Selasa, 4 November 2008

mahhass berkata..

Saudara Ajami yang aku hormati,

Aku tak sure samada nak tulis ini secara formal ataupun sekadar ‘teks mesej’ (secara literal) lalu aku pos di comments blog kau. Aku tulis pun atas dasar kau kenalan saiber aku (walaupun kita masih tak berpeluang bersua-muka lagi).

Ya, ini rebiu filem pendek SMS yang aku tonton di youtube yang kau sudi upload (sekurang-kurangnya dapatlah aku merasa walaupun duk jauh) dan filem kau ini adalah filem ke-2 selepas Cekik oleh Jhebat (binfilem) dalam banyak-banyak yg ditayang di Maskara-Shorties baru2 ni (ciss kenapa Festival ala Cinema-Paradiso ini tak wujud masa aku di KL dulu huh? Serius, aku bangga dengan kau orang semua).

Ok untuk filem kau, sejujurnya, bakat kau ada terserlah, cuma kau nampak terlalu berhati-hati yang akhirnya memakan diri (baca: filem) sendiri. (Mungkin kau dah boleh terhidu kenegatifan rebiu aku ini)

Pertamanya, terus terang aku tak faham isi kandung cerita SMS secara keseluruhannya. Dan sebetulnya, tontonan kedua (secara memaksa) juga begitu.

Keduanya, kau tampak ‘terlalu berusaha’ untuk mewujudkan kepelbagaian intepretasi penonton, eksposisi terhadap plot yang divisualkan, sebab, akhirnya kau sendiri yang terpaksa bersusah payah menjawab segala teori kekeliruan itu (dan kau tak boleh anggap semua penonton boleh diberi penjelasan oleh pembikin filem itu sendiri – kerana apabila ini berlaku, ia bukan lagi menjadi sebuah filem, tetapi menjadi sebuah bahan eksperimen).

Sesebuah filem harus ada ciri-ciri atau klue yang jelas (walaupun simbolik, simplisiti atau subtle), memberi reaksi, kesan mood dari visualnya secara langsung tanpa perlu sebarang ulangan dalam plotnya (maksudnya aku tak rasa perlunya kau menjelaskan situasi per situasi melalui plot ekstra “ulangan”) – sebab kau bukan bikin dokufilem, kau bikin sebuah fiksi menampilkan dua karakter.

Betul, ada cerita interesting, steamy, intimasi (dialog2 teksnya) serta berunsur realisme sosial kritis di dalamnya. Ya, mainan simbolis kau juga memang kreatif, tetapi aku sebagai penonton yang mewakili orang cetek ilmu filem, tidak akan melihat itu sebagai sebuah ending yang berkesan. Filem berdurasi pendek, sepatutnya lebih elok dipermudahkan, justeru berlarutan kesannya. Anti-klimaks tak apa, tapi usah terlalu ‘bundar’ kelirunya.

Kalau konsep surrealisme, kau boleh sahaja bermain dengan jukstaposisi esentrik (atau yang pelik-pelik lagi merepek – rujuk binfilem) yang boleh saja membingungkan audiens tetapi masih membuahkan persoalan2, tapi sayangnya tidak pula ada unsur itu dalam naratif filem ini.

Serius, aku rasa "SMS" kau gagal dalam konteks intepretasi (dan hampir tidak wujud, melainkan mesej teknikal yang kau sampaikan sendiri dalam blog kau).

Dari sisi ide & konsep, aku kagum, ia sangat baik dan original, bermula dengan penuh edgy lagi erotis tapi akhirnya menjadi cheesy lagi ambigus.

Maafkan aku, tapi aku harap kau optimis.

Selasa, November 04, 2008 3:27:00 AM

http://mahhass.blogspot.com/


* rebiu2 oleh yg lelain:
~ amyikram
~ binfilem >> gua suka ending yg lu suggest-kan bro!
~
miezi
~
syd
~ gunx


ref: "SMS" oleh Ajami Hashim ~ post mortem?

asal-usul "SMS"


5 ulasan:

zulazahari berkata...

Ada dalam YouTube yer? Aku tak tengok lagi filem tu, dah tengok nanti aku tulis pandangan aku lak yer, insya Allah.

Ajami Hashim berkata...

klik link tu laa bro!.. tQ singgah & komen ;-)

fadz berkata...

bro, aku terpaksa mengaku, point aku sebulat-bulat sama dengan Spiral. Oleh sebab Spiral dah buat ulasan, aku link aja... btw, keep up the good work bro, jgn berhenti berfilem eh..

miezi berkata...

semoga dgn apa yg dikatakan, akan membuatkan karya sedara lebih mantap di masa hadapan. Ecehh. Peace :)

deennasour berkata...

ajami kau patut buat PC..ekekeke
dan nanti aku tolong interveiw kau guna handycam dan upload di youtube...ekekeke

nah nah jawab jgn tak jawab...hik hik hik

aku kureng senang dgn pengakuan pengomen itu yg menyatakan dia menonton sebagai orang cetek filem..

sebab aku lagi cetek, dan menonton video itu dgn dahi yg berkerut seribu...

dan menda yg paling aku tak suka kat video tu transition dlm citer tu.....napa tak straight cut saja...atau main dissolve ke..hik hik..

tapi tahniah...SMS itu pun wujud saat2 akhir~ tanpa plan atau kertas kerja dan krew produksi...ekekeke