Jumaat, 30 Mei 2008

ESTET ialah filem Kollywood?

Salaam..
Mulanya saya sangkakan bahawa ada ramai blogger lain yang akan dijemput sama oleh Mamat Khalid untuk ke pra-pelancaran filem Estet hari Khamis lepas. Saya terkejut juga bila Mamat bisik kata hanya saya seorang sahaja dimana yang lainnya ialah para wartawan rasmi. Bukan tujuan saya untuk bermegah tapi itulah hakikat bahawa rupanya Mamat menghargai tulisan-tulisan saya terdahulu di blog ini bermula dengan filem Zombie Kampung Pisang dan Kala Malam Bulan Mengambang. Sebenarnya saya yang mesti berterima kasih kepada dia kerana sudi 'berkawan' dengan seorang blogger yang kadangkala entah apa-apa juga tulisannya! Ops!..
Kalau ada yang baru tahu, saya pernah membuat temubual khas dan eksklusif untuk terbitan youtube dengan Mamat semasa mempromosikan filem Kala Malam Bulan Mengambang akhir Disember 2007 dulu. Jadi, jika kamu mahu faham lebih lanjut apakah sebenarnya maksud 'film noir' dan erti sebenar yang hendak diceritakan oleh filem itu, silalah tonton dan dengar kesemua terbitan youtube tersebut! >> YOUTUBE
Bercerita tentang pra-pelancaran filem Estet, saya benar-benar teruja dengan gimik yang dibuat oleh syarikat Naga VXS Sdn. Bhd. Mulanya saya pelik juga kenapa ia dilangsungkan di Padang Merbuk dimana sekumpulan remaja sedang berlatih main rugby pula tu! Tapi bila ternampak khemah-khemah putih siap di-dekorasikan dengan pokok pisang di setiap tiangnya serta dengan juraian daun-daun, saya tersenyum sendirian. Ditambah lagi dengan mainan irama gendang dan tiupan serunai muzik live seperti dalam filem Tamil! Mamat, Farid Kamil dan Sofi Jikan berbaju Melayu lengkap manakala para pelakon India yang lain dengan sari dan pakaian tradisional mereka! Benar-benar suasananya seperti majlis kenduri gabungan kaum Melayu dan India. Dalam perjalanan menuju ke situ hujan agak lebat di sekitar KL. Maka saya agak terpijak-pijak becak dan lecah juga di padang itu, namun rasa kekampungan itulah juga merealisasikan lagi majlis seperti dalam estet. Itulah uniknya acara itu. Walaupun mungkin di luar sana, ada sedikit cuit-mencuit politik sesama bangsa tapi dalam bidang perfileman tanahair kita semuanya adalah muhibbah sahaja! Yang penting ialah nawaitu Mamat dan produksi Estet untuk menghasilkan sebuah filem Malaysia! Selamat menyebut 'action' untuk sahabat saya, Mamat Khalid pada 1 Jun 2008 nanti di Kuala Kangsar untuk hari pertama Estet di lokasi!
p/s: Mamat Khalid cakap ESTET ialah filem Kollywood.. ambik kau!!!.. pergi study apa itu Kollywood? >> http://en.wikipedia.org/wiki/Kollywood
mari dengar apa kata hati Mamat Khalid?


p/s: more info? klik sana >> http://filemestet.blogspot.com/

Khamis, 29 Mei 2008

ESTET softlaunch

UPDATED: 30/5/08/5:27AM
*SILA KLIK GAMBAR*

http://filemestet.blogspot.com/



* di majlis itu, Sofi Jikan sempat menunjukkan di henponya, teaser filem LOBANG yg dibikin oleh produksinya!.. dan derang dah ada blog: http://lobangthemovie.blogspot.com/


Salaam..

Hari selasa lepas aku dapat sms dari seorg mamat.. bukan mamat sebarangan mamat tapi Mamat Khalid:

"29hb bertempat di pdg merbuk jam 4ptg softlaunch filem 'estet'! Ada makan juga. Sila hadir, kalau tak nanti disumpah sang kelembai. Thank you"

Masalahnya.. Padang Merbuk tu kat mana erk?.. ops! rasa macam pernah lalu-lalang & dengar nama tu.. ohhh! kena google lah kannn?.. ini hasilnya >> peta

*blog ni terpaksa 'di-facelift-kan' supaya nampak kemas & tak berat nak di-access dgn hanya mengunakan 2-column shj tanpa links.. tQ adam! walaupun dia tak paham bahasa melayu, tapi sure dia bangga giler coz aku asyik gunakan template rekaan dia! huhu!.. dan wahai kawan2 blogger aku, jangan merajuk tau!.. aku dah buatkan blog-links korang utk memudahkan aku klik kat sini >> ajami-links

