Ahad, 30 Mac 2008

AF6: KONSERT #2



..aku bukan ler pakar psl fesyen sgt.. tapi ini FAKTA!!! setau aku, org yg bersaiz besar/berisi/gemuk TIDAK DIGALAKKAN pakai baju yg ada pattern 'horizontal stripes'!!!.. and what with the hair???



refer this >> masqline

If you’re a little extra on the belly, try to avoid horizontal and diagonal stripes as well. Vertical stripes tend to draw people’s eyes downwards and visually slims your outline. Thin line suits are the best match for formal occasions, and look good with dark colors. Hanging out with friends? A pair of skinny or regular jeans will do. Avoid boot-cuts since they tend to make you appear larger.

refer this >> ezinearticles

2. Wear vertical stripes and not horizontal ones.
With your plus size, if you want to wear stripes, you have to wear the vertical ones and not the horizontal ones. Verticals will give the illusion of thinness as well as it's variations like diagonals. Horizontal stripes would only make you look even heavier.
Horizontal stripes could also highlight the bulges on your body making you look heavier. If you wear stripes, do not wear horizontal ones, wear the vertical or diagonal ones to give you an illusion of lightness and thinness or curvaceous ness.

more comments ?.. click here >> CARI


kredit: http://www.youtube.com/sharimie

full review?.. coming soon!..

bloggers mletups reviews?..
mrmanager
klubbkidd
sultanmuzaffar
juandanza
budiey

Isnin, 24 Mac 2008

+1

blog ini di-hilite dlm majalah KLiK 15 Mac 2008 @ pg.66
dptkan di pasaran dgn rega 4 hengget ajer ;-)




kredit gambar: hezzach

Salaam..

35+1=36.. matematik mudah. Ia penambahan setahun lagi di mana2 borang yg memerlukan kiraan umur saya. Lalu apakah yg hendak saya catatkan di hari jadi saya kali ini? Kamu teruskan membaca..

Pertamanya, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya masih diizinkanNya utk melihat matahari terbit pd tarikh itu. Juga Alhamdulilah kerana saya mampu memiliki kehidupan yg gembira di keliling org2 yg ikhlas menyayangi saya terutamanya Mama, Abang, Adik & keluarga. Saya juga syukuri talian sahabat2 lama dan baru yg IKHLAS kerana se-adanya saya sbg 'kawan' dan BUKAN anggapan saya diperlukan spt kuli 'habis madu sepah dibuang'. Saya pernah tulis pasal networking sebelum ini, dan sekarang saya dah mula faham networking mana yg perlu dipanjang2kan.. yg mana pula biarkan shj ia 'berpatah arang'.

Experience is the best teacher! Saya tidak mahu dah terhantuk baru terngadah! Buang yg keruh ambil yg jernih! Percayalah! Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya! Cuma saya tidak mahu nanti bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. Siapa yg akan malu? Mereka dan keluarga mereka! Bak kata Nabil juara Raja Lawak Astro "Aaaa! lu pikirlah sendiri!"

Okeh! Aku dah lari topik! huhu!.. Bercerita psl acara mkn2 di Restoren Pak Su Corner di Shah Alam petang hari Ahad lepas lagi best kan?.. Walaupun saya sekeluarga berjaya tawaf beribu-raban kali dlm area Shah Alam tu nak cari Seksyen 16, akhirnya kami sampai juga ke situ. Actually yg berkumpul ramai2 tu BUKAN kerana saya tapi gathering Da VOMs/Milanians dgn Mila + Didians/Casa deAmourous dgn Diddy & Bad.. tu diaaa!!! dah canggih-manggih nama2 FC sekarang erk! mau terbelit lidah nak nyebutnyer! huhu.. fyi, Farah OIAM pun join gak kat ujung2 majlis.. inilah baru contoh fan club yg mesra & jujur. Datang bukan dipaksa, sokong bukan kerana nak nama, ahli terbuka-buka hendak ke mana-mana samada nak minat Mila, Diddy atau Farah. Tiada syarat. Tiada jeling-menjeling. Iyalah kan ia cuma fan club? Kalau hendak join ahli, joinlah.. hatta pun hendak mendaftar di bawah 1001 kelab! Ia sekadar sebuah komuniti yg menyukai selebriti yg sama! Itu s a h a j a ! ayoo! aku larik topik lagik :-)

