Ahad, 8 Februari 2009

Ulasan MASKARA 13 & Yoyooh.Com Blogger Awards & blog layout baru gua! fuyoo!

Dada Poetry ~ The poetry of Dada is the art of randomness; the writings are 'absurd.' The writings were a barrage of random words melded together towards a humourous, yet shocking type of approach towards the reader. It was using coarse harsh words (including swear words) to conceive a random notion that makes the reader have to think while reading it to get across the excessive ramblings.

*kredit youtube: kematz.blogspot.com
MASKARA tak pernah mengecewakan aku kerana setiap kali mesti ada sahaja persembahan yang unik dan pelik (baca: mungkin tak semua).. di MASKARA 13 malam tadi aku belajar satu lagi seni persembahan yang dipanggil 'dada' oleh Adam Kasturi.. ya! aku tanya personally apakejadahnya persembahan dia itu semasa break-time.. sebenarnya semasa layan tengok dia berpersembahan, kepala aku asyik teringat muzik psychedelic trance yang jadi sebahagian kegilaan halwa telinga aku bila memandu sorang-sorang.. tapi Adam gunakan jenis muzik yang mana? aku sendiri tak pasti.. mungkin kombinasi industrial-music dan ambient-trance yang gila juga disumbat dengan bunyi-bunyian pelbagai kebisingan alam sekitar yang kadangkala bingit tenggelam-timbul laju-perlahan.. tapi entahlah, mungkin muzik yang digunakan oleh Adam dari genre lain? (baca: jawapan Adam di blog dia).. maka, sudah tentu aku teruja untuk menonton sampai habis!.. ermm, aku dapat rasakan bahawa Adam tidak main belasah ajer semasa membacakan sajaknya (baca: yang di-tagline-kan sebagai 'tukang sajak muzikal pasca moden' di poster? juga digelar sebagai pembaca sajak kontempori oleh Azzam Supardi si juruacara).. aku agak dia seperti penyanyi yang kena ikut tempo betul muzik latarnya.. dan aku betul! bila ada sebahagian segmen sajaknya (atau bebelannya) perlu ikut beat seketul-seketul.. deria dengarnya kena peka dan bacaannya yang semacam isu merapu sebenarnya adalah sebuah persembahan yang sudah telah dihafal ketepatan kelajuan dia membaca.. tak boleh tercepat atau terlambat mesti dalam rangka yang terkawal.. sebenarnya aku tak berapa ikut sangat apa yang diceritakan dalam bacaan Adam.. cuma aku dapat rasakan bahawa ia semacam rentetan monolog berjela-jela yang berleter kepada semua perihal dalam hidup dia? (baca: aku tunggu juga kot-kot dia akan mencarut F**K tapi hampa tiada! hahaha..) agaknya itulah yang unik dan pelik?.. maksud aku, kalau sekali tengok macam orang tengah high lalok overdose ganja yang merepek-repek.. oh! rupanya tidak!.. bagus! walaupun agak panjang meleret-leret seperti aku mula terasa terlalu kenyang sehingga mahu muntah dan muak?.. eh! mungkin juga itu yang dikehendaki dirasa bila menonton?.. barangkali kan?.. aku cuma syak wasangka! hahaha..
link: Bercakap Dengan Adam Kasturi

Yang lain-lain bagaimana pula?.. hey! ini bukan konsert mingguan AF ok! aku bukan pengkritik tetap untuk analisa dan nilaikan mana yang bagus atau tidak? semua persembahan lain-lain bentuk, isi, cara, latar dan kelompok fanatiknya masing-masing.. lagipun aku sekeluarga lambat sampai lalu terperuk di sudut yang sempit juga laluan lalu-lalang orang.. malangnya rumah kecil PENA itu bukan dalam bas atau lrt dimana kalau agaknya orang nampak kami dengan anak-anak kecil pasti diberikan ruang sedikit untuk duduk (baca: aku tak kata khalayak malam tadi bersifat individualistik, lagipun mereka peduli apa dengan kanak-kanak kecil datang ke majlis yang bukan sukaneka tadika atau fun-fair! siapa suruh aku bawa anak-anak kan?) malah aku bisik pada Abang dan Adik, jangan bising tapi gelak-gelak tidak mengapa.. lantas bila Jonos membacakan sajak PM-nya.. aku relakan mereka enjoy dan mengajuk riang sebutan 'PMMM' si Jonos.. pada aku kalau mereka seronok maka Jonos berjaya seperti rancangan Tom Tom Bak di Astro Ceria! sajaknya memang humor untuk seisi keluarga! hahaha.. (baca: Jonos bagitahu dia nak buat program Tom Tom Girl bila aku buka rahsia yang bising itu suara anak-anakku)..

blogger wanita kental: "macam Jewel sikit-sikit.."
aku: "maknanya tak original?"

Perbualan di atas merujuk kepada persembahan Ana Raffali (baca: perbualan kami tanpa rasa prejudis ok! hahaha..) Ulasan ini dah habis.. untuk baca ulasan lain, sila klik ini! .. peace! muahh!

kamu suka blog ini? so klik ikon di bwh & afundi ajami! hahaha!
blog awards
dan amacam layout baru blog ini ekk?.. jangan jeles!.. gua godam2 sendiri ok!.. pattern hitam lusuh comot yg jadi background ni mengingatkan aku kpd guni padi di kg!.. filmstrip kat tepi kiri & kanan tu pulak kekonon blog ulasan filem terhebat di cakrawala masakini!.. hahaha!..

26 ulasan:

Maya berkata...

Salam,
Love it (rusty & grunge).

fadz berkata...

cantek!

one love berkata...

hehehehe!

cantik ha!

