Rabu, 31 Oktober 2007

pRIA #1 - 31/10/07

mari menonton pRIA ep #1 [kredit: hangtuah19]

Shawal: muat ker muka aku dalam kamera erk?

Roll Camera! Action!



Saksikanlah Shawal dlm episod #1 siri pRIA di ASTRO RIA malam ini!

Tarikh: 31 Okt '07 [Rabu]

Masa: 10:00PM - 10:30PM [30 minit]

Saluran: ASTRO RIA [channel 104]

Ulangan: 1 Nov '07 - 4:00AM

INFO PROGRAM:

Sinopsis: Drama bersiri baru tentang sekumpulan anak muda - Guz [Shawal], Mok [Adam] & Boy [Danny] yang mengejar cita-cita di dalam bidang muzik sehingga tertubuhnya sebuah grup bernama 'pRIA'

Pelakon2: Shawal AF5, Adam AF2, Danny Anwa, Lando Zawawi, Serina Redzuawan, Aidil AF3, Zaibo, Delimawati, Diya AF5, Noni AF5, Sariyanti & Jass

Pengarah: Dinesh Samby [pengarah Duranni]

Penerbit: Raam Punjabi

Produksi: Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd.

PROMO [kredit ~ leya]






lagu tema: 'Baru' ~ Zahid




pakcik kata:

Pakcik sukakan teknik penceritaan siri ini yg gunakan fast-cut dan multi-angle utk setiap babak. Yg paling mengejutkan pakcik ialah suntingannya yg seakan sebuah video-clip dimana ada multi-screen kecil berderet dlm sebuah skrin besar. Juga ada permainan warna dan speed dimana setiap detik yg genting atau istimewa di-edit freeze-frame atau slow-motion. Naratifnya tidak meleret-leret straight to the point mungkin kerana durasi tayangannya hanyalah 30min utk setiap episod. Mampukah siri ini menjadi tontonan wajib setiap minggu oleh penggemar astro-ria? Kita tungu & lihat!.. huhu!

p/s: peminat2 mati-keras AF khususnya shawal-af5, adam-af2, noni-af5, diya-af5 & aidil-af3 PASTI akan teruja!.. [huh! susahlah pakcik nak review TANPA bias pd 'lelaki itu'.. huhu!]



WAKTU SIARAN

ASTRO RIA [ch 104]
1. Setiap Rabu 10 mlm [episod baru]
2. Setiap Khamis 4 pagi [ulangan]
3. Setiap Ahad 2 ptg [ulangan]
4. Setiap Rabu 5 ptg [ulangan]

ASTRO@15 [ch 109]
1. Setiap Rabu 10:30 mlm [episod baru]
2. Setiap Khamis 4:30 pagi [ulangan]
3. Setiap Jumaat 5:30 ptg [ulangan]
4. Setiap Sabtu 1:30 ptg [ulangan]
5. Setiap Ahad 6:30 ptg [ulangan]

Selasa, 30 Oktober 2007

kuntilanak 2 - mari belajar struktur sekuel cerita seram?


The audience may put together what is going on in advance of the characters in the story; the identification of the monsters (kuntilanak) by the characters (Sam, Agung, etc) is phased in after the prior realizations of the audience. That the audience possesses this knowledge, of course, quickens its anticipation. Moreover, the audience often is placed in this position because it, like the narrator, frequently has access to many more scenes and accident, as well as their implications, than are available to individual characters. This type of structure is quite common. The audience, then, often has a fuller picture of what is going down, or, to shift metaphors, the audience has more pieces of the puzzle than do the characters, which perspective results in the audience coming to its discovery in advance of the characters, and, thereby, elicits a keen sense of expectation from the reader or the viewer. ~ REF: The Philosophy of Horror by Noel Carroll [ms.100]

Salaam..

