Ahad, 17 Mei 2009

Konsert Akhir AF7


siaran ulangan @ ASTRO RIA
17 May ~ 12pm, 11.30pm
18 May ~ 2.30pm
19 May ~ 3.30am, 12pm
20 May ~ 7.30am, 11.30pm
22 May ~ 2.30pm
23 May ~ 12.30am, 3.30pm
24 May ~ 6.30am










kredit youtube: tarzankota2a


kredit youtube: klubbkidd.com





91 ulasan:

one love berkata...

hish, mentang2le kerja astro, laju je dia mempromotenya ha!

haih... m gonna lose some besties lah masa musim AF ni sbb deme suka sgt cite ni... and me tak minat nak tengok! how? how?

m gonna be damn lonely di setiap malam minggu! oh tidak!!!

H.E.H berkata...

AF dah sampai edisi yang ke 7, fuhh boleh pergi smapai ke edisi ke 100 tu, ramai genit remaja suka. Mak Su kat kg pun suka gak

Ahaks...

Dah banyak sgt rancangan realiti ni, ramai sgt nak jadi penyanyi, sapa pulak nak dengar lagu, beli CD/DVD

Pelik ! Pelik !

norfa08 berkata...

owh kali ni amek lagi pelajar bertudung..smpai dua tu..
ada aje AF ni nak bagi gempak! kontroversi la tu kang...

mcm dah takde seri lagik cam dulu..Apa plk yg menarik kali ni eh?

Azer Mantessa berkata...

tak sabaq nak tgk cikgu shafi
:-)

Bie berkata...

wah....mane satu isteri c ezany belacan tuh?

sape ler pngetua kali nih...

saat omar berkata...

AF rock onnn!!

miezi berkata...

damn small world. Qhaud? Biar betul budak nih.

razor berkata...

tunggu af20, baru nak join. haha

addyaholix berkata...

jarang tengok af bang.
tv pon saya jarang tengok.
kita tunggu kontroversi musim ni pulak haha!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Bila kau nak jadi juri pulak Mil. Hahaha!

Ajami Hashim berkata...

keputusan rasmi SIAPA yg dpt masuk ke AF7 ialah pd:

Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian kedua)
Ahad, 8 Mac 2009, 9.00 malam

*tQ ALL bg komen di atas, jgn lupa afundi tau! ahahaha!

Ajami Hashim berkata...

TIARA THE PRINCIPAL ~ 10 poin/soalan terbuka Ajami Hashim

1. adakah Tiara akan 'mengajar' dlm ertikata yg sebenar atau dia akan semakin mempopularkan dirinya sendiri?

2. apakah akan timbul perebutan limelite di antara 2 org DIVA iaitu Tiara vs. Ida Nerina?

3. Tiara bukan komposer/pemuzik profesional.. tapi yes beliau seorg performer yg profesional, maka ke manakah hala tuju AF7?.. ke pentas dewan Istana Budaya?

4. apakah jawapan Tiara kalau ada pelajar AF7 yg bertanya kpdnya: "Madam, adakah lagu ini sesuai dgn tone suara saya?"

5. wardrobe/costume department sure akan 'masakkk' kalau Tiara mahukan semua pelajarnya kelihatan cantik/hensem setiap kali konsert! unless Tiara berkompromi!

6. adakah Tiara akan byk kerenah keperluannya yg bukan2 di lokasi AF7 yg setahu saya memang hectic ya amat setiap saat on-camera?

7. mampukah Tiara menghadapi kritikan apa saja dr semua angle & sumber media: tv, akhbar, majalah, radio, internet, @15 etc..

8. berapakah sebenarnya budget utk perkhidmatan dr Tiara sbg Pengetua AF7 oleh penerbit AF7?

9. mampukah semua pelajar AF7 mencapai tahap skala persembahan yg dikehendaki oleh Tiara?

10. adakah sultanmuzaffar iaitu salah seorg diehardfan Tiara akan mengkritiknya bila perlu dikritik? larrikkk!

..apa2 pun, saya merasakan mungkin AF7 adalah yg paling hebat drama & persembahan dr semua pelajar, pengajar & produksi!

..entahlah.. saya hanya mula terasa 'bahang' transformasinya! ahahaha!

saat omar berkata...

Afundi Sidi ok...dia kawan internet saya...ahak.

chedd.eddie.yusoff berkata...

amboi amboii amboi en ajami :p

sultanmuzaffar berkata...

soalan 10 tu yg tak tahan tuh.

Maizura Mohd Ederis berkata...