Diddy? Mila? Ada apa dgn Diddy & Mila?.. Saya sgt hormati mereka berdua artis remaja yg tahu berpijak di bumi yg nyata kerana keduanya berada di tahap populariti mereka sekarang kerana usaha gigih mereka sendiri dan pengurusan artis yg bagus! Itu shj formulanya kalau hendak kekal lama dlm industri hiburan di Malaysia yg kecil TAPI penuh dgn dugaan yg besar! Bagaimana pula dgn org kata "hidup & mati karier artis di tangan peminat?".. Betul! Kerana peminatlah yg menjadi sumber income artis yg membeli album, tiket konsert atau merchandise artis. Tapi seandainya seseorg artis gagal diuruskan dgn betul, oleh org yg betul, ikut cara yg betul.. maka tak mustahil artis itu akan tenggelam lemas perlahan-lahan dlm dunia glamour yg direka olehnya sendiri atau mungkin di-ilusikan oleh fanatiknya yg tak bertempat! Noktah!.. alamak! ni aku nak cerita birthday ker? atau nak citer psl dunia artis plak? kekekekek..

Okehlah.. actually tak ada apa yg seronok sgt nak saya bebelkan psl umur 36 thn saya.. secara pendeknya, sambutan pun ala kadar dgn keluarga sendiri shj dan makan2 di restoren tu sekadar memenuhi permintaan adik saya Wawa.. juga kerana dah lama tak bergosip dgn Hezzach, Arin, Aqua, Trenergy, Maya & Pheewwit [sila abaikan cemana nak sebut nama2 yg unik derang tu]..terima kasih bebyk kpd derang especially Bad & Diddy.. kek SR tu sedaps, hadiah topi tu kewl! kad tu pun special sgt!.. jasamu dikenang :-)

Juga kpd kekawan yg call/sms, terimakasihlah.. saya akan reply satu-satu.. InsyaAllah.



Ahad, 23 Mac 2008

AF6: KONSERT #1

UPDATED: 25/03/08/1:55AM

utk gambar2 rujukan, sila klik sini >> PORTAL AF6

pertama sekali TAHNIAH astro coz akhirnya sanggup kuarkan bajet yg sure mahal giler utk membayar harga semua pemuzik profesional di bwh kepalanya Genervie .. sgt berbaloi!.. live band korang mmg ya amaats mantap!.. tepuk! tepuk! tepuk!.. [standing ovation suma!]

tapi.. AC???.. why oh why???.. memula show mcm dah ok ok ok.. lelama k.o k.o k.o.. especially bila lawak abg misai vs. Saida.. aku geleng pala coz mende yg paling aku skeptikal memula astro pilih AC as host iaitu dia mungkin akan bwk lawak CMP!!!.. dan akhirnya ia menjadi KENYATAAN!!!.. hellooo! ini AF6 dik!.. BUKAN AC DI SINI!!!.. [sila tepok dahi reramai okeh!]

lagik satu.. psl baju bbdak AF6 neh apsal ada yg mcm nk pegi opis & ada yg nk pegi pasar tani?.. Jasmi! kan ko dah 2 X jd perunding fesyen katanyer???.. apakata aku kasi ulasan psl wardrobe ajer utk konsert AF6 neh?.. muahahaha!

ranking dr ter-chantek to kureeng chantek:

Naim - lagu rock kena fesyen rock.. okehlah tuh.. nampak macho.. afundi naim!.. kekekekek!.. sempat aku nak hasut!

Faisal - sekali pandang mcm kelasi kapal laut pun ada gak dgn butang kilat2 bagai tuh.. tapi okehlah nampak suci murni.. heheheh!

Stacy - okeh TAPI aku asik terbyg fesyen dia mcm Siti Sarah.. but yes! mmg ler seswai.. tapi tulah sgt Siti Sarah!.. okehlah.. but Siti Sarah!.. sgtlah sebijik!.. Siti Sarah sgt!!!

Lufya - untung dia tinggi mcm model so nampak cantik.. tapi 2 gelang beso dia tuh mcm sakit mata aku tgk.. ker mmg seswai cegitu?

Alif - baju mcm nk pegi kelas sains yg skema konon.. so ala2 nerd gitu w/pun aku tatau apa kaitan dgn lagu Sayang2???.. cuma tataulah aku tgk seluar putih tu menjadikan dia nampak pendek.. ker mmg dia pendek???.. larriikkk!