*hari ni, 29.05.08 filem Apa Kata Hati? mula tayangan.. dah berbuih mulut aku promot kat member2 opis & krem jari menaip posting psl filem ni sejak tahun lepas!.. siap ada blog 'my tribute' tu!!!.. so, kalau korang sayangkan aku, pegilah beli tiket RM20 bawak awek/balak korang berhibur!.. atau beli ler tiket lebih utk belanja anak2 sempena coti skolah ni!.. berbaloi! wa cakap lu!!!.. btw, youtube Bual Santai kat bawah ni masih ada 2 part aku tak abis edit.. w/pon recorded bulan Jan'08!!!.. ampunnn incik Saw Teong Hin!!!.. maybe esok-lusa siaplah!.. w/pon ada ker org tengok perabis youtube tu???... nangisss!!!



*semalam pulak aku pegi launching Movie Carnival 2008 anjuran www.cinemaonline.com.my kat 1-Utama.. ada ler aku record event tu guna handycam tapi tak sempat nak edit pun!... pameran tu best wooo! (pameran katanyaa!).. boleh ler bwk anak2 sendiri atau anak2 sedara-mara yg datang KL atau anak2 jiran-tetangga yg tgh bercoti skolah .. so utk info lebih lanjut sila klik gambar berikut:


*kat tv pulak aku ter-tonton GADO GADO ~ lawak klasik [Isnin-Khamis, 4:30ptg & 11:30mlm, ASTRO RIA].. agaknya pogrem nilah asas paling bagus utk pogrem Raja Lawak Astro!!!

..dan rasanya inilah jugek pogrem yg 'memperkenalkan' geng2 Jalil Hamid, Sabri Yunus, Imuda, Ebi Saiful, Ebby Yus, Tam (semasa kecil) & penampilan khas maknyah2 di tv!

..lastly, happy belated tahniah to Stacy juara af6 sampaikan chief minister pun bangga giler katanyaa!.. walaupunnn!

p/s: cuba korang kira brapa byk & brapa jauh aku off-topic dlm posting ni?
..alamakkk! terlebih sudahhh!!!

Sabtu, 24 Mei 2008

Wawancara Eksklusif: Penulis Skrip Filem APA KATA HATI?

utk pelanggan astro! klik sini: ASTRO-KIRANA



Wawancara Eksklusif dengan Meor Shariman Meor Shafie - penulis skrip filem Apa Kata Hati? melalui e-mail ini telah dijalankan pada Isnin, 19 Mei 2008 oleh Ajami Hashim. Semua soalan dan jawapan wawancara berikut boleh diterbitkan di mana-mana media sebagai perkongsian informasi dengan menyatakan sumbernya dari blog ini http://ajamihashim.blogspot.com/


1. Ceritakan kronologi proses penulisan skrip AKH?

- pemilihan tajuk, genre, premise
Genre ialah romantic comedy. Dan paling utama, ia mengikut acuan romantic comedy buatan Hollywood. Tajuk awalnya ialah BISIK, tapi Tayangan Unggul Sdn Bhd berpendapat, BISIK tidak sesuai sebagai judul sebuah romantic comedy. Berkenaan premise pula, ia memang telah diilhamkan untuk berkisar di Kuala Lumpur dan mengadunkan elemen-elemen urban dan desa untuk tatapan penonton di bandar dan luar bandar. Tajuk APA KATA HATI?, tercipta semasa saya, Saw Teong Hin dan Gayatri Su-Lin Pillai, makan malam di sebuah restoren mee di Ampang. Tiba-tiba saja saya mendapat tajuk itu dan saya beritahu Teong Hin dan Gayatri. Mereka terus setuju.

- inspirasi/idea asal dari karya apa/siapa
Ramai yang kata ia sama dengan filem Hollywood, WHAT WOMEN WANT. Sebenarnya, saya mendapat idea itu setelah membaca sebuah buku berkenaan mind reading. Saya tak ingat judul buku tersebut. Dan selepas itu, saya terus mendapat idea - iaitu apa akan berlaku jika seorang perempuan dapat membaca kata hati lelaki? Dari idea itu, saya kembangkan. Dan setelah itu, saya serahkan treatment kepada TUSB. Waktu itulah saya diberitahu konsep cerita itu serupa dengan WHAT WOMEN WANT. Hanya konsep dan idea yang sama, tetapi jalan cerita dan presentation adalah berbeza. Saya kemudian menonton semula WHAT WOMEN WANT kerana saya mahu pastikan tidak ada persamaan jalan cerita.

