Bilakah kali terakhir kamu pergi menonton filem Melayu di pawagam yang sebenar-benarnya berbaloi? Filem apakah berlabelkan klasifikasi 'U' yang betul-betul selamat untuk ibubapa membawa anak-anak ikut bersama menonton dan berhibur? Inilah filemnya!..

Apakah kekuatan sebenar (dan kelemahan) filem GENG: Pengembaraan Bermula.. yang hanya bersandarkan kecanggihan teknologi imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilan video dan audio dalam bentuk animasi 3D tersebut? (baca: tanpa nama besar industri perfileman arus perdana samada pengarah, pelakon atau produksi) Mari saya cuba kupas satu-persatu..

1. Skrip. Lakonlayar. Naratif. Jalan Cerita. Idea.

10 minit pertama

Inilah asas dan dasarnya yang paling kuat! Saya suka dengan garapan, kekemasan dan jalinan cerita di sepanjang penontonan filem ini walaupun ada juga beberapa kelemahan yang agak ketara. Visual, bunyi, dialog, babak dan sekuen babak disusun dan dipersembahkan dengan mudah dan sangat berkesan. Maknanya ia tidak cuba untuk berkias dengan apa-apa yang merumitkan bagi penonton dari peringkat umur mana pun untuk memahami dan mengikuti ceritanya dari mula sampai habis. Salah satu hukum-hakam penulisan skrip ala Hollywood yang rasmi ialah '10 minit yang pertama'.. dimana plot utama cerita mesti diperkenalkan dalam jangkamasa tersebut sebagai hook atau umpan atau benda yang akan menggerakkan perjalanan cerita seterusnya tanpa henti. Selalunya pada lebih-kurang minit ke-10, sesuatu visual atau dialog atau babak atau aksi atau apa-apa saja yang diketengahkan ialah klu utama yang akan menjadi konflik atau masalah atau rahsia atau antagonis atau apa-apa saja yang penting untuk keseluruhan cerita. Kegagalan atau ketiadaan klu utama ini yang kukuh, maka cerita akan menjadi hambar atau huru-hara atau mengelirukan. Jadi, cuba kamu set jam tangan kamu bila menonton filem ini nanti dan beritahu saya babak apakah di minit ke-10? (jawapan di akhir ulasan nanti! hahaha..)

set up/pay off

Filem ini banyak bermain dengan teknik penceritaan mudah walaupun tidak masuk akal tanpa disedari oleh penonton. Ia semacam perjanjian yang kemudiannya ditunaikan di sepanjang cerita supaya senang diterima akal.. tunjuk >> buktikan.. set up >> pay off.. yang paling ketara ialah kebolehan magikal Rajoo untuk bercakap dan memahami bahasa haiwan ditunjukkan semasa babak awal dia mengarahkan Sappy - lembu kesayangannya (set up) maka penonton terima logika itu yang akan digunakan di babak-babak seterusnya bila berkomunikasi dengan Oopet (pay off). Cuma saya terdetik di hati samada Oopet itu sebenarnya seekor haiwan atau makhluk asing ekk? hahaha..

The Hero's Journey = The Hero With A Thousand Faces?

Filem ini menggunakan plot penceritaan paling asas.. kalau kamu pelajar perfileman atau penulisan kreatif, sila baca >> sini & sini & sini & sini

Sebetulnya memang filem Geng berasaskan kisah pengembaraan yang begitu berstruktur sehingga sangat mengikut acuan Hollywood. Ya betul, ada unsur ke-Malaysian di awal-awal babak ala siri tv Kampung Boy karya Datuk Lat. Filem ini cuba menggunakan rasa kekampungan itu, cuma saya rasakan ia sekadar kulit yang nipis sahaja. Isi sebenar filem Geng ialah aksi non-stop ala roller-coaster selepas lebih-kurang 37 minit ke depan naratif filem bila Rajoo, Upin dan Ipin terserempak dengan Oopet. Dari situ filem ini bertukar kepada filem fantasi animasi yang hanya meniru (yang boleh pakai) atau spin-off 1001 jenis teknik dari filem-filem aksi pengembaraan filem terdahulu dari Hollywood dan Asian Anime. Namun begitu, apakah yang asli lagi untuk filem animasi di masakini? Tiada bukan? Filem Geng cuma menceduk dari sana-sini lalu mengkreatifkan idea itu ke bentuk bikinan wajah dan bahasa tempatan. Itu sahaja. Mungkin filem prekuel atau sekuel selepas filem ini nanti akan lebih baik?

