Sabtu, 29 November 2008

ulasan blogger akan gagalkan filem di pawagam?

di pawagam mulai 27.11.08

Tanpa Nama berkata... Rabu, November 19, 2008 8:58:00 PM
"sarcasm.. pada aku kurang adil pada yang belum menonton. Apatah lagi yang search "antoo fighter" dan jumpa blog ko ni.. elok ulasan camni datang lepas Tayangan Umum.. Industri baru nak naik.. blogger tegar mula bersuara seperti dia mampu cipta semua benda dengan sempurna."

Tanpa Nama berkata... Isnin, November 03, 2008 2:19:00 AM
"hi blogger ajamihashim..kau la punca industri filem malaysia jatuh..terima kasih"

*hahaha! ada orang marah kah?.. baca posting itu di sini

*soalan terbuka untuk semua pembaca blog ini:

"Adakah sebarang ulasan blogger MAMPU mempengaruhi pilihan penonton ke pawagam?"

nota 1: aku pernah kena 'tegur' dengan brader Rosyam Nor selepas sesi tayangan KMBM masa sembang-sembang dengan beberapa pembikin filem yang lain.. dia kata lebih-kurang macam ni lah "berapa juta orang rakyat Malaysia ada internet dan baca blog?" (baca: merujuk kepada cadangan aku nak promosikan habis-habisan filem KMBM di blog secara sukarela kerana aku salut dengan kerja abang Mamat Khalid).. dan kalau sesiapa yang ikuti blog ini dari dulu, aku juga pernah 'cuba' mati-matian promosikan Anak Halal bulan Disember 2007 dulu.. dan semua orang tahu betapa kedua-dua filem itu agak dingin sambutannya di pawagam?.. jadi, adakah dengan mengulas di blog sahaja dengan nada sedikit 'kecewa' untuk Antoo Fighter akan mengakibatkan orang tak nak pergi menontonnya dan mungkin akan kerugian besar kepada filem itu? (ya! aku akan key-search di internet ulasan blogger lain nanti).. kita sama-sama tunggu!.. hahaha!

nota 2: Jangan salah angap kepada 'teguran' brader Rosyam Nor tersebut kepada aku. Sebenarnya beliau TIDAK bermaksud bahawa ulasan blogger di internet TIDAK bersifat 'membantu'. Beliau cuma bertanya secara open-ended question dimana perbandingannya dengan media massa mainstream dan enjin pemasaran dari produksi yang 'sepatutnya' bekerja untuk memaksimakan promosi sesebuah filem. Internet cuma sebahagian kecil media terkini yang semakin berkembang TETAPI masih kecil capaiannya kepada semua masyarakat. Ia hanya jadi rujukan segelintir orang yang sama kapasiti teknologi dan mungkin agak kritis secara individu kerana ia medium terhad pendapat peribadi sahaja. Sudut yang diulas oleh blogger juga berbagai angle bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan yang ada setiap orangnya. Aku setuju dan akur dengan soalan beliau itu. Betul bahawa 'teguran' beliau juga membuat aku berfikir bahawa beban mengajak penonton ke pawagam agak kurang beratnya kepada blogger berbanding media massa mainstream yang amanahnya lebih besar kerana itu adalah karier dan tanggungjawab mereka untuk mengajak orang awam ke panggung atau sebaliknya! [kemaskini 21.11.08/1:35AM]

p/s: contoh ulasan seorang blogger yang kritis >> sinaganaga

51 ulasan:

Miss Bratty berkata...

Wah dasyatnya you ni Ajami, kerana blog you je, penonton2 di Malaysia boleh pulak tak ke pawagam tengok wayang ek? ekekeke

Sebenarnya review di blog merupakan pendapat individu yang telah melihat filem tu, lain orang lain pendapatnya. Ada jugak yang kadang2 review kata tak best tapi bila org tgk dia merasakan cite tu best, begitulah jugak sebaliknya.

Masing-masing punya selera sebenarnya,jangan salahkan orang kalau filem tu flop! kadang2 promosi macam nak rak skalipun filem flop juga, so salah siapa? salah blogger jugak ke? kalau flop, fikirkanlah apa dan siapa perlu dipersalahkan, jalan cerita? skrip? pengarah? producer? tukang angkat baju? runner?

sebenarnya, kalau sesuatu filem tu gagal, jangan salahkan orang tapi terima kegagalan tu as a team & buat yang terbaik dimasa akan datang. Bila filem tu berjaya, amik credit sorang2 pulak kan? macam-macam haha!

ajami, jangan jadikan komen2 orang sebagai penamat, buat apa yg you rasa you suka. Ini blog you dan ini pendapat peribadi you. siapa yang tak suka tu, go and fly a kite! phew, I rasa ni comment plg pjg pernah I tulis dimana2, ni untuk you ajami! hehe peace!

razor berkata...

encik ajami, saya angkat tangan nak jawap!

mampu atau tidak?

soalan yg sama saya tanya kawan2 smlm lepas tgk preview histeria, bolehkan kita review filem yg belum tayang pada umum? takut jugak kan sbb kita komen ni, org xnak gi tgk..tapi bila2 pk2 balik, siapa bloggers terutama saya sendiri nak perasan orang nak baca review kami? huhu..

soalan saya balik, agak2 berapa penonton yang dijangka tgk satu2 filem? dan berapa yg survey thru blog2?

kalau saya, ye saya survey. tapi biasanya, tak berkesan sangatlah! terutama komen ajami.hehe..

Ajami Hashim berkata...

miss bratty ~ kannn? kalau BETUL ulasan blog aku ni MAMPU mempengaruhi untung/rugi filem.. errr.. mungkin nx time aku start 'charge' mana-mana produksi yg nak aku bagi 'good' rev ajer! wakakakakakaka! tQ miss bratty! you make my day sis!

razor kata: "soalan saya balik, agak2 berapa penonton yang dijangka tgk satu2 filem? dan berapa yg survey thru blog2?"

..kau sama nada dgn soalan brader Rosyam Nor! maksud aku masa dia tanya soalan tu, aku terus TERKEDU!..

jawapan aku: betul! setahu aku penonton di luar akan baca suratkhabar sebab yg itu printed-media & trailer kat tv.. lepas tu diaorg akan Q kat kaunter tiket sambil baca tajuk2 filem & trailer kat tv yg ditayangkan di sekitar kaunter.. RM10 utk 1 tiket tu beb!.. at the end of the day, last2 minit bila sampai kat kaunter, diaorg akan BELI yg paling berbaloi pd pndpt diaorg masa itu.. not because rev mana2 media pun!.. then, lepas tonton tu kalau best or tak best diaorg akan mulut-ke-mulut or tru blog bagitau kwn2.. chain-reaction!.. that's all!.. NOT because ulasan baik/buruk ajamihashim

hahaha!..

