Sabtu, 2 Jun 2007

agogo online!


klik gambar ini!

Shawal sedang menggunakan kesemua jarinya!

Salaam.. Mana nak mula erk?..
12:00pm+
SMS. Ia bermula sms dr shawal tghari semlm psl portal www.shawalfc.net yg baru dilancarkn pd 1/6/07 kul 12:00am!
Shawal: thank u so much.. yg tu dh kira rasmi ker bang?
Saya: yap. u rasmikn online bila free.
Shawal: hari ni sy free.
Saya: mmm, ok.. i'l cal u bk lepas jumaat
Lepas tu saya terus sms Wawa & Low [Shawalfc.net ~ admin]
Saya: Shawal nak online mlm ni! Ada tak chat-room dlm portal tu?
Wawa: alamakk!
Low: ada tapi yg biasa2 jer.
Saya: mmm, pi cari kat tenet cpats! btw buh 1st kt portal bgtau 'shawal online' 2n8! kul bpr? lpas jumaat i cnfrm wt him. i'l cal u.

2.00pm+
Saya call hp Shawal.
Saya: kul 8pm. klcc. ok?
Shawal: ok. saper lagi join kita bang?
Saya: tak tau lagi saper.. ajak skali adik u, Gadaffi.. escort kau. i ambik kat rumah 7++
Shawal: ok. 7++

Fast forward. Saya blk rumah packing gadget internet [laptop, keyboard, camera etc..] Then, saya YM dgn Wawa & Low.
Saya: so?
Wawa: kami dh donlod free server chat-room.
Saya: ok. good!
Low: tapi kna test-run ajak KEBAWALS chatting.
Saya: do it. btw dh cnfrm 8pm shawal online! pls hapdet 'time' kt portal.
Wawa: baik tuan! tabik tuan! [emo gelak guling2]
Low: i neves! [emo gelak tup molot]
Saya: huh! [emo jelir lidah]

Shawal sedang berlatih meng-klik mouse!

Next. Saya call satu-persatu V.V.I.B.
Saya: Vern! mlm nih free tak 8pm klcc Shawal chat online + rasmikn portal FC. nak ikut?
Vern: tonite Jovian birthday.. bla bla bla.. i kat toilet.. bla bla bla.. nnti i sms dafi... bla bla bla.. ok!
Next. SM.
Saya: SM! mlm nih.. bla bla bla..
SM: mmg aku kat klcc.. bla bla bla.. Aizat's family gathering... bla bla bla.. ok!
Next. Joe Lee.
Saya: Joe! mlm nih.. bla bla bla..
Joe: ooo.. ookkk.. [dlm nada tingtong tgh ngantuk]
Next. Budiey.
Saya: Bro! mlm nih.. bla bla bla..
Budiey: ok bro! jumpa korang dulu. pastu gathering Aizat.
Next. Juandanza.
Saya: Juan! Juan!
Juan: saper nih?.. krek! krek! krek!.. tak clearlah!... tut! tut! tut!
Terputus! Saya dail balik.
Saya: woi! tak save no aku lah tuh!
Juan: lerr! takklaah! sim-card rosak.. maklumlah hp murr!.. [murah]
Saya: mlm nih.. bla bla bla..
Juan: harusss!

Shawal sedang berlatih chatting sambil minum iceblended!

