Sabtu, 27 Disember 2008

cadangan naikkan harga tiket filem Hollywood RM20?

*TERKINI*
sila baca blog berikut:
ANWARDI JAMIL
AFDLIN SHAUKI

"All you need to do is to make filem yang best. When the filem tu best, it travels"
Salaam..
Aku nak ketawa dulu.. kah! kah! kah!
Ini bukan kes marahkan nyamuk bakar kelambu TAPI lebih teruk iaitu marahkan nyamuk bakar satu rumah! Kadang-kadang orang boleh berfikir out-of-the-box untuk sesuatu cadangan TAPI dah jadi out-of-the-brain!
Antara poin aku kenapa idea ini meroyan tak bertempat:
- menaikkan harga tiket wayang filem luar akan menjauhkan lagi penonton dari ke panggung wayang! maknanya SEMUA jenis filem akan diheret sama menanggung kehilangan pasaran!
- pasaran dvd cetakrompak akan meletups booming kebaboom kaw-kaw! RM20 = 4 buah filem ok! begitu juga downloading torrent! yeah!
- syarikat tempatan yang jadi pengedar filem luar akan gulung tikar! yang juga syarikat yang sama sebagai penerbit filem tempatan. maknanya side income mereka akan kurang! modal pusingan juga berkurang! penerbitan filem tempatan oleh mereka juga akan dikurangkan!
- katakanlah orang masih ke panggung juga menonton filem luar (sebab filem luar macam rokok juga, naik harga tinggi manapun orang tetap merokok) maka tokeh-tokeh panggung akan makin kaya-raya kerana kuota pembahagian keuntungan mereka tetap sama. katakanlah 50:50 panggung vs. penerbit filem luar. malah nilai aset filem luar semakin menguntungkan.
- katakanlah negara-negara luar kenakan rules yang sama kepada filem keluaran Malaysia dimana harga tiket untuk filem kita dinaikkan 100% di negara mereka. apa akan jadi filem itu?
- apa pula kesannya kepada filem-filem indie yang ditayangkan di pawagam digital terpilih misalnya GSC Mid Valley dimana filem-filem ini dikategorikan dalam International Screening? naik harga juga?
- inflasi yang tak semena-mena dan tak sepatutnya berlaku akan datang dari industri perfileman luar!
~ aku terkejut juga cadangan ini datang dari PFM dimana Ahmad Puad Onah pernah ditemuramah oleh sinemamalaysia berikut:
MANFAATKAN FILEM ASING UNTUK INDUSTRI FILEM TEMPATAN
..antara Q&A itu yang buat aku 'hairan' ialah:

SM: Sebagai Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), apakah pandangan saudara terhadap senario industri perfileman masa kini dan dalam tempoh lima tahun?

AP: Saya berpendapat penerbit filem tempatan masih memerlukan “pertolongan” daripada kerajaan untuk menghasilkan filem. Pembiayaan yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menerusi FINAS dan SME Bank amat dihargai. Walaupun ia dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar balik, sekurang-kurangnya ini dapat membantu penerbit memulakan projek. Bagaimanapun, seperti apa juga bidang perniagaan, penerbit tidak bolehlah mengharapkan 100 peratus pinjaman daripada kerajaan. Sebaliknya, mereka perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya 30 peratus daripada sumber sendiri. Ini akan membuatkan mereka bekerja dengan lebih tekun dan gigih lagi untuk mendapatkan pulangan.

Selain pinjaman, kerajaan juga wajar memberi geran kepada penerbit-penerbit yang berjaya untuk menghasilkan filem-filem berunsur kenegaraan untuk ditayangkan di peringkat antarabangsa dan menambah khazanah filem kita bagi tatapan golongan muda dan generasi akan datang. Sampai bila kita hendak bergantung pada filem Sergeant Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan untuk ditayangkan pada setiap kali ulang tahun kemerdekaan negara.

PFM amat menghargai pulangan duti hiburan yang diberikan oleh kerajaan. Bagaimanapun, bagi membolehkan lebih banyak filem tempatan dihasilkan, PFM berpendapat cukai hiburan yang diterima kerajaan daripada filem-filem asing yang ditayangkan di negara ini boleh dimasukkan sebahagian daripadanya ke dalam satu tabung dan digunakan untuk membiayai penerbitan filem tempatan. Jika usaha ini dapat dilaksanakan, kita tidak perlu sampai kepada keadaan penerbit tempatan menuntut kerajaan menyekat kemasukan filem asing bagi membolehkan filem tempatan mendapat tarikh tayangan dan peluang ditayangkan lebih lama berbanding wajib tayang dua minggu sekarang.

