Ahad, 18 November 2007

blogger @ radio24 - laporan

ajami: bla.. bla.. bla..
sm: la.. la.. la..

Salaam..

Saya bercakap kepada yang hendak mendengar. Namun tidak semua orang mahu bertanya dan mampu menjawab. Pengalaman ke-2 saya berada dalam konti radio kali ini memang mengujakan. Kali pertama dahulu saya jadi bidan terjun bila Mamat Khalid 'mengheret' saya sama ke dalam konti XFresh.fm untuk promosi Zombie Kampung Pisang. Jadi apa bezanya kali ini? Jemputan dari saudari Silverose iaitu salah seorang penerbit talkshow pada hari Rabu lepas benar-benar mengejutkan saya. Sultanmuzaffar juga mendapat pelawaan yang sama. Saya lekas menjawab "ya! saya terima nikahnya".. Namun setelah menerima e-mail susulan tentang tajuknya Penulis Blog dan Implikasinya saya agak rengsa. Maklumlah bila topik berkaitan dengan blogger, sudah tentu agak sensitif di akhir-akhir ini.

'penyalur' Essan yg petah & sporting

Tapi bak kata orang kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai! Saya gagahi juga untuk ke sana apatah lagi sultanmuzaffar akan berganding bahu dengan saya. Ya! Mungkin ada yang membeliakkan biji mata dan mencebikkan bibir bila saya sebut RADIO24? Juga ramai yang terpinga-pinga dan menggelengkan kepala tanda tidak tahu atau tidak pernah dengar nama stesyen itu. Tapi sekiranya anda rajin meng-google, artikel ini pasti anda temui. Pada pendapat saya, radio ini ada hebat dan ada visinya kerana ia adalah 'anak' BERNAMA yang terbukti sebagai sebuah agensi berita yang gah di Malaysia! Sumbernya merata-rata! Enjinnya (pemberita) bagus-bagus! Mungkin ia masih bayi dalam bidang media elektronik (radio) tetapi jangan lupa bahawa mereka juga sudah membuktikan kredibiliti dalam penyiaran tv iaitu Berita BERNAMA setiap malam di ASTRO. Kalau di tv hanya segmen 30 minit, di RADIO24 operasinya 24 jam sehari, 7 hari seminggu!

silverose: kau tepek muka aku dgn logo RADIO24 neh mcm pesalah jer!

Selama berdurasi lebih 2 jam kami dihujani soalan-soalan asas mengenai blog & blogger. Penyalurnya iaitu saudara Essan memang petah sambung-menyambung bersoal-jawab dengan kami. Kalau nak tahu, begitulah kerenahnya blogger macam kami yang kalau bercakap bagai bertih jagung sebijik macam tulisan di blog kami juga! (walaupun kadang-kadang aku sendiri off-topic meraban tak tentu pasal! huhu!) Pengalaman berbual secara langsung itulah yang seronoknya. Maafkan saya kalau sesekali terpotong juga sepatah-dua kata sultanmuzaffar! (mulut aku memang sejak azali cenggituh!) Yang paling saya teruja kerana inilah kali pertama saya bersekongkol dengan sultanmuzaffar untuk menjawab setiap soalan yang sama dengan jawapan yang hampir mirip tapi tak serupa! Bayangkanlah keadaan saya ketika setiap kali sultanmuzaffar menjawab dahulu kerana jawapan yang serupa sedang berlegar dalam minda saya! Dan saya perlu mengolah ayat sendiri dari pandangan saya pula dari sudut lain (walaupun asas jawapan adalah sama!) Baru saya tahu bahawa situasi sebegitulah di antara cabarannya bercakap terus ke udara! Otak kena cepat berfikir, mulut kena pandai menyusun bicara, gundah juga kot-kot terlepas kata, buruk padahnya! kurang elok akibatnya! (dah macam pantunlah pulok!)

Buat rakan kenalan baru saya di BERNAMA terutamanya Silverose dan Essan, terima kasih banyak-banyak kerana 'mempercayai' kami untuk bersiaran langsung serta memberikan izin kalian bagi kami meluahkan pendapat yang tak seberapa itu. Kepada pendengar yang sudi dan sempat mendengar, terima kasih kerana meminjamkan sedikit masa kamu.

PAUTAN:

http://ajamihashim.blogspot.com/2007/11/tiada-tajuk.html

6 ulasan:

wawa berkata...

*tepuk2* great new experience... i know u can do it, ehehe... hopefully susulan ittew akan menjadi ;)

DBI berkata...

waa..so forfuler

ray eusouff berkata...

alarrr..x sempat nak dengar my popular fren kat radio nihhh.

thanks sbb bgtau...

btw semalam jumpa ayah syawal...dapat la dengar sikit single baru syawal tu...not badddd.

sesuai dengan dia.

eyLa berkata...

hiks...

pak cik rox lorrr (^_^)v

atie berkata...

cayalah pakcik.....penerangan yang cukup jelas..memenuhi tajuk yang diusulkan..tak sia2 la pakcik wat homework

ajami berkata...

Salaam all..

secara pukal, pakcik ucapkan terima kasih di atas respon yg segala-bagai di atas! jasamu dikenang ;-)