Kuntilanak 2 adalah sekuel. Maksudnya penonton sudah ada exposition/flashback Kuntilanak asal di dalam minda masing2 sebelum memasuki panggung wayang. Kerana itu penonton akan mengharapkan ulangan seram yg sama semasa menonton filem ini. Sekuel juga memudahkan kerja penulis skrip dan pembikin filem kerana tidak perlu lagi untuk meng-introduksikan watak2 utama yg asal juga tidak perlu untuk bercerita berjela-jela bagi memperkenalkan dunia filem ini. Dalam erti kata lain, K2 hanya perlu menyambung ekor K1 dan menambahkan satu lagi rentetan naratif 'baru' untuk memanjangkan cerita. Cuma filem sekuel seperti ini seakan melimitasikan penontonnya iaitu hanya untuk yg sudah menonton K1 sahaja kerana penonton yg jump-cut terus menonton K2 akan pasti kekeliruan untuk memahami plot2 cerita yg disambung dari K1. Adakah ia merugikan? Tidak juga! Kerana sekiranya penonton yg sukakan K2 akan membeli dvd/vcd K1 utk memahami asal-usul K2. Manakala bagi penonton yg menyambung sekuel K1 >> K2 akan lebih teruja kerana semakin banyak exposition baru yg memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai Kuntilanak!

Apakah yg 'baru' dlm K2? Pada pendapat saya, K2 mengembangkan cerita Kuntilanak ke arah belakang atau backstory K1 yg tiada dahulu di dalam skrip dan filem. Mungkin semasa menulis skrip K1 ia hanya sekadar backstory di dalam minda Ve Handojo [penulis skrip] sahaja untuk memudahkan pengembangan watak2. Dan kini backstory itu dipertontonkan atau mungkin ditambah untuk menjadi cerita penuh K2. Di samping backstory, K2 juga menciptakan plot2 baru utk sekuel K3 seperti watak budak perempuan Yenny yg mampu 'melihat' kuntilanak dan cameo 'ibu' Sam di saat2 akhir K2.
Filem sekuel juga kadangkala terpaksa 'mematikan' watak2 yg tidak boleh dikembangkan lagi iaitu misalnya dalam K2 - Agung, Bu Yanti dan Iwank kerana mereka adalah saki-baki watak2 dari K1 yg sepatutnya sudah mati dahulu. Namun 'pematian' watak2 itu bukanlah sekadar untuk memanjang cerita tetapi dijadikan plot atau keperluan dalam naratif untuk mengakibatkan Sam lebih beremosi sehinggalah klimak filem ini. Ia adalah cause & effect. Set-up & pay-off.

Kembali kpd persoalan apa yg 'baru' dlm K2? Sekte Mangkoedjiwo! Kumpulan kultus (cult) ini diangkat dlm K2 sebagai kesinambungan plot watak Sri Sukma dari K1 (yg sudah mati). Dlm K1, kultus ini hanya wujud sebagai exposition dari dialog2 Sri Sukma sahaja. Kini penonton diperkenalkan kpd setiap anggotanya yg mempunyai pelbagai latar kekejaman. Kenapa? Pada pendapat saya, kultus ini adalah antagonis berkumpulan paling besar kpd Sam (protagonis) dlm K2. Antagonis lain ialah diri Sam sendiri yg mirip spt kisah Dr. Jekyll & Mr. Hyde. Mungkin kerana ini ialah filem sekuel K1 >> K2, dimana Sam berada di tahap pertengahan utk menjadi pemanggil kuntilanak yg sempurna. Maka Sam masih dlm skala 50-50 iaitu Sam 'baik' vs. Sam 'jahat' seperti tagline K2 "Semua Orang Memiliki Sisi Gelap". Saya yakin bahawa K3 akan muncul dlm bentuk Sam yg 100% full-circle sebagai pemanggil kuntilanak!