Miss Bratty berkata...

Ajami, no problem...

Kalau ikut positifnya, review film di blog amat berguna kepada student2 ataupun mereka2 yang belajar & berkerja di luar negara, di blog ajelah tempat mereka membaca review filem2 tempatan, nak harapkan online newspaper, ada jugak review yang berat sebelah atau macam hidup segan mati tak mau.

Charge produksi? hahaha idea yang bernas tu! review je lain harga, belum lagi charge letak trailer, ost, gambar & yang lain2...business tu ajami! hehe

razor berkata...

alamak mcm ruangan mari berbincang la pulak kan? hehe

ah, tak kisah lah..

maksud saya dgn soalan itu adalah saya sendiri suruh mereka yg duk bising2 tu kira dan fikir!

pada saya komen/review kat blog mcmana punya hebat/huduh sekali pun, last2 berbalik pada kualiti filem tu sendiri. org yg komen (terutama ajami) bukan sembarangan orang. en ajami jugak org filem apa. bukan penulis2 yang bijak mengarang tapi ilmu filem yilek!!

so, ajami, diharapkan komen saya yg agak berkias2 kat atas tu dapat diterangkan dlm komen yg ini.

larikk...err ahli panel lain, mcmana?

hehe

fadz berkata...

dulu zaman pauline keel, zaman 50-an hingga 60-an MGM, reaksi pengkritik memang ditunggu-tunggu (pengkritik diberi tayangan khas sebelum tayangan perdana, duduk bersama produser besar, lalu memberitahu produser apa yang 'elok' dan 'tidak elok'). Lebih-lebih lagi zaman awal 50-an sewaktu TV belum lagi muncul. Penulisan pengkritik ialah 'suara' kuasa, kadang-kadang, suara 'masyarakat'. Tetapi perkara ini sudah banyak berubah sekarang, lebih-lebih lagi pada kebelakangan zaman 70-an. Ini bermula dengan beberapa filem yang dipanggil filem 'pecah panggung', matinee dan bertih jagung - Star Wars dulu ada beberapa pengkritik mengecamnya, tetapi ia meletup. Filem kecil seperti Texas Chainsaw Massacre dikutuk habis-habisan kerana ganas keterlaluan (waktu itu) tanpa cerita dan plot padat, tetapi mendapat sambutan hebat oleh sebab 'pembaharuan' seram yang ditonjolkan. Bermula dari situ, pengkritik yang lebih 'menyeluruh' seperti Roger Ebert dan J. Hobbermann muncul.

Di Malaysia, seperti kata Pak Hassan, tidak ada pengkritik tetapi pengulas. Pokok pertama ialah 'keluasan pembacaan'. Orang lebih mengenali SB Toh, Wahab Hamzah daripada Ajami (tetapi, erm ini mungkin berubah beberapa tahun lagi kerana Ajami sudah mula menulis di media cetak). Di sini, kita perlu singkap, adakah penulisan Wahab Hamzah atau SB Toh atau sesiapa jua benar-benar menarik/menolak penonton untuk menonton sesuatu filem itu. Buat pengalaman peribadi aku: ya, aku suka meneliti tulisan Wahab Hamzah, serta Hizairi Othman pada suatu masa dahulu. Filem2 yg diulas oleh mereka sentiasa ditunggu-tunggu, malah penilaian mereka membuat aku pergi/tak pergi menonton sesebuah filem. Dalam kalangan pembaca Ajami juga berlaku akan hal ini, mau/tak mau diterima oleh pembaca. Hanya berapa 'weight'nya terpengaruh (jangan kira kesemua penonton, tetapi pembaca blog yang meminati filem) yang kita belum teliti lagi. Memerlukan data yang lebih deskriptif dan cukup.

Apa2pun, perlu diingatkan, ulasan filem itu perlu, baik buat bidang apa-apa pun. Ia tidak menghentikan industri tetapi memberi peluang POV lain melihat satu perkara, malah perbincangan selepas itu (seperti yg saudara2 buat sekrg) yang perlu diteliti, memperlengkapkan jasad makhluk 'memahami' karya itu, baharulah 'filem' itu dirasa sudah 'menyeluruh'.

one love berkata...

yang takde nama tu, dia pegi ke nengok semua filem tempatan? cer suruh dia jawab :p

jhebat berkata...

bagi saya bukan review saja, faktor-2 asas promosi pun penting:
tajuk filem, poster, tagline.
3 benda ni kalau betul, org boleh terpengaruh tgk wayang (belum kira cerita best ke tak.)

*atau sebenarnya pelakon yang mempengaruhi orang ke panggung?

Realitinya bagi saya 'kaki panggung' ini ke panggung untuk 'buang masa' dengan harga rm10.
ya, masa beratur tu la diorang baru nak fikir tgk filem apa.

majoriti kaki panggung ini adalah golongan muda-mudi yang merupakan penjana utama 'industri' filem negara kita.

menyalahkan review ini terlalu kebudak-budakan. Ini sama macam salahkan penonton sebab tak pegi menonton.

miezi berkata...

definisi best ke task tu sgtlah subjektif.

yang penting tak payah nak hipokrit, yg busuk pun ko ckp wangi. Erk

anyway, bukan review mmg utk tatapan yg belum menonton kan? no harm.

apa pun ajami, jgn la berkecik ati dgn komen2 sebegitu. buat je apa yg anda pikirkan betul dan perlu (bodek ada makna ni..Eheh)

Ikhares berkata...

kepada encik tanpa nama yang takde nama (anak buluh betong ape?)

Kalau filem Antoo Fighter tu bagus...Ajami akan angkat filem tu sampai ke langit.

kalau dilihat ulasan dia pun taklah teruk sampai nak hancur dan cincangkan filem tu sampai orang tak nak tengok...

Encik Tanpa Nama yang pertahankan sangat filem Antoo Fighter ni seorang pencinta filem Melayu ke?

Atau sebab anda salah seorang dari tenaga produksi filem tersebut?

Terimalah kenyataan filem Antoo Fighter tu banyak kekurangan. Kalau pada CGI bolehlah diterima ini pada naratif pun dah macam budak-budak sekolah yang buat filem...

Ajami seorang yag tahu pasal filem...Ulasan filem dia lebih baik dari ulasan yang boleh pembaca baca dalam media cetak...

Dia tahu apa yang dia ulas. Kalau ada yang tak kena, cubalah perbaiki di masa yang akan datang.

