Ahad, 6 April 2008

diddy ~ impresif

GOOD LUCK to diddy!!!
Finalis ABP Berita Harian 07 ~ Artis Baru Popular
Finalis Anugerah Planet Muzik 08 ~ Artis Baru Terbaik



Salaam..

Impresif! Itu yang mampu saya labelkan album diddy ini. Pakejnya hampir sempurna dari segala segi. Sekali pandang sahaja, saya teruja untuk mengambilnya dari rak cd di kedai Speedy lantas membelinya. Kata orang love at the first sight! Kulit depan cd ini sudah mempamerkan ketelitian dan kualiti. Adakah ia sekadar good first impression sahaja? Bagaimana pula isinya? Berbaloikah untuk dibeli?.. atau ia sekadar satu lagi cd penyanyi lelaki yang akan pudar dalam edaran masa dan timbunan artis segera yang lain? Kamu bacalah lagi..

lena ~ unik

Sulaman horns dan wurlitzer electric piano semasa korus lagu ini yang sangat unik! Apatah lagi dengan cara nyanyian diddy yang seakan menggoda pendengaran. Mungkin pertama kali dengar agak sukar menyukainya terus tetapi setelah mendengarnya betul-betul baru saya suka dan suka dan suka!

hilang ~ dramatik

Ia seolah menonton persembahan opera bunyi. Maksud saya, menyelami rasa dan tona suara diddy yang dilatari vokal opera nikki mampu meremangkan bulu roma. Lagu ini bercerita dengan penghayatan yang betul-betul sehingga saya terbayangkan suasana tragik 'kehilangan' seorang kekasih di era klasik.

bosan ~ dansa

Rentak lagu ini dan nyanyian diddy membuat saya ketagih untuk berdansa! Muzik sebegini ialah 'makanan' kegemaran telinga saya. Adunan keyboard & programming lagu ini mengimbas suasana disco akhir 80an dengan bunyian marimba dan remix synthetizer.

kubu ~ hipnosis

Lagu ini sesuai untuk berangan dan berkhayal sehingga hipnosis. Selang-seli ketukan udu dan programming itulah puncanya. Suara diddy dan suara latar lagu ini mampu melayangkan fikiran saya ke langit dan terus ke angkasaraya!

bebas ~ agresif

Gabungan gitar elektrik dan gitar akustik dalam lagu ini ialah tulang belakang kerancakan dan agresif suara diddy yang sangat laju. Ini lagu penyemarak semangat untuk bebas dari apa jua situasi.

saling ~ funky

Ini lagu duet diddy dan yanie dalam anyaman irama funk & disco. Lagu ini agak pelik pertama kali mendengarnya tetapi ia akan perlahan-lahan menjadi kegemaran setelah mengulangnya berkali-kali. Satu lagi lagu unik seperti lagu lena.

sana ~ santai

Lagu nyanyian diddy ini amat sesuai didengar semasa memandu kereta dengan rooftop terbuka di persisiran pantai. Itu gambaran saya setiap kali mendengarnya. Sangat santai dan menenangkan fikiran.

genggam ~ syahdu

Kemampuan vokal balada diddy amat terserlah dalam lagu ini. Irama mendayu strings yang mengiringinya terasa amat memilukan. Oh! Mungkin saya sentimental? Ia salah satu lagu terbaik dalam album ini.

puja ~ geram

Ini lagu lepas geram berirama rock bersesuaian dengan liriknya dan kelantangan vokal diddy! Satu kejutan bagi sebuah album yang saya sangkakan hanya ada pop sahaja!

saat ~ damai

Perlahan-lahan meruntun jiwa bila mendengarnya. Lagu ini seakan bukti janji diddy pada si dia yang bakal menjadi suri hidupnya. Iramanya sangat damai dan tenang dalam mainan piano yang klasik.

Kesimpulan?

Mungkin kelemahan kecil album ini ialah dalam 2 lagu iaitu lena dan genggam dimana vokal diddy kedengaran 'berlapis-lapis' yang hanya mampu dilakukan semasa proses rakaman studio. Saya tak dapat bayangkan bagaimanalah diddy hendak 'mencuri' nafas untuk menyanyikan lagu-lagu itu semasa persembahan live? Bagaimanapun, saya berani menyatakan bahawa setiap persoalan di atas tadi sudah terjawab secara positif. Oh ya! suara 'besar' diddy mengingatkan saya dengan vokal utama kumpulan Lighthouse Family dan Simon Webbe [ahli grup BLUE]. Album diddy ini selayaknya dibeli dan dihormati. Semoga diddy akan terus menghasilkan album sebagus ini di masa akan datang. Tahniah!

Ajami

7 ulasan:

Faidhi berkata...

thanks for the review bang ajami...nanti nak belilah...hehe..memang peminat af nie..:) shawal bila plak nak buat album??

hezzach berkata...

baca komen you, time2 tu jugak nak pasang balik CD Diddy yg dah dengar berkali2 and almost hafal nih... hehehehe

badrul berkata...

i tak tau nak cakap apa... kalau i kata 'great review' nanti ada yang kata bias pulak... muhahaha...

but all i can say is, thank you kerana buat review dari hati... and thank you for giving a chance to diddy's album...

-AziE- berkata...

thanx for the great review uncle ajami..nnt azie p skodeng kedai2 cd..coz minat gak kat diddy nie! thanx again!!

ray eusouff berkata...

good review pok cik.
x beli lagi cd diddy..
lepas baca review ni rasa nak beli la pulokkk

incanto berkata...

Baeek punyer review, baeek punya album. Memamg tak jemu dengar.

ajami berkata...

Salaam..

bad & diddy > review neh ikhlas tanpa sebarang niat :-)

yg lelain > tips utk menilai 10 lagu ialah mendengarnya beribu-raban kali selama seminggu dlm keta, baru bleh ulas mcm pakcik neh ;-)