Ahad, 13 Januari 2008

AF6 - ujibakat?

ASTRO, KUALA LUMPUR ~ 12&13 Jan 08

Ada beberapa perihal yang saya musykil dengan penapisan awal AF6 kali ini! Adakah kerana skala usia 18-45 tahun yang diwar-warkan akan mewarnai lagi atau sebaliknya memudarkan musim ke-6 kali ini? Dengar khabarnya, juri-juri pemilihan di stage-1 pun sudah begitu tegas sehinggakan peserta yang pernah datang di tahun sebelum ini yang layak ke stage-4 tetapi kali ini GAGAL? Ia 'memberitahu' petanda awal bahawa kali ini AF6 lebih mencari bakat sebenar-benarnya berbanding rupa paras atau pakej? Pada pendapat saya, seandainya sebegitulah kriteria yang dicari oleh para juri, ada beberapa impak yang mungkin bakal muncul di sepanjang AF6. Saya hendak katakan pasal pemilihan di ujibakat yang masih berjalan beberapa minggu akan datang. Sekiranya AF6 mencampurkan remaja 18-25 tahun dengan yang matang 26-45 tahun, katalah 6+6 orang misalnya maka pola peng-afundian akan terpecah kepada 2 kategori juga. Peminat setia AF remaja pastinya akan meng-afundi yang muda-muda, kiut-miut dan manja-gedik. Manakala peng-afundi dewasa kini ada pilihan yang seusia dengan mereka yang dirasakan wajar untuk kekal. Apa akan jadi kepada rating AF6 pula? Adakah perpecahan afundi ini akan mengakibatkan orang-orang dewasa mula memberikan respon afundi yang lebih? Apa pula kesannya kepada peng-afundi remaja sekiranya idola AF6 mereka terkeluar awal? Adakah kelompok muda ini akan berhenti meng-afundi dan membiarkan AF6 menjadi acara pencarian bakat seperti Malaysian Idol atau OIAM atau Bintang RTM? Kita tunggu dan lihat!

THE HUNT FOR “THE NEXT AF STARS” BEGINS…

*AUDITIONS ARE NOW OPEN TO 18 – 45 YEARS OLD*

“SPREAD THE NEWS TO YOUR FAMILY AND FRIENDS!”

2 ulasan:

Adi Luqman berkata...

Hua hua hua hua.

Bermulakah era baru AF6?
Mampukah bakat2 yang betul2 hebat dicungkil?

ATAU

Sekadar omongan kosong BERANGAN nak dpt bakat SUPERSTAR?

yang kuar nanti ala ala tahi bintang yang accidentally jatuh turun ke bumi?
Adakah hasilnya seperti OIAM dan IDOL yang indah khabar dr rupa ??

KITA TUNGGU DAN LIHAT =)

mamat berkata...

Tidak juga, ajami. Saya mendapat tahu daripada orang yang saya sangat kenal, salah seorang yang tersenarai dalam top 36 tahun lepas, yang dia tidak lepas stage ke 3 pada tahun ini, walaupun vokalnya dikatakan tidak ada keraguan langsung oleh juri2, dan dia gagal kerana sedikit masalah dari segi personaliti.