Selasa, 24 April 2007

ZOMBIE BUKIT EKSPO ~ Raihani

copy+paste dr blog rai yg tgh fofular kat upm sekrg!.. tq dear :-)
***
(Format ini adalah tribute buat sifu filem saya,Hassan Muthalib. Format sajalah…jangan kata saya plagiat pula! Hehehe!)

Dua (orang/ekor?) zombie sedang ‘melengung’ di sebuah pangkin di atas sebatang pokok. Zombie 1 membawa komputer riba wayarles.

ZOMBIE 2 : Hang dok buat apa tu? Wah, hang pandai ICT noo! Aku tahu CT Nurhaliza saja!

ZOMBIE 1 : Aku nak buat blog. Hang baca tak Mingguan Malaysia 22 April kelmarin? That juri Gang Starz fela, Vernon Kedit habaq, blog ni serupa diari internet. Lebih personal. Kita boleh mengungkapkan kejujuran.

ZOMBIE 2 : Diari internet aku tak tahu! Datin Diaries aku tahulah! Baguihlah hang punya bahasa. Tapi kalau kita jujur sangat dalam blog, tak susahkan diri ka?

ZOMBIE 1 : Hang kenai dak penulis famous yang tulis cerita kuda terbang tu? Alah…yang orang panggil dia Kak Nisah tu…Dia habaq, kita punya blog, kita punya sukalah! Lainlah kalau hang buat blog, lepas tu polis mai tangkap hukum gantung sampai mampuih.

ZOMBIE 2 : Hahaha! Kita pun dah mampuih nak buat apa kena hukum, kan? Aku pun nak buat bloglah. Buh nama kebuloq.blogspot.com, okey tak?

ZOMBIE 1 : Nama yang jujur, memang cekik darah! Aku nak buh nama zombiehangnadim.blogspot.com.

ZOMBIE 2 : That Nadim fela aaa, budak cerdik yang kena humban dalam laut tu ka? (Zombie 1 angguk) Pasai dia pandai sangat, orang besaq-besaq negeri tak suka kat dia? Cerita ikan todak tu ka?

ZOMBIE 1 : (Tak larat angguk) Hang ni baca jugak Sejarah Melayu. Ingatkan tak baca. Maklumlah, kitab tebai tu kan benda paling cemuih nak baca dalam kelas…

ZOMBIE 2 : Aku tak baca pun Sejarah Melayu. Aku tahu dari sajak ‘Malam Terakhir Nadim’ yang menang Hadiah Sastera- Perdana 3 tahun lepas. Budak mana ka tulih? Nama dia macam nama kumpulan nasyid tu…Hairan? Eh,bukan…Raihan? Eh…Raihani!

ZOMBIE 1 : That fela Raihani, must know how is it to be Hang Nadim. Kepala otak berlain sikit dari orang…kena latu! Bagi idea baru…kena latu! Ikhlas nak selamatkan negeri…kena latu! Ni dah masuk tahun 2007. Latu-melatu ni dok ada lagi dalam sistem pelajaran kita.

ZOMBIE 2 : Hmm…patutlah aku pun tak pas-pas belajaq masa sekolah dulu! Bagi idea berlain sikit,kena ketuk ketampi. Tapi err…pakai bajulah! Apa yang cikgu ajaq, semua aku dah lupa la ni. Pasai aku hafal saja. Habih exam, habihla. Bungkuih!

ZOMBIE 1 : Cakap pasai sekolah, hang tak mahu ka mohon jadi cikgu? Aku dengaq depa nak bagi elaun kemain lagi. Tapi mesti kena sanggup posting masuk ke ceruk-ceruk mana hala nun!

ZOMBIE 2 : Cikgu? Oh, tidaaaaak! Baik aku buka kedai buku online like that Kak Nisah fela. Atau tulis blog filem like that Ajami fela. Atau main futsal like that Ode fela.

ZOMBIE 1 : Hang ni manja sangat…nak jadi cikgu lagu mana! Tak ikhlas nak mengajaq. Anak murid mai buli dari hari pertama, bungkuih kain baju! Lepas tu nak mengadu dengan siapa? Mak bapak mungkin jauh. Pensyarah pun jauh. Patutnya semua cikgu yang lembut-lembai kat Malaysia ni kena pi kursus menahan ‘latu dan buli’, baik dalam bentuk fizikal mahupun lisan.

ZOMBIE 2 : Latu dalam bentuk lisan tu lagu mana? Ooohh…ni nak bagi depa tahan kena sindiaq, kena perli kot?

ZOMBIE 1 : Lagu tu lah! Atau nama artistiknya ‘Kursus Membaca Metafora Di Dalam Kata-Kata Orang Lain’.

ZOMBIE 2 : Metafora? Hmm…sama bunyi dengan poorah!

Perbualan dua zombie ini terhenti apabila satu lagi zombie datang menyertai mereka. For some obvious reason, dia menaiki sebuah Gen2 plet Perlis.

ZOMBIE 2 : Haa…ni lah budak yang aku habaq kat hang tu! Yang tulih sajak Nadim tu!

ZOMBIE 1 : Apa habaq, Raihani? Mailah dok…join kami!

RAIHANI : Aku rasa lebih baik jadi zombie macam hangpa dari hidup dok mengadap ‘depa-depa’ tu!

Ketiga-tiga zombie itu pun mengilai-ngilai dan menyanyi-nyanyi. Apabila Zombie 1 ingin menyanyi lagu ‘Guru Malaysia’, Zombie 2 dan Zombie Raihani telah terjun dari atas pokok sambil meraung.au

Haji Bakhil : Kau ni semua cantik. Lembu diberi gaun, kau bilang cantik!
-Nasib Si Labu-Labi-

1 ulasan:

rai berkata...

Salam inspektor sahabbb!
Tak sangka ada orang bagi perhatian kat dialog zombie merapu tu. Tapi merapu bukan sebarang merapu. I tengah buat cerpen,target nak hantar paper pasal 'perkembangan' terbaru di UPM. Bukan student yang mengadu-ngadu ni tapi orang yg lain yg lebih 'jerung' dari student. Apa2 hal pun I nak finish my MA, ikut kontrak and then pandai2lah bawa diri.Menyelamatkan tengkukku somewhere.

Kajang Pak Malau kajang berlipat...huhuhu!(Peminat 'senyap'?Kena belanja nasi ayam ni!)