Masalah Antoo Fighter adalah pada naratif...pada ceritanya. Lain kali hasilkan jalan cerita yang bagus dulu. Lengkap 3 act structure nya. Dah bagus yang itu. Baru fikir pasal CGI.

Ini naratif huduh. CGI pun ketinggalan zaman. Hasilnya?Nak suruh orang puji.

Lu fikir lah sendiri.

wénkt berkata...

tak per ajami,
pengarah yang menghasilkan filem bermutu
akan menghargai blog

terbukti bila Afdlin Shauki berpuluh kali sebut terima kasih kepada blogger

bukan setakat filem melayu ada review, filem international pun ada review kat imdb.com

kalau saya nak tgk filem di cinema, saya akan bukak gsc.com.my, then tgk filem yang ditayang, dan tgk review di imdb.com dulu sebelum decide filem apa yang nak tgk

samala konsep skrg. trust me, pengarah pun tahu bahawa akan ada komen / review kat blog, surat khabar dan lain2, so mereka patut berhati2 sebelum buat filem.

apa pun, bila kita nk start kenakan charge kat pengarah yg nk suruh buat review yang baik2?

ehehe

Ikhares berkata...

oh menjawab soalan dari Ajami.

Tidak hanya menggagalkan, blogger juga mampu untuk menarik penonton ke pawagam.

Contoh yang baik adalah filem Budak Kelantan.Ramai yang menonton filem tersebut setelah ianya mendapat respon yang positif dari blogger dan media cetak.

sekian terima kasih.

[r][a][y] eusouff berkata...

first of all...tidak meninggalkan nama bila memberi komen adalah satu act yg kurang berani sepenuhnya. Hahahhaha

Cakapnya. Isinya. Agak berani dia menyatakan pendapat yg terbuku dihatinya itu...hahhaha
bagus2...sbb manusia ni pandangan & pendapat berbeza2

malangnya...
nak letak nama tak berani pulak kan?

Wahai insan yang tak bernama...
Bukan semua cepat terpengaruh dengan apa yg mereka baca..malah kecurigaan akan membawa mereka ke wayang jugak.

kalo ajami x kritik pun, bila dia tgk sendiri dia akan found out jugak...

Insan yg tak bernama ...teruskan menyokong filem melayu...Baik buruk filem tu...pergi tengok jugak ya...

[r][a][y] eusouff berkata...

dah sama mcm Ikhares...
lupa nak jawab soklan

Ulasan blogger akan gagalkan filem di pawagam?

Tidakkkkkkkkkkkkk!!!penonton skrg bijak menilai sendiri u ols

sinaganaga berkata...

Ada orang pergi tonton satu-satu filem kerana review -ve pasal satu-satu filem tu - sebab nak tahu 'apa yang teruknya filem tu'. Kan ke 'curiosity killed the cat'! HA HA.

[r][a][y] eusouff berkata...

uncle me ada 2 reaksi untuk this post.

pertama : me x-mo jalan n duduk kat mamak dengan u , nanti mamak pukul ngan kayu hoki...ahhahahahahaha

huik , bagi me la....u just bagi review.bagi endapat..tapi masih terpulang pada public utk pergi menonton atau tidak...

bagi me la...filem yang bagus bukan hanya perlu mengaut keuntungan berjuta..atau menarik beribu penonton ke wayang..tapi filem yang baik ialah filem yang tetap di tonton sepanjang zaman.itu erti sebuah filem yg bagus....

malah jika filem itu x-best , orang ttp tonton kan walau sekali.

adakah pengulas pilem macam u ini akan dilihat macam berhaluan kiri ?? or melawan arus ??? itu terpulang pada yang membaca...tapi jika filem itu tidak bagus , maka perlukah di puji ??? itu menipu pihak pembaca namanya..

uncle..kebenaran itu kan pahit macam jadam..jadi u tulis lah kebenaran itu. if hari2 telan gula manis , sure kene kencing manis.jadi biarlah yang kelat,masam dan masin itu wujud...

industri filem malaysia masih belajar , jadi dari kritikan itu la kita hasilkan karya yang lagi bagus...kin kong pun pernah bermula dari tanah liat , jadi kita pun kene bermula dari bawah..

p/s: uncle , ranting naik tak ??

Muhammad berkata...

hua hua hua
me lupa nak sign out ray
kan dah keluar my comment but muka ray...
tu la...baru bangun mamai !!

hua hua hua

ya ampunnnn tunnnnnnn

Umi Mia berkata...

pendapat I..ada betulnya dan mungkin juga tidak..

ada betulnya jika dianggap ramai remaja dan 'bukan remaja' sekarang sudah kurang minat membaca printed media dan lebih tertumpu pada internet utk review filem dan sebagainya....(ini memaksa pembuat filem kena berusaha dengan lebih baik...)

mungkin tidak, jika pembaca itu melihat setiap kritikan itu hanya sebagai pandangan masing-masing..macam sinaganaga kata....sifat ingin tau tu boleh membunuh kucing...kikikiki (abislah kucing2 kat dunia nih)

SESEORANG berkata...

semua komen panjang2..terus malas aku nak komen.

*aku tulis yg baik2 saja..

Ajami Hashim berkata...

Salaam all,

wahhh! dah boleh buat BUKU nih!

tQ to suma komen2 bernas kawan2 ku di atas!

sila BAKAR lagik! lagikkk! wakakakaka!

Ajami Hashim berkata...

NOTA:

Jangan salah angap kepada 'teguran' brader Rosyam Nor tersebut kepada aku. Sebenarnya beliau TIDAK bermaksud bahawa ulasan blogger di internet TIDAK bersifat 'membantu'. Beliau cuma bertanya secara open-ended question dimana perbandingannya dengan media massa mainstream dan enjin pemasaran dari produksi yang 'sepatutnya' bekerja untuk memaksimakan promosi sesebuah filem. Internet cuma sebahagian kecil media terkini yang semakin berkembang TETAPI masih kecil capaiannya kepada semua masyarakat. Ia hanya jadi rujukan segelintir orang yang sama kapasiti teknologi dan mungkin agak kritis secara individu kerana ia medium terhad pendapat peribadi sahaja. Sudut yang diulas oleh blogger juga berbagai angle bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan yang ada setiap orangnya. Aku setuju dan akur dengan soalan beliau itu. Betul bahawa 'teguran' beliau juga membuat aku berfikir bahawa beban mengajak penonton ke pawagam agak kurang beratnya kepada blogger berbanding media massa mainstream yang amanahnya lebih besar kerana itu adalah karier dan tanggungjawab mereka untuk mengajak orang awam ke panggung atau sebaliknya!

mahhass berkata...