5:00pm+
Bergerak dr rumah. Seri Kembangan >> MRR2 >> Wangsamaju. Saya terlupa! Hari ini Jumaat + coti skolah! MRR2 jem giler babs coz suma org nak gi naik Genting! Traffics mcm kura2. Even kalau kura2 merangkak sambil cilok2 tepi kereta2 pun maybe dia dah sampai Genting dulu! Then, Vern sms "dinner 1st 7pm?" Saya reply jer "OK" [padahal dlm ati, dah boleh agak tak sempat nya!]
6:00pm+
la la la la..
6:45pm+
Ambik Wawa kat tepi jln, area Ampang Point. Saya 'menugaskan' Wawa utk terangkan psl portal baru tuh pd Shawal & merangkap tech-support incase portal tuh crash atau kuku Shawal patah masa menaip nanti! Ihiks! Sambung MRR2 ke Wangsamaju.
7:00pm+
la la la la..
7:21pm
Ada call masuk.
Joe: korang katner? aku & Vern dah sampai nih!
Saya: on der weii! ops!
Vern: gituhlah! btw nak dinner katner? 1st, Mid or Low-Class?
Saya: yg biasa2 lah coz suma 'on me'!
Vern: ok! mmm KFC? McD?
Saya: haiyooo! mati budak tuh kena ramas nnti! yg privacy skit ader?
Vern: oklah i pilih yg Mid-Class.. kami carikan.
8:00pm+
Baru sampai Wangsamaju. Shawal & Gadaffi naik kereta.
Saya: korang tunjuk short-cut to klcc. MRR2 lupakan!
Gadaffi: ok! memula belok kiri.. belok kanan.. belok kiri... bla bla bla..
Shawal: ramai ker org tunggu online mlm ni?
Wawa: boleh thn! ptg td masa test-run lebih 20org++.. mostly KEBAWALS.. siap ada yg nak stayback kt opis.
Saya: so.. camner show?
Shawal: Alhamdulillah bang.. boleh tahan gak.. bla bla bla.. berlakon filem jd cameo.. bla bla bla.. off-record!.. bla bla bla..
Saya: ok! baguss!
Waktu yg sama Wawa call Low, tanya camner kat portal masa tuh? Maklumlah janjinya kul 8:00pm Shawal online! Matilah kot2 ada yg ngamok! Takut ada yg kata Shawal nak memain! Ajami propah! Low jd tukang monitor msg movement semntara kami terkial2 nuju klcc.

Shawal & Ajami 'dipaksa-rela'oleh Vern to say 'baeekkk punyaa!' lariikkk!.. fyi, yg kanan baju putih tu is Gadaffi [adik Shawal - pls klik pic nih]

8:30pm+
Sampai klcc. Jumpa my wife kat lobby yg dh janji blk dr keja jumpa kat klcc. Dari parking >> escalator >> House of Sundanese Food kami suma jln mcm satu team bwk 'the tallest man in Sem. Msia' kekdahnya! [coz Shawal pendek skit dr Farha] Maklumlah suma pendek2 banding dgn Shawal! So takleh nak sorok2 low profile. Maka ofcourse lah memana jer laluan kami bbdak dah mula jerit "Shawal! Shawal! Shawal!" and Shawal maintain cool dia.. senyum.. lambai.. senyum.. lambai! Pandaiii :-)
Kat Sundanese, Vern, Joe & SM tgh tarik2 rambut coz sentaps tak puas ati blog saper yg lebiy fofular!!.. erk! TAK DERLAHHH!.. kami suma w/pun sekali-sekala laser-nuklear sesama sendiri kt blog.. tapi! bila jumpa suma comolot bagai adik-bradik yg terpisah sejak kecik mcm pilem hindustan! IYOOLAAAHHH!.. ihiks! Vern ckp Dafi Xleh nak join coz dia blk kg kt Kuantan wt fmly dia.. then Budiey & kawan dia sampai.. diikuti oleh Juan yg nampak natural beauty chantek!.. natural kerrr?.. chanteekk kerrr?.. terus ambik order package 8 org coz Shawal & Gadaffi dah siap kenyang mkn kat rumah seblm keluar.. bolehhh?.. Saya ckp, korang nih very the 'family recipe' kan? fyi meehoon pun Shawal tak suka buh sayur!.. tapi Shawal tetap panjang+tinggi+lonjong!.. Dinner sampai. Mkn2. Gossip2 off-record. bla bla bla.. Siap Joe sempat tunjuk kat Shawal video2 cara wat magic yg dia download dr tenet. Masa tuh saya dah risau coz dah dekat 9pm. Gubra sgt sampai nak snap pics dgn SM & Budiey pun terlupa. Tapi Budiey ada snap2 dr angle lelain. Tunggu posting kat blog dia nnti. Later, SM & Budiey terpaksa chow dulu nak gi Aizat's function kat tgv.

