Sabtu, 1 November 2008

Antoo Fighter ~ ya! aku suka tengok kepak Drakulat!

Salaam.. ia sememangnya selamat utk tagline: hiburan utk seisi keluarga! pd pndpt aku ia sebuah filem ber-CGI & kesan khas solekan oleh Ella Sandera yg mencuba dgn gigih sekali. tahniah utk itu! cuma aku teringat salah satu soalan yg dikirim melalui e-mail setahun yg lalu oleh seorg student UiTM >> Q&A

12. Adakah dengan penggunaan media atau efek yang terkini dan terbaru mampu menghasilkan filem yang berkualiti atau media tersebut hanya membantu menguatkan filem tersebut?
> Bergantung kepada tujuan dan bagaimana penggunaannya? Efek khas hanyalah eksesori sesebuah filem kerana tunjang utama kualiti sesebuah filem ialah ceritanya. Kecuali sesebuah filem itu majoriti pembikinanannya memerlukan efek khas misalnya filem fiksyen sains yang akan dikatakan berkualiti dari segi teknikal [mungkin cerita kurang berkualiti]. Efek khas juga membantu menguatkan penceritaan sesebuah filem dalam sekuen babak yang mustahil dibikin dengan lakonan pelakon dalam set/prop semata-mata.

baca keyword aku dlm jawapan di atas iaitu 'cerita' atau 'penceritaan'. filem ini sebenarnya ada potensi utk menyeronokkan cuma ia seakan hilang punca utk 'bercerita' yg mana satu? di mana agaknya 'lubang' itu? ok! ini pndpt aku: ACT 1 (introduksi) naratifnya sudah berjaya dgn mencampakkan konflik pokok iaitu Drakulat & kuncu-kuncunya akan menghancurkan dunia seboleh yg mungkin dgn apa cara sekalipun! malah kali ini mereka lebih kuat setelah 'berlatih' dgn gigih semasa dikurung dlm labu sayong! maka siapakah yg akan menentang mereka? well done! titik kematian Pak Din & 'penyerahan kuasa' kpd Poh Jee ialah plot-point ke ACT 2 iaitu bahagian cerita yg paling penting utk pembentukan team Antoo Fighter terkini yg sewajarnya lebih kuat dari Antoo Fighter zaman sebelum mereka. rasanya bahagian ACT 2 inilah yg agak meleret. betul! ACT 2 adalah isiperut sesebuah filem yg panjang (bukan meleret) tetapi ia mesti disumbatkan dgn pelbagai konflik & turun-naik subplot. dan betul memang ada! penculikan Delyla perlu! pencarian Guntur pun penting! cuma agaknya penggangguan Drakulat & geng kpd KL, introduksi peralatan cangih, pemilihan cara penubuhan & latihan Antoo Fighter terlebih-lebih. jujurnya penonton menunggu mereka utk berlawan dgn Drakulat & geng! (tajuk filem ini ANTOO FIGHTER ok!) khalayak mahu mereka memakai uniform itu segera & cuba try test power mereka! pasti ada cacat-celanya anggota Antoo Fighter yg baru direkrut bukan? berbanding dgn kekuatan & pengalaman Drakulat & geng yg dah berkurun immortal! sudah tentu mereka gagal pada kali pertama. ya! gagalkan mereka! kalau ada ahli Antoo Fighter nak tarik diri pun lagi bagus! kalau ada yg cedera parah dah nak mati pun.. lagi tragik! ini dipanggil middle-point dlm ACT 2 (read: hero selalunya kalah dulu kan?) up the ante kata org putih! ia ialah babak hitam paling teruk dlm super heroes film! lepas itu barulah Antoo Fighter bangun semula utk ACT 2-part.2! mereka mesti berjuang tidak boleh tidak kerana cuma mereka harapan KL bukan? Drakulat & geng mesti ada kelemahan. Antoo Fighter kena belajar dari kesilapan mereka. Antoo Fighter mesti dapat idea paling best giler bagaimana utk tewaskan Drakulat & geng! kemudian barulah masuk ACT 3 iaitu klimak pertarungan paling sengit! sesengit-sengitnya! lagipun khalayak dah pasti mereka akan menang! lepas tu habiskan cerita secepat mungkin & boleh buat Antoo Fighter ~ part.2!