Apa yang fadz cakap tu betul. Filem tidak terasa 'lengkap', seakan hilang 'equilibrium', secara menyeluruh tanpa ulasan/kritikan (yang seterusnya membawa kepada perbincangan sihat) contoh apabila ajami mengatakan ini, tetapi pembacanya mengatakan itu - dan itu kita kata 'berbincang'. Ini sgt berbeza dengan ulasan 'sehala' media/akhbar (apabila pembaca tidak boleh memberi feedback mereka secara langsung), blog pula boleh dijadikan medium interaksi penulis & pembaca.

Perkara ini (pengaruh blog) bukan satu yg baru, kerana pernah berlaku sewaktu zaman AF, apabila Sultan Muzaffar bertindak melontarkan pandangannya di blog, sehinggakan pengaruhnya sangat kuat, lebih kuat dari media (oh sehingga beliau dijemput sebagai tetamu bukan?).

Jadi, point tentang pengaruh blog, sebenarnya sangat 'kuat' dalam konteks pembacanya (di sini, pembaca blog ajami). Bagi yang tak kenal, peratusan itu rendah. Pendeknya, lagi luas pengaruh ajami, makin besarlah potensi samada filem itu meletup atau tidak. (Oh Ku Seman pernah mengkritik (agak negatif) filem Dark Knight, ada sesiapa terpengaruh sampai tak nak tonton?)

Untuk aku pulak yg juga sebagai penulis blog tentang filem, aku tidak rasa pernah 'mencipta' pengaruh wayang (dah tentu kerana kebanyakan filem yang aku ulas jarang masuk panggung) tetapi pengaruh ke atas keuntungan taukeh DVD, aku percaya ada kemungkinannya. Haha. Tapi itu dululah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

ya, seperti aku bajet.. baru keluar kenyataan sikit je tu.. dah mula membebel. Tanpa nama pertama dan kedua adalah orang berbeza!!.. apsal aku nak reveal siapa aku plak? aku bukan blogger tegar dan femes seperti korang pun.. panggil je aku tanpanama.. aku suka nama ni..

Aku hanya menyuarakan permintaan. Ulasan kau ni walau berisi lah jugak tapi .. dah spoil cerita.. cuba belek balik apa ko tulis.. ko catit ACT 1- ACT 2 dan semua semuanya sekali.. seharusnya ko faham selagi benda ni tak ditayang umum.. ulasan camni kene hold dulu, kalau ye pun nak gak tulis.. 2-3 line dah le.. cuba rujuk camna blogger lain yang kutuk tulis.. ok je.. kau punya ni je aku tengok macam dah realease je citer ni kat pawagam. Why bro??..

kalau nak ubah nasib industri blogger patut main peranan bagi pendapat kencang disebalik ulasan sinis yang mengiurkan, which is aku jumpa some part ko buat gitu.. tapi secara totalnya.. aku lihat macam dah keluar DVD je citer ni. Best tak best tu perkara ke 2,

Pada hemat aku, internet ni bukan aje orang bandar je main.. orang kampung pun gheti la search google tu. Masin mulut aku, makcik jual karipap kat mentakab pun boleh layan bloggin karipapnya. apalah ke sangat internet ni.. bukan lagi sesusah zaman dial up 1515/1511 ( wah detailnya.. ) .

So rumusnya disini, aku bukan bersuara nak cari pasal atau menghentak tempurung lutut blogger filem a.k.a "pecinta filem tanah air"..

..aku cuma mengharap, timing tu.. timing untuk bebenda ni.. benda ni bukan pasal seni aje ( so called la ).. dia babitkan duit gak.. bukannya duit 10 hinggit korang.. tapi berjuta duit dorang nak invest kat benda baru camni.

Kalau ko upload benda ni lepas tayangan umum dan bukan perdana (masuk free lagi tuh!!), aku rasa aku tak bersuara.. aku setuju je.. tapi nak buat camna ye dak?

Apa pun terima kasih sebab sudi mengulas, be positive to all.. semoga sama sama lihat perubahan sedikit demi sedikit dalam industri.

wassalam...

Ajami Hashim berkata...

mahhass ~ tapi aku kecewa coz ohhh! aku tulis spoiler rupanyaaa! dan tak betul 'timing'!!!

sedihhh gilerrr!!!


p/s: terus teringat nak betulkan timing-belt kereta hujung minggu ni! wakakaka!!!

Tanpa Nama berkata...

timing bom pun takpe..

sebulan awal timing betul ke?. At least 2-3 days atau 1 hari lepas dah kuar pun takpe..

ulasan lu macam benda tu dah tayang bro.. yang tengok pun berapa ratus je tempoh hari kan?.

malas la nak cakap lagi, lebih bersuara bukan nak sama mendengar.. jadi makin sarkastik dan melemaskan.. rasa kerdil berbicara dengan orang yang sungguh sempurna dalam perfileman ( ni sarkas-itik dari aku plak )

so, lantak ko lah. blog ko ko punya sukalah.. aku tak penah membenci blogger, kalau pikir lain lantaklah ya.

aku harapkan feedback berguna, apa aku nampak memang tak ubah mental manusia sebangsa aku ni..

-the end-

Ajami Hashim berkata...

ya, seperti aku bajet.. baru keluar kenyataan sikit je tu.. dah mula membebel. Tanpa nama pertama dan kedua adalah orang berbeza!!.. apsal aku nak reveal siapa aku plak? aku bukan blogger tegar dan femes seperti korang pun.. panggil je aku tanpanama.. aku suka nama ni..

Wa'alaikumsalaam dik.. eh! janganlah ambil hati sangat ok! aku hormati setiap komen pembaca tak kisahlah nak pakai 'Tanpa Nama' ke apa. tapi lagi aku hormat seandainya letak 'Nama Betul/Samaran' misalnya. tentu kau tak suka orang panggil kau "Oi! Oi!" kan? dan kalau kecewa sangat, hantar ke email aku secara peribadi @ ajamihashim@gmail.com InsyaAllah aku akan terangkan atau betulkan mana yang 'mungkin' tak betul atau kau tak faham tulisan aku tu.

