Ahad, 23 November 2008

Burung Pipit dengan Raja

Kononnya ada seorang raja yang amat suka berburu. Baginda berburu menggunakan sumpit. Tiap-tiap hari raja pergi berburu dengan pengiring baginda. Lama-kelamaan habislah burung di negeri itu mati disumpit. Baginda pun pergilah berburu di sempadan negeri.

Akhirnya baginda dan rombongannya tiba di pangkal sepohon pokok yang besar. Mereka berehat di situ. Tiba-tiba baginda nampak seekor burung pipit. Ia bertenggek di ranting yang paling rendah.

"Sumpitlah burung pipit itu!" titah baginda kepada pengiringnya.

Pengiring baginda menyumpit burung pipit itu. Ia jatuh ke atas riba baginda.

"Sembelihlah burung ini!" titah baginda lagi.

Ketika pisau di letakkan pada lehernya, burung pipit tiba-tiba bersuara.

"Ampun tuanku. Janganlah bunuh patik. Jika tidak, tuanku akan menyesal nanti. Lagipun badan patik kecil. Tak puas tuanku makan." kata burung pipit.

Baginda hairan mendengar burung pipit berkata-kata.

"Ampunkan patik, tuanku. Sebenarnya moyang patik ada meninggalkan pesanan kepada patik. Katanya, ia ada meninggalkan sebutir intan. Intan itu sebesar ibu jari kaki tuanku. Intan itu ada di pucuk pokok ini. Patik menunggu di sini kerana hendak bertemu tuanku." kata burung pipit lagi.

"Benarkah kata-kata kamu ini, pipit?" tanya baginda.

"Benar, tuanku. Sebelum moyang patik meninggal dunia, ia ada memberi nasihat." jawab burung pipit.

"Apa nasihatnya?" tanya baginda lagi.

"Nasihat moyang patik.. Pertama, jangan dengar kata-kata manis. Kedua, jangan harap kepada apa yang telah hilang. Ketiga, jangan fikirkan apa yang telah dilepaskan." kata burung pipit.

Baginda mendengar dengan teliti akan nasihat moyang burung pipit.

"Tuanku, izinkanlah patik mengambil intan itu. Akan patik berikannya kepada tuanku." kata burung pipit.

Burung pipit dilepaskan. Ia pun terbang. Pokok itu sangat tinggi. Peluru sumpit baginda tidak akan sampai ke pucuknya. Di situlah burung pipit mendiamkan diri.

Puas baginda menunggu. Burung pipit pun tidak kelihatan. Hari telah lewat petang. Baginda murka, lalu berteriak.

"Hai burung pipit! Manakah intan itu? Beta sudah lama menunggu! Sekarang beta nak pulang!" titah baginda dengan berangnya.

Apabila mendengar titah baginda, burung pipit pun tertawa geli hati.

"Ampun tuanku. Jika tuanku mahu berangkat pulang, silakanlah. Bukankah sudah patik katakan tadi.. jangan dengar kata-kata manis, jangan harap kepada apa yang telah hilang dan jangan fikirkan apa yang telah terlepas!" kata burung pipit.

"Burung pipit! Kamu telah menipu beta!" titah baginda bertambah murka.

"Ampunkan patik, tuanku. Cubalah tuanku fikir. Bagaimanalah patik hendak membawa turun intan yang sebesar ibu jari kaki tuanku? Sedangkan badan patik ini kecil sahaja!" kata burung pipit.

Raja berangkat pulang dengan rasa malu yang amat sangat.

*sila analisa kisah dongeng di atas kat sini dan sana dan situ dan sinun

dicerap dari: Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (ms. 192 & 193)

10 ulasan:

Muhammad berkata...

uncle
nie if buat skript drama purbawara...
me nak mohon jadi burung pepit
ehhh silap taip plak
pipit...pipit la megat...

jika aku sudah isyak..mau mamai saja
di tv pula lagu p.ramleee

aduih...

miezi berkata...

ohh..burung pipit tu wise dalam berkata-kata.

razor berkata...

moral?

burung apa? burung apa? burung apa?

haih...

burung murai la murai!

hegira berkata...

menarek.

Miss Bratty berkata...

Ajami, I've got what you mean :)

fadz berkata...

err, aku masih blur..

Wawa berkata...

masing2 ada hak suarakan pendapat masing2. kita bukan duduk dlm negara komunis. namun, terpulang pada individu masing2 la samada nak terima pendapat@nasihat tu... kan kan kan pakcik kan kan? hehehehe

Ikhares berkata...

moral of the story is..

lain kali kalau jumpa burung pipit lastik terus supaya dia tak sempat nak buat dakyah-dakyah palsu.

hahaha.

deennasour berkata...

owh celakanya kerana aku sudah tertelan kata2 manis..

_cuba mengadaptasi entry diorang coldheartediceprincess....huhu

Ajami Hashim berkata...

komen pukal:

tQ suma wahai 'burung2 pipit' yg bijaksana!

jangan jadi mcm 'raja' yg mahukan org cakap mende yg manis2 ajer kan?

lalala!