Selasa, 9 Disember 2008

aku, teater dan Johan Jaafar?


Setiap kali terbaca nama Datuk Johan Jaafar di dada akhbar, aku pasti akan membaca setiap artikel yang ditulis oleh beliau. Dan ketika itu jugalah aku akan terkenangkan bagaimana aku mula mengenali namanya sejak berlakon teater Kotaku Oh Kotaku (1988) iaitu salah satu naskhah beliau yang mengangkat watak Jebat ke satu tingkat yang lain serta kontemporari. Teater itulah yang mengajarku asas persembahan pentas yang begitu asing bagiku sebelum itu dimana aku melakonkan 2 watak iaitu sebagai Uda dan Peon. Masa itu aku di tingkatan 4 dimana sekolahku, SEMESTI berjaya memenangi peringkat daerah seterusnya menjadi wakil ke peringkat negeri di Ipoh dalam Pertandingan Teater Di Antara Sekolah anjuran TV3. Sayang sekali, kami tidak berjaya ke peringkat kebangsaan. Kalau tak silap, kami di tempat ke-2. Dengar khabarnya kerana kami bukan dari daerah Perak Tengah iaitu kami wakil daerah Hilir Perak maka sekolah kami tidak menjadi juara! Ia spekulasi dan kontroversi yang masih menjadi X-Files sampai hari ini! Hahaha..

Oh ya!.. Kamu bacalah artikel tulisan Datuk Johan Jaafar berikut yang agak panjang tapi sangat berisi:

pautan:
BERITA MINGGU: Memperkasa BM tanggungjawab semua kaum
JOHAN JAAFAR

1 ulasan:

deennasour berkata...

aku lihat layu dalam melayu, adakah bahasanya juga.