Sabtu, 14 April 2007

Jangan Pandang Belakang (Malaysia/2007) ~ Habis Nak Pandang Mana?

PERINGATAN! ADA SPOILER!
Another way of explaining the attraction of horror (one that may be connected with elements of the religious account) is to say that horrific beings (like deities & daemons) attract us because of their power! They induce awe! In one mode of speaking, it might be said that we identify with monsters (hantu raya) because of the power they possess - perhaps monsters are wish-fulfillment figures? ~ The Philosophy of Horror or Paradoxes of the Heart by Noel Carroll [pg. 167]
Ia digembar-gemburkan sbg sebuah filem seram. Betul! Dan sememangnya ia menyeramkan dgn kejutan melalui hantu raya secara terbang melayang, lalu-lalang, merangkak, melompat, menghendap, berdiri tinggi menggalah, mengetuk pintu bertalu, tak senonoh makan kat dapur, belai2 rambut, duduk kat seat belakang kereta dan mandi-manda? di bilik air.. ia juga seram kerana sulaman serentak muzik yg terkejut, hilaian ngeri seorg wanita & sesekali fast-cut tiba-tiba. Itu sahaja. Titik. Bagaimana dgn isinya? Perjalanan dari opening-title ke closing-credit? Mmm.. saya nak bagi pendapat peribadi secara umum dari pengalaman menontonnya semalam.
Filem ini dibuka & ditutup dgn potongan ayat suci Al-Quran. Maka adakah ia sebuah filem berlandaskan agama & faith seorg muslim? Bagi saya ia 'membenarkan' apa yg telah termaktub mengenai kaitan syaitan & manusia. Dari situ ia berkembang dgn satu penerimaan akal penonton bahawa apa yg kamu saksikan (hantu raya) adalah 'benar' wujud utk filem ini. Ia seakan meminta acknowledgement dr hantu raya kpd manusia. Juga memujuk khalayak utk 'menerima' logik yg mungkin seblm ini kamu hanya dgr sbg mitos atau membacanya dlm majalah Mastika! Yalah! Dgn mukadimah di kampung, sesi menghalau hantu oleh seorg kuat agama berjubah & berkopiah! Introduksinya sgt 'menghalalkan' apa yg bakal disaksikan seterusnya. Satu cara bukaan fade-in skrip/lakonlayar/filem yg bagus. Maka bermulalah pergerakan plot seterusnya di pekan pula oleh watak Darma & Seri.
Semasa menonton filem ini, kamu lupakanlah utk mencongak matematik teori kebarangkalian sebiji botol berisi hantu raya dlm selautan di muka bumi ini. Kenapa? Kerana kebetulan dimana botol itu kembali semula ke tangan generasi saka seterusnya (Darma) adalah mungkin berlaku! Kejap! Ia benar2 berlaku dlm filem ini! Dari situlah keseramannya bermula satu-persatu. Oh ya! Darma yg naif tidak tahu menahu perihal saka-menyaka dr keturunannya juga kamu hapuskanlah dr kotak logik minda, ok! Mungkin dia duduk kat oversea atau keluarga belah ibubapanya tidak beritahu! Mungkin juga kan? Jadinya, bersedialah (atau tak payah bersedia coz utk dptkan feel terkejut!) kamu akan dikejutkan dgn rentetan kekacauan hantu itu di rumah mewah 2 tingkat yg didiaminya seorg diri! (Bestnyaaa dpt rumah sebesar itu!). Cuma kamu bersabarlah byk2 kerana babak2 itu akan berulang-ulang-ulang redundant mengejutkan & menakutkan kamu berselang-seli back-to-back sbg satu plot cerita yg mungkin utk memanjangkan filem shj. Mungkin juga utk establishkan gangguan yg berbagai btk termasuk juga semasa pemanduan di waktu malam! Oh ya! ada sesiapa pembaca posting ini boleh jelaskan pd saya bagaimana penutup botol itu boleh pecah terbuka? Sila letakkan jawapan anda kat komen! Kalau tidak, saya akan kategorikan 'botol pecah sendiri' sbg deus ex-machina. Mmm.. labelkan shj kesemuanya babak2 tadi sbg "Darma dikacau hantu raya".. a.k.a. the juicy part of the film! Terkejut! Takut! Terkejut! Takut! Terkejut! Takut! Serammm.. Next!!!