Perhatian: bahu org kat kanan pic ialah kepunyaan seorg reporter/blogger/magician

9:15pm+
Kami plak bergegas turun ke ting.3 The Coffee Bean & Tea Leaf [sebelah tgv].. sekrg grup dah beso skit. [rupanya outlet tuh akan tutup terus mulai 3 june coz nak pindah tempat lain.. bolehh?] Joe tertinggal sat ader hal. Tetiba Shawal ternampak Cikgu Najmi AF5 dlm ramai2 banjiran manusia yg nk tgk wayang. Actually Cikgu Najmi joining Aizat nya movie preview Shrek-3 dgn family & fans dia kat tgv. Masa dlm kereta tadi pun Shawal dah call Aizat bagitau yg kami ada function kat klcc gak utk launching portal shawalfc tuh dan dia tak dpt nak join Aizat. Itu just fyi Shawal to Aizat. Maknanya ada 2 org student AF5, ada 2 functions yg berlainan dlm klcc pd mlm yg sama! Tapi fans yg berkumpul di tgv tuh tak tau maybe depa ingatkan Shawal joining Aizat? Shawal terus jln nuju ke Cikgu Najmi to say hi. Cuba anda bayangkan situasi itu! Saya dah agak Shawal akan 'tersangkut' sekejap coz org ramai yg nampak Shawal, definately akan ambik gambar & salam2 dgn dia. In my personal opinion, ada sikit salah faham berlaku sekejap dlm sekelip mata. Instead of Shawal dpt terus bersalam dgn Cikgu Najmi, lain plak jadinya. Saya lekas2 cuit Gadaffi bergegas ikut Shawal dr belakang. Tapi kami mesti bersikap terbuka, tak bleh melatah nak tahan2 Shawal dr bergambar & bersalam dgn crowd kat situ. We have to be pro! Cuma jauh di sudut hati saya terfikir, tak berapa 'manis' kami singgah ke situ coz takut mengganggu Aizat's function plak? Lelain group kami; Vern, Joe, Juan, Wawa & my wife tgk jer dr near escalator hoping that Shawal tak 'sangkut' lama kat situ. Lepas satu.. satu.. fans non-stop tarik2 Shawal nak bergambar. Akhirnya saya kelip2 mata dgn Gadaffi kasi 'hint' utk bawak Shawal terus salam dgn Cikgu Najmi & Aizat bagitau kami nak gerak dah. Cikgu Najmi, Aizat & Shawal bertukar-tukar 'good luck' wishes smoga memasing nya function berjln lancar. Saya terpaksa dgn 'manis mulut' & 'senyum lebar' bagitau pd fans yg masih menunggu nak bergambar that Shawal have to go & the next org nak bergambar will be 'the last one'.. Situasi mcm tuh kita tak boleh leka & blur! We have to act fast! Mungkin experience ikut Azwan Ali jd P.A. dia kat Parti Citcat yg lepas2 kasi saya sikit tips how to cool-off kan crowd & secara polite mintak diri. Kita tak boleh main redah jer tinggalkan fans. It's a No No! Peminat mesti dihormati & dihargai. If depa nak salam.. salamlah. If depa nak bergambar..pose ajer!

Shawal sedang berlatih membaca chatting yg sgt lajuuu iteww! sambil menghirup iceblended perisa cekelat!

9:30pm+
Sekali lagi, masa nak tinggalkan crowd tuh Shawal tak lekang dgn senyum..lambai.. senyum..lambai.. Tetiba! jeng! jeng! jeng!.. ada sorang fan adik pompuan nih ntah dtg dr mana ntah, dia bulih MELOMPAT & MENJERIT SEKUAT ATI "SHAWALLLL!!!" betul2 dpn kami! OMG! Yaaa ampunnn! Saya terkezut giler babs! Seriously! It's unexpected! Then saya igt dia akn pengsan ker haper pastuh! Nope! Lepas tuh dia cool-down then gi ke tepi selamber jer. Shawal sambung.. senyum.. lambai.. senyum.. lambai.. Kami hampiri Vern & Juan yg geleng kepala jer sengih! Then terus kami bergegas ke dlm TCBTL siap tak amik order lagik terus menonong cari meja sorang satu. Joe pun tetiba muncul blk. Saya & team Shawal kat meja ujung, Vern kat meja sebelah kiri & Joe amik meja sebelah kanan. Mcm nak wat pertandingan hackers plak bila memasing sebok kuarkan laptop & mulalah ketup-ketap! ketup-ketap menaip! Saya pun jugak kuarkan segala-bagai gadget td asap. Siap bwk xtra usb-keyboard kaler putih tuh as backup! Tup tap tup tap! Zassss! Suma kabel etc dah connected tapi... TAK BULIH nak connect to internet! wifi dlm tuh mcm ada problem mcm hanj! Terus pegi kaunter tanya adik2 waiter mintak bantuan 911. Dia kasi user/password lain yg biasa dipakai. Tup tap tup tap! Teng-terenggg! Alhamdulillah shawalfc.net dpt di-access!