Cuma setelah habis menonton K2, saya merasakan bahawa K2 sedikit kurang berbanding K1 kerana K2 lebih menumpukan exposition konflik dalaman diri Sam dan kekejaman kultus Sekte Mangkoedjiwo. K2 seakan bukan 100% horror film 'berhantu' kerana kuntilanak yg dipaparkan hanyalah wujud dlm bentuk fast-cut atau jump-cut editing yg mencelahi setiap mangsanya. Mungkin K2 tidak mahu pengulangan bentuk kuntilanak yg sama seperti K1 dimana ada versi kuntilanak ala unicorn atau ala ju-on atau kanak2 kecil yg jelas dipertontonkan. Kali ini kuntilanaknya lebih pantas dan muncul secara kejutan close-up sahaja. Mungkin penggemar filem seram akan merasa tidak puas dengan cara suntingan laju sebegini? (ini pendapat saya). Naratif K2 juga lebih banyak menumpukan plot percintaan Sam-Agung. Ia seakan lebih kepada genre drama berbanding genre seram? Satu lagi yg menjengkelkan saya ialah sekuen pembukaan filem ini selama hampir 10 minit yg memaparkan 3 orang kanak-kanak revisiting rumah berhantu dari K1. Saya tidak pasti apa relevant-nya? Mungkin sebagai revision K1? Namun begitu, saya menyukai plot2 introduksi Yenny dan 'ibu' Sam yg sudah tentu perlukan sekuel K3! Satu strategi pra-marketing yg pandai! :-) Kesimpulan: saya tidak sabar menunggu sekuel K3 untuk melihat Sam yg 'jahat 100%'!!!

REF:

kuntilanak2.com

ulasan K1

imdb.com

cari.com

Q&A [e-mail]

Assalamualaikum saudara Ajami Hashim. Saya Wim binti Yurnel pelajar jurusan Senireka Grafik, Uitm Shah Alam. Saya memohon budi baik saudara untuk menjawab soalan ini dari sudut pandangan saudara dalam melengkapkan tesis saya yang bertajuk : 'design issue:perkembangan penulisan skrip di malaysia'.

Diharap saudara dapat membalasnya dengan kadar segera. Kerjasama dari saudara amat saya hargai.

1. Apakah sebenar permasalahan yang melanda filem tempatan sehingga kurang mendapat sambutan dan kualitinya sering dikatakan kurang bermutu? Jalan cerita kurang menonjol? Kekurangan pelakon yang berbakat? Ataupun peminat sendiri yang terlalu memilih?
> Kejayaan atau kegagalan sesebuah filem bergantung kepada 'sebelum' 'semasa' dan 'selepas' ia dibikin. Sekiranya ia dihasilkan dari sebuah skrip yang bagus, diproduksikan dengan kemas [penerbit, pengarah, pelakon, produksi] dan dipromosikan dengan luas - filem itu akan berjaya di pasaran dan di festival. Sekiranya salah satu proses itu bermasalah - filem itu akan gagal samada di pasaran atau di festival atau kedua-duanya. Kekurangan sambutan dan kemerosotan kualiti sesebuah filem boleh berpunca dari pelbagai masalah dan TIADA sebab sebenar yang khusus secara amnya.

2. Kebanyakan filem yang dihasilkan banyak yang mengabaikan elemen-elemen penting seperti keunikan jalan cerita, kekuatan unsur kemanusiaan, menampilkan jati diri sebagai filem berwajah Malaysia dan bersifat global?
> Pembikinan sesebuah filem bergantung kepada tujuan ia dibikin oleh penerbit. Sekiranya ia diusahakan oleh produksi individu/korporat berasaskan untung/rugi perniagaan mungkin elemen-elemen itu kurang dititik-beratkan [bukan tiada langsung]. Tetapi seandainya ia dibikin oleh kerajaan misalnya FINAS [Paloh, Embun] atau FELDA [Bilut] ia pasti mempunyai elemen-elemen itu. Maka jika dilihat sekali pandang, elemen-elemen itu seakan 'diabaikan' kerana majoriti filem yang diterbitkan di Malaysia adalah bermatlamatkan nilai komersial.

3. Apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi penulis skrip yang berbakat?
> Kriteria asasnya adalah sama dengan apa jua bidang pekerjaan yang lain iaitu berpelajaran asas [universiti, kolej, kursus pendek, buku, internet], berbakat semulajadi [tidak semua orang pandai dalam bidang seni], berpengalaman [banyak cerita], berpandangan tajam [observasi minda] dan bermasyarakat [networking].

4. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan mutu perfileman tanahair kita?
> Dengan usaha-sama semua badan perfileman [FINAS, KEKKWA, GAFIM, PFM, FDAM, SWAM, SENIMAN, universiti, kolej, media massa] tanpa berpuak-puak.

5. Adakah disebabkan negara kita kekurangan bakal pelapis penulis skrip maka jalan cerita filem kita sentiasa berada ditahap yang sama?
> Sebenarnya kita mempunyai ramai pelapis penulis skrip tetapi ruang untuk karya mereka diterbitkan adalah terhad kecuali berani tampil dengan usaha sendiri dan berdikari untuk mendekati produksi yang sedia-ada [networking]. Naratif filem yang sama [cliche] adalah kerana produksi hanya membeli skrip dari penulis skrip yang sama atau mungkin skrip tulisan penerbit/pengarahnya sendiri. Pertandingan penulisan skrip tahunan anjuran FINAS adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan genre, tema dan cerita filem tempatan.

6. Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi peminat filem tanahair untuk menyokong filem tempatan?
> Mulakan dari peringkat persekolahan dimana satu subjek asas/pengenalan perfileman di Malaysia dimasukkan dalam silibus oleh Kementerian Pendidikan [kerajaan] dengan bantuan badan-badan perfileman.

7. Kita sedia maklum, dunia perfileman di Malaysia seakan dianaktirikan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi dan bagaimana cara mengatasinya?
> Di-anaktirikan berbanding dengan bidang apa dik? Setahu saya, dunia perfileman di Malaysia adalah salah satu bidang seni yang paling popular dan mendatangkan untung serta mampu memperkenalkan nama Malaysia di festival filem antarabangsa.

8. Mengapakan seseorang penerbit filem sering mengambil jalan mudah dalam cara pengolahan jalan cerita sehingga kurang diberikan tumpuan dan penekanan sedangkan jalan cerita filem tersebut menarik?
> Mungkin kerana bajet yang terhad. Sesungguhnya TIADA pembikin filem yang mahukan filemnya cincai kecuali dari awal-awal lagi skrip filem itu bermasalah cerita.

9. Adakah penulis skrip tanahair kita sudah ketandusan idea untuk menghasilkan filem yang bermutu dan berkualiti?
> [Sila rujuk jawapan no.5]

10. Bagaimana untuk mengubah mutu perfileman tanahair ke arah satu paradigma yang baru dan setanding dengan filem luar?
> Dengan mempunyai bajet yang tidak terhad dari penerbit/pelabur yang kaya. Bagaimanapun, kadangkala sesebuah filem bajet-rendah juga mampu setanding dengan filem luar.

11. Adakah sesuatu jalan cerita itu ditapis atau dikaji kemantapan kualiti jalan cerita dan pengisian terlebih dahulu sebelum diterbitkan dan perlukah cara ini dilakukan untuk memastikan filem yang diterbitkan benar-benar berkualiti?
> Sudah tentu. Setiap produksi mempunyai script-reader/screener setiap skrip yang dihantar oleh penulis skrip. Kemudiannya skrip yang berpotensi akan dinilai semula oleh penerbit [budget meeting] untuk menimbangkan nilai komersialnya dan anggaran bajet. Bagaimanapun, kualiti yang dinilai [untung/rugi atau menang/kalah festival filem] oleh orang awam, ahli akademik perfileman dan media terhadap filem yang sudah diterbitkan bergantung kepada hasil terakhir [final-cut] di pawagam. Ada filem yang laku di pasaran tetapi cincai dan ada filem yang sangat berkualiti dari segala segi tetapi gagal mengutip keuntungan.