Riz - baju dah okeh TAPI rambut dia mcm wig???.. mcm pakai topi yg brbentuk rambut???

Nadia - bdk neh agak rendah TAPI nampak lagik rendah bila bhgn skirt dia diropol2kan cegitu!!!.. kenapaaa???

Nubhan - ntah naper jaket tuh mcm jaket nk pergi berburu tapi versi glam glam.. but nice lah gak..

Toi - lagu sempoi so kena baju sempoi erk?.. mmg sempoiii! sampai nmpak mcm nk pegi jln2 kat pasar mlm!.. tapi okehlah utk gi kelas sains naik skuter dgn Alif!.. erk!

Stanly - plain giler & boring look.. mcm baju sewa last minit utk jd pengapit pengantin yg murah???.. langsung X ader effort utk buh eksesori atau warna lain???

Yana - stokin tuh???.. tataulah aku rasa mcm nampak murah giler mcm baju waiter pub karaoke???.. err! mcm salesgirl shopping complex pun iya gak rasanyer..

Ika - mcm baju watak LOTR lak?.. nampak sopan tapi ntahlah mcm ada yg X kena.. mungkin rambut lurus pjg dia tuh kot?.. bayangkn kalau kaler putih musti nampak mcm Gandalf/Saruman LOTR?.. ops!

Saida - apaa tuh???.. selimut rambu-ramba???.. jubah bling2???.. dahlah kain dia yg sampai tutup kaki tuh dgn warna yg kusam???.. ayooo!

Rina - kalau harimau tgk pon dia musti gelak!!! sian mama Rina yg dh jd mcm macik2 jual produk kecantikan kat pasaraya & dlm waktu yg sama nk promosikan kempen mari bunuh harimau bintang!.. nangisss!!!

matilah org2 wardrobe kejarrr aku!.. larriikkk!!!

sori aku tanak rebiu psl nyanyian derang 1st konsert neh coz aku tau majoriti bbdak neh yg X penah wat konsert live on tv & depan2 pengkritik & penonton yg fanatik AF sure akan gabra yaa amats.. bukan ler aku nk backing ker haper or nk bagi excuse X tentu psl.. TAPI itu kenyataan.. kita dpn tv/pc bley laa kritik/kutuk this & that.. cuba kita sundri wat show cegitu?.. so aku nk kasi kredit gak dgn keberanian derang pegi odisen AF.. dannn.. TERPILIH out of beribu-raban org yg pegi.. kalaulah derang neh 14 org yg telah ditapis2 abis oleh pemilih2 yg PAKAR, maknanya derang ada keistimewaan tersendiri.. dan jgn lupa.. ini AKADEMI FANTASIA!!!.. kalau 100% perfect kang Xder plak modal & stok idea blogger/forumer/penonton nk meroyan!.. kannn???..


"..tone awak dahlah TAK SEDAP! patutnyer kalau tone dah tak sedap bla bla bla.." - komen Ajai kpd Naim

"takbur gilerrr!!!" - komen dlm ati Ajami kpd komen Ajai kpd Naim

***

Salaam..
Inilah Akademi Fantasia!.. saya tak terkejut cuma terkilan sebab YANA tersingkir!



..tapi RIZ & NAIM masih ada!.. lalala..




Rabu, 19 Mac 2008

SEMESTI [1985-1989]


Salaam..

fyi, saya ex-SEMESTIAN 2nd batch [1985-1989].. dan bila tengok youtube adik saya berikut sgt mengimbau kenangan di sekitar SEMESTI, Batu 8, Hutan Melintang ;-)

tahniah & TQ adik amir

*SEMESTI = Sek Men Sains Teluk Intan
*SEMESTI [facebook group]

bersambung..



p/s: simple mtv TAPI storytelling yg bagus!!!

Isnin, 17 Mac 2008

AF6: ANAK-ANAK PERAK! [updated]

DAY #1: EXTENDED DIARY @ http://video.astro.com.my/
YANA penuh penghayatan!
RIZ terkebil-kebil membaca lirik lagu "Ketulusan Hati"
NAIM terkehel-kehel menyebut huruf "L"

p/s: manyak lagik yg teman X sempat nak tgk coz video kat situ X bley nak fast-fwd! matilaaa nak mengkaji suma footages! btw teman rebiu ari neh ajer yer!.. suk-lusa kome tgk sundri lah!