salah sorg VVIB sedang pose maut dpn laptop kekdahnya!

Vern checking segala-bagai blog/MS dia, Ning & Dafi btw prasan tak yg terpapar kat skrin laptop Vern tuh is MS Dafi ..penaung-contoh yg bergigih-gigih mem-promote katanyaaaa!

Juan sedang 'berpura-pura' membetulkan kerusi Joe yg tak rosak utk enter-prem! ihiks! Joe pula sedang 'men-transfer' pic Wawa dr hp ke laptopnya [emo gelak guling2 coz Wawa ter-propah]

Joe pun terus blogging psl menu kat dinner td & function Shawal nih. Wawa plak jd tech-support mcm lipas kudung setkan apa yg patut. Then Shawal terus klik 'chat-room' & mula pening kepala baca msg2 yg sgt laju iteww!

Juan yg gigih & chomel sbg 'P.A.' sementara Shawal.. TQ uols! Shawal sedang mem-posekan cincin di jari-jemarinya!

Juan, Wawa & saya take turn duk sebelah Shawal tolong monitorkn apa2 msg yg Shawal tertinggal utk dijawab.. Shawal nak jawab seboleh-bolehnya semua msg 1 by 1.. Dia mmg sgt hargai setiap msg yg dihantar mlm td.. masa tulah gak Joe snap2 pic Wawa & terus blog kekdahnya! Terkedu Wawa itew coz memula Joe ckp X akan blog it! But knowing Joe.. mmm, sah2 yg kau X nak itewlah yg akan kuar! huhu! btw TQ sgt to Joe coz sempatss online blogging 'live' masa Shawal chatting tuh :-)..
11:00pm
Vern & Joe berkemas & mintak diri coz nak rushing gi birthday party Jovian plak.
11:20pm
TCBTL nak tutup dah! Shawal type bye-bye & suh suma chatters type 'agogo'.. and Shawal kasi 'muahhh' bebyk kat suma chatters!
11:30pm
Lompat bintang & sorak 'bersurai'!!! [ihiks! terigt masa skolah dulu2 lepas subjek Pendidikan Jasmani kekdahnya!].. SM yg just abis Aizat's gath pun muncul smula joining us but kedai kopi+teh itew tuh siap dah off air-cond dlm ertikata lain "tak reti2 ker korang nak blah?".. so, kemas2 & lambai2 kat waiters suma & gerak.. then Shawal nk gi toilet jap. Masa tuh saya ada nampak sorang bdk kecik laki nih tetiba ke hulu-hilir mundar-mandir tak jauh dr toilet. Bila Shawal keluar jer, terus dia jerit "A GO GOOO!" pd Shawal & terus salam & cium tgn Shawal. Bulih? Saya senyum jer.. dlm ati, saya bisik "Shawal nih bulih jd duta ASTRO-CERIA!" Pastuh, SM & Juan pun bye-bye gak coz parking kereta lelain area. Saya, my wife, Shawal, Gadaffi & Wawa naik se-kereta.

KESIMPULAN. Saya amat puas ati dgn function yg boleh dikatakn 'berjaya' utk Shawal yg 1st time chatting online 'live' dgn fans dia! [w/pun ada yg kata kami propah jer!] Juga coz w/pun ianya last minute plan kurang dr 24jam kami manage to do it mana yg mampu! Saya bg pihak Shawal mohon ampun+maaf zahir+batin coz 'terlambat' masuk online yg janji asalnya kul 8pm.. harapnya korang tetap berpuas-ati lah jugak yer! Alhamdulillah, saya berjaya gak kumpulkan bloggers yg mem-blog psl AF5 arituh utk dinner bersama Shawal. Ya! Agenda nya simple jer.. Dinner & Chatting.. Tapi suasana beramas-mesra itu yg paling ptg & pasti akan tinggalkn kenangan manis+kelakar utk Shawal & kami semua.. Oh ya! Dan utk kamu2 yg berchatting dgn Shawal mlm td :-)
Wassalam.