Aku hanya menyuarakan permintaan. Ulasan kau ni walau berisi lah jugak tapi .. dah spoil cerita.. cuba belek balik apa ko tulis.. ko catit ACT 1- ACT 2 dan semua semuanya sekali.. seharusnya ko faham selagi benda ni tak ditayang umum.. ulasan camni kene hold dulu, kalau ye pun nak gak tulis.. 2-3 line dah le.. cuba rujuk camna blogger lain yang kutuk tulis.. ok je.. kau punya ni je aku tengok macam dah realease je citer ni kat pawagam. Why bro??..

spoil cerita yer dik? cuba baca balik ulasan aku tu betul-betul! aku bagi 'idea' pandangan aku tentang bagaimana plotline 'superheroes' yang paling simple misalannya dengan struktur ACT-1, ACT-2, ACT-3 dari rekaan cerita yang aku kaitkan dengan Antoo Fighter tapi BUKAN merujuk naratif filem itu langsung! kalau spoiler dik, aku dah tulis scene by scene apakejadahnya yang berlaku dalam filem itu.. dalam ertikata lain itu namanya 'what if' mencadangkan plotline yang lebih kemas.. tapi filem ini sudah siap dik! jadi aku agak kecewa dengan harapan tinggi aku sendiri untuk melihat sesuatu yang bagus tapi ia gagal menghiburkan aku! dan bila pulak ulasan blogger dikenakan syarat kena 'hold' atau tidak dik? dan betul tak sebenarnya kau rasa kecewa jugak sebab apa yang kau baca BUKAN good review kan? mungkin kalau Antoo Fighter memang bagus sudah tentu aku akan bagi ulasan yang bagus-sebagus-bagusnya kerana memang tujuan aku mengulas untuk mengajak orang ke pawagam! dan mungkin kau akan suka baca dan akan kata lain pulak iaitu "tulislah lagi panjang-panjang" sebab kau akan seronok nak tengok apa yang aku kata bagus tu.. TAPI bila aku kata KURANG BAGUS jadi kau tengok jugak! jangan telan terus apa yang aku suapkan! buktikan pada aku bila lepas menontonnya dengan letakkan komen kenapa ia bagus sangat dan aku silap? 2-3 line ek? dan lepas tu orang akan berduyun pergi tengok? kalau 2-3 line baik aku halau kau pergi baca kat www.sinemamalaysia.com.my atau baca sinopsis kat antoofighter.blogspot.com or www.antoofighter.com! kat sana memang 2-3 line! tujuan 2-3 line untuk promosi dik tapi kalau kat blog aku tulis macam tu, baik aku copy+paste sahaja dari press-kit yang diberikan. isinya akan sama dengan website-website itu juga.

kalau nak ubah nasib industri blogger patut main peranan bagi pendapat kencang disebalik ulasan sinis yang mengiurkan, which is aku jumpa some part ko buat gitu.. tapi secara totalnya.. aku lihat macam dah keluar DVD je citer ni. Best tak best tu perkara ke 2,

kau sendiri prejudis dan judgemental dengan komen kau bila kata "tapi secara totalnya.. aku lihat macam dah keluar DVD je citer ni." dan apa maksudnya 'pendapat kencang'? kau nak aku puji melangit CGI Antoo Fighter dan menidakkan bahawa naratifnya hancur? fyi, aku berkawan juga dengan Ella Sandera pakar efek-mekap filem itu.. aku cakap terus-terang dengan dia secara peribadi bahawa solekan dia hebat! kalau aku benci naratifnya pun aku tetap sukakan kerja dia! Ella tak mengamuk macam kucing hilang anak? macam kau tak tentu pasal sampai buat dakwaan aku "blogger tegar mula bersuara seperti dia mampu cipta semua benda dengan sempurna." kalau macam tu kalau aku kata kau "bodoh macam lembu!" kau rasa apa-apa tak? but again who am i to judge you because aku tak kenal kau kan?.. mungkin kau sebenarnya "seorang yang genius macam sang kancil?" siapa tahu kan?

Pada hemat aku, internet ni bukan aje orang bandar je main.. orang kampung pun gheti la search google tu. Masin mulut aku, makcik jual karipap kat mentakab pun boleh layan bloggin karipapnya. apalah ke sangat internet ni.. bukan lagi sesusah zaman dial up 1515/1511 ( wah detailnya.. ) .

adakah aku mengatakan apa-apa yang perlekehkan orang kampung tak pandai meng-goole? fokus kepada isu pokok bro! fokus!!!

So rumusnya disini, aku bukan bersuara nak cari pasal atau menghentak tempurung lutut blogger filem a.k.a "pecinta filem tanah air"..

..aku cuma mengharap, timing tu.. timing untuk bebenda ni.. benda ni bukan pasal seni aje ( so called la ).. dia babitkan duit gak.. bukannya duit 10 hinggit korang.. tapi berjuta duit dorang nak invest kat benda baru camni.

timing??? part ini yang kau lagi merepek-repek bro!

Kalau ko upload benda ni lepas tayangan umum dan bukan perdana (masuk free lagi tuh!!), aku rasa aku tak bersuara.. aku setuju je.. tapi nak buat camna ye dak?

kau kata aku sarkastik?.. fyi, tulisan kau yang ini (masuk free lagi tuh!!) BUKAN sarkastik dah! ini HINAAN bro! dan kau rasa ulasan aku lebih busuk dari hanyirnya tulisan kau???

Apa pun terima kasih sebab sudi mengulas, be positive to all.. semoga sama sama lihat perubahan sedikit demi sedikit dalam industri.

wassalam...

sama-sama kasih ;-)

p/s: kau tulis "ulasan lu macam benda tu dah tayang bro.. yang tengok pun berapa ratus je tempoh hari kan?." mungkinkah kau juga ada kat prev tu? ahaks!

deennasour berkata...

kalau boleh, deennasour teringin nak buat review kutuk filem yg blom release kat panggung wayang..
kutuk kaw2 punya....

sbb?
kat situ nanti, baru le pengarah nak sedar, yg dia patut do the very best utk filem dia....

then kalau ada penonton yg tgk aku kutuk abes2 tu mesti dia tak nak tgk wayang..
then filem itu lingkup..

yes2..aku suka filem wayang ni lingkup.....

kenyataan di atas adalah contoh sebenar blogger yg tak hengen memajukan filem tempatan...adakah incik ajami ada kuarkan kenyataan seperti di atas??rasanya tidakkan?

ha...apa pulak kenyataan tanpa nama lepas ni? camna dia komen pasni...HA ITU YG KITA TAK TAHU TU~..lalalalala

Ajami Hashim berkata...

deenn ~ bila nak rev BUDAK KELANTAN bro? jgn 'hold' lama2 coz ari ahad last screening!