- tarikh mula & durasi penulisan
Wow! saya tak berapa ingat. Yang saya ingat ialah Gayatri, produser TUSB minta saya berikan satu konsep cerita ringan pada bulan Mac 2007. Saya kemudian sms konsep itu dalam masa dua hari, kemudian dia meminta synopsis dan treatment. Saya serahkan dalam masa tiga hari. Selepas itu, dia meminta skrip penuh draf pertama dan saya siapkan dalam masa 10 hari! Rasanya semua berlaku dalam masa lebih kurang 2 minggu dari proses mendapat idea hingga draf pertama AKH.

- berapa kali rewriting
Rewrite berlaku sewaktu berbincang dengan Saw Teong Hin. Dia membaca draf pertama saya dan telah memberi beberapa pandangannya. Paling utama, dia tidak mahu AKH klise sebagaimana filem-filem romantik komedi tempatan yang sedia ada. Teong Hin dan saya sependapat bahawa AKH mesti menggunakan acuan genre romantik komedi Hollywood. Bermula dari situ, kami bincangkan watak dan perwatakan. Romantik komedi mesti ada 3 watak utama, sekurang-kurangnya 1 watak sampingan utama dan beberapa watak sampingan yang menjalankan plot cerita. Kami telah menonton seberapa banyak filem romantik komedi Hollywood seperti My Best Friend's Wedding, Sleepless In Seattle, When Harry Met Sally, Reality Bites, You've Got Mail, French Kiss, While You Were Sleeping dan beberapa tajuk lagi untuk mendapatkan acuan sebenar romantik komedi. Setelah mendapat acuan, draf pertama itu diolah supaya mengikut acuan sebenar romantik komedi. Teong Hin dan saya juga sependapat bahawa di Malaysia, kebanyakan filem 'romantik komedi' bukan bergenre 'romantic comedy' sebenar-benarnya tetapi bergenre komedi yang mempunyai unsur-unsur romantis. Ini kerana kebanyakan filem-filem itu tidak mengikut acuan sebenar sebuah karya romantic comedy. Re-writing hanya mengambil masa satu minggu kerana Tayangan Unggul mahu memulakan produksi pada awal April 2007.

- imaginary casting, budgeting
Ada beberapa nama yang tersenarai untuk watak Elly. Antaranya Farah Fauzana, Farah AF2, Maya Karin dan Nora Danish. Namun, pemilihan Raja Farah dibuat setelah kami berpuas hati dengan chemistry di antara beliau dengan Farid Kamil dan Awal Ashaari. Manakala untuk watak yang dipegang oleh Farid dan Awal, antara yang disenaraikan termasuklah Que Haidar dan Remy Ishak.
Watak Linda pula, memang Dynas Mokhtar adalah pilihan utama saya kerana saya pernah memberikan dia watak perempuan gedik dalam filem Main-Main Cinta. Dan watak lakonan Kak Ogy Ahmad Daud sememangnya dicipta khas untuk beliau walaupun pada masa penulisan skrip, saya tak pasti Kak Ogy akan menerimanya.
Pemilihan Awie, AC Mizal dan Harun Salim Bachik dilakukan oleh TUSB dan Teong Hin, begitu juga dengan watak-watak cameo bagi mewarnai AKH. Tentang budget pula, saya dan pengarah diingatkan supaya 'keep it below RM1.1 million'. !!!!!!!!!!!

- software
Saya menggunakan software FINAL DRAFT, untuk draf terakhir skrip ini.

- lain2
Yang paling menarik, Teong Hin dan saya sebulat suara mahukan satu babak nyanyian beramai-ramai macam dalam filem My Best Friend's Wedding. Jadi, dari situlah terhasil babak nyanyian beramai-ramai lagu Sekadar Di Pinggiran. Begitu juga dengan lambang cinta iaitu bangunan KLCC. Saya mendapat idea itu dari filem Sleepless In Seattle yang menjadikan Empire State Building sebagai lambang cinta.


2. Apakah story structure & theme skrip AKH? Huraikan.
Secara ringkas, story structure AKH mengikut dasar penulisan skrip iaitu mempunyai ACT 1, ACT 2 dan ACT 3. Dan plot digerakkan oleh watak utama iaitu Elly dibantu oleh watak-watak sampingan yang menjadi pengerak perbuatan Elly. ACT 1, memperkenalkan Elly dan dilemanya juga memperkenalkan watak-watak lain di sekelilingnya. Pada akhir ACT 1 iaitu 'penggerak' ke ACT 2, Elly mendapat kurniaannya. Secara langsung, penggerak itu menjadi pendorong ACT 2 di mana, Elly berdepan dengan pelbagai konflik dalam mencari 'kata hatinya'. Konflik ini terlerai pada penghujung ACT 2, yang menggerakkan cerita untuk ke ACT 3, iaitu penyelesaian konflik.
Struktur yang sama digunakan untuk sub-plot iaitu perjalanan watak Linda dan perjalanan watak Rosmah, lakonan Kak Ogy.
Tema skrip ini ialah 'imbangan hidup' atau the balance of life di mana, setiap perkara yang berlaku adalah 'berpasangan' seperti malam dan siang, buruk dan baik, suka dan duka. Di mana, keseimbangan berpasangan inilah yang menjadikan satu kehidupan itu 'perfect'.
Berkonsep romantik komedi, AKH tidak menggunakan 'slapstick' sebagai bahan lawak tetapi menekankan kepada 'situation comedy' iaitu komedi yang berlaku akibat dari sesuatu situasi yang terjadi atau dialami oleh watak-watak dalam AKH.