KUDOS to all my closest V.V.I.B. berikut:

klubbkidd

budiey

mrmanager

sultanmuzaffar

juandanza

note: VVIB = Very Very Important Blogger!!!.. bolehh?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakcik cepat la citer lagi~ ekekeke

ahli kebawal no87 :P

nana berkata...

thanks pakcik..
kudos to pakcik...
i really appreciate that..
dpt chat kjap je ngan nana since internet umah tak betul skett smlm..
but it was a great moment..
thanks again..:)

Budiey berkata...

Tahniah atas pelancaran portal Shawal!

Semoga Shawal lebih sukses dan dekat dengan peminat.

Terima kasih bro, atas kesudian menjemput Sensasi Selebriti. Apreciate it sangat-sangat.

Keep it up & stay cool.

MeMoRy LyNn berkata...

pakcik.... thanks for sharing the story... ape2 pun u guys did a good job.... lepas gak rindu peminat2 shawal nak men'cit-cat" dengan shawal malam tu... hehehe... thanks a lot pakcik. :)

-seriperak-

azisha berkata...

pokcik....many many thanks for organizing the chatting session. really appreciate the effort. and lots of thanks also sbb buat detail updates dgn dialog segala bagai. BTW, apsal gambor wawa je takdak...hihihi.

-azisha-

sunflower berkata...

thanks pakcik..
seronok baca cite pakcik yang detail ittew...
thanks pada pakcik,wawa n low atas kejayaan perasmian SHAWALFC.NET


TAHNIAH SHAWALFC!!

ahli kebawal no28

DBI berkata...

wah meriah betul lah...sessi bersama VVIB lagi....

tremendous effort utk organised ni kan..? tahniah..

maoa pakcik boleh bawak/guide shawal lebih jauh..kena lebih lagi cam kata gee...

errr..motif tak jemput DBI gak..hehehhe

wawa berkata...

thanks pakcik atas penat lelah pkcik usahakan bnda ni smpai berjaya :D pembekal barangan letrik chatting, soket, aka bodigad also pembelanja makan malam dan ikan agogo...kehkeh..
larikkkk...:P

thanx a zillion to u pkcik..!

Tanpa Nama berkata...

pokcik ku syg,

sungguh detail penceritaan mu itu. pokcik, tahniah lah sb pelancaran shawalfc.net tue kan n kami2 nie berpeluang ler untk berchatting dgn shawal dat nite. pokcik, ltk ler pics wawa n low key...ahaks

from misz1883 with luv

Tanpa Nama berkata...

Pakcik,, thanxxs!!1

tahniah atas usaha pakcik dan sume yg terlibat dlm menjayakan sesi chatting bersama shawal..& pelancaran shawal fc..
seronok baca cite yg detail iteww.)

qis13

haruhi berkata...

kalo bleh nxt tym inform awal2 sket ek...at least 1 o 2 days b4 d day...Apa2 pon good job pakcik ;)ajak ler Shawal citcat lgi bila dier free k... Thankz...

Tanpa Nama berkata...

pakcik~
time kasih citer dgn pjg lebar~bahgier :)

err,byk perkataan guling2 nmpknyer~ ahahaha

suke suke~

A GO GO!!!

ahli kebawal ke87- awan_guling2 :)

f41dh1 berkata...

best gak baca cerita function perasmian shawalfc nie..meriah gak yer walaupun last minute punya plan...:D

wénkt berkata...

best giler!!! harap wan dapat berada bersama korang gak... waaaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

congrates pokcik....
tahniah atas segala2nya...
from A-Z...
u did a very good job...
chaiyukkk!!!!

**kiera55**
kebawal 125

siela_misaee berkata...

haiiiii shawal!!!
AGOGO!!!!!!!!!!!!!