12. Adakah dengan penggunaan media atau efek yang terkini dan terbaru mampu menghasilkan filem yang berkualiti atau media tersebut hanya membantu menguatkan filem tersebut?
> Bergantung kepada tujuan dan bagaimana penggunaannya? Efek khas hanyalah eksesori sesebuah filem kerana tunjang utama kualiti sesebuah filem ialah ceritanya. Kecuali sesebuah filem itu majoriti pembikinanannya memerlukan efek khas misalnya filem fiksyen sains yang akan dikatakan berkualiti dari segi teknikal [mungkin cerita kurang berkualiti]. Efek khas juga membantu menguatkan penceritaan sesebuah filem dalam sekuen babak yang mustahil dibikin dengan lakonan pelakon dalam set/prop semata-mata.

Sekian, terima kasih.
Ajam Hashim
Selasa, 30 Oktober 2007

p/s: semua jawapan di atas adalah dari pendapat peribadi saya sendiri tanpa sebarang prejudis atau menggambarkan jawapan sebenar yang 'terbaik' untuk setiap soalan.

Sabtu, 27 Oktober 2007

spec script?

A spec script is a "speculative" screenplay, one that the Variety slanguage dictionary defines as being "shopped or sold on the open market, as opposed to one commissioned by a studio or production company."

Spec scripts are written for various reasons:

1. by writers, who hope to have a script optioned and eventually purchased by producers or studios;

2. by writer/directors, who want to direct a film themselves;

3. by amateur writers hoping to convince a literary agent to represent them or a producer to hire them.

..aku cuma ada 2 hari utk rewriting.. Isnin nanti aku kat reason no-3.. doakan aku erk!

Jumaat, 26 Oktober 2007

pilih!

Famous Amos or Almond London?

adakala kita kena memilih
kalau dua paling sukar
yang mana satu?

Selasa, 23 Oktober 2007

asli vs. imitasi?

"It is better to fail in originality, than to succeed in imitation. He who has never failed somewhere, that man can not be great. Failure is the true test of greatness." ~ Herman Melville (penulis novel Moby Dick)

Salaam..

Aku dah buntu. Tak tahu nak habiskan cerita yg mana satu? Semuanya ada yg tergantung di tengah, di tepi, di hujung dan kadang2 di awalnya sekali! Bayangkan hampir 2 tahun lebih aku membaca buku, menonton wayang, vhs, vcd & dvd.. aku masih tidak dapat mencari identiti sendiri. Hampir kesemua yg aku jumpa sudah ada empunya. Lalu, di manakah ia? Sebuah cerita asli yg bukan imitasi? Kamu beritahulah..

UPDATED: 11AM

melalui sms..

aku: apa nak buat bila kita ada 1001 cerita nak diceritakan tapi satu pun tak habis?.. lagi teruk bila tiada satu pun dari cerita itu yg menarik?

mentor: don't write stories from imagination.. write them from experience.

aku: tq dear.. cuma pengalaman saya tiada yg menarik!.. matilaa i nak jadi 'penulis skrip tanpa cerita nak ditulis!'

mentor: you're not looking hard enough.. let it start with a feeling you want to preserve.

Betulkah?.. Ok biar aku jelaskan.. Kalau ada yg pernah melayari satu lagi blog aku >> bicaraskrip.. tentunya kamu akan tahu bahawa aku 'pandai' mengupas, mengulas, merobek, menoreh, menganalisa segala-bagai struktur cerita dr sudut lakonlayar pembikinan filem2 yg pernah aku tonton.. Dari mana 'kepandaian' yg tak seberapa itu ?.. (dan dgn izinNya memberikan aku kepandaian itu).. Ya! Dari buku2 dan internet.. Mustahilkah?.. Tidak!.. Kamu hanya perlu ada inisiatif utk 'belajar' sendiri dgn syarat kamu meminati bidang itu setulus hati bukan main2.. Persoalannya, adakah pandai 'membaca' cerita org lain adalah tiket percuma bagi aku juga menjadi 'pandai' menulis sendiri sebuah cerita?.. (boleh juga dikaitkan dgn bidang lain kalau hendak ya tuan2 & puan2)

Percaya tak?.. Sepanjang hampir 2 tahun yg lalu, aku hanya berjaya menghabiskan sebuah skrip dramatv shj!.. Tajuknya >> TUNJANG SA'ADAH.. Ia adalah skrip yg aku buat main2 sambil membaca buku2 teknik penulisan skrip sekitar awal 2006.. Fyi, skrip itu tanpa rasa & jiwa.. Ia sekadar suka2 cuba try test syok sindiri!.. Dan sangat mengikut format struktur cerita saranan buku2 itu!.. Kamu mahu tahu apa pendapat aku kalau nak diikutkan hati sbg seorg pengkritik?.. Mual! Cerita itu sgt memualkan hingga aku sendiri tidak percaya bahawa ia hasil tulisan skrip pertama aku dlm sejarah!.. huhu!

