Rabu, 15 Oktober 2008

Talentime [preview] ~ emosi jujur Yasmin Ahmad

O Re Piya by Rahat Fateh Ali Khan ~ ost Talentime


"Feels like I've been walking barefoot on burning embers.. feels like I've been growing up among total strangers.. O beloved, take me away to your destiny.. this blind, narrow-minded world is my enemy.."

Salaam..

Semalam aku menonton Talentime atas jemputan sutradaranya. Ia sebuah karya terhebat dari beliau setakat ini. Duduk sebaris dgn dia diselangi oleh Azharr Rudin, aku lihat mata Yasmin bergenang sama bila lampu teater dibuka lepas habis tayangan. Kalau pembikinnya rasa begitu, apatah lagi khalayaknya? Maaf! Aku ketandusan idea dan hampir kekeringan airmata utk ceritakan implikasi penontonan filem itu sekarang. Ya! Aku kadang2 memang sentimental ok! Tunggulah bila tayangannya awal tahun hadapan, kamu rasakan sendiri! Yg mampu aku kiaskan cuma ini: "Talentime seperti kanser realisme syahdu yang merebak perlahan ke dalam minda dan perasaan penonton kerana ia emosi jujur Yasmin Ahmad untuk dikongsi dan dirasai bersama.. Kadangkala ungkapan cinta terucap tanpa berkata-kata!"

info lanjut >> TALENTIME

2 ulasan:

munirah berkata...

tak sbr rasanye nak menunggu karya terbaru yasmi ni. antara semua filem2 beliau, jalan cerita TALENTIME paling menarik minat saya untuk menontonnya. Dan komen/review beberapa org yg sudah menonton membuatkan saya bertambah teruja. ape yg bertambah menarik lg adalah dgn munculnya bakat2 baru dlm filem ini dan harap2nya lakonan mereka tak menghampakan :D

Joey Mie berkata...

kerana aura keikhlasan penceritaan yasmin jugala aku susah dan ketandusan idea membuat review filem ini.

uncle ajami bila agaknya nak siap review penuh ni...