Salaam..

Malam semalam di astro, sesuatu yg di luar jangkaan apabila Tayangan Unggul [kredit utk Gaya & TU team] mengambil langkah pioneer dlm industri perfileman tanahair apabila menjemput blogger & wartawan utk menghadiri sidang pra-tonton tertutup Anak Halal hasil-tangan Osman Ali versi rough-cut! yg InsyaAllah bakal ditayangkan di separuh penggal tahun 2007 nanti. Selain saya, kash e.d., klubbkidd [TQ dear for BMW.Shorties invitation], mr.manager & budiey menjadi pilihan mereka secara random. Mungkin tidak mahu ada yg 'terasa' sekiranya kamu tidak dijemput. Itu hak mereka. Bukan desakan/rengekan kami. Ianya atas dasar pilihan & definisi syarikat mereka, siapa blogger yg hendak mereka jemput. Saya? Cuma berkata "Ok! No problem!" sebab memang cuti dari kerja sebenar. Baiklah, kita lupakan soal siapa & kenapa?
Yg utama, kamu bersedialah dgn ledakan yg bakal Osman Ali letuskan di pawagam nanti! Kami sbg test audience, majoritinya teruja! Saya sangat teruja! Ini baru versi rough cut. Belum yg sebenar-benar molek final-print! Ada babak yg belum sudah bunyi, muzik, warna & rupa. Itupun sudah mampu menggelodak hati kecil & menceluparkan mulut saya semasa menonton! Maknanya? Saya benar2 tenggelam dlm naratifnya! Saya lemas dlm realitinya! Saya terumbang-ambing dlm turun-naik perihalnya! Saya bergegas menyalam & mentahniah Osman Ali selepas tayangan. "Kamu berani! sangat berani!"
Cukuplah! Kerana saya masih dihantui oleh rasa & emosi filem ini. Beberapa patah perkataan yg bisa saya tutup posting ini ialah: Anak Halal - dark, amarah, gerantang & keras!
p/s: rebiu Mukhsin di bawah masih belum habis ya!.. jenguk2lah lagi!