ringkasnya Antoo Fighter seperti filem2 Mat Sentul yg telah dikemaskini (updated) TAPI ditayangkan terlewat dari zamannya (outdated) juga mungkin hebat di planet lain?.. ouch! btw sapa2 produksi Antoo Fighter yg baca rev ni janganlah kecik ati ok! ini pendapat 'memandai-mandai' gua ajer! don wori! filem2 ber-CGI selalunya laku di pasaran coz budak2 suka tengok (tambahan lagi cuti sekolah) & diorg peduli haper pun psl naratif kan? kan? kan?.. aku ulang suara! ya! ia memang hiburan utk seisi keluarga!.. dan ya! aku suka tengok kepak Drakulat!

*SAKSIKAN FILEM INI DI PAWAGAM MULAI 27 NOV 2008!
http://antoofighter.blogspot.com/
http://www.antoofighter.com/


p/s: korang cuba beli mana2 vcd/dvd Power Rangers (team siri yg mana satu pun coz dia ada byk zaman).. sebegitulah struktur asas cerita yg SAMA (read: ACT-1: Raksasa baru dtg kacau planet, ACT-2A: Power Rangers try lawan raksasa guna skill asas tapi kalah teruk! ACT-2B: Power Rangers bangkit semula dgn plan baru berdasarkan kelemahan Raksasa masa fight kat ACT-2A, lastly ACT-3: Raksasa mati.. pastu next episode ada Raksasa baru yg lain pulak cuma tukar kostum & power jer!) berulang kali utk setiap episod! tak percaya?.. betul! coz aku tgk Power Rangers dgn anak2 aku! hahaha!

*bloggers:
~ coldheartediceprincess
~ dennasour
~ adiluqman
~ amyikram
~ romankodian
~ tontonfilem

7 ulasan:

Nam Ron berkata...

Agak-agak anak aku yang umur dia 2 tahun tu boleh layan tak? Dia boleh layan cerita ultramen sampai habis tu. :)

Tanpa Nama berkata...

hi blogger ajamihashim..kau la punca industri filem malaysia jatuh..terima kasih

Ajami Hashim berkata...

nam ron ~ ofkosss! eh! skrg ank2 aku layannn BEN-10 pulak tau!

tanpa nama ~ sama-sama!

Ajami Hashim berkata...

info 'tanpa nama' di atas:

IP Address 89.240.62.128
Country United Kingdom
Region -
City -
ISP Opal Telecom Dsl Network
Returning Visits 10
Visit Length 3 mins 33 secs
VISITOR SYSTEM SPECS
Browser Firefox 2.0.0
Operating System Windows XP
Resolution 1280x1024

..kau duk oversea ek bro?

deennasour berkata...

Ajami Hashim~ kau lah penyebab industri filem kita meletop!!!

dan aku tukang tuang minyak..mwahaha

aku pun sudah buat review.
tak sangka review aku simple saja~
mwahahahaa

Tanpa Nama berkata...

sarcasm.. pada aku kurang adil pada yang belum menonton. Apatah lagi yang search "antoofighter" dan jumpa blog ko ni.. elok ulasan camni datang lepas Tayangan Umum.. Industri baru nak naik.. blogger tegar mula bersuara seperti dia mampu cipta semua benda dengan sempurna.

Tanpa Nama berkata...

boleh jer komen pada pndgn haku..aku bkn tanpa nama di atas.. mner satu nk pilih jalan citer....atau cgi...erm.. membantu atau dibantu cgi tue..kenapa cth: drama omputih heroes@smallville tue bkn dr awal smpai abis cgi digunakan..sbb jln citer ker atau cgi dier..ermm...pkir2.. citer p ramlee tkdek cgi pon rser sronok tgk byk2..cite sedih pon aku sdih..jln citer atau cgi..pkir3