Sdr HEH,

skrg org dah tak dengar CD sbb selera peminat muzik dah berubah dgn drastik. Pemikiran anak2 muda skrg agak advance. Mrk tak lagi gilakan genre pop/mainstream entertaintment, sebaliknya more to aliran Indie. Tengok lah AIM, AJL siapa yang sapu? Jadi, band Indie saja blh pergi skrg. Sdgkan genre pop yg turut sama menjual sensasi, kontroversi, hiburan murahan, sudah mula tak laku. Album siti pun katanya, laku 3,000 unit saja. Sbb muziknya dah ketinggalan zaman. Jadi skrg, the industry alihkan perhatian ke realiti show. Tapi konsepnya sama mcm pop...mrk jual 'cerita human interest', bkn muzik. Sbb muzik tu sendiri tak bawa apa2 makna pd masyarakat kita, sebaliknya hiburan semata. Pengkarya kita sedar hal ini lalu 'set'kan minda hanya utk bekerja dlm industri. Kaut duit sbyk2..samada makan gaji or bisnes. Mrk cari makan saja, bkn mengembangkan bakat dan kreativiti ke tahap maksimum. Jadi, itu lah skrg realiti show makin popular. Stesyen TV saja yg buat duit skrg, sdgkan sykt2 rakaman yg dimiliki olh taukeh2 cina yg tak tau apa2 psl seni/muzik, bungkus satu demi satu. Sy dpt maklumat ini dr kenalan, seorang pemuzik dr aliran Indie.

Tentang Tiara, mmg dia tak tau apa2 psl muzik, tp ada satu kemahiran Tiara yg tak ada pd org lain. pandai marketing dan ada will power yg kuat. Zaman skrg, kalau kita pandai bab "promosi diri/barang yg nak dijual" dan ada "will power", InsyaAllah batu tepi jalan pun kita blh buat. Sbb Sy ikut kerjaya Tiara dr awal..sy nampak dia ada potensi utk gilap batu tepi jalan jadi berlian. entah lah..ini sekadar andaian saya saja. Mungkin betul atau tidak, sama2 lah kita tengok nanti, ya.

semut kecil berkata...

Dijemput hadir ke majlis Retrospektif Sutradara Indonesia; RIRI RIZA yang terkenal dengan filem Laskar Pelangi, Gie, Eliana Eliana etc anjuran Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM.

Di Pawagam Mini P.Ramlee pada 14 & 15 Mac 2009 (Sabtu & Ahad) dari jam 10 pagi hingga 6.30petang.

Antara acara adalah tayangan 3 buah filem beliau, sessi apresiasi dan bengkel untuk pelajar perfileman.

Jadual acara boleh dirujuk di skrinfilem.blogspot.com

Jadi, moh le ke sana... =) datang, jangan tak datang... =)

Mintak tolong hebahkan sekali pada keluarga, saudara mara, ibu bapa, anak anak, kawan2 etc... =)

Azer Mantessa berkata...

salam ajami

nak tanya sat

tahu tak mana2 website yang ada beri penerangan tentang macam mana nak antar lagu seperti yang pernah dibuat untuk AF6.

hehe

nanti saya datang balik bila ada jawapan, thanks

Ikhares berkata...

apesal blog kitorang tak boleh upload entry baru ah??

kena virus ke??

Ajami Hashim berkata...

Konsert AF7 #1 ~ 10 poin Ajami Hashim

1. Pengetua AF7 bertitle Datin Seri.. so untuk 'mendarjatkan' lagi AF7, maka salah seorang Pengkritik Tetap AF7 adalah bertitle Dato'.. tepukkk!

2. Kedudukan meja Pengkritik Tetap AF7 di tepi kanan pentas?.. maka akan sentiasa 'senget'lah fokus tumpuan mereka! ahahaha!.. kan lebih bagus mereka ditempatkan betul-betul di depan/tengah mengadap pentas untuk lebih dekat dan teliti bagi melihat dari jarak sebenar setiap persembahan tanpa bergantung kepada head-phone dan monitor yakni camera-angle produksi?.. jadi mereka boleh tonton setiap reaksi dan ekpresi wajah sebenar setiap persembahan pelajar.

