Rabu, 8 Oktober 2008

tukang rumah?

I'm not one to speak elaborately about the so-called "formal structure" of films. As Pablo Picasso once said, "If you love a woman, you don't start measuring her limbs."That said, every film DOES have a structure. A viewer just has to decide if the story, on the whole, moved him or not. And that is why the cinematic canvas of "Mukhsin", the film, is filled with broad strokes and ellipses. Formal structuralists might find the gaps disturbing, and the climax too subdued, but so be it. The memories are mine, and I wasn't interested in spicing up what was essentially a distant recollection of a girl who hurt a boy. ~ yasmin ahmad

Salaam..

Ya! Itu cara Yasmin Ahmad tulis skrip & bikin filem beliau berdasarkan cerita asal pengalaman beliau semasa kecil dlm Mukhsin. Beliau spt seorg pelukis yg melukis sebuah lukisan dr gerak hatinya yg kuat. Hasilnya? Sebuah lukisan yg boleh diinterpretasikan dgn 1001 makna. Mungkin takrifan kamu berbeza dr maksud asal filem beliau itu. Mungkin ada yg suka. Ada juga yg jelek. Ia pilihan peribadi masing2. Persoalan yg timbul dlm minda saya setelah membaca posting Yasmin itu ialah:

Bagaimanakah cara menulis skrip yg terbaik?

Saya pernah posting cerapan dr beberapa buku & internet psl scriptwriting. Bagi saya, penulisan sesebuah skrip bergantung kpd siapa penulisnya? Jika kamu spt Yasmin, kamu akan menjadi seorg storyteller atau penglipurlara yg hebat! Kerana Rabun, Sepet, Gubra & Mukhsin berjaya diceritakan spt apa yg kamu saksikan.

Saya masih ingat arwah atuk sedara saya yg memang terkenal dgn penceritaannya yg pasti ditunggu oleh cucu2nya setiap kali berkumpul masa kenduri. Arwah ada beraneka cerita lisan yg berlainan utk setiap sesi! Kami duduk mengelilinginya, ternganga, tergelak, tertakut & teruja! Tiada skrip. Tiada juga special effect. Ia sekadar cerita lisan. Arwah seorg natural storyteller! Ia adalah bakat semulajadi kurniaan Tuhan pd arwah atuk sedara saya. Pd pendpt saya, Yasmin juga salah seorg dpdnya.

Itu Yasmin Ahmad & arwah atuk sedara saya. Kamu & saya [yg bercita-cita nak jadi penulis skrip] bagaimana pula? Adakah cara lain utk menulis skrip spt tukang rumah pula kalau saya tak pandai sbg pelukis?.. Tukang rumah?

Maksud saya begini.. katalah, seorg tukang rumah 'A' akan melukis dahulu blueprint [cadangan rangka] sesebuah rumah yg hendak dibinanya. Dia akan merekacipta di atas kertas dimana beranda? ruang tamu? ruang makan? dapur? bilik tidur? jamban? pintu masuk-keluar.. bla bla bla.. Kemudian, dia akan mula membina rumah itu dari tapaknya & rangka sebenarnya berdasarkan blueprint yg dirancang. Ya! Mungkin ada perubahan itu & ini semasa membinanya [rewriting]. Dan akhirnya terbinalah sebuah rumah yg sempurna.

Sekarang kita bayangkan pula sekiranya seorg tukang rumah 'B' yg TIDAK mempunyai blueprint membina sebuah rumah? Katalah dia ada semua bekalan kayu, paku, simen & peralatan membuat rumah. Dlm mindanya sudah terbayang bagaimana sebuah rumah yg bakal dibina. Dia tahu dimana pintu depan & ruang tamu akan dibina di depan. Pintu belakang & dapur akan dibina di belakang.. bla bla bla.. Akhirnya terbinalah juga sebuah rumah yg sempurna.

Apa perbezaanya antara kedua tukang rumah 'A' & 'B'?

Tukang rumah 'A' akan cuba membina rumahnya mengikut blueprint yg dirancangnya. Dia berdasarkan struktur & rangka yg dirasakan perlu shj utk menghasilkan sebuah rumah yg sempurna. Rumah yg terbina akan mengikut skala & fungsi yg betul. Kalau dia membuat sebuah lagi rumah di atas tanah yg lain, rumah itu akan serupa dr segi struktur.. again and again.. ya! ia sebuah rumah yg sempurna!