3. Adakah skrip AKH? benar-benar diterjemahkan ke bikinan filemnya?

- directing
Dari segi pengarahan, saya amat berpuas hati dengan sutradara Saw Teong Hin. Apatah lagi kerana beliau sering berbincang dengan saya dan juga pelakon untuk mendapatkan idea bagi merealisasikan setiap babak dengan lebih berkesan. Kami bekerja sebagai satu 'team' dan apa yang anda lihat di layar ialah realisasi kami semua.

- production
Bahagian ini, saya serahkan kepada Teong Hin dan team beliau. Tapi, kami berbincang tentang latar belakang setiap watak supaya sesuai dengan apa yang hendak disampaikan.

- storytelling
Ia mengikut apa yang dirancang dan ditulis pada manuskrip! Ini kerana, kami hanya mulakan pengambaran apabila semua yang terlibat berpuas hati dengan skrip itu.

- rewriting
Bahagian ini amat penting. Ada penulis skrip yang tidak gemar manuskripnya di re-write. Ini silap kerana semasa re-write lah, penulis skrip akan dapat mencantikkan lagi naskah tersebut. Dan saya lebih suka berbincang dengan pengarah supaya mempunyai visi yang sama untuk menterjemahkan skrip ke dalam bentuk visual.

- casting
Ya, setiap pelakon berjaya merealisasikan watak sebagaimana yang dikehendaki skrip. Terutama watak Elly. Kami cuba lari dari watak klise sebagaimana yang dilakonkan oleh Julia Roberts dalam My Best Friend's Wedding atau Sandra Bullock dalam While You Were Sleeping. Kerana itu, Elly tidak 'gedik' atau 'neurotik' tetapi 'calm' and 'happy go lucky' dan sentiasa berfikiran positif.


4. Apa pendapat anda tentang peranan SWAM (Persatuan Penulis Skrip Malaysia)?
Saya adalah ahli SWAM seumur hidup. Saya berpendapat, SWAM perlu lebih aktif dan tegas untuk kebajikan ahli-ahlinya. Saya tak nafikan SWAM sering menganjurkan aktiviti untuk ahli. Apa yang lebih penting ialah untuk SWAM berjuang supaya ahli-ahli mendapat bayaran setimpal dengan karya mereka. Pada waktu ini, penulis skrip mendapat bayaran berbeza daripada setiap produksi. Sepatutnya, SWAM tetapkan bayaran standard untuk ahli, terutama bayaran minima. Dan jika di Hollywood, penulis skrip hidup mewah tapi tidak di sini. Ini kerana penulis skrip di Malaysia hanya mendapat bayaran lumpsum dan tidak mendapat 'royalti' jika skrip itu box office, dijual dalam bentuk vcd dan dvd mahupun ditayang di tv.


5. Apakah buku rujukan scriptwriting yang anda baca?
Paling utama dan perlu dijadikan bahan rujukan semua penulis skrip ialah SCREENPLAY: THE FOUNDATIONS OF SCREENWRITING oleh Syd Field. Juga THE SCREENWRITER'S WORKBOOK oleh penulis yang sama. Tapi, harus ingat bahawa buku-buku ini tak semestinya 'perfect' untuk penulisan skrip di Malaysia kerana ada beberapa elemen yang berbeza. InsyaAllah, saya sendiri dalam proses menulis sebuah buku panduan penulisan skrip yang praktikal untuk bakal penulis skrip tempatan berpandukan manuskrip-manuskrip yang pernah saya tulis iaitu Main-Main Cinta, Cicakman, Cicakman 2 Planet Hitam, Tentang Bulan, Apa Kata Hati dan Sayang You Can Dance juga skrip utk VCD iaitu Cinta Popular dan Sahabat Atau Kekasih.


