Ahad, 17 Februari 2008

ISU AJAMI - FEB'08: kritik filem?


Salaam..

Mulai bulan ini, saya akan mengusulkan sebuah 'Isu Ajami' setiap bulan tentang apa saja yang terlintas di fikiran saya dan kamu boleh berkongsi pendapat di ruangan komen.

Kritik Filem? Pada pendapat saya ia terhasil berdasarkan latar-belakang dan ilmu individu yang menulisnya. Kita di Malaysia masih di peringkat terkawal dan boleh dikatakan kebanyakan penulis di media arus perdana masih mengkritik dalam skop 'mempromosikan' sesebuah karya filem. Cuma saya sudah mulai nampak di media elektronik internet ianya semakin berani bersuara. Saya boleh katakan bahawa sebarang tulisan kritik masih tidak mempengaruhi pola majoriti sebenar kehendak penonton bila memilih filem yang mereka beli tiketnya. Kenapa? Kerana kebanyakan penonton di Malaysia kurang membaca samada media cetak mahupun media elektronik! Apa pendapat kamu?..

..bersambung

2 ulasan:

meenzuleyka berkata...

Kita boleh mengkritik filem tetapi bukan menghentam kerana mengkritik lebih ke arah kebaikkan untuk memperkemaskan filem tersebut tetapi menghentam lebih kepada menunjuk pandai sedangkan orang itu sendiri tidak berapa pandai tetapi mengaku lebih pandai.

ajami berkata...

meen,

setuju banget!.. aku igt lagi kes 'gubra' [pencemar budaya] & 'lelaki komunis terakhir' [di-ban] .. yg terbaru 'anak halal' sampaikan osman dgr khabarnya 1 keluarga dia dipandang serong dek krn kritik yg lebih kpd character assasination osman & totally salah tafsir.. itu dh jd kes tabur pasir dlm periuk nasi org.. dan tak mustahil jd fitnah..