Tukang rumah 'B' pula membina rumahnya secara fikiran terbuka. Dia tidak mahu terikat dgn blueprint yg terlalu mengongkong kreativitinya utk membina sebuah rumah. Dia akan membina rumahnya berdasarkan apa yg terbaik & mudah dibuat? Misalnya, pintu depan & ruang tamu dibuat kerana mengadap pantai yg cantik. Pintu belakang & dapur pula dibina mengadap sungai & bukit yg menghijau. Kalau dia hendak membuat sebuah lagi rumah di atas tanah yg lain, dia akan lihat dahulu sekitarannya. Maka setiap rumah yg dibuat akan berlainan bentuk. Juga ya! ia sebuah rumah yg sempurna!

Hahaha! Ke mana arah-tuju posting saya ini? Apa yg nak saya sampaikan sebenarnya?

Maksud saya, kita boleh pilih samada nak jadi tukang rumah 'A' atau 'B'.. Tak ada betul atau salah dlm kedua-dua cara. Ia bergantung kpd pilihan & kesesuaian masing2. Kamu mahu jadi tukang rumah yg mana?

p/s: TAHNIAH Yasmin Ahmad >> Malaysian/Japanese co-production film project wins the top award in Pusan, Korea.

8 ulasan:

goth berkata...

hanya paku mengenal mertun nyerrrrr.....tkang umah bagaikan iman yg menberitahu mana arah kiblatnya....

salam syawal...

sinaganaga berkata...

Contoh yang susah. Cuba guna contoh Tukang Jahit Baju dengan Pereka Fesyen. Itu dapat membantu. HA HA.

Pandai-pandai aku, eh.

Danielle_Corleone berkata...

idea yang chantek! skang gua tunggu buku untuk filem Estet plak. hehe.

amer zaman berkata...

nanti saya update ya bro..

Ajami Hashim berkata...

goth ~ aku kdg2 jd tukang karut! haha!

sinaganaga ~ erm.. mmg mcm memandai.. tapi mmg membantu & susah! kekekek

danielle ~ akan datang! janji!

amer ~ peh! dgr citer FINAS kena smash ker? lalala!

Maizura Mohd Ederis berkata...

Sinaganaga,

Anak sulung saya suka sangat melukis. Sejak dari tadika sampai sekarang (12 tahun), tak sudah-sudah melukis. Jadi, baru-baru ini saya ada cakap pada dia :

"kakak besar nanti jadi pereka fesyen lah, boleh jadi kaya".

Dia terus balas balik :

"tu makcik marina sebelah rumah kita tu tak kaya pun"

Jiran saya, seorang tukang jahit...MARINA TAILOR. Kami selalu ke rumahnya menempah baju. Saya pun terangkan apa beza antara tukang jahit dan pereka fesyen.

"Makcik Marina tu tiru saja fesyen yang direka oleh orang lain dalam majalah dan jahitkan baju tu utk kita. Sebab tu lah dalam rumah dia ada banyak majalah. Baju yang dia jahit sama saja semuanya".

Tapi pereka fesyen guna otak, banyak fikir untuk reka sendiri baju yang tak pernah dipakai lagi oleh orang sebelum ni.

Kebetulan saya ada bawa anak sulung saya tu ke majlis Anugerah Skrin 2008 tahun lepas. Saya kenalkan dia pada penyanyi Elyana yang pakai designer dress malam tu.Saya kata :

"anak saya ni minat tengok You dalam drama Renjis".

Elyana jawab balik :
"dah tentu lah sebab mak dia yang tulis drama tu".

Anak saya tercengang tengok ekor bajunya merambu sampai lantai manakala dadanya penuh beropol.

"Kakak ingat tak baju yang Elyana pakai masa anugerah skrin tu? Baju tu satu saja dalam Malaysia, tak ada dua, tak ada tiga. Tapi baju makcik Marina jahit beratus-ratus orang pernah pakai."

"Ohhh.." balas kakak.

Kata saya lagi, "jadi, makcik marina tak payah sangat fikir masa jahit baju. Tapi yang buat baju Elyana tu kena fikir banyak. Kakak pilih lah besar nanti kakak nak buat kerja yang banyak fikir atau kerja yang tak banyak fikir."

Saya menggunakan perkataan "fikir" untuk menggantikan "minda kreatif" supaya anak saya faham.

Tanpa Nama berkata...

tapi pereka fesyen di sini pun ambil idea orang sebenarnya.

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