Sabtu, 16 Februari 2008

TEATER: KLku [muzikal]

TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Sultan, Kuala Lumpur (bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad)

MASUK ADALAH PERCUMA!

PENGARAH: Fauziah Nawi

PENERBIT: Stefani dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

SKRIP & MUZIK: Iryanda Mulia

KOREOGRAFI: Asmawati Samawi & Irfan Poizi

PEREKA CAHAYA: Pitt Haniff

PEREKA SET: Anna Marianna Shamsuddin

PESERTA:

1. Raihan Jamil sebagai Lanang. (Tok Rimau - muzikal" Tok Rimau", Pemuda - "Perjalanan Bu Aminah")

2. Ashrin Abd Azim sebagai Masitah (Misah - "Opera Ayu Cendana", Arfah - "Lorong Blues")

3. Shahizal Arshad (finalis Bintang RTM)

4. Wan Yuzaini Yahya (Normah Buluh Perindu - muzikal "Orang Kota Bharu")

5. Jihan Musa (Linda - "Lorong Blues")

6. …dan beberapa pelakon baru dari bengkel teater Stefani 2007.

SINOPSIS - KLku
Lanang datang ke Kuala Lumpur kerana tidak sanggup menerima desakan majikannya, Wak Suparman yang mahu menjodohkan anaknya Masitah seorang Pengurus Kilang yang ditinggalkan suami. Lanang tidak bersedia untuk berumah tangga. Di Kuala Lumpur Lanang merasa bebas serta lebih banyak berhibur dari bekerja. Lanang terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan mewahnya. Dia merasa letih dan rungsing. Di tempat kerja prestasi kerjanya menurun, Lanang merasa beban dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuan Besar. Lanang akhirnya menghasut pekerja untuk mogok. Dia bertemu Muhammad Arkib bin Sulaiman Sadoor yang telah memperalatkannya untuk mencari keuntungan melalui jalan pintas. Berita kematian kedua orang tuanya mencetuskan satu rasa kesedaran mengenai kehidupan lalu Lanang kembali merenung kepada peristiwa-peristiwa hitam-putih yang telah dilaluinya. Lanang akhirnya sedar yang dicari dalam hidup bukanlah kebebasan tetapi mencari suatu tanggungjawab yang memunafaatkan diri, keluarga dan masyarakat.

*kredit info: yan nasruddin - audiiwana@yahoo.com

2 ulasan:

wawa berkata...

bila ek teater ni pkcik? cam best jer :D

wawa berkata...

eh dah jumpe dah bile.. sowi x tgk btul2, hehehe