Selasa, 15 April 2008

MAYA V1.0 ~ brainstorming!


Salaam..
Apa yg kamu dapat bayangkan sekiranya ia sebuah filem? Sebenarnya, bukan mudah utk menulis skrip berdasarkan sinopsis pendek sebegitu! Saya mahu menulis sebuah cerita yg menyeronokkan utk semua org! Bagi saya, menulis skrip bukan sekadar berangan dgn satu idea yg berulang-kali datang & pergi dlm khayalan kita dan terus menulisnya dlm bentuk sebuah skrip penuh.. kepala, badan, ekor.. ya! ia tidak semudah yg disangkakan! Saya tidak mahu terperangkap kebuntuan sesat di pertengahan jln dan tidak tahu hendak ke mana atau hendak berhenti di mana? Bila seorg kwn rapat saya minta treatment penuh, saya kata saya perlukan masa kerana idea itu baru sekadar bayangan2 babak yg terpecah-pecah tanpa sambungan. Plotnya melompat-lompat. Watak2nya masih bertukar-ganti wajah & nama. Saya hanya ada plot yg berdiri sendiri. Masih belum sbg sebuah storyline yg lengkap. Lalu, apa yg saya buat sepjg seminggu-dua yg lalu hingga kini? Jawapannya ialah: 'brainstorming'.. Maksud saya, utk menghasilkan sebuah cerita yg seronok, saya mesti lalui proses itu sehingga saya benar2 rasakan bahawa ribut idea itu sudah reda & teduh. Ia memerah sehabisnya kemampuan minda saya dgn mencampakkan logik ke dlm gaung realiti dan menumbuhkan sayap utk saya terbang ke alam fiksyen bagi mencari sebuah cerita yg paling kreatif!

Bagaimanakah saya buat brainstorming? Ikut hati sukalah!.. Saya lungsuri internet! (proses wajib!) Saya dengar muzik trance kuat2 dlm kereta! Saya tonton filem2 yg bukan genre spt skrip yg saya hendak tulis misalnya semlm saya tengok dvd SAW4! (memang gila babas horror yaa amats!!!) Saya belai2 rambut anak saya masa dia tidur! Saya baca majalah KLUE. Saya pergi KWSP utk kurangkan pembayaran pembelian rumah (dah efisyen derang ni kerja!) Saya tengok matahari terbit. Saya sms dgn kwn2 networking industri filem. Saya contacting bmx riders kat Malaysia ni melalui portal http://www.kayuhbmx.com/ .. dan macam2 lagi! Itulah proses brainstorming saya kerana kadangkala idea kreatif akan timbul bila2 masa & di mana2 shj!

Ringkasnya, berfikirlah di luar kotak!

NOTA:
*kamu mungkin org pertama yg membaca tajuk skrip ini!
*proses brainstorming itu sebenarnya saya sudah buatkan blog.. kalau dah sedia, saya akn berikan link-nya!
*disciplines main beskal bmx freestyle dlm youtube di atas dipanggil park + vert + flatland
>> http://en.wikipedia.org/wiki/Freestyle_BMX

3 ulasan:

Mat Iyas berkata...

cam menarik je ajami!huhu~

Tanpa Nama berkata...

ajami jangan pecah banyak lobang sangat tau, nanti penat idea keluar orang lain yang cedok idea ni... aku dah dapat macam mana mana visual cerita ni nak digambarkan. pasti ko suka... coraknya ala .... kalau ko nak tahu call aku nanti. pasword camera trik

irafazir

ajami berkata...

mat iyas, dah siap nnt i gve u access to read it ;-)

irafazir, huhu!.. kalau ada nk plagiat nnti aku sumpah jd petiais!!!.. btw, mmg Xder yg originalnya dlm dunia 'cerita'.. yg tinggal hanyalah KREATIVITI cemana nk buat yg mcm BARU dr yg LAMA..