Tapi!.. Kenapa kadang2 bila aku tertonton dramatv atau filem yg aku rasakan lebih memualkan dr skrip aku itu, benar2 wujud dan cerita mereka berjaya ditayangkan?.. Cemburu?.. Ya! Aku cemburu kerana mereka buat cincai walaupun sudah mendapat keistimewaan utk dibikin!.. Agaknya itulah akibat kesan sampingan bila aku menjadi penonton yg menonton sambil 'menganalisa' bukan utk 'berhibur' semata-mata..

Hayooo! Ke mana arah tujuan posting aku ni?.. Meroyan tak tentu-arah kot?.. huhu!

Oklah.. Maybe aku patut cuba ikut nasihat mentor aku kot?.. Manalah tau next year kredit 'lakontv/lakonlayar oleh Ajami Hashim' akan diputarkan di tv/pawagam?.. Siapalah yg tahu kan? kan? kan?

di pawagam sekarang!

my review >> kuntilanak 1



Ulasan Khas: Malaikat Di Jendela

OPENING @ youtube



OST @ youtube [credit to Vernon Kedit-Jolly]


Salaam..

Saya sedang membuat ulasan khas filem pendek Malaikat Di Jendela - lakonlayar & arahan oleh Osman Ali di blog saya yg satu lagi:
Ada beberapa bahagian yg akan saya terbitkan bergantung kpd kesungguhan saya utk mengulasnya.

Kpd penggemar & penggiat seni tanahair yg berminat utk membeli dvd-nya [bukan utk komersial] sbg bahan rujukan/koleksi peribadi, sila hubungi:

En. Yusneezam Yusop [Nuansa Sdn. Bhd.]
email: yusneezamyusop@yahoo.com atau tel: 017-2081733


Selamat berkongsi ilmu :-)

ning baizura as hamidah!.. no! no!this photo not from her latest film lah!.. ops!

Sabtu, 20 Oktober 2007

nyala - aliff aziz

Kala engkau tersungkur di hati
Daku mencurah kasih abadi
Renungkan janji mataku ini
Yakinilah bisa akhirnya

Dengarlah mereka persendakan
Usah gentar menawani cita
Terusan melangkah ke hujungnya
Bangkit segera semangatmu

Tegarkan jiwa jauh dari luka
Biar nyala jangan matikannya
Teguh... gapaikanlah impian itu

Hapuskan duka biar genggam bara
dalam kalbu
Ku percayakanmu
Segalanya... pasti

Pimpini erat tanganku sayang
Kita bersama menanti sinar
Mimpimu menjelang jadi nyata
Tunggu saatnya, kan dimiliki

Tegarkan jiwa jauh dari luka
Biar nyala jangan matikannya
Teguh... gapaikanlah impian itu

Hapuskan duka biar genggam bara
dalam kalbu
Ku percayakanmu
Segalanya... pasti

Hapuskan duka biar genggam bara
dalam kalbu
Ku percayakanmu
Segalanya... percayalah
Segalanya... pasti

Khamis, 18 Oktober 2007

seribu tahun - imran vs. aliff

Salaam..
tadi saya merayau kat youtube dan terjumpa 2 versi 'live' lagu yg menjadi ost 'kerana cintaku saerah' yg tgh mletops di tv3.. ini ujikaji saya sendiri [tanpa sebarang prejudis ok!].. kamu bandingkan kedua-dua versi 'live' berikut dpd penyanyi asalnya Imran Ajmain & penyanyi Aliff Aziz (juara Anugerah 2007).. siapa yg lagi sedaps?