Plotnya sgt mudah. Apabila kena rasuk - panggil pak imam. Apabila kena rasuk - panggil pak imam. Saya ulang 2 kali kerana plot yg sama berlaku dahulu & sekarang dlm filem ini. Ops! sebenarnya ada yg ke-3: Apabila kena rasuk - panggil pak imam TAPI kali ini instead of guna botol dia gunakan jagung! Masa tu saya terfikir2 balik, kenapa tak gunakan method ini (jagung) semasa kali pertama dulu tu? Bukankah cara ini paling mujarab & terbukti berkesan sekali tanpa was-was? Maklumlah 'sumpah'/'jampi' pak imam (org yg sama) kali ini yg paling genius! Yalah! Jagung yg sudah direbus TIDAK AKAN tumbuh balik! Ok!.. Tapi saya terpaksa halalkan pak imam mungkin nak cuba try test mcm2 method utk buat exorcisms kot? Lagipun kalau dia guna method jagung ni masa dulu maka filem ni akan habis setelah 5 minit tayangan jer Pierre (Darma) pun tak sempat nak berlakonlah kan? Huhu!
Lain2? Filem ini ada itu sahaja. Keseraman hantu raya & cara2 utk menghalaunya/mengurungnya! Saya akui watak Opah lakonan Mak Mah paling saya suka! Maybe kalau dikembangkan backstory Opah & hantu raya zaman dahulu lebih seronok kot? Even saya rasa kalau nak buat pre-kuel JPB pon ok! Sebabnya saya rasa nak tahu sgt kenapa keluarga ini memelihara hantu raya itu pd asalnya? Tetapi maaflah saya katakan secara peribadi bahawa JPB ini hanya sekadar berkulitkan seram yaa-amaats! TAPI isinya spt kurang dr 1 jam cerita dipanjang-lebarkan menjadi hampir 2 jam!
Kredit solekan & kostum hantu-raya kpd: ella sandera
Kesimpulan
Pergilah tonton di pawagam sekarang sekiranya kamu tiada penyakit jantung atau sedang sarat mengandung!
p/s: semasa beratur hendak membeli tiket di TGV-Mines semlm, saya rasa nak ketok kepala jer seorg bapa & seorg ibu yg beratur di depan saya! kenapa?.. ada 2 kaunter tiket yg dibuka. ada 2 buah keluarga besar [read: bapa, ibu, anak2 sedang berkerumun di kedua-dua kaunter] belah kiri: keluarga dimana ibunya sbg tukang beli tiket ~ sedang memilih2 lokasi seat dr skrin komputer, undecided!.. belah kanan: keluarga dimana bapanya sbg tukang beli tiket ~ juga senario yg sama malahan TIDAK PASTI filem apa yg hendak ditonton!.. yaa-ampunn! kedua-dua keluarga mengambil masa lebih dr 5 minit utk membuat pilihan!.. sehingga akhirnya saya bersuara key falsetoo: "Lambat lagik kah?" [seolah berckp pd diri sendiri dgn nada ala2 manja berserta senyuman & mimik muka nak cekik sorang2].. then baru si ibu [kaunter kiri] terhegeh-hegeh nak pilih! the best part, bapa [kaunter kanan] akhirnya TIDAK MEMBELI sebarang tiket! boleh? ggrrrr!..
SERAM2 YG LAIN:

3 ulasan:

zafi berkata...

bro
have u read book titled "the kite runner"
go and read it...
this year the film will be released...!!

fadz berkata...

apahal lah pak hassan tu bantai bebenor JPB? Kalau dah utk hiburan, hiburan lah, dan secara subtle, JPB tetap ada subtext, si Pak Hassan je tak nampak...my friend got it..did u realize, the whole movie, kita asyik tgk 'permainan syaitan' terhadap manusia (ikut resam kita, syaitan suka mengelirukan kita)..bila akhirnya tuk imam berkuasa batin tu masukkan hantu raya tu dlm jagung rebus, did u realize, akhirnya 'syaitan' pula dipermainkan? interesting kan? wat the movie is showing us is, yes, a thousand time syaitan boleh membohongi manusia tetapi manusia, in the end boleh membohongi syaitan juga dan membohong dengan sangat pandai (dgn ketetapan Tuhan dan ilmu Al-Quran)...hah, Pak Hassan, sila jawab!

Tanpa Nama berkata...

btw, Jatuh Cinta Lagi dengan aku...ok gak le citer tu, not my cup of tea actually...tapi oklah for a romantic comedy.

fadz