Perancangan masa depan industri filem tempatan bagi saya ialah menggalakkan penerbitan lebih banyak filem tidak kira dalam bahasa apa sekalipun. Dengan adanya volume yang tinggi, saya yakin satu hari nanti penerbit filem tempatan berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka “memaksa” pengusaha pawagam untuk memberi keutamaan bagi penayangan filem tempatan dan bukan mengehadkan satu filem pada setiap dua minggu seperti hari ini.

..adakah keuntungan cukai yang akan meningkat 100% bagi setiap tiket RM20 daripada kutipan filem Hollywood itu yang dikejar oleh PFM? aku tak ada jawapannya..

*pautan lain:
~ Amir Muhammad
~ Anwardi Jamil
~ The Storyboard
~ Mansor Puteh
~ David Teo
~ lizzam.blogspot.com
~ cari.com.my
~ cinema.com.my
~ lowyat.net
~ usj.com.my
~ blog.thestar.com.my
~ mmail.com.my
~ whatalulu.blogspot.com

PART.1 NST
RM20 to watch a Hollywood movie?
By: Meor Shariman
KUALA LUMPUR: Malaysians will have to pay more to watch Hollywood films in the cinemas if a proposal by the Malaysian Film Producers Association is accepted by the government.
The association wants the ticket price for Hollywood movies to be hiked to protect local feature films.
Its president, Ahmad Puad Onah, said the higher ticket prices was among proposals the association would submit to the National Film Development Corporation soon.
"Our members agree that only by hiking the admission price of Hollywood movies will Malaysians go to watch local movies."
He said although the local film industry had been on an upward trend over the past two years, the current economic uncertainties had stunted growth.
"All six local films released during the school holidays have under-performed.
"One of the reasons cited for the poor performance is that they had to compete against Hollywood blockbusters."
The films -- Wayang, Selamat Pagi Cinta, Antoo Fighter, Los & Faun, Cicakman 2: Planet Hitam and Histeria -- had to compete against Hollywood big-budget movies such as The Day The Earth Stood Still, Bolt, Twilight and Madagascar 2.
Antoo Fighter and Cicakman 2: Planet Hitam, which had been expected to be a hit, failed to score with movie-goers, he said.
"We are sure that if ticket prices for local movies are reduced, more people will watch them."
Ahmad Puad said such a policy was in place in Indonesia.
"In Indonesia, the ticket prices for Hollywood movies are higher than Indonesian movies.
"It has helped the growth of the film industry."
He said the association would propose that ticket prices for Hollywood movies be increased to RM20. Now, ticket prices for all movies are between RM9 and RM12.
On why ticket prices for local movies should not be lowered instead, Ahmad Puad replied: "That will not be fair to our producers."
He said the move would give local films the edge when competing with Hollywood blockbusters.
"It is timely as some of today's locally-made movies are on par with foreign movies in terms of quality."
In fact, it would encourage local producers to invest more in their movie production, he said.
Other recommendations to be submitted included better incentives for filmmakers and a revision of the compulsory screening scheme.
He said 35 local movies were expected to be released next year.
"But if we follow the current scheme, only 22 films will get shown."
Under the scheme, only two local films are allowed to be screened a month. Also, no local movie will be screened during the fasting month.
PART.2 NST

Directors laud call to raise Hollywood movie ticket price
By : Meor Shariman
KUALA LUMPUR: Local film directors support the proposal by the Malaysian Film Producers' Association to hike the ticket price for Hollywood movies.
They agreed it was one step towards the development of local films.
"It is a good step but it should not stop there," said award-winning director Datuk Paduka Shuhaimi Baba.
She said another way to help the industry was for local producers to have a bigger cut of the box-office collection.
"Currently, producers and cinema operators are sharing the ticket sales equally. Producers should get a higher cut."
She said cinema operators could also share the promotional costs of local movies.
Shuhaimi said many countries were imposing regulations to protect their movie industry.
Director Ahmad Idham Ahmad Nazri said cinema operators would also benefit from higher ticket prices for Hollywood movies.
"The screening for a local movie now is limited to 14 days -- the minimum required by regulations -- as cinema operators will replace it with Hollywood movies to generate more income.
"With a hike, they will get more income from one or two Hollywood movies, thus encouraging them to give more days to local movies."
Director Afdlin Shauki said the number of Hollywood movies in local cinemas should be limited.
He said China only allowed 20 Hollywood movies to be shown annually.
"It means only the best movies from Hollywood are shown, which is good for movie-goers"
Afdlin, however, cautioned that the ticket price hike could backfire.
"At the current ticket price, you can watch two movies, one Hollywood and one local. But if you increase the price to RM20, movie-goers might just skip local movies altogether."
National Film Development Corporation director-general Mohd Mahyiddin Mustakim said the body would study the proposal before a decision is made.
"We welcome any proposal or effort to improve and develop the industry. But we have to look at each proposal and its overall effect on the industry."