Salaam..
Pelajar2 AF6 sudah pun diumumkan.. dan teman suke bebenor coz ada 3 org anak Perak di antaranya!

tagline: "WEI! KOME! AFUNDI LER DEME!"


YANA
Nama Sebenar: Marliaya Omar Walid
Usia: 24 tahun
Tarikh Lahir: 2 Julai 1984
Asal: Kuala Kangsar, Perak
Pekerjaan: Penyanyi sambilan
*tugasan minggu #1:
Diriku Tapak Sulaiman - Elyana

video kejutan YANA:


RIZ
Nama Sebenar: Mohamed Idris Mohd Zaizizi
Usia: 22 tahun
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Asal: Gerik, Perak
Pekerjaan: Penyanyi sambilan
*tugasan minggu #1:
Ketulusan Hati - Anuar Zain

video kejutan RIZ:


NAIM
Nama Sebenar: Muhammad Shauqi Naaim Salmi
Usia: 20 tahun
Tarikh Lahir: 23 Disember 1988
Asal: Batu Gajah, Perak
Pekerjaan: (Pelajar)
*tugasan minggu #1:
Memburu Rindu - Hattan

video kejutan NAIM:




REF:
PORTAL AF6
FORUM.CARI
MURAI

Isnin, 10 Mac 2008

TVC SAMPLE: kalau papa dan mama tiada (pesanan untuk abang)



abang..kalau papa dan mama tiada..
tolong tukarkan lampin adik
pergi ke kolam KLCC berdua
bancuhkan susu untuknya
dodoikan dia sehingga lena

abang..kalau papa dan mama tiada..
peluklah adik bila menangis
goncang buai, kongsi mainan
pujuk kalau dia merajuk
belailah andai mengamuk

abang..kalau papa dan mama tiada..
pegang tangan bila berjalan
tengok lariannya di padang
kalau jatuh, cepatlah rangkul
sapukan luka, tuamkan lebam

tapi abang janganlah susah..
sekarang kami ada sebelah
pejam mata hilangkan gundah

ajami hashim 030308 [re-edit]

posting asal: bicaraskrip

Sabtu, 8 Mac 2008

PRU12 [updated]

update: 10/3/08

dicerap dr: FORUM.CARI

Transkrip sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad:

REF: http://www.malaysiakini.com/news/79525

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir: Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.

Saya minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun 2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini.

Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan?

Saya fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini. Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali ini saya sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) 'meletakkan jawatan', apakah anda maksudkan (presiden) Umno atau Perdana Menteri?

Saya fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan 'hara-kiri'. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.

Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?

Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini tidak sesuai, salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat).

Mereka rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan menentangnya.

Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN?

Semuanya boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

Saya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000.

Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Benar, menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi yang selamat.

Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan terjadi. Kenapa boleh wujud gejala penyokong Umno memilih pembangkang kali ini?

Mereka fikir mereka kini dalam tekanan. Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.

Saya telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6 peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian berharap orang ramai akan mengundi anda.

Seseorang yang cerdik akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok (sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas, anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak Hussein) ...

Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya. Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?

Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.

Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika anda tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya menyebabkan BN hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

Saya tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100 peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.

Pada 1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan rusuhan.

Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan, saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak.

Umno masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti MIC dan MCA. Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

Dia menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang anda kena menangis.

Dia beritahu semua orang "Ini muka tak bertukar, tak bertukar" [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka diah? Jika dia Britney Spears, lainlah ...

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya, saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah Pak Lah, Syed Hamid (Syed Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.

Tetapi apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh (melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya kembali dalam kabinet.

Tetapi anda tidak meletakkan jawatan pada 1999?

Saya tidak letak jawatan sebab kita menang dua pertiga. Kita menang dengan sokongan penuh Cina. Ya, kita tewas di Terengganu dan Kelantan tetapi kita selalu kalah di Kelantan, dan (kita tewas) Terengganu kerana sebab-sebab khusus.

Apakah BN tewas kerana ramai pemimpin seperti Samy Vellu yang bergayut pada kuasa terlalu lama?

Saya fikir Samy Vellu turut menjadi penyebab utama ketewasan itu. Ketika dia dalam BN, dia tidak benarkan orang MIC sampai ke peringkat setinggi dia. Jika mereka menang sebagai timbalan atau naib presiden, mereka akan disingkirkan dan malah dibuang dari parti.

