Sabtu, 13 Disember 2008

Muallaf ~ Yasmin Ahmad (youtube)

Temuramah berikut sudah lebih setahun yang lalu pada 23 Julai 2007 selepas pratonton tertutup di pejabat Yasmin Ahmad. Sayang sekali filem Muallaf mungkin tidak ditayangkan di sini. Harapnya dapat juga ditayangkan.. huaaa! :-(


PART.1


PART.2


PART.3


STORYTELLING is the creative demonstration of truth. A story is the living proof of an idea, the conversion of idea to action. A story's event structure is the means by which you first express, then prove your idea.. without explanation. ~ STORY by Robert McKee pg.113

Ini pendapat aku. Filem Muallaf adalah cerita cinta uda dan dara, sayang di antara keluarga, kasih sesama manusia, juga kepada seekor kucing hitam? Kalau kamu berniat ikhlas menontonnya sebagai hiburan, kamu akan terhibur (baca: ketawa dan menangis juga adalah hiburan kan?) Dan seandainya kamu mahu cari makna tersirat subtext di dalamnya? Tontonlah berkali-kali! Memang banyak sana-sini di sepanjang naratif filem ini. Ia bercerita bagaimana sesama manusia berkongsi suluhan cahaya kasih-sayang dan ampun-maaf dalam perjalanan samar pencarian Tuhan dan diri sendiri. Kadangkala kita terasa seperti kehilangan sesuatu yang selama ini kita miliki, sedangkan ia sentiasa ada di sisi kita sepanjang masa. Kita hanya perlu mencari semula dengan rasa syukur dan pandangan baru yang lebih terbuka.

NOTA: suntingan youtube di atas agak amatur dan soalan-soalannya pun macam tak semenggah mana kerana ia adalah rakaman main-main aku yang terawal dulu masa mula-mula gatal nak temuramah pembikin filem Malaysia!.. hahaha!

TRAILER

4 ulasan:

deennasour berkata...

arap tak byk potong lah ek~

blackpurple @ jowopinter berkata...

Lar. Apasal pulak tak ditayangkan di sini? Aku ternanti2 buah tangan Yasmin selepas Mukhsin. Huhuhu!

Wawa berkata...

haaa??? x tayang kat sini? abeh tuh caner nk tgk? kena gi italy ke? huhuhu

Ajami Hashim berkata...

deen ~ byk giler potong! antaranya babak potong bawang, potong sayur, potong-mememotong kereta di double-lane.. bla bla bla..

jowopinter ~ taktaulah.. tapi harapnya tayang jugak!

wawa ~ kau pegi singapore! kat italy derang tayang filem impak maksima jer! larrrikkk!