Sebuah filem yang habis ditonton lalu meninggalkan bekas bersoalan samada ia benar atau sekadar fantastik cara naratifnya dipaparkan, mungkin perlu diambil tahu? Itulah barangkali filem Haru Biru yang klise tapi di-avant-garde-kan? Ya! Ia amat raw! Pandai sungguh filem ini bermain dengan isu keliaran tanpa batas dan nafsu serakah! Wanita-wanita (Ariana dan Suzi) dahagakan seks dan perhatian adalah sumber primer seksualiti (bukan cinta I love you, you love me yang jiwang!) manakala dadah punca sekunder menjadikan ia fantasi yang seronok sekaligus mengerikan bagi Kid (wakil budak paling liar dan kasanova). Di tengahnya ialah watak mulus Dani, mungkin satu-satunya harapan terakhir kalau sempat! Ya! Dani ialah simbol cita-cita murni seorang anak muda yang masih putih (harapnya) di tengah kebanjiran disco yang sah di KL dengan melabelkan maksud entertainment baginya ialah sebuah fun-fair! Juga masih jantan asli kerana bernafsu ambil gambar curi wanita berbogel di bilik salin baju (Ariana). Dani juga kalis dadah walaupun serumah dengan Kid yang selalu buat pesta cocaine! Wow! Filem ini tidak dibuat-buat romantik plastik dari sekadar kata-kata berbunga cinta sahaja dimana ia straight to the point.. let's do it! (Kid-Ariana/Kid-Suzi). Di samping itu, sekali lagi filem sebegini menilik sebahagian kecil karier para model dan bidang seni (fotografi dan senireka) yang menimbulkan prasangka bahawa agaknya jawatan sebegitu banyak sangat maksiatnya? Tapi duitnya lumayan? Harapnya sangat seandai ada filem akan datang yang menghormati sedikit kerjaya-kerjaya itu. Namun begitu, sisi-sisi gelap sebagai perempuan simpanan (Suzi) moga-moga menakutkan gadis mongel yang berangan mahu cepat kaya! Kau ingat sekadar bermukah sahaja boleh dapat kondominium dan beg tangan impot? Jangan lupa sepak-terajang macam anjing kerana anda hanyalah barang 'simpanan' selagi stok masih ada! Filem ini juga sinis dan ironik bila bapak setan (Abang Kecik) sendiri dengan tikaman dan amaran pistol sahaja mampu menegur dan menginsafkan Kid yang serakah-kan hak orang dan ketagihan najis dadah! Bagus! Agaknya kalau pak iman yang membebel pasti tidak lut! Kesimpulannya, Haru Biru boleh dijadikan tayangan wayang hiburan wajib di Sekolah Tahanan Henry Gurney atau pusat Serenti bagi mem-brain-wash budak-budak liar yang akan graduasi! Oh ya! Inilah satu-satunya filem Melayu mainstream ada dialog ber-perkataan f**k berkali-kali yang di-mute-kan! Hahaha! Sorry bro Osman Ali (Anak Halal)!