3. Bagi saya, gubahan semula oleh Acis untuk lagu-lagu Hatiku Kau Luka (Akim) dan Jeritan Batinku (Obri) sangat baik kerana berjaya men-terkini-kan lagu itu sesuai dengan umur kedua-dua pelajar.. walaupun agak dikritik oleh Pengkritik Tetap pemilihan lagu-lagu itu, tetapi saya suka kerana sekurang-kurangnya budak-budak tu mengangkat semula popularitinya dalam rentak persembahan ala remaja.. namun apabila 'pemilihan' lagu-lagu evergreen itu dipertikaikan seolah-olah mengundang kekeliruan kepada para pelajar dan saya sendiri iaitu - apa salahnya mereka menyanyikan semula dengan rentak dan kesesuaian umur mereka sekali lagi?.. apakah nanti apabila semua pelajar menyanyikan lagu-lagu pop terkini sahaja maka akan timbul pula persoalan kenapa tidak cuba nyanyikan lagu-lagu lama?.. situasi ini sama juga seperti apabila Shiela, Syafinaz, Dayang dan KRU yang pernah me-remix-kan lagu-lagu evergreen dalam album tribute sebelum ini.

4. Ketiadaaan tarian lagu tema Menuju Puncak dan tagline pelajar adalah seolah-olah 'menderhaka' kepada hukum-hakam program tv AF itu sendiri! matilah kannn!.. kenapa? kerana itulah salah satu ciri dan identiti program itu berbanding dengan rancangan realiti nyanyian yang lain! regardless busuk macamanapun tarian dan tagline mereka, namun ia adalah keperluan wajib yang ditunggu oleh peminat setia program AF!.. ahahaha!

5. Hafiz yang menyanyikan lagu Lagu Kita dikatakan yang terbaik?.. kenapa? kerana dia pandai memilih lagu yang sedang hits terkini dan begitu familiar dengan halwa telinga majoriti penonton terutamanya remaja masakini.. lagu itu juga terlalu simple dan tidak terlalu mencabar.. ikhlas saya katakan bahawa seandainya lagu yang sama dinyanyikan oleh pelajar lelaki lain PASTInya akan dikatakan yang terbaik juga.. maksud saya, faktor lagu itu sendiri yang 'menampakkan' bahawa ia dinyanyikan oleh Hafiz untuk sedap didengar.. itu sahaja!

6. Boleh dikatakan pemilihan pakaian untuk semua pelajar adalah.. terlalu BIASA kononnya untuk kelihatan simple sehingga kelihatan terlalu murah!.. larrikkk!

7. Pencahayaan keseluruhan konsert dari kacatv kelihatan suram dan kurenggg ceria warna-warninya.. mungkin screen tv saya sahaja kot? ahahaha!

8. Dua 'pulau' kelompok penonton di sisi kiri-kanan pentas macam 'hidup segan mati tak mahu' jer!.. mungkin perlu diramaikan lagi supaya nampak lebih meriah!

9. AC Mizal masih dengan gaya tipikalnya untuk memperkenalkan setiap pelajar yang terasa kelakar bila dia 'menjeritkan' nama setiap pelajar! OBRIII! AKIMMM!

10. Taip 'AKIM' dan hantar ke 32999!.. ya! saya mahu Akim jadi juara AF7!.. ahahaha!

Pen_Merah berkata...

Ajami Hashim mahu Akim jadi juara??? PM takkan percaya entri ini.... hohoohohoh....
Afundi Rubisa! agagaga!

Kurt Kuden berkata...

yaaahh me too.. kalau akim tak jadi juara pn takpe.. bg aku, sore Akim mmg sedap

CAHAYA berkata...

7. Pencahayaan keseluruhan konsert dari kacatv kelihatan suram dan kurenggg ceria warna-warninya.. mungkin screen tv saya sahaja kot? ahahaha!

Bukan kot. Sebab TV Cahaya pun sama gak. Suram. Rasanya salah pilih freq. Measat kot. Amik yg low bajet punya. Tu pasal la suram, malap je. Camera shots pun x best. Time kita perlu tgk muka, dpt long shot plak. Hish!

Yang lain, tak berani komen. Walaupun mulut ni dah tak tahan nak lepas. Haha. Ye lah, kita mane tahu hal2 picing segala ni kanssss?

naOmi cAmbEeL berkata...

1. Terlalu sinis.. biarlah.. layak pe.. Tiara n Katy.. Masing2 berpengalaman...

2. Aku setuju pasal meja tu.. memang patut letak didepan. Dah le tepi.. jauh lak tu.. harap dapat dialihkan ke depan minggu ke 2 ni..

3. Memang muzik yg acis buat tu bagus tapu suara mereka x fit lagi utk bawa lg sebesar itu.. mereka yg bergiat dlm muzik tahu lah... ni pertandingan.. sms lak tu.. kena le pilih lagu betul2.. juri bukan kondem lagu2 lama tu cuba bila mereka ambik resiko mcm ni nmpkkan kelemahan mereka.. peluang pilih lagu bukan selalu... mungkin sekali.. pilih le lagu yg top n mudah dibawa..