6. Apakah pesanan anda kepada penulis skrip baru?
Jangan mudah berkongsi konsep dan idea kerana jika idea itu bagus, ia akan di 'hijack'. Jangan mudah mengalah dan terus berkarya serta harus terima setiap kritikan dengan positif.

Mukhsin @ The Museum of Modern Art

sila klik gambar:



ref: The Museum of Modern Art
my rev: Mukhsin
blog: http://yasminthestoryteller.blogspot.com/

UPDATED: 29.05.08 >> The New York Times review

Ahad, 18 Mei 2008

AF6: tandatanya?

kredit: mrmanager


kredit: lurvenez


Kalaulah Lionel Ritchie & Diana Ross menonton konsert AF6 ke-9 mlm tadi, mungkin mereka akan buat standing ovation!.. coz diaorg tak ada.. so saya wakilkan tepuk! tepuk! tepuk!..
Photobucket
..sejujurnya saya amat kagum dgn persembahan Riz & Nadia berduet lagu Endless Love!.. jikalah konsert itu di Istana Budaya.. andailah.. mungkinlah.. apa2lah..

Bagaimanapun, konsert itu juga menimbulkan tandatanya.. faktor apa pilihan afundi sebenarnya yg diguna-pakai oleh rakyat Malaysia yg menyewa ASTRO dan menonton ASTRORIA mlm tadi?.. sebelum itu, yg saya tatap, dengar & nilai ialah:

Stacy ~ Beat It
Persembahan nyanyian yg berkoreografi tarian hampir kemas & sgt bertenaga! Bagus! Sgt menghiburkan!

Toi ~ Kau Yang Bernama Seri
Akhirnya Toi menyanyi karaoke dgn 'betul' tapi berdasarkan prestasi mingguan sepatutnya ia sudah terlambat! Namun dia juara konsert ke-9? Boleh?..

Stanly ~ Kerana
Saya tak tahu lagu apa & rentak macamana yg paling sesuai utk Stanly? Dia dah cuba setiap minggu dgn pelbagai lagu cuma kesesuaian suara dia setiap minggu juga serba tak kena! Akhirnya..

Nadia ~ Lelaki Buaya Darat
Tarian ok. Nyanyian pun ok cuma entah kenapa lantangnya suara Nadia seiring dgn 'kesengauan' yg amat ketara? Ker memang itulah uniknya suara dia?

Riz ~ Rock Around The Clock
Ermm.. kelebihan Riz ialah menjadikan lagu ini rock & roll versi Melayu agaknya? Nyanyian dia sejujurnya biasa2 ajer tapi pakej persembahannya yg menjadikan ia menarik.

Nubhan ~ Tapi Bukan Aku
Lagu ini sepatutnya Nubhan manipulasikan semaksima mungkin coz tone suara spt dia mmg muat utk lagu ini! Tapi kedengaran siksa benar utk dia nyanyikan hingga 'tercekik'?

Stanly & Toi ~ Lagu Jiwa Lagu Cinta
lalala.. memang 'killer song' dan mereka 'terbunuh' dgn jayanya!.. hancurrr! boringgg!

Riz & Nadia ~ Endless Love
Sgt sempurna dan mengujakan! Persembahan terbaik utk mlm ini! Wow!

Nubhan & Stacy ~ Ada Cinta
Bolehlaaa utk sebuah drama muzikal.

Ok.. sekrg balik kpd topik tandatanya saya tadi berdasarkan bedanya peratusan berikut:

KEDUDUKAN PELAJAR SEBELUM KONSERT

Stacy 19%
Riz 19%
Nadia 17%
Nubhan 17 %
Stanly 14%
Toi 14%

KEDUDUKAN PELAJAR SELEPAS UNDIAN DITUTUP

Toi 19%
Stacy 19%
Nubhan 17%
Riz 16%
Nadia 15%
Stanly 14%

sumber: PORTAL AF6

Ok.. Saya nak tanyalah apa pendapat pembaca blog ni.. faktor apa yg mempengaruhi afundi kamu?

baca gak rebiu derang neh:
mrmanager
master-G
eddypurnama

Sabtu, 17 Mei 2008

MALAYSIAN ARTISTES FOR UNITY: Pete Teo unscripted

free download

the video:

Salaam & hi..

23/4 saya menerima sms yg sgt pjg giler dpd Vernon yg pd awalnya saya agak blur apakebendanya event itu???

..so dipendekkn cer, ia pasal MALAYSIAN ARTISTES FOR UNITY

projek apakah itu?.. kamu kena klik banner di atas!

