Rabu, 12 September 2007

anuar zain (2007) - too much of a good thing can be harmful too?

NOTA: 26-Sept-07: saya baru perasan, percaya atau tidak bahawa ulasan ini & gambar cd cover album Anuar Zain yg saya scan di atas ini telah diplagiat oleh satu blog TANPA sebarang kredit!.. siap diterjemahkan ke bahasa Inggeris!... boleh? LOL!Salaam..

bak kata anuar sendiri di akhir catatannya dlm cd cover: NIKMATI MUZIK TANPA ADA RASA PREJUDIS.. maka saya juga MENGULAS TANPA ADA RASA PREJUDIS sbg seorg pendengar amatur shj!.. dan bukan sbg seorg jurumuzik profesional.. ini ialah ulasan asas berdasarkan pendapat umum tanpa sebarang niat utk memperlekehkan dan tidak juga menidakkan apa yg terbaik dari album ini.. kamu digalakkan membeli cd yg asli di kedai dan menilainya sendiri dari citarasa masing2.. benar?

1. i'm the lucky one
lagu pembukaan yg.. err, saya umpamakan spt seorg pelari jarak jauh memulakan larian merentas desa sejauh 5km mendaki sebuah bukit!.. ia bermula dgn perlahan-lahan utk menyimpan tenaga sehingga ke garisan penamat!.. di pertengahan jln, larian mula melaju dan laju tetapi dlm pendakian yg semakin tinggi dan tinggi.. hampir ke penghujung larian seluruh tenaga mesti dihabiskan semaksima mungkin krn sudah sampai puncaknya.. selepas itu larian diperlahankan semula sehingga ke garisan penamat.. dlm ertikata lain ia sebuah lagu yg perlu didengar berkali-kali utk disukai!.. noktah.




2. ketulusan hati [sila klik youtube di atas]
ia sebuah lagu cinta pandang pertama.. dan kita akan mahu jatuh cinta dgnnya lagi dan lagi.. berulang-ulang!.. berkali-kali!.. repetitive!.. looping!.. sampai cd kamu 'stuck' dlm cd-player!
nota: jeritan latar "oohhh.." di pertengahan lagu mengingatkan saya dgn jeritan dlm lagu 'earth song' michael jackson.. ops!

3. tinggalkan aku
[sila rujuk ulasan no.1]
nota: cuba kamu dengar baik2 cara nyanyian bait lirik baris ke-2 "sendiri aku menahan pedih ini"..err, sedikit spt lenggok mula lagu 'jangan bersedih lagi' album ke-2 anuar.. ops lagik!

4. kau bunga cintaku
retro disco dance! saya paling suka bila part "kau bunga cintaku! AUWWW!!".. ia menggiurkan dan akan memukau utk menghentakkan kaki serta menggoyangkan pinggul bila didengar!.. rasanya lagu ini sepatutnya jadi track no.1 krn ia sebuah lagu mukadimah yg mampu melariskan pendengaran ke track seterusnya.. itu pendapat saya!.. katanyaaa!

5. tak lelah
[sila rujuk ulasan no.1]

6. lelaki ini
lagu ini so far, adalah yg terbaik dari anuar zain!.. lirik & melodinya sgt peribadi utk saya.. sejujurnya selepas mendengar mp3-nya di internet [seblm membeli cd yg asli], saya 'mengharapkan' lagu2 lain akan se-gah lagu ini.. tapi!

7. hanya milikmu
satu lagi lagu yg mencuri, merompak & menyamun perasaan kali pertama mendengarnya.. namun.. selepas habis didengar sehingga fade-out, baru perasan bahawa lagu ini sebuah lagu yg sesuku-sesakat dgn 'unbreak my heart' toni braxton.. wajib ada ialah spanish guitar yg menyulam & menjahit di sepanjang lagu yg meruntun, merobek & menjiwangkan perasaan ke tahap paling cintan!

8. bidadari
[sila rujuk ulasan no.1]
nota: permulaan nyanyian yg 'berbisik' memaksa saya utk menaikkan volume speaker utk mendengar apakejadahnya lirik yg dinyanyikan?..

9. jangan pernah lagi
retro disco dance lagik sekali!.. tapi kureeng skit jika dibandingkan dgn track no.4

10. teman terulung
[sila rujuk ulasan no.1]
nota: lagu ini seolah-olah persembahan penutup cd ini seblm saya terlelap di akhir lagu.. atau mungkin di pertengahan lagu.. ops kali ke-3!

kesimpulan:

~ kenapa tajuk posting ini 'too much of a good thing can be harmful too?'.. jawapannya ialah dgn mendengar track no.1,3,5,8 dan 10 back-to-back!.. kamu akan faham!

