Selasa, 25 Disember 2007

astro oasis - channel 106


Astro OASIS is the first Malaysian channel dedicated to Malay lifestyle with Islamic values programme. It has a wide variety of programs ranging from lifestyle to travel and documentaries. Provides a window into other Islamic worlds including programs that give an insight into other Islamic cultures and countries from around the world.
Salaam..
Saluran ini dilancarkan 13 Oktober 2007 yang lalu. Ia bersiaran 24 jam dimana Bahasa Melayu menjadi keutamaan. Kalau ada rancangannya dalam bahasa asing, pastinya ada sarikata Bahasa Melayu. Isinya memang padat berasaskan agama Islam dari program kanak-kanak sehinggalah untuk peringkat dewasa setua-tua manusia. Ada drama, ada drama bersiri, ada dokumentari, ada ceramah agama, ada majalah dan 1001 lagi! Saya sebenarnya menunggu reaksi blogger-blogger pejuang moral atau penghentam program tv dan wayang yang semakin hari semakin meriah mengkritik industri seni tanahair yang dilabelkan sebagai terlalu mementingkan hiburan hakiki semata-mata untuk memberi respon kepada saluran ini. Apatah lagi tatkala Anak Halal dikecam hebat di sebuah blog semenjak minggu lalu di pagi Hari Raya Haji! Nampaknya sudah kebiasaan agaknya untuk kita mengkritik pada benda yang buruk-buruk sahaja! Tapi bila sudah diusahakan yang baik-baik, mungkin orang tak nampak atau buat-buat tak nampak? Jadi biarlah saya sendiri yang promosikan saluran ini, lagipun ia datang dari tempat saya mencari rezeki yang halal untuk keluarga saya. Jadi jangan lupa ya! Tekan nombor 106 di alat kawalan jauh astro kamu sekejap lagi! ;-)
Wassalam.
p/s: errr.. saya dah cakap tak yang Mawi & Heliza sebagai duta Astro Oasis?.. huhu!

4 ulasan:

Malaywood berkata...

salaam, ajami

boleh tak nak link your blog to mine?

ajami berkata...

MW.. sila2..

wénkt berkata...

sejak bila ajami dpt seru ni? larikkk

ray eusouff berkata...

akan buat pemerhatian pd saluran tersebut...kekeke