Jumaat, 4 Januari 2008

adieu 2007!


Salaam..
Sudah 4 hari Januari 2008. Aku masih terkial-kial menoleh tahun semalam yang berlalu meningalkan 1001 memori yang indah-indahnya. Namun aku tetap terkedu sebentar apabila mengimbas rentetan kisah hidup yang kurang enak. Mungkin di tahun lalu yang paling lama dalam seharian hidupku mengadap laptop yang semakin buruk ini. Alam maya kadangkala lebih seronok walaupun jauh di sudut hatiku tahu, aku seakan tenggelam dalam lautan ghairah diriku sendiri. Lalu bila melihat Aliff anakku yang pertama kali bersekolah tadika semalam, mengejutkan lamunanku untuk sesuatu yang baru mulai tahun ini. Aku kena hadiri setiap acara sekolahnya! Sedar tak sedar, rasa itu mengujakan benar untuk kulalui hari demi hari nanti. Pasti Aliff akan berkongsi cerita-ceritanya yang akan menggantikan kisah klise tentang Astro Ceria sahaja sebelum ini. Sudah lumrah, benda baru akan menggantikan perihal yang lama atau yang tersadai. Aku akan tinggalkan yang memeningkan kepala! Aku mahu kembali kepada privasi diriku! Maka dalam jarak waktu terdekat, aku akan lepaskan satu-satu yang menyusahkan kalau dibuat, merumitkan kalau dilayan! Wujudnya blog ini juga dahulu berasal dari desakan emosi dalaman yang meronta-ronta hendak menulis. Jadi aku akan terus menulis dan menulis apa saja yang aku mahu tentang filem dan pengalamanku. Itu sahaja! Aku tidak mahu lagi terlalu meminjamkan diri kepada komitmen yang besar-besar! Cukuplah! Ajami Hashim akan menulis dalam bulatan dirinya sahaja! Adieu 2007!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam pakcik...

selamat tahun baru dengan penuh semangat baru dan selamat tinggal 2007 yg penuh kenangan...

..life must go on...

...sue...

jimi berkata...

moga semuanya bagus bagus untuk mr ajami.

wawa berkata...

all the best for 2008! friends forever... no matter what :)