~ ciptaan lirik/lagu oleh numata [inu, mhala, tantra] utk track no.2, no.4 dan no.6 bagi saya ialah yg terbaik [dan spt penyelamat] dlm album ini.. sehingga saya teruja pula utk membeli album numata di internet!

~ 8 dari 10 lagu menggunakan backing vocals yg kadang2 terasa membosankan bila mendengar back-to-back!.. cuma track no.2 anuar mem-backing vocalnya sendiri.. manakala track no.10 shj tanpa backing vocals!

~ cara nyanyian anuar dlm album ini tidak terover-over ad-lib lalalala! ooohhhh! spt album2 yg lalu.. cuma setelah mendengar kesemua lagu dlm album ini, saya menyimpulkan bahawa album ke-2 anuar lebih baik dr album ini!.. [matilah stetmen brani mati aku nih!..LaRiKKK!]

~ pls watch youtube 'lelaki ini' @AE07 kat bwh nih by klubbkidd [yg perlu di-kreditkan seblm dicarot!!!].. satu soalan cepumas dr saya, was anuar zain 'turun key' during his live performance as compared to the original song in the cd?.. you decide!


12 ulasan:

Belladonna berkata...

Hey, i like the song 'Lelaki Ini' (betul ke?). Apa khabar Ajami? I just want to wish you selamat berpuasa & menyambut bulan ramadhan :)

easy berkata...

bought his album, but just don't like the cover album photo. mcm x de tangan...emm not nice. it would have been better if there is show of hand/s. but i love the inside photos. thats nice.

ajami berkata...

bella/easy - slamat bposa 2 uols!

easy - baru i prasan bila u ckp 'Xder' tgn tuh!.. mmm, sharp observer lah u :-) gud! gud!

Lee Novotny berkata...

Amboii cover album meletopzz sangat!

Uols, selamat menyambut ramadhan..selamat bersahur, bepuasa dan berbuka... :)

For you and your family :)

Adi Luqman berkata...

baru abis keje neh dok layan blog jap. hehe.meletopnye komen untuk album anuar neh. menangis kakak tuh nanti! oppsss..larrriikk!!! ehehe

skang ni i keje kat marcus evas as sales exec je..bole la..drpd tader wat pepe ..hehe :P

Adi Luqman berkata...

eh eh..silap..bukan baru abis keje...baru abis SAHUR dok layan blog neh..adoiii..hehe

DBI berkata...

salam pokcik...

terus tak jadi beli cd AZ..boleh ???

btw-selamat berpuasa..baju raya anak2 dah beli???

pakcik MMA berkata...

heppy ramadhan too, bro ajami

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.

gf aku without hesitate tros kata anuar turun key masa ae07 tu. aku yg kurang peka ni tros la dengar dengan lebih tekun. ya! mmg dia turun key + aku tambah yg aku rasa anuar sakit kot sbb muka dia merah padam especially tang pipi dia. sbb tu dia turun key tu kot. aku kecewa gak ngan show dia. expectation aku tinggi sampai menjangkakan ada koir iringi dia tapi yg ada hanya back up singer yg agak busuk yg juga sedikit sebanyak mencacatkan performance anuar malam tu.

sekian.

ajami berkata...

lee - mletops sgt mletops!!!

adi - marcus evas u co. aper tuh?

dbi - heppp! jgn donlod.. beli yg ori!.. walaupun..

pck.mma - baju melayu baper psg?

anon - 'sikit' jer busuk kan?.. so the rest dikira 'wangi'lah ;-)

Tanpa Nama berkata...

Apa kabar Ajami!you should buy numata album too!great contents,the fact, they are the children of one of the legendary singer in Indonesia : Tetty Kadi ( Tarikan Nafas Terakhir, Sepanjang Jalan Kenangan,etc)

sukalagumcmni berkata...

Salam,

Came thru u blog ni sbb dok nak cari lirik latest lagu2 anuar zain..:D. Dok nak beli CD, x dpt2 lg..Alasan; out of stock..Tensi2..Ntah2 pekedai tu dok sorok kot.. Apa2 pun, if u were happened suka dgr marcell, singer from seberang tu..then, u might say this album is d mirror image of his album..tp x jadik prob pun sbb i MMG tergila2 kan 2-2 singers ni..ahaks!!!