Jumaat, 30 Mei 2008

ESTET ialah filem Kollywood?

Salaam..
Mulanya saya sangkakan bahawa ada ramai blogger lain yang akan dijemput sama oleh Mamat Khalid untuk ke pra-pelancaran filem Estet hari Khamis lepas. Saya terkejut juga bila Mamat bisik kata hanya saya seorang sahaja dimana yang lainnya ialah para wartawan rasmi. Bukan tujuan saya untuk bermegah tapi itulah hakikat bahawa rupanya Mamat menghargai tulisan-tulisan saya terdahulu di blog ini bermula dengan filem Zombie Kampung Pisang dan Kala Malam Bulan Mengambang. Sebenarnya saya yang mesti berterima kasih kepada dia kerana sudi 'berkawan' dengan seorang blogger yang kadangkala entah apa-apa juga tulisannya! Ops!..
Kalau ada yang baru tahu, saya pernah membuat temubual khas dan eksklusif untuk terbitan youtube dengan Mamat semasa mempromosikan filem Kala Malam Bulan Mengambang akhir Disember 2007 dulu. Jadi, jika kamu mahu faham lebih lanjut apakah sebenarnya maksud 'film noir' dan erti sebenar yang hendak diceritakan oleh filem itu, silalah tonton dan dengar kesemua terbitan youtube tersebut! >> YOUTUBE
Bercerita tentang pra-pelancaran filem Estet, saya benar-benar teruja dengan gimik yang dibuat oleh syarikat Naga VXS Sdn. Bhd. Mulanya saya pelik juga kenapa ia dilangsungkan di Padang Merbuk dimana sekumpulan remaja sedang berlatih main rugby pula tu! Tapi bila ternampak khemah-khemah putih siap di-dekorasikan dengan pokok pisang di setiap tiangnya serta dengan juraian daun-daun, saya tersenyum sendirian. Ditambah lagi dengan mainan irama gendang dan tiupan serunai muzik live seperti dalam filem Tamil! Mamat, Farid Kamil dan Sofi Jikan berbaju Melayu lengkap manakala para pelakon India yang lain dengan sari dan pakaian tradisional mereka! Benar-benar suasananya seperti majlis kenduri gabungan kaum Melayu dan India. Dalam perjalanan menuju ke situ hujan agak lebat di sekitar KL. Maka saya agak terpijak-pijak becak dan lecah juga di padang itu, namun rasa kekampungan itulah juga merealisasikan lagi majlis seperti dalam estet. Itulah uniknya acara itu. Walaupun mungkin di luar sana, ada sedikit cuit-mencuit politik sesama bangsa tapi dalam bidang perfileman tanahair kita semuanya adalah muhibbah sahaja! Yang penting ialah nawaitu Mamat dan produksi Estet untuk menghasilkan sebuah filem Malaysia! Selamat menyebut 'action' untuk sahabat saya, Mamat Khalid pada 1 Jun 2008 nanti di Kuala Kangsar untuk hari pertama Estet di lokasi!
p/s: Mamat Khalid cakap ESTET ialah filem Kollywood.. ambik kau!!!.. pergi study apa itu Kollywood? >> http://en.wikipedia.org/wiki/Kollywood
mari dengar apa kata hati Mamat Khalid?


p/s: more info? klik sana >> http://filemestet.blogspot.com/

2 ulasan:

one love berkata...

The P.C. was fun!

...sebab diwarnai dengan hujan dan lecak dan irama muzik yang menceriakan...

Ajami Hashim berkata...

buffet pon capati & roti jala! huhu! mamat mmg kreatif! ;-)