..yg dpt saya contribute secara kecil-kecilan cuma dgn mewawancara komposer lagu Here In My Home iaitu Pete Teo berikut:





*Pete Teo website >> http://www.peteteo.com/

Sabtu, 10 Mei 2008

Apa Kata Hati? & Red Box

jaclyn victor nyanyi live 'dambaran cinta'







http://filemapakatahati.blogspot.com/

Salaam & hi..

fyi! saya yaaa amats bz dgn kerja2 mkn gaji tetap & menyiapkan youtube BUAL SANTAI dgn Saw Teong Hin.. btw, website TAYANGAN UNGGUL dah maju & update sekrg!.. pegi ler klik coz nx wk 14 Mei ada preview Apa Kata Hati?.. dlm pd tu, sapa yg nk blajo tulis skrip, saya ada update skit, sila ke blog yg satu lagik >> bicaraskrip ..ilmu free aku nak share dr pndgan & bacaan buku.. tapi tak ler best sgt pong!.. pasal konsert ke-8, & 9 AF6?.. hopefully RIZ, NADIA, STACY & NUBHAN stay!!!.. huhu!

Rabu, 7 Mei 2008

CONGKAK ~ naratif merayau-rayau!


ref: sinemamalaysia

Salaam & hi..

Sesebuah filem seram dibikin utk 'menakutkan' penonton sbg hiburan tetapi seandainya ia berjaya 'meng-terkejutkan' dgn muzik latar bang! bang! bang!.. maka penonton mungkin ketawa kecil atau akan mencarut dlm panggung! Itu baru pasal bunyi-bunyian, belum lagi sekiranya ada special-effect mcm Power Rangers!.. mungkin penonton yg ketawa sikit2 akan jadi terbahak-bahak! Oh! Saya lupa, selalunya saya akan mengulas filem dari sudut naratif shj bukan pasal runut atau sfx.. ops!

Congkak bercita-cita besar!.. sgt besar sehingga terabaikan perihal paling sebesar alam iaitu utk 'bercerita'.. betul! Congkak ada naratif asas tapi ia merayau-rayau!.. mcm org main cuit & lari.. cuit & lari.. cuit & lariikkk!!!.. bukaan filem ini mcm dah ok ok dgn flash-backstory psl sejarah sambil lewa tentang permainan congkak TAPI lepas itu?.. naratifnya mula main2 seolah rentetan kisah getah elastik yg di-stretch-kan selama lebih 50 minit mencari Lisa! Lisa! Lisa!.. [ya! aku kira kat cellphone timer tau!].. dan paling saya turn-off bila di akhir cerita, watak Pak Tua sbg deus-ex-machina!..



p/s:
- sila tonton vcd/dvd/vhs filem RAHSIA (1987) arahan Othman Hafsham sbg galang-ganti sekiranya anda kecewa!
- sila klik komen2 @ CARI.COM

Sabtu, 3 Mei 2008

AF6: 10 SEBAB RIZ AKAN KE FINAL?


1. campak lagu apa pon, riz boleh improvise jadi style dia
2. riz rajin berusaha gigih.. sgt gigih yaaa amats!
3. kelab peminat riz dah jual t-shirt!
4. jasmi rejab bagi baju belang2 horizontal pon, riz nampak kurus.. (matilahhh!)
5. nama 'riz' pendek, so peminat senang nak jerit2 masa konsert
6. riz ada gambar superimpose oleh PEPARI.. errr, so.. errr.. riz ada kepak?
7. riz anak negeri perak, so rakyat jelata perak sokong riz
8. sebab ajami orang perak gak, so ajami pon sokong riz.. boleh?
9. mrmanager sokong riz, so pembaca blog mrmanager mungkin akan sokong riz.. (walaupun mrmanager tak mengaku)
10. klubbkidd actually suka2 ajer nyakat peminat riz.. larrriikkk!!! (go read his blog!)


http://rizfc.forumotion.com/

Salaam..
Cepat betul peminat riz bercambah kat internet!!!.. TAHNIAH!!!

p/s: lain2 links:
PEPARI
http://www.myspace.com/rizfanclub
http://profiles.friendster.com/rizfc

..dan sila baca artikel mrmanager berikut! huhu! best giler!!!

Riz In The Spotlight

LOVE ~ adaptasi yang longgar


*terbitan pertama: 29/4/08

Salaam..

