Jumaat, 22 Februari 2008

ANAK - meroyan cara urban?

Meroyan - gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm badan yg menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll. [Kamus Dewan, edisi ke-4]

PTSD - Posttraumatic Stress Disorder [wikipedia]

OCD - Obsessive-compulsive disorder [wikipedia]

Salaam..

Anak ialah seperti sebuah filem kajian terminologi/ensiklopedia tentang perubatan/amalan tradisional dan moden! Boleh?..

Menontonnya sehingga habis saya seakan dapat info baru pasal penyakit mental, PTSD, OCD yg merujuk kpd obsesi kecantikan menentang ketuaan serta aspek psikologi juga cara-cara ilmu hitam serta bomohnya yang diimpot dari negara sempadan. Eh!.. Bukankah ini sebuah filem bergenre campuran horror dan psychology thriller kan?.. Lantas kenapa saya meroyan sejauh itu? Kamu saksikan sendiri di pawagam dan letakkan komen kamu di blog ini!

Filem ini bergerak secara non-linear dimana naratifnya dipusing-putarkan secara BADAN >> KEPALA >> BADAN >> EKOR >> KEPALA. Kamu pastikan di tengah cerita iaitu ada flashback yg mengundurkan semula time-frame punca sebenar kehamilan Nita, apakah komplot Kay, hubungan mereka dengan Dr. Isyak, siapakah sebenarnya Mak Mek, Issac dan kumpulannya? Struktur sebegini menyeronokkan untuk diikuti kerana setiap set-up/persoalan di awal naratif dirungkaikan secepat mungkin untuk meneruskan ceritanya. Selepas kembali ke time-frame 'kini' filem ini menyambung setiap plot yg tergantung dengan memaparkan satu-persatu hukuman/balasan untuk setiap antagonis terhadap Nita sehinggalah tamat.

Nita iaitu protagonis yg disembunyikan dari hal sebenar, memang mendapat simpati penonton kerana dia tidak tahu apa sebenarnya punca terhadap apa yg sedang berlaku kpd dirinya? Dia hanya tahu lapisan kulit sahaja setiap kejadian aneh itu memang berkait dengan 'pengguguran'nya tetapi dia tidak tahu kenapa ia terjadi dan untuk apa dia dirogol? Lalu sekali-sekala penonton juga jadi seperti Nita iaitu blur. Kerana itulah sebahagian besar di awal-awal filem ini tangkapan kamera Anak kerap sangat out of focus yg juga melambangkan (mungkin) situasi fetus dlm kandungan?

bersambung..

Tiada ulasan: