Selasa, 16 September 2008

lagi-lagi Mamat Khalid?

UPDATED: 21.09.08/8:40am >> YOUTUBE meletup!


http://www.rumahykp.org.my/

KALAU dah rimas dgn Mamat Khalid atau aku.. sila baca pulak laporan Gebang Seni: Mamat Khalid di sini >> rumahykp
p/s: forum yg itu TAK kontroversi & penganjur TAK meroyan kalau ditegur!.. lalala!



Another Brick in the Wall ~ Pink Floyd

We don't need no education
We don't need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teacher, leave those kids alone
Hey, teacher, leave those kids alone!
All in all it's just another brick in the wall
All in all you're just another brick in the wall

We don't need no education
We don't need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers, leave those kids alone
Hey, teacher, leave those kids alone!
All in all you're just another brick in the wall
All in all you're just another brick in the wall


Salaam..

Kalau dah keluar setakat satu artikel kat surat khabar tak bermakna aku sudah ke depan sgt utk menjadi pengkritik filem tegar mainstream? Tidakkk! Aku lebih suka dlm ruang blog krn setiap buah fikiran aku adalah bebas dr sebarang suntingan org lain. Akulah penulis, akulah penyunting, akulah penerbit! Tapi adakah aku hipokrit langsung tidak kepingin utk terus mendpt ruang seterusnya di media cetak? Mungkin! Jujurnya aku mahu, tapi adakah yg sudi dan izinkan utk aku menjajah satu kolum ulasan sinema yg sememangnya sudah ada empunya? Lagipun kabel aku tiada. Apatah lagi dgn nama Ajami Hashim yg tidak segah A.Wahab Hamzah atau Ku Seman? Itu belum pula kalau ada yg bertanya apa lulusan kewartawanan yg aku punya? Ikhlasnya, aku berterimakasih kpd Amir Muhammad kerana berikan aku peluang itu walaupun mungkin hanya sekali & terakhir. Cukuplah dgn sms yg melambak dr kawan2 ucapkan tahniah & berkata 'bagus ulasan kau!' Tapi jauh di sudut hati aku, ruang itu terlalu besar tanggungjawabnya krn seandainya aku tersalah tafsir filem org maka aku akan jadi 'penghukum' yg tidak bertauliah! Semlm masa bersembang dgn Raja Mukhriz di gerai nasi ayam, itu yg aku beritahu dia. Mengulas atau mengkritik sesebuah filem bukan sekadar suka2 utk menunjukkan kita kononnya 'pandai' membaca karya seseorg pengarah shj krn setiap bait ayat takrifan kita mungkin akan dibaca & diberi respon oleh satu produksi yg terlibat! Aku ulang: satu produksi! Maknanya dari sekecil-kecil tugas makcik katering sampailah kpd empunya sesebuah empayar penerbitan sekaligus!

Perihal ini berlaku di depan mata & kudengar sendiri semlm di forum Mamat Khalid. Benar! Aku tidak memperlekehkan nawaitu majlis itu yg suci-murni utk memerah apa yg ada pada Mamat Khalid. Tapi krn keterlebihan ahli panel hingga ia menjadi medan perebutan limelight siapa yg lebih berilmu utk mentafsir karya2 beliau? Bayangkan bila aku sendiri jadi sikit keliru dgn bauran pndpt yg berkecamuk bila digaulkan semuanya? Apa pula yg singgah di kepala otak setiap pelajar UiTM yg jadi khalayak? Antara mereka ini mesti ada yg akn jadi generasi akn dtg sbg pembikin filem. Keliru jugakah mereka? Mamat Khalid tidak dpt ruang yg sewajarnya utk dia bercerita sebaliknya khalayak dihidangkan dgn santapan metodologi setiap panel lain dimana ada yg kena & ada yg tersasar! Ini pndpt aku: selayaknya ruang semlm diberikan 100% kpd Mamat Khalid! Campakkan soalan misalnya 'kenapa filem anda ada unsur magic realism or surrealism?' Atau siapa Federico Fellini, Luis Bunuel, Fritz Lang atau Mat Sentol yg jd inspirasi beliau? Tanyakan juga apa yg best sgt filem2 Roma, Brazil, Stray Dogs & Life of Brian dr tontonan kegemaran beliau? Mungkin juga boleh disoal kenapa buku2 Kurt Vonnegut, Hunter S. Thompson dan A. Samad Said yg dibacanya? Malah soalan paling bangang yg aku akn tanya ialah 'kenapa tuan mahu jadi director?' Mesti berjela-jela Mamat Khalid akan menglipurlarakan al-kisah dirinya. Kesimpulannya, mungkin panel semlm sudah buat rujukan asas tapi tidak terlalu mendlm sehingga terlupa arah-tuju forum itu sebenarnya utk 'menjejak pemikiran Mamat Khalid'.. bukannya pemikiran para panel! Ouch!