Dan dia tidak benarkan parti-parti lain kaum India menyertai BN. (MG) Pandithan cuba sertai, merayu pada saya untuk membenarkannya dan saya bersetuju tetapi kita dalam BN ada kata sepakat bahawa jika ada satu parti tidak bersetuju, kita tidak boleh menerimanya.

Apakah anda terkejut dengan kemenangan (tahanan ISA) M Manoharan?

Ia pernah berlaku pada 1959 atau apakah itu tahun 1964, apabila PAS masuk ke kampung-kampung dengan membawa kasut calon dan dia boleh menang.

Apakah pandangan anda tentang peranan media, khususnya media arus perdana, dalam kempen (BN) ini? Apakah anda fikir ia patut diubah?

Memang patut diubah. Mereka patut melaporkan apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan analisis yang betul. Dulu, media berupaya memberikan maklum balas kepada saya tentang apa yang berlaku di bawah. Mungkin apabila mereka bercakap tentang isu kaum dan seumpamanya, saya akan menutup (media), seperti saya buat pada 1987.

Patutkah semua ketua atasan akhbar-akhbar ini meletakkan jawatan?

Mereka sendiri ada batasannya. Sebahagiannya kawan saya dan penyokong saya juga dan mereka memohon maaf kerana tidak mampu membantu. "Ini semua angkara Kali. Kali ini," cerita mereka pada saya.

Apakah Umno makin tidak relevan?

Untuk masa ini, ya. Ia tidak selalunya begitu. Jika Umno memberikan khidmatnya pada negara, dan menjaga semua kaum, maka Umno akan menjadi relevan semula.

Apakah ulasan Tun tentang calon-calon muda BN yang tewas?

Memang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri.

Apakah anda fikir pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain patut meletakkan jawatan?

Saya rasa sudah ada seorang pemimpin yang tewas. Untuk kes (presiden MCA) Ong Ka Ting, terpulang kepadanya. Keputusan itu terlalu teruk padanya dan MCA dan ia tidak pernah seburuk ini.

Semua orang kata PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama tetapi jika mereka gagal bekerjasama di Selangor dan Perak, mereka tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Apakah komen anda?

Jika mereka kerja bersama, mereka boleh membentuk kerajaan negeri. Jika tidak, maka wakil-wakil Umno - jika mereka cukup - boleh membentuk kerajaan minoriti. Tetapi ia akan menjadi kerajaan yang goyang.

Apakah anda sedih melihat keputusan itu?

Ya, walaupun saya sangat berharap satu mesej telah disampaikan kepada kerajaan.

Apakah anda berminat aktif kembali dalam politik?

Saya tidak akan kembali bergiat dalam politik tetapi jika mereka meminta nasihat, saya boleh beri. Bagaimana saya hendak kembali kerana apabila saya melepaskan jawatan, mereka layan saya seperti seorang pariah.

updated: 9/3/08/4am

Salaam..
Saya bertukar-tukar siaran tv utk mengetahui keputusan terkini PRU12.. semuanya ada kelebihan & kekurangan masing2.. yg saya nak puji sgt ialah TV3 dgn layar skrin digital raksasa!.. RTM1 & AWANI pula kerana panelnya bagus2.. sementara BERNAMATV yg terpantas!.. utk laman web pula saya sekejap2 singgah di FORUM.CARI [tapi kena sabar membaca komen2 forumer di situ! huhu!].. paling cepat update & ada byk 'mirror' site ialah MALAYSIAKINI..






Salaam..

Aku menulis posting ini pukul 1:47am dan pagi nanti adalah harinya!.. beberapa minggu yg lepas sehingga saat ini aku surfing byk blog & portal mengenainya.. di samping itu aku juga sempat menonton Raja Lawak Astro & menyaksikan Nabil, CHAM & XN3 ke final hari Jumaat, 14 Mac nnti.. [agaknya sempat tak Pak Tam & peserta akhir balik kg utk mengundi?.. huhu!] ..ini kali ke-3 aku bakal 'memangkah'.. kali pertama dulu kerana ikut-ikutan dgn kawan2 semasa di UPM.. kali ke-2 aku turutkan 'emosi' krn suasana masa tu.. kali ini sbg seorg suami & bapa yg lebih matang pilihan pangkahan aku masih dlm timbang2an.. mungkin juga aku mahu melihat ke langit dan ternampak cahaya?.. tapi undi itu rahsia kan?

SELAMAT MENGUNDI!!!