Tanpa Nama berkata...

kekeke

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

Cantik Layout baru Ajami

Cerita/ Artikel terbaru gue

"CERITA KATAK KATAK LOMPAT"

http://aidirahimi.blogspot.com/

Miss Brat berkata...

Ajami, I dah vote for u! hehe!

amirnazrin berkata...

jumpa mlm ni

~sy@hIrI aL @zmI~ berkata...

jeles tuan hamba tengok layout kamu Encik Ajami..kacak sungguh !!!

addyaholix berkata...

cun la layout baru. nampak hidup!

Helmi Razali berkata...

hey, good luck for the yoyooh too mister. :)

my friend cakap, dia pernah nampak interview kamu kat TV. and I must say, dia sangat impressed.

miezi berkata...

chantek!!

nway, anak anda sgt comel. sila jauhkan mereka dari saya, kalau takot mereka diculik bawa pulang. Erk

addyaholix berkata...

sana sini orang bercerita pasal maskara. maskara akan datang insyaallah saya pergi. mahu lihat dengan mata sendiri apa yang hebat sebenarnya.

mahhass berkata...

Ok, semua dah tak boleh challenge lagi, blog filem melayu terbaik, layout terbaik, posting terbaik, pendeknya kau dah menang award tu tanpa bertanding haha! Aku dah tarik diri (dah removed logo yoyooh tu kat blog aku) seminggu dua lepas sudah tapi masih jgk ternampak dlm senarai.

Satu lagi kau musti menang - "blog terbaik hype/promosi filem melayu"

*lariiikk*

fadz berkata...

bro, font ak nampak lah, tak leh ke bawak ke tengah sikit...

BudAk hijAu berkata...

maskara sngt best!!

dpt jugak kita berjumpa secara realiti wapaupown sy sngn pasti kamu tidak mengingati sy...wakakakaka..

anak anda sngt somel!

edzlin007 berkata...

salam, saya suka layout ni. tp strip filem tepi tu telah ganggu tulisan warna putih ni. atau adakah hanya saya je alami masalah ini

Tanpa Nama berkata...

brader ajami rasanya blog u problem kalau view guna skrin pc lama yg 4x3 tapi widescreen ok

Marissa berkata...

Ehehe.. Saya pun rasa ada sikit seperti Jewel.

Walaupun tiada F**k, tapi WTF ada disebut.. Ahahahah.....

Smlm sungguh best.. dan psttt.. layout baru comey.

deennasour berkata...

aku salu terlepas dan ketiadaan masa ke maskara!
uncle bukan nak ingatkan. *keh3.

layout you mmg mengancam!
nih baru lah nampak mcm pengulas filem terhebat!

Indrasakty berkata...

Sekali aku dengar dia baca sajak, terus-terus aku teringatkan Nasir Bilal Khan.

Sejenak aku pejam mata, masih aku terbayang rupa Nasir Bilal Khan.

Aku amati lagi, sah memang dia ada aura suara Nasir Bilal Khan.

Itu Adam Kasturi ada apa-apa kaitan dengan Nasir Bilal Khan tak?

Ajami Hashim berkata...

Maya ~ bagus blog kau yg centralize-kan psl filem tu! kudos!

fadz ~ aku rasa kau guna pc 4x3 bukan widescreen kan bak kata anon tu? takper aku dah tukar skit layout sebelah kiri utk mudahkn pembacaan dgn dark-background.. huhu! good luck wt ur tygn amal WAYANG bro :-) td kuar kat pancaindera siti jarum! kelasss gitu!

nurul ~ tq & habislaa kita kena serang dgn fanatik ana raffali! larrikkk!

incik aidi ~ tq & nnti i komen ;-)

miss brat ~ begitu jua diriku sudah vote utkmu! hahaha..

amirnazrin ~ kau bila nak perform kat maskara bro? hehehe..

shahiri ~ tq.. ekceli main gidam2 jer html basic blogspot sesukaatiku! kekeke..

addy ~ nx maskara if ko turun bleh citcat k ;-)

helmi ~ tq tq.. good luck 2 u 2 bro! ekk? interview yg mana bro?

mahhass ~ apa barang tarik diri bro? awards tu bukan oscar ok! kahkahkah.. fyi blog ini juga kekdg mempromot kroni2 ajami shj! kejarrr!

budakhijau ~ u yg sergah semlm jumpa nurul/razor tu kannn? ekceli i yg segan coz rasa sgttt tak popular berbanding nurul & yg lelain! hahaha!

edzlin ~ baca komen i pd fadz di atas.. i dah ubah skit 4 u guys ;-)

tanpa nama ~ tqlah bagitau ekk.. sapakah kamu yer?

marissa ~ tq & oh really? maka dgn itu adam mencarot secara suntingan! hahaha!

deen ~ alasannn! iklan ni sejak hari jumaat! ceh!

indrasakty ~ ada ker yg betul2 original semlm? huhuhu..

ryann berkata...

wah...nampak cool

jOnOs berkata...

Ajami,

Gelak anak kau buat aku sendiri tak tertahan gelakkan dia.

Kirim salam sama anak2 kau. Kita ber Tom Tom Girl nanti.

Ha ha ha.

famia berkata...

walaupun tengok dekat Youtube saja.. terasa aura persembahan adam tu macam kartun Nightmare Before Christmas.

Hitam. Gelap.
Tak tenteram.
Muzik naik turun.
Naik turun.
Berulang-ulang.

Haah.
Suara dan gaya sangat mirip Nasir Bilal Khan.

razor berkata...

mana nak tgk persembahan, kalau dah belrlari berkejaran dengan askar, bantai borak kat tingkap, 'memuji tetttt.blogspot.com' je.


lalalalarikkkkkkk..
haha

saudagar gaRAM.. berkata...

rebel?
hahahahaaa....