Tidak boleh tidak, saya & penonton filem di Malaysia akan membandingkan filem LOVE (2008) ini dgn asal-usulnya iaitu filem CINTA (2006) dahulu yg sememangnya saya kagumi! Sila klik ulasan2 saya berikut:

CINTA pt.1
CINTA pt.2
CINTA pt.3

Saya tidak tahu & tidak paham kenapa karya sebagus CINTA itu diadaptasikan semula kpd sebuah lagi filem yg hanya berbeza sedikit bahasa pertuturannya iaitu Bahasa Indonesia dimana tidak jauh bezanya dgn Bahasa Malaysia. Lainlah seandainya ia diadaptasikan ke dlm filem berbahasa Perancis atau Jepun serta diarahkan oleh pengarah yg lain misalnya, pasti ada sedikit kebedaan yg unik spt adaptasi filem Infernal Affairs kpd The Departed. Tambahan pula karya LOVE ditangani oleh pengarah yg sama filem CINTA iaitu Kabir Bhatia cuma skripnya shj diolah, dicantas & ditokok-tambah semula oleh Titien Wattimena. Betul, lokasinya berbeza & plot asasnya juga ada yg dibuang & diubahsuai. Tetapi adakah naratifnya semakin baik? Jadikah feel-nya bertambah mengujakan? Sejujurnya pada pendapat saya.. tidak! malah ia bertukar menjadi sebuah filem pop-melodrama yg terlalu kebiasaan spt sekadar melepaskan batuk di tangga utk sebuah lagi filem keluaran Indonesia. Paling saya gusari ialah struktur asas sebuah cerita ensemble-cast/multi-plot yg sudah kemas dan menarik dlm filem CINTA telah dicacatkan oleh beberapa penstrukturan semula dlm filem LOVE. Kenapa & adakah saya bias? Kamu teruskan membaca..

1. perselisihan lokasi (cross/intersect-point): Filem CINTA menjadikan pejabat arkitek/hubungan sesama watak sebagai tempat/plot pertembungan Azlan+Azura//Haris+Airin+Alisa//Dyan+Dhani manakala dlm filem LOVE watak2 yg sama dgn nama lain iaitu Tere+Awin//Gilang+Miranda+Icha//Restu+Dinda dipecahkan terus secara berasingan. Malah wakil kasih-sayang adik-beradik Dyan+Dhani ditukarkan dgn cinta remaja Restu+Dinda. Ia mengakibatkan LOVE memaparkan pengulangan/pelapisan 2 plot cinta remaja yg sama dlm sebuah filem iaitu Restu+Dinda vs. Rama+Iin. Betul, keduanya agak berbeza konflik tetapi ia telah membuang wakil 'cinta adik-beradik' Dyan+Dhani serta menyebabkan perebutan limelight di antara 2 'cinta remaja' yg hampir serupa! Malah ia juga mengakibatkan linking/perkaitan sesama pasangan terputus terus dimana plot Tere+Awin//Gilang+Miranda+Icha//Restu+Dinda bergerak ke depan sendirian secara independent tanpa sebarang kaitan. Maksud saya, penonton seolah-olah menonton 3 cerita konflik yg berasingan dlm sebuah filem tanpa ada interaksi di antara sesama pasangan/watak.

*NOTA: UPDATED 3/5/08
ulasan ini disambung setelah menonton semula vcd CINTA.. tuu diaa! sekali-sekala buat ulasan kena merujuk filem terdahulu katanyer ;-)


2. character motivation: saya pecah2kan mengikut pasangan:

Restu+Dinda vs. Dyan+Dhani - rujuklah perenggan atas no.1.. pendeknya, plot Restu+Dinda cliche dan booorrriiinnnggg!!!.. noktah.

Gilang+Miranda+Icha vs. Harris+Airin+Alisa - ok! konflik kedua pasangan mmg unik & penuh komplikasi namun CINTA lebih bagus kerana..
>> kronologi konflik rumahtangga Harris+Airin mudah difahami, mengejutkan, menyayat hati & sudah molek benar plotnya.. krisis suami-isteri ini adalah plot utama yg mmg cliche kisah cerai-berai tetapi mengujakan kerana ia mengupas andaian jika seorg isteri meninggalkan suaminya kerana jantan lain bertitle "my kind of man".. ia tamparan realiti kpd maskuliniti si suami.. wow!.. hebatnya bila si suami tidaklah memaki-hamun sumpah-seranah bagai nak rak kerana dia masih terlalu amat sayangkan isterinya.. Harris masih cuba membaiki & tiada dendam kesumat cuma kekecewaan yg amat sgt dgn soalan "why?" & masih membuka pintu hati & rumahnya utk Airin kembali.. perasan tak? plot konflik Harris+Airin itu sendiri sudah sgt berat utk mengisi 1/5 dr pecahan filem CINTA, sebab itulah watak Alisa hanya sekadar penyambung di antara mama+papa nya shj dan tidak perlu diberikan subplot yg keterlaluan..
>> berbeda benar dgn kroniknya konflik rumahtangga Gilang+Miranda yg dirumitkan lagi dgn plot Icha sendiri yg berpenyakit autisme!.. betul! saya kesian dgn nasib Miranda yg terperangkap & terpaksa kahwin krn bunting sblm nikah & kini dia hanya mahu 'keluar' dr kehidupan status isteri Gilang shj.. rasanya Miranda belum pasti bahagia di hujung cerita ini.. dia mungkin hanya mahu jadi ibu tunggal tanpa Gilang! itu shj!.. Gilang pula adalah watak tipikal suami yg amarah krn egonya sbg seorg suami telah dicabar lalu dia meletups! meroyan! merosakkan harta-benda di bilik tidur sendiri! seolah-olah lelaki di zaman batu walaupun kononnya lifestyle metroseksual man?.. duh!.. plot Icha yg autisme juga walaupun nampak penting tetapi ia jadi redundant kerana utk sebuah filem multi-plot/ensemble-cast yg dipecahkan kpd 5 cerita ia perlukan jalur cerita yg limited shj!.. plot Icha hanya sempat dicampakkan sbg satu beban 'bersama' Gilang+Miranda tetapi wujudnya watak Icha itu sendiri tidak berfungsi langsung utk 'menyambungkan' hubungan Gilang+Miranda ditambahkan lagi dgn kecacatan komunikasi Icha sendiri.. Icha hanyalah anak yg direbutkan seolah piala kemenangan utk siapa yg dapat?