Muhammad berkata...

krit krit
bunyi cengkerik di luar pagar....

krit krit
buny cengkerik di luar pagar....

err...me x-mo la komen apa2
just me nampak ada byk yg kita boleh belajar sama-sama here.

x-salah tegur menegur

secara dasarnya..semua orang mahukan yg terbaik utk industri ini..


saya beli talibesen sebab nak tgk dvd..
saya langgan ASTRO sebab nak tgk movie
saya beli popcorn..dan tipu my mom , sebab nak duduk menonton di panggung

jadi selagi ada sokongan walau sekcil ini..
ini tanda..kita masih mahukan sesuatu dari industri filem malaysia...

p/s: jika filem itu seorang perempuan , pasti dia sedang tergolek2 atas katil sebab ramai yg berkata ttg dirinya...

Tanpa Nama berkata...

apo apo lah...

tapi difikirkan balik, kenapa aku wujud dalam komen ni dalam blog ko.. sebab kalau boleh biar blogger lain pun baca.. korang semua bukan ke berpakat dalam benda korang suka?.

Aku jugak malas nak komen kat blog lain yang jugak buat ulasan awal sebulan selain daripada kau.. sebab aku nampak ulasan kau ni lebih membina dari amatur amatur lain yang malas aku sebut nama.. :)

Cuma... timing aku cakap ni bukan timing belt.. atau timing bom ke hape. ia merujuk pada "Kesesuaian masa ulasan filem diupload" .. ada aku kata tak bagus ulasan kau?.. at least sekurangnya kalau cik pengarah filem ni baca.. dia boleh belajar dan memperbaiki demi kemahuan penonton.. tapi aku rasa dia mesti setuju dengan aku.. bab bab "kesesuaian masa" benda gini dilangsungkan( harap cukup bahasa melayu dah ni ).

Kalau filem sakai macam mana pun kita tengok masa tayangan perdana.. kita mesti respek kat filem tu sekurangnya bagi tempoh sedikit untuk promosi. Benda benda kecik gini cepat ajer spread dari mulut ke mulut..

Anyway aku bukan budak kecik lagi, aku jugak tak belajar dalam film chool untuk scriptwriting kejadah semua ni..aku malas nak bebidas dalam blog.. masa yang sesuai boleh berbicara dimana mana, lebih realtime dan padat dengan perbincangan produktif.. tak gitu?.
Sooner or later, kita semua nak benefir daripada apa diutarakan.. bukan sampah dan keluhan blogger amatur yang tidak tentu hala menuduh itu dan ini ( im not mentioning you okay.. ).

Ya aku ada masa tayangan perdana, aku bukan krew produksi ke hape.. aku pun peminat filem gak cam ko, cuma aku tak terer tulis bebenda teorical & teknikal dalam bentuk penulisan..

Sama nasib dengan cicakman 2, aku rasa blogger sekurangnya mendengar dan memberi ruang bersama untuk..

"Memberi sedikit ruang pada promosi" sebelum mengeluarkan apa apa ulasan.. Aku fikir, holiwood pun respek benda ni.. sesampah mana ceritanya.. dia hormati jugak filem tu. Apapun lambat laun ulasan yang tulus tetap akan memberi kesan positif disebalik sinikal dan sarkastik..

Biasa je semua ni.. tak faham lagi definisi timing dalam perbualan kita takpela..

Aku ni sape le nak cakap teknikal ni.. woyeah..

Ajami Hashim berkata...

Salaam 'Tanpa nama'..

'timing' ???

maknanya kau SILAP pasal kenapa adanya press preview sebelum tayangan dibuat! aku dah join majlis cegini since 2 yrs ago 2006 produksi mula ajak blogger selain reporter utk ke film preview dimana ia sama naik dgn meriahnya blog2 ulasan filem spt tontonfilem.blogspot.. rasanya filem RED KEBAYA (masa tu aku belum join) was the 1st film yg ramai blogger dijemput.. aku pulak mula dgn filem CINTA ulas sendiri kat bicaraskrip.blogspot.com.. TAK PERNAH mana2 produksi yg bising ulasan mana2 blogger yg up b4 the real screening to public bro! even diorg suka baca feed-back (good/bad) dr blogger.. why? becoz blogger buat ulasan 'as soon as possible' bila diaorg sempat.. malah aku pernah ulas beberapa jam pd mlm yg sama blk dr preview.. itulah best-nya kpd pembaca kami.. we r faster than speeding bullet bro!.. kalau nak tunggu filem keluar baru nak review dah bukan blogging dahtu!.. itu suratkhabar lamaaa! kau totally SALAH ANGGAP konsep blogging bro!

btw, aku akan tunggu review kau pulak bila filem ni tayang nanti (sebeb kau akn simpan dulu kan?)

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak penah ko cuba ubah gaya blogging tu kalau dah macam tu gayanya ko buat bertahun tahun?. why dont cuba je suggestion aku ni ..

Sama je macam konsep kereta aku aku punya sukalah, tak semua orang produksi sama macam orang produksi lain. Ada je yang "gi mampus ada aku kisah" dan ada jugak "yang bersuara lantang" ada jugak "ok ok je.. bagus bagus anguk anguk!!".

Perlu ke samakan aku ngan orang orang produksi yang lain?. Aku bukan orang produksi citer ni pun.. aku pun datang hari tu free je sebab member ajak.

Yes it is a good thing blogger ni wujud sebagai arus media alternatif.. cth blogger tegar paling hebat tak lain tak bukan raja petra bukan?. :) ( tapi dia benda lain la )

benda ni tak akan boleh sama sama setuju angin kalau antara kita masih nak kekalkan konsep sama dalam apa jua "presentation"

samalah macam penulisan dalam blog.. sama jugak macam penghasilan filem tu... kalau cemtuuuuuuuuuuuu jer.. rasanya sampai berpuluh ratus tahun penyakit "i dont watch malay movie" menular dikalangan peminat wayang.

Aku pecaya statement aku ni betul kalau ikutkan peratusan.. tapi ikutkan individu rasanya ada yang terus bangkit terus memperbaiki kesilapan..

tak tinggal juga yang terus buat benda yang sama ..ada aku kisah.. janji duit aku masuk.. boleh terus bikin filem lagi.

Ini semua putaran dalam industri yang aku nampak. Dan kalau boleh janganlah pulak kenyataan aku ni buat korang pikir "filem apa yang mangkok ni cerita ni".. amik isi dia je.. jangan terus membedal individu.. tak baik tau.. hahaha..

