Rabu, 5 November 2008

new york chicken?

Salaam.. petang semalam aku pergi prebiu Cicakman 2 ~ Planet Hitam tapi bukan pasal itu yg aku nak cerita. lagipun ia tayang bulan depan.. rev aku? kemudian!.. tapi, rasa nak komen gak satu mende iaitu 'kereta kebal' prof klon nampak cgi sesangat!.. eh! taknak! taknak! aku taknak rev sekrg!.. lalala!

aku nak cerita pasal pushcart hotdog 1901 yg buat cameo dalam filem tu (read: product placement) bila keluar panggung, aku terus tegur & salam dengan founder jenama ini ~ En. Zakir (Executive Director) & isterinya Tengku Rozidar (CEO).. fyi, dalam tahun 1997 masa zaman ekonomi gawat dulu, aku pernah kerja part-time jaga pushcart hotdog 1901 kat sunway pyramid, subang parade, ampang point & sekejap kat plaza shah alam.. masa tu mereka sedang dalam proses nak francais-kan jenama 1901 dimana aku saksikan sendiri betapa susah-payah & jerit-perih sebagai syarikat Melayu nak masuk gelanggang industri makanan segera yg dimonopoli oleh francaiser luar seperti kfc, mcd & lain2. bayangkan itu di tahun 1997/98! di saat2 orang panik dengan keadaan ekonomi tapi mereka teruskan sahaja usaha! aku antara pioneer yg jaga pushcart di sunway pyramid yg 1st dibuka di luar kedai flower & candy yg juga milik mereka berdekatan panggung wayang tgv.

rujuk sini >> history

sehingga hari ini, aku masih ingat pertanyaan Tengku Rozidar seandainya aku mahu joint sebagai permanent staff 1901 "you nak jadi a small fish in a big pond.. or a big fish in a small pond?" sejujurnya aku berat hati untuk berhenti kerja tetap di syarikat 'big pond' masa tu. biasalah bila dah dalam comfort-zone, aku agak skeptikal untuk melepaskan apa yg sudah aku pegang. lalu aku menolak untuk bekerja dengan mereka yg ketika itu masih 'small pond'. betul! aku tak menyesal apa2 kerana aku sudah capai suatu level yg boleh dibanggakan untuk diri di syarikat yg sama dari dulu sampai sekarang. oh! itu cerita lain, rezeki aku memang di sini Alhamdulillah..
kamu tahu? setiap kali aku bawa anak2 bersiar di pasaraya yg ada pushcart 1901, pasti mereka mahu singgah untuk beli hotdog & ice lemon tea.. haha! sebenarnya aku yg mengajar mereka makan di situ sejak kecil! dan setiap kali itu jugalah aku akan ulang beritahu mereka bahawa "papa pernah kerja jual hotdog ni tau!"

sungguh! apa yg aku sangat banggakan ialah hari ini mereka telah buktikan bahawa 1901 telah menjadi a giant fish in a big pond! TAHNIAH! En. Zakir & Tengku Rozidar ;-)

oh ya! my fav hotdog anak-beranak ialah New York Chicken.. yummy!

2 ulasan:

Amiene Rev berkata...

Sejak berada di negeri yang tidak ada panggung wayang ini, saya rindu hendak melihat filem-filem baru.

Melihat filem baru di panggung lebih bermakna kerana dapat melihat reaksi para penonton.

Saya teringin melihat filem BUDAK KELANTAN. Ada pihak mengatakan filem itu seperti America mengata Iraq.

Saya ingin menontonnya untuk melihat kepastian itu.

Ajami Hashim berkata...

amiene rev ~ bila nak rebiu blog aku ni? hahaha!

tapi aku tau blog ni taklayak coz guna bahasa pasar & shortformkan? kan? kan?

apa2 pun tQ 4 ur komen bro ;-)