IMRAN AJMAIN: www.imranajmain.com


ALIFF AZIZ: www.aliff-aziz.com


Seribu Tahun

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sedia setia...

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia...

Adakah engkau yakin… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini… yeah…
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sedia setia...

Jangan putus harapan… sedia setia...

Rabu, 17 Oktober 2007

warnaraya & afc

Salaam..

Semlm aku sudah sambung kerja.. ya! aku cuti 1 hari ajer iaitu Isnin 15/10.. kat atas tuh pics yg sempat aku snap kat keliling rumah kg di Tk.Intan.. so the very tahun melawat flora kan?.. cerita raya?.. not much.. cuma aku bersyukur kpd Tuhan coz mak&abah masih sihat wal'afiat dan dpt beraya dgn kami semua anak+beranak, adik+beradik & cucu+cicit.. Al-hamdulillah.

back to kerja.. apaaa?.. kerja?.. seblm ni aku tak pernah cerita apa2 pasal kerja makan gaji aku kan?.. huhu!.. mungkin aku boleh menyelit-nyelitkan program tv yg menarik di astro kalau aku ter-preview semasa kerja.. boleh? [kalau HR baca, boleh dpt Xtra bonus tak?.. ;P ;P ;P]

Channel 703

program2 yg aku cadangkan:

chef wan
- Selera Asean

chef gordon ramsay
- Ramsay's Kitchen Nightmares
- Hell’s Kitchen

chef michael smith

- Chef at Home

Isnin, 8 Oktober 2007

nikki - hey! hey!


Aku dah bosan 'dek sikapmu

Yang merasakan

Oh masamu penting dariku

Sampai masanya ku tak tahan

Nanti engkau kan ku tinggalkan kau ternganga

Kau pandang ku dengan mudah

Macam ku tak berharga

Mungkin dah terlalu lama kita bersama

Kau pandang ku dengan mudah

Macam ku kelas kedua

Hatimu telah berubah

Tiada lagi cinta

Hey! Hey! Ingatlah

Ku, ku tak endah jika berpisah

Penggantimu berjuta

Hey! Hey! Ingatlah

Ku, ku tak akan rasa terista

Bila kita berpisah

Seringkalinya ku merasa yang kau merasa

Dunia berkisar sekitarmu

Kenyataannya engkau mentah…Hah!

Tak bisa lagi kau fahami hati wanita!

Mungkin ku kan lebih bahagia (tiada terista)

Mungkin ku kan lebih kau harga

Tak dipandang murah

Senilagu: Audi Mok (Replay Music/BMG Music Publishing)

Senikata: Ad Samad (Fighting Poet Sdn Bhd)

Isnin, 1 Oktober 2007

lelaki ini - anuar zain [versi ajami]

p/s: at last, ader yg 'faham' sepenuhnya! sila baca ulasan seorg adik berikut:

http://nordinrahman.blogspot.com

terimakasih dik ;-)


Salaam..

lagu ini so far, adalah yg terbaik dari anuar zain!.. lirik & melodinya sgt peribadi utk saya.. kerana itulah saya dedikasikan video ini utk mama, abang & adik..


raya-AF5 & facebook


Salaam..

Inilah kompilasi pertama hasil paduan harmoni atau saringan individu suara-suara mereka yg menjadi pujaan kita dlm AF5 yg lalu.. kamu sayangkan mereka?.. maka, belilah cd yg asli di pasaran sekarang!

*lagu #1 - Cahaya Raya Jiwa Kita >> paling meriah! dan korang bleh main 'teka-teka' dgn jiran-tetangga: "yg nih sora saper?.. yg tuh sora saper?"

*ulasan lanjut akan datang! coz pakcik tak abis dengar agi & 'menyaring' sora2 derang!.. so, tak tau samada ader yg ke laut atau ke kolam?


www.facebook.com

add me!

bicara_skrip@yahoo.com.my

or

search 'AJAMI HASHIM'