Bercerita pulak kalau kita pegi tengok tayangan perdana tu, citer tu best giler.. memang gelak sampai keluar tomato nasi berani lawaknya. Mungkin penulisan tu kita puji bagai nak rak.. ++ tapi yet still puji bagai nak rak pun.. tutup skit ruang camna jalan cerita tu.. ( untuk tempoh yang bersesuaian la )..

aku ulangi sekali lagi, ulasan cam ko ni kalau sesapa yang terlibat secara langsung dan tak langsung ni baca.. dia akan amik mana point ko yang boleh masing msing perbaikkan.. tapi aku masih percaya.. dalam diam dorang ni tak bebicara.. kita tak tau apa difikir disebaliknya..

aku rasa tak elok aku terus menulis kat sini, rasanya dah takde apa lagi nak tulis.. lagi aku tulis.. aku repeat benda yang sama.. dan terus memburukkan benda.. (ini saja yang dinampak rasanya bila satu benda dibahaskan).

..sebab takde betul dan salahnya apa yang semua orang cakap. Takde betul salahnya ramalan dan anggapan orang terhadap manusia ttu.

Apa yang betul adalah sama sama kita jayakan benda yang kita nak dari semasa ke semasa

- aku bukan sokong antoofighter.. neither do you. Aku bersuara atas dasar ingin memberi cadangan ajer.. sebagai individu biasa.

Tanpa Nama berkata...

ups satu lagi..

sinopsis dan ulasan adalah benda yang lain. ( just nak bagi tulis supaya sapa yang tak tau tu tau )

bye.

Ajami Hashim berkata...

Salaam 'Tanpa Nama'..

kau dah tonton filem BUDAK KELANTAN (last day esok) dan WAYANG?..

2 buah filem yg SANGAT BAGUS naratifnya, rohnya, isinya, cara berceritanya?..

kau kena sokong 100% filem2 cegitu bro!.. walaupun aku rasa collection diaorg takkan se-boxoffice ANTOO FIGHTER nanti mungkin! fyi, dua2 filem aku baru ulas sikit coz aku tengah 'menghadam' impaknya kpd aku sebabtu aku tak habis lagi ulas..

eh! jgn la merajuk k!

peace!!!

Ajami Hashim berkata...

kau kata "- aku bukan sokong antoofighter.. neither do you."

pembetulan ok! gua sokong SEMUA malay film!

tak bai kau 'buruk sangka' dgn aku cakap cegitu! sedih tau!

eh! kau dah tgk SELAMAT PAGI CINTA?.. aku belum.. rasanya nak pergi esok mlm! jommm!

contact me @ ajamihashim@gmail.com

Betty Contessa Siiliconne berkata...

apa lagi cerita pasal timing ni??

ada beberapa kategori pembaca

1- yang search kat web sbb nak tahu tentang sesuatu filem

ada yg search kat google awal2 lagi dan ada yang search bila filem tu dah tayang kat pawagam

at readers own convenient laaahh
pembaca ramai bukan ko sorang aje

2- pembaca tetap blog yang memang akan masuk hari2

ini termasuk beberapa bloggers lain dan jugak wartawan yang nak ambil point sana sini yg perlu utk review dorang kat suratkhabar nanti.


Konsep blogging memang kena cepat la bro....

xpernah lagi aku dengar blogger peram citer dia sampai sebulan pastu baru nak keluar

bloggers nak traffic masuk....manusia suka sesuatu yang cepat.

mcm hal minyak naik dulu...blog dulu dah keluar sebelum kerajaan diumumkan.

Kalau ko nak buat kelainan dengan mengubah memperlambatkan review..

tu maknanya bukan progress laa. dah dunia blogging perlukan yang pantas yang ko suruh org lambatkan tu apa kesss?

Ada pra tonton sebulan awal...ada gak yg 2-3 hari nak tayang baru buat pra tonton...so masa tak jadi isu...

kalau produksi tu xnak ko cepat2 review...dorang buat la pro tonton tu lambat sikit...
so up to them laaa

pokoknya produksi x kesah yang ko kesah sgt kenapa???

sorry ekk
aku x sebelah saper2
kalo ajami ni buat benda merapu aku sendiri akan komen terus

fadz berkata...

tanpa nama menyatakan satu perkara kurang betul: di Hollywood, rebiu filem tak keluar sebelum filemnya. Di media massa, ya itu benar (majalah, TV), tetapi di talian (internet), ada:

www.imdb.com (bukan saja daripada pengkritik dalam talian, tetapi pengguna imdb sendiri. Boleh rujuk beberapa filem yang belum keluar tayangan perdana tetapi sudah dicanang/burukkan oleh pengguna imdb. Kebanyakan mereka bercampur, daripada pembikin, pelajar filem sampai kepada anak2 muda).

2. Laman Leonard Maltin.. tetapi ya, maltin hanya menyatakan filem2 yg beliau suka (Leonard's Pick) atau berpeluang ditontoninya. Ada beberapa lagi laman seperti Maltin. Aku boleh ingat lagi dua laman pengulas filem mengkritik A.I. yang masih 'mentah' (ada dua bentuk, Spielberg dan Kubrick). Apa yang disebabkan oleh kritikan pedas itu menyebabkan penonton tidak sabar-sabar menunggu A.I.

point aku: kritikan bagaimanapun terhadap filem akan secara sekali gus, MEMPROMOSI filem itu, kalau kau mahu percaya atau tidak, tanpa nama. Promosi berlaku kerana ada 'produk' yang dibawa ke hadapan. Buruk-baik sekarang adalah perkara subjektif (Scary Movie, 300, White Chicks dikecam filem bodoh, tapi tetap ditonton dengan sambutan ramai!). Oleh sebab itu produser selalu 'gembira' apabila filem mereka diperkatakan, baik untuk 'sokong' atau 'kutuk' - kerana mereka tahu, ini PUBLISITI yang diangkat.

Tanpa nama, terima kasih memanggil saya blogger amatur, saya terima seadanya. Saya pun tunggu saudara punya blog yang tersendiri. Saya rasa, perbincangan sebegini sihat. Semoga saudara bekerja di FINAS dan mengubah hala tujunya buat kebangkitan filem Malaysia, insya-Allah.

Saya, yang mencintai filem Malaysia.

Ikhares berkata...

Tanpa Nama tulis...

Ya aku ada masa tayangan perdana, aku bukan krew produksi ke hape.. aku pun peminat filem gak cam ko, cuma aku tak terer tulis bebenda teorical & teknikal dalam bentuk penulis

dan dia tulis lagi...

Aku ni sape le nak cakap teknikal ni.. woyeah.

Tapi peliknya tahu pula dia label penulisan blogger filem amatur ke tak..

haha.

Ada ulasan/kritikan filem berdasarkan sudut naratif, ada ulasan filem berdasarkan teknikal,sinematografi...ada juga yang lebih dalam kritik tentang semiotik dan bahasa filem...

ok,

Apa kata encik Tanpa Nama buat satu blog yag ulas/kritik sesebuah filem itu selepas filem itu ditayangkan.