Lubang plot

Saya senaraikan sahajalah mana yang agak ketara: (kamu boleh tambah atau jawab atau defend di kotak komen.. hahaha!)
- Badrol tidak tahu arah jalan ke rumah Tok Dalang
- Lim tidak tahu di mana jamban
- Badrol, Lim dan Ros cepat betul menjumpai Rajoo, Upin dan Ipin
- Singh dan Sally mesti berpakaian raksasa semasa menangkap haiwan liar

Filem ini sebenarnya seperti cantuman beberapa filem pendek yang tidak berkaitan dan kurang membantu pengembangan plot. Misalnya apakah babak berlumba motor di antara Badrol dan Lim cuma penayangan visual berbentuk animasi 3D dan menunjuk-nunjuk untuk memanjangkan cerita? Lainlah kalau ada babak di belakang kemudiannya dimana Lim akan beraksi merempit skuter untuk selamatkan Oopet misalnya.. hahaha!

Perwatakan - ensemble cast

Filem Geng seperti tajuknya ialah filem bergotong-royong di antara kesemua watak untuk bercerita. Namun begitu watak yang paling menonjol dan penting ialah Rajoo sebagai hero kerana kelebihan dia untuk berkomunikasi dengan haiwan (sorry kepada diehardfan Upin dan Ipin! hahaha!)


2. Teknologi Animasi 3D

Seandainya tanpa CGI filem ini adalah kosong! Hanya dengan teknologi itu sahaja maka semua babak-babak luarbiasa dan magikal mampu difilemkan untuk cerita ini.


3. Strategi Pemasaran. hype. Upin dan Ipin

Inilah sebenar-benarnya faktor utama yang menjadi kelebihan filem Geng! Setahu saya, Upin dan Ipin hanyalah sebahagian watak-watak pembantu dalam filem ini yang muncul popular selepas ditayangkan di TV9. Gelombang pasaran besar yang datangnya dari peminat setia siri tv itu tidak mengira peringkat umur ialah kelompok penonton sedia-ada yang paling ya amat sangat ramai untuk memenuhkan panggung bila filem ini ditayangkan. Ia bukan faktor siapakah pelakon atau suara latarnya atau pengarahnya atau genre atau apa saja selain dari Upin dan Ipin yang juga menjadi maskot filem ini. Di samping itu, pekerja-pekerja produksi filem animasi 3D ini yang berjumlah lebih 40 orang ialah para graduan muda yang arif dengan kuasa hype internet dan media lain. Filem ini memakan masa lebih 2 tahun pembikinannya. Jadi.. kalau saya sebagai blogger mampu memperkenalkan blog ini ajamihashim.blogspot.com secara seorang diri dalam jangkamasa yang sama, apatah lagi dengan lebih 40 orang? Betul tak adik-adik LCP yang sedang membaca perenggan ini? hahaha!


Kesimpulan.

Seperti yang saya tulis dalam borang Q&A dahulu:
"Filem ini ialah benchmark untuk filem animasi buatan Malaysia di masa akan datang. Tahniah!"

*babak di minit ke-10 ialah bila Badrol dan Lim bertanya kepada Pak Atan dan Singh (yang juga penjahat) tentang rumah di atas bukit dimana konflik utama cerita ini berkisar tentang rahsia sebenar di sebalik isi rumah itu.

*ok! dah habis dah! sekarang klik ulasan hebat Rasukan Ablasa ni pulak! ehem! ehem!