Isnin, 24 Mac 2008

+1

blog ini di-hilite dlm majalah KLiK 15 Mac 2008 @ pg.66
dptkan di pasaran dgn rega 4 hengget ajer ;-)




kredit gambar: hezzach

Salaam..

35+1=36.. matematik mudah. Ia penambahan setahun lagi di mana2 borang yg memerlukan kiraan umur saya. Lalu apakah yg hendak saya catatkan di hari jadi saya kali ini? Kamu teruskan membaca..

Pertamanya, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya masih diizinkanNya utk melihat matahari terbit pd tarikh itu. Juga Alhamdulilah kerana saya mampu memiliki kehidupan yg gembira di keliling org2 yg ikhlas menyayangi saya terutamanya Mama, Abang, Adik & keluarga. Saya juga syukuri talian sahabat2 lama dan baru yg IKHLAS kerana se-adanya saya sbg 'kawan' dan BUKAN anggapan saya diperlukan spt kuli 'habis madu sepah dibuang'. Saya pernah tulis pasal networking sebelum ini, dan sekarang saya dah mula faham networking mana yg perlu dipanjang2kan.. yg mana pula biarkan shj ia 'berpatah arang'.

Experience is the best teacher! Saya tidak mahu dah terhantuk baru terngadah! Buang yg keruh ambil yg jernih! Percayalah! Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya! Cuma saya tidak mahu nanti bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. Siapa yg akan malu? Mereka dan keluarga mereka! Bak kata Nabil juara Raja Lawak Astro "Aaaa! lu pikirlah sendiri!"

Okeh! Aku dah lari topik! huhu!.. Bercerita psl acara mkn2 di Restoren Pak Su Corner di Shah Alam petang hari Ahad lepas lagi best kan?.. Walaupun saya sekeluarga berjaya tawaf beribu-raban kali dlm area Shah Alam tu nak cari Seksyen 16, akhirnya kami sampai juga ke situ. Actually yg berkumpul ramai2 tu BUKAN kerana saya tapi gathering Da VOMs/Milanians dgn Mila + Didians/Casa deAmourous dgn Diddy & Bad.. tu diaaa!!! dah canggih-manggih nama2 FC sekarang erk! mau terbelit lidah nak nyebutnyer! huhu.. fyi, Farah OIAM pun join gak kat ujung2 majlis.. inilah baru contoh fan club yg mesra & jujur. Datang bukan dipaksa, sokong bukan kerana nak nama, ahli terbuka-buka hendak ke mana-mana samada nak minat Mila, Diddy atau Farah. Tiada syarat. Tiada jeling-menjeling. Iyalah kan ia cuma fan club? Kalau hendak join ahli, joinlah.. hatta pun hendak mendaftar di bawah 1001 kelab! Ia sekadar sebuah komuniti yg menyukai selebriti yg sama! Itu s a h a j a ! ayoo! aku larik topik lagik :-)

Diddy? Mila? Ada apa dgn Diddy & Mila?.. Saya sgt hormati mereka berdua artis remaja yg tahu berpijak di bumi yg nyata kerana keduanya berada di tahap populariti mereka sekarang kerana usaha gigih mereka sendiri dan pengurusan artis yg bagus! Itu shj formulanya kalau hendak kekal lama dlm industri hiburan di Malaysia yg kecil TAPI penuh dgn dugaan yg besar! Bagaimana pula dgn org kata "hidup & mati karier artis di tangan peminat?".. Betul! Kerana peminatlah yg menjadi sumber income artis yg membeli album, tiket konsert atau merchandise artis. Tapi seandainya seseorg artis gagal diuruskan dgn betul, oleh org yg betul, ikut cara yg betul.. maka tak mustahil artis itu akan tenggelam lemas perlahan-lahan dlm dunia glamour yg direka olehnya sendiri atau mungkin di-ilusikan oleh fanatiknya yg tak bertempat! Noktah!.. alamak! ni aku nak cerita birthday ker? atau nak citer psl dunia artis plak? kekekekek..

Okehlah.. actually tak ada apa yg seronok sgt nak saya bebelkan psl umur 36 thn saya.. secara pendeknya, sambutan pun ala kadar dgn keluarga sendiri shj dan makan2 di restoren tu sekadar memenuhi permintaan adik saya Wawa.. juga kerana dah lama tak bergosip dgn Hezzach, Arin, Aqua, Trenergy, Maya & Pheewwit [sila abaikan cemana nak sebut nama2 yg unik derang tu]..terima kasih bebyk kpd derang especially Bad & Diddy.. kek SR tu sedaps, hadiah topi tu kewl! kad tu pun special sgt!.. jasamu dikenang :-)

Juga kpd kekawan yg call/sms, terimakasihlah.. saya akan reply satu-satu.. InsyaAllah.



14 ulasan:

Mat Iyas berkata...

happy birthday AJAMI...moge panjang umor, murah rezeki n stay bloggin..haha

.:YoYo:. berkata...

happy bufday abg ajami.. yo ade smalam kat PakSu Corner celebrate ur bufday.. hehehe..

may GOD bless u, panjang umo n murah rezeki.. AMIN..

fRyMeE (",) berkata...

happy bufday bro!! wish u diredhai Ilahi selamanya...

badrul berkata...

macam nak nangis pulak tengok youtube tuh... anyway, happy birthday... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat...

kiera55 berkata...

pakcikkkkkkk....
sama BULAN...tp lain ZODIAC.... ;))

happy birthday pakcik!!!!!
smoga panjang umur+dimurahkan rezki+dipermudahkan segala urusan+baik baik saja....

may all ur dreams come true...

amin....

EDDY PURNAMA berkata...

happy birthday bro...bile nak jumpa agi

wawa berkata...

hepi besday pakcik! smoga panjang umor, murah rezeki, hepi, success slalu =D biau usia kita bertambah dgn kematangan n kesungguhan, aminnnn ;) sori kad ucapan wat last menet.. hikhik...

Theosofie Mashon berkata...

Abang Ajami.. Happy Birthday!

Tanpa Nama berkata...

effy burstdayyy angkel JAMI!!!
semoga panjang umo & murah rejeki!

-seroja-

Hezz berkata...

epi burstday lagi ajami...

terharu sgt baca entry uols nih... nak komen tak reti, tapi kumengerti segalanya... (icon airmata bercucuran segalanya)

I'm glad we're moving on coz no matter what life has to go on... and I'm really glad and terharu you could come meriahkan malam tu and share your special day with us...

toce toce =))

Tanpa Nama berkata...

hepi belated besday.....tapi dah wish kat kad tu......panjang berjela ayat dari pasal besday ke ceramah lak.....seb bek tak ceramah seblah aku ari tu.....kalau tak kol 12 pun tak balik lagi.....semoga dirimu dicucuri rahmat oleh yg maha Esa, Amin

pheewwit

MyRaLiCiOuS_89 berkata...

huhuhu..
hepi bufady ek bro ajami..
sedap ar kek tuh.. kekeke..
best ar malam tu kite celebrate kat paksu corner.. kekeke...

Tanpa Nama berkata...

HepI Beleted bIRtHdAY PakcIK..
iTs Me Linda_lady..Dr Keb...TEETENTE..DULU..
Sowii lambat wish..
Moga Pnjang Umur n mUrah Rezeki n BahaGia HingGa Ke HujUng Nyawa...

maya berkata...

Happy birthday...pakcik.....
moga panjang umur...murah rezeki.....
terharunyer baca ayat2mu tu....
diriku ini memahaminyer....;)tetiba lak jiwang...