Khamis, 13 November 2008

Budak Kelantan ~ antihero yang paranoid?

NOTA: pembetulan pada End-Credit Youtube!
BUDAK KELANTAN di pawagam
mulai 30 Oktober 08!


Ajami Hashim vs. Wan Azli [pt.1]


Ajami Hashim vs. Wan Azli [pt.2]

Budak Perak tgh sebok merakam ucapan pengarah Budak Kelantan! hahaha!
(kredit & gambar2 preview: budiey.com)


Naratifnya seakan mudah sahaja tetapi komplikasi isinya hebat! Filem ini bagi orang Kelantan mungkin humor bila dialek mereka difilemkan dengan jujur dan se-adanya (sebenarnya realisme yg menakutkan bagi yg terkena). Betul! Aku cemburu sedikit kepada mereka kerana perlu membaca sarikata bila babak berdialog yang agak asing bagiku! Namun setelah beberapa ketika menonton, bahasa itu bukan penghalang kerana aku dapat sampai apa cerita bulatnya. Mungkin kerana bahasa itu cuma sebahagian cara, maksud aku bukan wajib untuk memahami sepenuhnya apa yang watak-watak tuturkan tetapi imejan yang silih-berganti menjadi bahasa filem ini sebenar dan sepenuhnya (Charlie Chaplin adalah bisu ok!). Bukaan cerita ini tidak terlebih-lebih mahupun terkurang. Rentetan montaj pantas ala road-movie dengan sign-board jalan sudah cukup memberitahu bahawa kami (budak Kelantan) sudah berhijrah dari Kelantan ke KL! Yeah! Kami di kotaraya ala Amerika! Kami sudah bebas keluar dari tempurung konservatif! Kami akan berjumpa syurga dunia? Mungkin! Lalu bermulalah kita ditamparkan dengan realiti hitam kehidupan Jaha (Mohd Asrulfaizal) yang berselisih, berjerempak, ironis dengan putihnya kesucian hidup Buchek (Danny) dimana di antara mereka ada Che Nor (Bienda) dan budak-budak Kelantan lain serta seorang gadis Cina bernama Lee Chen Chen (aku tak tahu nama betul dia coz tak ada dlm press-kit! jugak aku tak konsentret nak baca the end credit! hahaha!). Percayalah bahawa filem ini asasnya ialah tentang kasih-sayang! (tanpa babak lovey-dovey ok!)


BERSAMBUNG.. ya! rebiu ini sekerat jln!.. nanti gua sambung bila ada masa!


links:
~ Wan Azli Wan Jusoh (pengarah)
~ Mohd Asrulfaizal (pelakon utama)
~ sinemamalaysia

rebiu2 blogger lain:
~ coldheartediceprincess
~ megateusofe
~ arjunasukma
~ wabakbilikgelap
~ iamstardust
~ nam ron
~ raihani
~ iamfazrin

p/s: nah! gambar2 dari press-kit prebiu 21/10 yg lalu.. tQ soo much Adilla (Primeworks Studios Sdn. Bhd. ~ formerly known as GBSB)


trailer (dlm dialek Kelantan ok!)

15 ulasan:

fadz berkata...

soalan: ada sari kata tak?

aku tonton balik Isnin dari sabah nanti..

Ikhares berkata...

ahaks...gambar saye pon ade gak...
glamer abesss...
hehe...tapi mane gambar arjuna saye???
kekekeke.....

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bro... real budak kelantan datang kl ke, new york ke, london ke, paris... tak de apa.. sebab mereka pagi petang masuk thailand... ikut sungai golok. dan ke taba ikut pengkalan kubur... dan ke bukita ikut jeli... munduk dll. ramai yang dah ke bangkok, patani, songkla, hadyai.... setakat kl... tak da apa. tanyalah mereka tu... masuklah:
http://sungaigolokthailad.blogspot.com

salam dari saya
http://ramlyotai.blogspot.com

http://aberamly.wordpress.com
terima kasih kerana promosi orang kampong saya... thanks.

Tanpa Nama berkata...

mengapa muka pengarah dia tak sama langsung dengan muka danny x factor?

Umi Mia berkata...

menengok dari trailer tu macam ermmm..best gak ek....teringin lah nak tengok....(kalau daya usaha tinggi nak terjah panggung)

Wan Azli berkata...

tq 4 da rebiu sparuh tu ajami :) tq byk2 tolong promote my 1st baby...

tanpa nama berkata... mengapa muka pengarah dia tak sama langsung dengan muka danny x factor?

>> haaa? apesal lak muka aku kena sama ngan muka danny?

Tanpa Nama berkata...

aku baru nak tanya kenapa muka pengarah tak sama dgn muka danny? bukan ker danny x-faxtor nama betul dia wan azli ker? filem ni danny arahkan kan kan kan?

Tanpa Nama berkata...

kan kan kan

Ajami Hashim berkata...

fadz ~ ya! ada

ikha ~ kau hengat korang hartis? hahaha!

otai ~ ok! ok! tq 4 info bro ;-)

umi ~ wajib tonton ok!

tanpa2 nama sekelian ~ korang tak baik tau! actually, kdg2 aku pon konpius wan azli dgn bienda!.. larriikkk!

wan azli ~ don wori bro! ur 1st baby akn jadi giant lepas nih! good luck!!!.. and tQ sooo much for making BUDAK KELANTAN.. gua salut lu bro!

pokcu berkata...

crito duk di kampong tadop ko,, huhu

Anasir berkata...

terima kasih sebab link kan blog saya di laman blog anda..

semalam ternampak saudara di maskara shorties..

Ajami Hashim berkata...

pokcu ~ takdoo lah!

anasir ~ apsal tak tegur? gua talak sombong punyaa!

wénkt berkata...

keji tak tak invite orang kelantan

*nanges*

ainfazrin berkata...

again, thanks bro dropping by my humble blog. uih, malu la dengan review kite yang tak seberapa tu..
but nice movie all in all,kan?

deennasour berkata...

aku kehilangan kata2 untuk review filem ini.

actually 3 hari dah aku cuba tulis,
tapi hasilnya..

kau baca lah kat blog aku