Gala MSCC7T di Ulik Mayang Ballroom, Kelab Tk.Warisan, KT

Persembahan di dlm ballroom lebih terkawal coz semuanya dalam kawasan yg tertutup & tetamu duduk di meja makan masing2. Ya! Sekali pandang memang macam near perfect! Tetapi tetamu tidak tahu betapa kerenahnya di belakang pentas! Bagaimana dgn majlis makan malam itu sendiri pulak? Saya no komenlah.. sila rujuk akhbar/majalah hiburan! Cuma pertukaran last minute kali ini bukan di hujung2 segmen tetapi di blok pertama persembahan susunan artis sudah sedikit kecoh. Namun saya, zalifah & rose.suci tetap cool jer!
Keutamaan giliran diberikan kpd artis yg belum membuat persembahan pd konsert terbuka di Dataran Shahbandar. Jadi tukang jaga cd minus-one acara sebegini saya perlu cepat bertindak dan jangan leka. Walkie-talkie antara saya-zalifah-rose.suci adalah tunggak utk memastikan kelancaran majlis [walaupun..] Fyi, kami semua bukan crew profesional spt mana2 produksi yg sememangnya pekerja event sebesar ini. Kami hanyalah kawan2 rapat azwan yg secara suka-rela membantunya ikhlas atas dasar kawan.
Kesimpulannya, adakah kami bangga dgn hasil-kerja kami? Ya!.. Puas? Ya jugak!.. Mahu join lagi di tahun2 akan datang? Mmm, saya rasa tak dah kot!.. Kontroversi? Sudah pasti! Kedua-dua acara persembahan itu spt konsert/dinner-show dlm 'titanic' yg berjaya menghiburkan penumpang2 kapal sementara air semakin banyak membanjiri buntut kapal yg bocor sebelum karam secara perlahan-lahan! Amboii! Amboii! Amboii! Laserrr!.. Berikut ialah gambar2 di Mlm Gala tsb:

abg azmi [dgn muka serius] & ajami [dgn muka tak mandi] finale artis2 [yg masih tinggal?] - Mlm Gala MSCC7T zalifah [floor-manager/f&b manager/crews taiko

/tukang pujuk artis & pemberita/dan sebagainya!..]

ajami [back-up kpd zalifah]

buah tangan dr DBI yg kasi masa rehearsal Dataran Shahbandar - tq doc!

2 ulasan:

Azer berkata...

amboi! amboi! amboi!

bestnyerrrr... terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan gambar2. sebenarnya buat kerja secara sukarela lam bidang nih adalah caranya untuk anda bertapak.

terima kasih sekali lagi :-)

Tanpa Nama berkata...

amboi! amboi! amboi! (dlm keadaan suaran yg serak2 itik nila.... kelas jugak ko punye blog ni yer... walaupun.. tadi mak dpat call dr orang krew yg mengatakan krew lain sabotaj dia kat mak yam tu nak cakap ape mulut orang nak tutp macamane tp kalo angin takde pokok takkan goyang betul tak??
mak akan sentiasa masuk blog ko ni sbb info nyer best jugak.. so tahun depan kalo ade jemputan ke party cit-cat kita join lagi ok tak serik2.... zalifah