Khamis, 28 Jun 2007

Fasha Fashi & Skuad Fantasi [screenplay in the making]


Original story/screenplay by Ajami Hashim

Genre: musical + science fiction + romantic comedy + coming of age

Tagline: "semua org boleh jadi hero!"

Synopsis [draft-1]

Pd tahun 2008, bumi telah cuba ditakluki oleh sekumpulan makhluk asing dr Planet Kameo bergelar puak Kameo-rara diketuai oleh Lord Enterprem. Negara pertama yg diserang ialah Malaysia, Kuala Lumpur. Cara halus mereka hendak menawan Malaysia ialah dgn menculik satu-persatu kanak2 di bawah umur 12 tahun utk dijadikan hamba abdi & bertujuan utk memutuskan generasi manusia seterusnya! Modus operandi yg digunakan oleh puak ini ialah dgn menggunakan kamera iaitu kamera digital, kamera internet & kamera di pusat membeli-belah. Apabila gambar kanak2 di-snap, maka mereka akan 'bertukar' menjadi cahaya halimunan yg akan 'disedut' oleh kamera itu! Lalu dibawa balik/disiarkan ke pusat operasi dan 'dicetak' semula sbg hamba abdi. Mereka akan dikerah utk bekerja sbg cameo sebuah rancangan tv kanak2 yg akan memukau penonton kanak2 supaya melawan ibubapa & malas utk belajar! Kelemahan puak ini ialah mereka takut kpd 'suara harmoni nyanyian kanak2 dlm kegembiraan' Kerana itulah semua kanak2 yg diculik dielakkan dpd menyanyi atau bersuara dgn 'membisukan' suara mereka. Dlm rancangan di tv, kanak2 itu hanya dibenarkan menari dgn iringan muzik karaoke yg bersarikata nyanyian org dewasa oleh Lord Enterprem shj!

Waktu yg sama, Fasha Fashi iaitu seorg pari-pari dr Planet Sanda-Sandi sedang mengekori pergerakan Lord Enterprem & pengikutnya ke bumi. Fasha Fashi ditugaskan oleh ketua planetnya iaitu Tok Kun utk membantu manusia menyelamatkan bumi. Bagaimanapun, Fasha Fashi adalah pari-pari yg amat naif & berkuasa magik paling lemah di antara pari-pari lain di planetnya. Dia ditugaskan utk membantu bumi yg dianggap oleh Tok Kun sbg planet yg paling tidak berkualiti berbanding planet2 lain. Kerana itulah Fasha Fashi yg dikerahkan kerana Tok Kun tidak peduli samada dia berjaya atau tidak utk menyelamatkan bumi!

Di Kuala Lumpur pula ada 4 org remaja yg mempunyai 'kuasa luarbiasa semulajadi' yg mampu membantu Fasha Fashi. Mereka ialah Shawal, Noni, Aizat & Dafi!
BERSAMBUNG

4 ulasan:

fadz berkata...

soalan pertama, apa perlunnya makhluk asing itu bersusah payah mencolek kanak2 (dan adakah ia akan dibuat secara senyap2 gaya Invasion of the body snatchers, atau Gaban yg god.. atau besar2 secara ID4, Days of the Triffids atau WOTW?) lalu dipaksa jadi hamba abdi yg bisu tak boleh nyanyi? Apa keuntungan yg mereka dapat daripada itu? Aku rasa, kau perlu masukkan idea, bahawa (macam biasa) makhluk asing itu sedang meneliti dan membuat eksperimen terhadap manusia, kerana kononnya manusia adalah golongan makhluk intelligent paling cepat memberanak dan melahirkan anak, sedang di planet2 lain, anak2 tidak cepat dilahirkan walaupun mereka mungkin cepat membesar. Lalu makhluk asing itu bertemu bumi yg terkenal dgn populasi kanak2nya yg tinggi. tapi silap makhluk asing itu ialah, mereka tidak buat eksperimen terhadap mak bapak kanak2 tu, tapi anak2 tu kerana mereka tidak tahu proses pembiakan manusia itu. hmmphh, entahlah..

ajami berkata...

Salaam fadz..

arramakkk!.. gua baru sinopsis main hantam sajalah!.. terbyg filem nih sesuai tayang kat astro-ceria.. ala2 filem santai utk bebudak mcm ultraman or power rangers.. but yap! u hve byk good points there my fren.. i really appreciate it.. really!.. kita collaborate jer lah nnti!..mau?

*matila baru draf sinopsis sekerat dah kena kritik.. and aku dh bayangkn shumi baba akan jd org pertama duk dpn sekali staring at me during the mlm gala! muahahahah!.. matila berangan!.. lari! lari! lari!

azisha berkata...

uyooo...dah imagine sampai malam gala
clap
clap
clap

baper bayar amik pelakon korea ngan jepun tuh?

Tanpa Nama berkata...

cepat sambung cerita ya. macam kelakar pula cerita nih...

kak chik