15 ulasan:

johnny berkata...

tak relevan. cadangan tak fikir masa depan.

hady berkata...

haaiiih...

kenapa lah ada orang berfikiran pendek camni, suggesting something unrealistic camtu,

aku rasa, at the end of the day
penonton semua nak balas dendam
langsung tak ke panggung

local film, sume lingkup terus

miezi berkata...

ada gak baca pasal ni.
tapi kalau btl depa nk implemenkan cadangan ni, aku lebih rela cr dvd pirate. 3 bijik for RM20. Lagi berbaloi. Erk.

Ikhares berkata...

kalau sekeping tiket sampai doploh hengget alamat student tak berduit macam kami ni memang tak mampulah ke wayang menonton filem hollywood..

sekarang ini pun pergi menonton wayang dengan student price je..

rastaf berkata...

...wah..best sgt idea tu...sampai doploh hengget...gila ker aper...taktau ker skang ni dah bleh download jer movi-movi kat internet...tp klau beli tiket siap dapat t-shirt ke cap ke goodie bag yang best2 ke...mau gak aku beli...baru rasa special skit (aku baru tengok wayang lihat lah buktinya..t-shirt ini..yeyy)

Nik Akmal Hareez berkata...

ekekekke...ni la cadangan tahap otak kambenk bekk bekkk...ba wau dal wau ha!!!!!

Miss Brat berkata...

So ianya menguntungkan panggung operator & pengiat filem local..ok fine..

What about audience? hello??

Pernah terfikir tak napa audience kita support film luar dari film sendiri? itu yang kena kaji...

Ajami Hashim berkata...

johnny ~ betul! sangattt tak relevan!

hady ~ yap! balas dendam penonton kpd local film akan jadi KENYATAAN!

miezi ~ skrg dah ada versi blue-ray bro! kekekek!

Ikhares ~ maka dgn itu student tunggu kuar tv/astro jer lah! muahaha!

rastaf ~ wakakaka! aku pon akn join industri t-shirt wayang lak!

reez ~ kahkahkah! kau tgk filem brainscan dpt idea bek! bek! tu kannn?

mis brat ~ fyi, aku akan STOP ulas/sokong psl local film kat blog ni kalau proposal tu lulus!

Miss Brat berkata...

Ajami, good for you! I pun akan buat benda yang sama! hi-5!

one love berkata...

lepas nie, saya nak sokong penjual dvd cina yang cute di depan seven eleven taman bukit angsana jelah!
hehehehe

:p

Aloy / NuruL berkata...

lu sekolah semesti teluk intan ek?
gua tengok lambang sek tu..
semesti musuh seri perak tu dalam semua pertandingan beb.

Tanpa Nama berkata...

ini idea yang paling bangang pernah aku dengar dari mulut tokey yang bikin wayang. masa kau orang untung tak sebut pun pasal jadah tiket ini. tapi bila kau orang rugi baru cerita. Apa hal ni!

kau tak fikir ke semua ini berkait rapat dengan filem yang kau orang buat. Sama nak tengok kalau filem kau orang tak menghiburkan. harap gazet aje bagus. tapi hampeh!

Aku yakin kau orang pun bukan ke panggung tengok filem orang lain. kau orang pun tengok filem hollywood gak!

Kenapa 20 ringgit. baik 100!

Penchinta Ruang Gelap

ps-berapa ramai yang tengok filem hollywood yang hampeh macam filem kau orang.?

Raja Hafify Zaed : Event Management Expert berkata...

Patutnya kasi turun harga tiket filem tempatan.

Bagi popcorn free ke kalau tengok filem tempatan. Takpun air coke.

Orang Malaysia ni suke barang-barang free.

yusdavinci berkata...

the stupid idea of the year

deennasour berkata...

napa tak filem hollywood Rm20, filem melayu RM2 hengget. baru sedap~