Titanic! Forum tersebut seperti sebuah kapal yg dipandui oleh lebih seorg nakhoda dimana brader Mamat Khalid hanya menjadi sailor yg memegang stereng.. rasanya ia agak kekeliruan destinasi kerana masing2 mahu menghalakan kapal ke arah utara, selatan, timur & barat.. lalu ter-blur-lah Mamat tak tahu hendak ke mana sebenarnya?.. kasihan sungguh akhirnya ia karam!.. so, sbg pemujuk ke-kuciwaan brader Mamat, terimalah lagu dari artis kegemaran mu.. Pink Floyd dgn lagu mereka Another Brick in the Wall.. enjoy sambil pakai pelampung keselamatan tau!

FADE IN:

EXT. FORUM GERAI NASI AYAM - NIGHT

AJAMI: Kenapa tuan mahu bikin filim?

MK: Sebab ayat terakhir dari arwah ayah abang masa umor 10 tahun ialah "udah-udah ler nengok wayang"

AJAMI: Kita tutup forum kita malam ini! Sekian terima kasih!



Ya! ASTRO akan ulang-tayang filem2 MK mcm filem2 P.Ramlee gak! ahaks!

Man Laksa
~ ASTRO RIA: Ahad/14-Sept/12mlm
~ ASTRO KIRANA: Jumaat/19-Sept/6ptg

KMBM
~ ASTRO KIRANA: Raya Pertama/Rabu/1-Okt/9mlm



sapa pernah tgk filem Being John Malkovich?.. okeh! kali ni korang dijemput utk masuk dlm kepala Mamat Khalid pulak!.. sapa mau?

lagik info >> tempurungpecah
tukang buat poster >> dialog-puncakperdana


saya akan bagi dvd ni FREE kpd org2 yg dtg tapi siapa cepat dia dpt!

7 ulasan:

one love berkata...

if u go, kirim salam kat abg mamat yer...

:)

amy ikram ismail berkata...

cayalah ajami.. 15 sept nie berbuka puasa ngn mamat khalid kat FINAS..
http://amyikram.blogspot.com

nie blog aku korang rajin2 la bukak ye

Ajami Hashim berkata...

one love ~ u tamau pi kaa?

amy ~ ko blanja air sirap bandung kan? ahaks!

zubin berkata...

Ajami, rasanya antara kita ada banyak perpezaan pendapat, even about the forum itself. Forum tu Membaca Pemikiran Mamat Khalid, bukan menemuramah mamat Khalid. Kita boleh menemuramah beliau sepenuhnya sahaja, seperti yang ada telah buat, tapi itu acara lain. Ini adalah acara akademik sebenarnya, mungkin salahnya kerana membawa keluar acara ini dari kampus atau forum akademik.

Tanpa Nama berkata...

apa beza "edisi puasa" dengan edisi tak puasa? cuba jawap?

Ajami Hashim berkata...

Dr.Zul,

mungkin.. saya sangka tidur tak lena sebab berbantalkan KAMUS DEWAN tapi rupanya kerana tilam saya ialah majalah URTV?

apa2pun forum sebegitu yg 'betul' caranya sgt diperlukan di masa akn dtg.. anggaplah pendpt saya sbg nyamuk yg tersilap gigit pd kulit yg sudah disapukan 'mosquito repellent'

peace bro!

Ajami Hashim berkata...

anon ~ hahaha! aku dah tukau header-pics pong!.. tu poster filem2 screenplay by Ajami Hashim coming soon kataaaanya! ;-)