Rama+Iin vs. Taufiq+Arianna - terus-terang bahawa saya lebih sukakan CINTA kerana faktor kejar-mengejar cinta Taufiq+Arianna lebih seronok utk diikuti berbanding Rama+Iin..
>> Taufiq jatuh cinta kpd Arianna sejak saat pertama kali dia terpandang wajah Arianna cuma penonton tidak pasti samada Arianna akan membalas cinta Taufiq kerana dia sedang mengejar Khalif.. kisah main tarik-tali, sorong papan-tarik papan & jongkang-jongkit di antara Taufiq+Arianna inilah yg menariknya sehingga ke akhir cerita mereka.
>> Rama & Iin pula mengejar cinta masing2 di awal cerita; Rama masih berangan ttg kakak iparnya/ex-awek, Iin pula mengejar kekasih gelapnya.. cerita pertemuan mereka sekadar random moment yg berhaluan sendirian.. kononnya di hujung cerita barulah tiba2 mereka jatuh cinta erk?.. ya! mungkinlah kehadiran Iin sbg pemangkin utk menyedarkan kebodohan Rama tetapi ia tidak bermakna Iin is the best replacement & tup2 terus jadi cinta sejati bagai?.. duh!.. ringkasnya, I don't care!

Nugroho+Lestari vs. Cikgu Elyas+Rubiah - saya tiada masalah dgn adaptasi pasangan ini dimana mereka hanya berubah lokasi, rupa & nama TETAPI saya lebih suka & dpt kesan bahawa keikhlasan watak Amin (cucu Cikgu Elyas) lebih nyata berbanding Arif (cucu Nugroho)..
>> Amin benar2 mahu beriya-iya menjaga datuknya tetapi penyakit alzhaimer Cikgu Elyas makin kritikal dan mesti dijaga rapi 24jam di rumah penjagaan pakar sedangkan Amin tahu dia tidak mampu kerana kerjanya sbg pemandu teksi.. kata kunci ialah Amin 'mahu menjaga tetapi tidak mampu'..
>> betul sama! plot utk Nugroho di akhir cerita juga disahkan alzhaimernya semakin kritikal menyebabkan Arif terpaksa menyerahkan datuknya ke rumah penjagaan pakar kerana dia hendak berkahwin seolah dia tidak mahu mengambil risiko utk menyara datuknya dgn kehadiran seorg isteri. Arif ada desakan individualistiknya sendiri.. dlm ertikata lain 'Arif tidaklah beriya-iya hendak menjaga'..

Tere+Awin vs. Azlan+Azura - hanya plot kedua pasangan ini shj yg competitive & complementing di antara kedua plot CINTA & LOVE.. jantinanya bertukaran fungsi, jln ceritanya sama tapi tidak serupa & menarik utk diikuti sbg sebuah filem pendek 1/5 dr filem masing2.. cuma spt yg saya katakan di perenggan atas no.1 tadi, plot Tere+Awin bergerak 'sendirian' tanpa berkaitan dgn cerita2 lain dlm LOVE tetapi plot Azlan+Azura perlu berhubungan dgn 4/5 cerita lain dlm CINTA..

Ringkasnya, filem CINTA seumpama 'sebuah istana yg cantik'.. manakala filem LOVE pula umpamanya sebuah 'rumah setinggan yg sesuka hati dipacak di tepi sungai menunggu banjir-kilat utk dihanyutkan'.. lalala!

The End.


http://www.themovielove.com/

Jumaat, 2 Mei 2008