Jumaat, 13 Jun 2008

tempurungpecah.blogspot.com ~ blog Mamat Khalid

Salaam..
Masa softlaunch Estet haritu, saya sempat bisik pada abg Mamat supaya buat blog sendiri sebab ia cara paling 'rapat' & 'mudah' utk berkomunikasi dgn peminatnya (atau peng-anti-nya) di alam siber.. dia kata memang ada cadangan tapi tak sempat lagi nak buat, cuma dia dah ada facebook.. so, akhirnyaaa.. Mamat Khalid menjadi blogger!!!.. mari-mari! kita baca & komen reramai!!!

http://tempurungpecah.blogspot.com/

SELAMAT DATANG KE BLOGOSPHERE MAMAT KHALID! ;-)

p/s: saya sgt teruja membaca salah satu posting abg Mamat especially para2 ini:

Genre filem itu sendiri telah dipelbagaikan juga untuk memudahkan pengkritik filem itu membuat tafsiran mereka seperti filem seram, filem komedi, filem sedih dan filem merepek. (aku diberitahu, filem aku termasuk di dalam kategori yang akhir walau aku bermati-matian mengatakan genre filem aku lebih kepada genre filem perang.)

Filem jika dirujuk secara ilmiah, merupakan cermin yang dapat mengimbas warna warna kehidupan yang bermain di sekeliling alam di waktu penggambaran itu dibuat. Segala hasrat yang terpahat di hati penggiat filem tersebut akan terungkap di dalam karya mereka secara terus-menerus. Walaupun diadun secara tersirat. Ianya dapat menerjah masuk jauh ke dalam pemikiran orangramai berbanding dengan medium hiburan yang lain.

Segala suka duka imejan yang terpapar jelas dapat menembus terus ke penghayatan para penonton sehingga mampu mempengaruhi ruang escapism kepada manusia sejagat! bayangkan kekalutan golongan sesetengah masyarakat jika watak Rajnikan dimatikan di akhir sesebuah filem! mau terbakor panggung!

ref: Mengapa nak jadi Pengarah Filim bang.....?

p/s: utk sementara waktu, blog itu diuruskan oleh seorg 'ghostwriter' yg saya pun belum kenal [nanti kenal ler tu!].. dan saya teruja gak baca posting pertama tulisannya spt yg saya quote berikut:

Kata seorang kawan, "Masyarakat yang selesa dengan persekitarannya dan tidak mahu berubah digelar seperti katak di bawah tempurung. Walaupun tidak maju, tetapi sifat malas dan takut bersaing di luar menguasai sang katak. Istilah seperti katak di bawah gelas kaca mungkin lebih sesuai. Sang katak tahu perubahan yang berlaku di luar kerana dia dapat melihatnya dan diikuti dengan penuh minat. Sayangnya, apabila tiba masa untuk turut serta, sang katak merasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri."

ref: Kenapa "Tempurung Pecah"?

5 ulasan:

Nad Eusoff berkata...

unik tajuk TempurungPecah...
maybe it resembles dat katak itu mahu keluar lo...
hehe

nurul berkata...

katak tu dah tak sabor2 nak keluar tu!

pecah tempurung, jadi katak yg bebas pemikiran dan hidupnya!

lebih kuranglah tu~ hik hik hik

Umi Mia berkata...

tempurung pecah, katak dibawah tempurung, katak dibawah gelas kaca....semua yang baca blog MK lepas ni..kira konco2 katak lah yer..hukhuk...

Ajami Hashim berkata...

nad ~ tulah pasal tatau tempurung kelapa laut or kelapa parut yg akan pecah.. huhu!

nurul ~ dolu2 kat kg slalu gak tolong abah cari katak buat umpan mancing ikan haruan.. boleh???

umimia ~ kannn.. suma terlompat-lompat gumbira satu malaya!.. kekekek..

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

TempungPecah memang unit giler nama blog tu.