Seperti mana encik Tanpa Nama sendiri cadangkan.

Saya teringin nak baca.

Ikhares berkata...

Filem-filem Prof. Razak dikutuk beribu umat still penonton datang menonton filem dia.

hurm. Ironi sungguh dengan perdebatan kita.haha.

sinaganaga berkata...

Perghhhh! Perbincangan serius macam rancangan Fenomena Seni! :)

one love berkata...

yg lawaknya kat sini adalah bila cakap je, mulalah guna nama bangsa!

aiyayayay!

mental betul!

cer terus terang menggunakan diri sendiri tanpa nama bangsa tu boleh tak?

haish

one love berkata...

and sapa pengreview yang betul2 layak?

hassan mutalib yang adakalanya dia juga bias sebab dia tak berkenan dengan few of the directors or the writers?

osman puteh?

scholars?

prof?

filem itu medium. dan setiap org interpret dengan cara masing2...

best kan?

Tanpa Nama berkata...

ye, saya harap pihak Fenomena Seni dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap isu ini. Maka jemputlah orang-orang seperti Fadz, Ajami dan Tanpa Nama(?) menjadi ahli panel.

-tak perlu nama

Ajami Hashim berkata...

FENOMENA SENI?

wakakaka! mau terkamjat suma org tgk nnti!

sapa nak komen lagi?.. sila2!

Miss Bratty berkata...

I wonder..katalah kalau filem tu meletup nanti, akan keluarlah statement 'ye filem kami bagus, kutukan blogger tidak menjejaskan bilangan penonton menonton filem kami?' ajami u know what I mean right? read between the lines! ;)

Tanpa Nama berkata...

kalau di ikutkan, sekarang baru aku boleh cakap.. aku memang suka review kau. Just listen to us, rugi untung filem tu biarlah tu rezeki dan periuk nasi memasing...

Tapi sebagai penutup bicara, uploadla ulasan camni selepas tayangan umum.. dan bukan tayangan perdana..

Aku takde blog, malah aku tak pandai review sebab aku tak cukup skeptikal, aku lebih proaktif.. benda akan evolve sikit demi sikit..

Kalau boleh, filem filem lepas ni ulas ringkas la dulu.. dah keluar baru keluarkan ya.

Ramai sebenarnya yang buat camni, bukan ko sorang je.. takpe lah.. anggap je benda dah habis.

Umumnya, kau punyai ulasan yang betul dan membantu untuk "chunk" upgrade dan beringat supaya tidak lalai dalam buat filem lagi.

sekian

- aku tak perlu nama -

Ajami Hashim berkata...

tanpa nama, setelah membaca komen terakhir kau ni, aku hunuskan jari hantu dan genggam empat jari aku yang lain secara maya dan berkata:

FUCK YOU!!!

wénkt berkata...

cool
tabik kat abg ajami

need my hand too?
nah amik

tapi tak reti buat fcuk
jap nak blajr ye..

hunuskan jari hantu dan genggam empat jari aku yang lain

ok.
dah pandai

genggam semua
then bukak jari tengah
pun boleh gak

nah amik gak.

If You Seek Amy! - very the britney circus

Miss Bratty berkata...

Wooohhh Ajami, finally! yeah no need to comment anything, just give 'em the sign! end of story :)

fadz berkata...

Err, saya tak nak masuk Fenomena Seni kerana:

1. Saya blogger filem tak bertauliah.

2. saya tak nak glamour ("tipu!" jerit Ajami)..

Ajami, jangan le kata F u.. sebenarnya perbincangan macam ni bagus, kita kena selalu resional dan "above emotion" kan kan kan?

Hazrey berkata...

aku gelak baca entry kau ni. Surely kau akan delete comment aku kan. haha.

Anyway, ini yang the mass society tak faham about critics.

Critics adalah sesuatu yang konstruktif. Ia sama seperti Dewan Rakyat yang memerlukan keseimbangan dalam meluluskan polisi dan pentadbiran negara.

Konsep sama, pendekatan berbeza.

Komen atau ulasan critics biasanya tidak berasaskan individualistic. Unless kau tak suka Chunk Adnan, who happens to be a fren of mine too, but that did not happened kan.

Dalam pada yang sama ini yang masyarakat tak faham mengenai pengkritik, ia biasanya dilakukan terhadap mana mana penerbit atau pengeluar filem dengan rasionalnya sekali, tanpa mengira sama ada yang dikritik itu kawan atau orang yang pernah kena perkataan fuck oleh kau.

Masyarakat kita terlalu taksub dengan sesuatu yang indah.

Sebenarnya, kalau kita pandai take advantage to what this critics has to say, it will be the best marketing tool for their movie.

Seriously. Sebab itu, di Malaysia ni kita kena ada lobbyist untuk filem. lols.

Their job is memastikan critics can be used to their advantage.

senario: filem tak berapa best, I need critics word. Use your marketing to create elements of interest and desire to watch among the critics' readers. Use all available mediums to promote, whether bad or good. Create something out of it.

Leave the production to the production people and lets leave the marketing work to the experts. spin doctors are useful for such critics.

Sama seperti politik di Malaysia hari ini. BN kalah di beberapa negeri sebab terlalu bergantung kepada arus media perdana, mengenepikan keperluan new media like blogging. They should have seen the needs to use new media.

Ia perlu seimbang. And we failed to see that.

I dont think the review was personal. I read it, and it was a fair review of the movie which I agree to some.

Yang menggagalkan filem bukan review, tapi orang Malaysia sendiri yang kurang nak tengok walaupun filem baik dihasilkan di Malaysia. dan kenapa? sebab apa yang ditulis pengkritik adalah suara orang yang sama kat Malaysia ni. percayalah. termasuk aku sendiri. Lihat Cicakman, betapa daifnya kesan khas yang digunakan. Bukan aku taknak belanja RM10 untuk tengok filem tempatan tapi perlu ke aku memperdaya serta menipu diri aku sendiri walhal di panggung sebelahnya ada filem lebih baik? Dan aku tahu, ia akan keluar di TV masa raya nanti?

Dan bila kau cakap effects yang dibuat kurang menyengat, ia perlu dilihat sebagai satu tekanan kepada pengeluar filem untuk hasilkan effects lebih baik. Dan kita bukan tinggal di Darfur dan tak boleh membuat perbandingan.

Kita takut untuk bergerak, kita melompat bila dikritik. itu elemen kemajuan? tanyalah diri sendiri.

p/s: takyahlah tunjuk mana mana jari kau. :)