"It is better to fail in originality, than to succeed in imitation. He who has never failed somewhere, that man can not be great. Failure is the true test of greatness." ~ Herman Melville (penulis novel Moby Dick)

Salaam..

Aku dah buntu. Tak tahu nak habiskan cerita yg mana satu? Semuanya ada yg tergantung di tengah, di tepi, di hujung dan kadang2 di awalnya sekali! Bayangkan hampir 2 tahun lebih aku membaca buku, menonton wayang, vhs, vcd & dvd.. aku masih tidak dapat mencari identiti sendiri. Hampir kesemua yg aku jumpa sudah ada empunya. Lalu, di manakah ia? Sebuah cerita asli yg bukan imitasi? Kamu beritahulah..

UPDATED: 11AM

melalui sms..

aku: apa nak buat bila kita ada 1001 cerita nak diceritakan tapi satu pun tak habis?.. lagi teruk bila tiada satu pun dari cerita itu yg menarik?

mentor: don't write stories from imagination.. write them from experience.

aku: tq dear.. cuma pengalaman saya tiada yg menarik!.. matilaa i nak jadi 'penulis skrip tanpa cerita nak ditulis!'

mentor: you're not looking hard enough.. let it start with a feeling you want to preserve.

Betulkah?.. Ok biar aku jelaskan.. Kalau ada yg pernah melayari satu lagi blog aku >> bicaraskrip.. tentunya kamu akan tahu bahawa aku 'pandai' mengupas, mengulas, merobek, menoreh, menganalisa segala-bagai struktur cerita dr sudut lakonlayar pembikinan filem2 yg pernah aku tonton.. Dari mana 'kepandaian' yg tak seberapa itu ?.. (dan dgn izinNya memberikan aku kepandaian itu).. Ya! Dari buku2 dan internet.. Mustahilkah?.. Tidak!.. Kamu hanya perlu ada inisiatif utk 'belajar' sendiri dgn syarat kamu meminati bidang itu setulus hati bukan main2.. Persoalannya, adakah pandai 'membaca' cerita org lain adalah tiket percuma bagi aku juga menjadi 'pandai' menulis sendiri sebuah cerita?.. (boleh juga dikaitkan dgn bidang lain kalau hendak ya tuan2 & puan2)

Percaya tak?.. Sepanjang hampir 2 tahun yg lalu, aku hanya berjaya menghabiskan sebuah skrip dramatv shj!.. Tajuknya >> TUNJANG SA'ADAH.. Ia adalah skrip yg aku buat main2 sambil membaca buku2 teknik penulisan skrip sekitar awal 2006.. Fyi, skrip itu tanpa rasa & jiwa.. Ia sekadar suka2 cuba try test syok sindiri!.. Dan sangat mengikut format struktur cerita saranan buku2 itu!.. Kamu mahu tahu apa pendapat aku kalau nak diikutkan hati sbg seorg pengkritik?.. Mual! Cerita itu sgt memualkan hingga aku sendiri tidak percaya bahawa ia hasil tulisan skrip pertama aku dlm sejarah!.. huhu!

Tapi!.. Kenapa kadang2 bila aku tertonton dramatv atau filem yg aku rasakan lebih memualkan dr skrip aku itu, benar2 wujud dan cerita mereka berjaya ditayangkan?.. Cemburu?.. Ya! Aku cemburu kerana mereka buat cincai walaupun sudah mendapat keistimewaan utk dibikin!.. Agaknya itulah akibat kesan sampingan bila aku menjadi penonton yg menonton sambil 'menganalisa' bukan utk 'berhibur' semata-mata..

Hayooo! Ke mana arah tujuan posting aku ni?.. Meroyan tak tentu-arah kot?.. huhu!

Oklah.. Maybe aku patut cuba ikut nasihat mentor aku kot?.. Manalah tau next year kredit 'lakontv/lakonlayar oleh Ajami Hashim' akan diputarkan di tv/pawagam?.. Siapalah yg tahu kan? kan? kan?