4. Setuju pasal tarian. DERHAKA!!. Tapi bila tgk stage.. muat ke 14 pelajar nk nari atas tu? Macam sempit je.. Cikgu dia kata nk simpan dulu.. entah pe2.. DERHAKA!!!

5. HAFIZ? Memang dia nyanyi bagus. Perfect? Lagu tu senang?? Baik ko tgk ujubakat.. lagu senang ni ramai yg kantoi. Aizat nyanyipun pernah sumbang tau. Tp Hafiz bijak.. dia amik peluang pilih lagu yg tepat macam Aishah..

6. Terlalu MURAHHH!!! Macam kat pasar malam... baju2 aku lagi voke walaupun x branded... harap tukar... buruk.. buruk... buruk.. AF yang VOKE dah jadi MURAHH....

7. TV ko ngan aku sama kot.. hahaha..

8. Matikan ke terus pulau tu.. kalau x nak, bw ramai sket orang kt situ...

9. Hahaha... kesian AC..

10. Akim?? Biar betul ko ni.. Mustahill...

p/s : Mcm mana dgn akim & aishah? bagaimana dengan permohonan ke U mereka? Ada sapa2 usahakan borang2 utk mereka? Jgn sampai tercicir. Rasanya keputusan mereka agak baik..

Joey Mie berkata...

kenapa akim...? akim nyanyi lagu tapi x sesuai dgn suaranya la rasanya..

nak hafiz menang sebab...lagu aizat nampak senang tapi susah sebenarnya...bukan semua orang boleh bawak..kredit la untuk hafiz dia boleh bawak...

Ehsan Ismail berkata...

Assalamualikum Encik Ajami,

Pendapat saya yang dah umur 45, sudah merasai zaman remaja akhir 70an, minat kepada penanyi Hail Amir, Uji Rashid, Black Dog Bone, kemudian, kumpulan Carefree dan Alleycats sekitar awal 80an, kemudian Ramli Sarip lagu Kamelia, dan akhirnya ROCK 80an iaitu Search, Wings, Bumiputera Rockers. Semuanya itu masih evergreen dan hanya tinggal kenangan manis masa kita rock muda-muda dulu.

Apa yang saya lihat, zaman kecanggihan teknologi komunikasi, anak-anak muda sekarang bernasib baik dan beruntung mempunyai peluang seperti AF, bukan hanya sebagai penyanyi tapi juga boleh masuk bidang lakonan, pengacara rancangan realiti, masak-masak dan lain-lain yang mana boleh mengembangkan dan memeriahkan lagi dunia mass media kita.

Maknanya sekarang peluang terbuka luas.

Tiara J sebagai Pengetua, mungkin ada pro dan kontranya. Tapi dunia zaman sekarang anybody can be a leader wak ima apapun pengalaman mereka. Sekarang bekas jurutera elektrikal pun sudah menjadi usahawan ikan air tawar. Kalau kita lihat CEO Virgin Airlines iaitu Sir Richard Branson, dia hanya lepasan Form 3 (di England).

Mungkin Tiara ada satu elemen penting yang mungkin dia di pilih.

Hanya pendapat bekas pemuda rock 80an lepasan sekolah menengah......

Ajami Hashim berkata...

Pen_Merah ~ saya hanya cuba 'mempengaruhi' namun keputusan masih di tangan peng-afundi! ahahaha!

Kurt ~ at least top-5 finalist kannn!

CAHAYA ~ then tv kita tak rosak lah yer tak?

naOmi ~ tQ ekk coz ulas balik my 10-poin.. result spm akim & aishah kena ikot tru diari kot.. hope derang lulus ;-)

Joey ~ hafiz cuma 'lucky' nyanyi lagu tu sedangkn dlm diari harian af7 dia antara character yg kurengg menyerlah! perlu di igt bahawa afundi dtg dr afundi harian (yg suka tgk diari) and konsert (mingguan).. apa2 pun kita wait'n see lah.. ahahaha!

bro Ehsan ~ tQ tQ tQ.. saya akn ikuti blog brader mulai sekrg psl scriptwriting tu.. muahhh!

my name is KARL berkata...

bro..

agreed

AFUNDI AKIM!

Apart from Akim, Karl votes Kak Isma, Aishah & Aril juga..

Ehsan Ismail berkata...

Terima-kasih Encik Ajami,

Selamat berkenalan.

Terima-kasih kerana sudi menjenguk pondok blogspot yang tidak seberapanya ini.

Any way saya try to maintain it, maklumlah umur mid 40s. Kalau budak sekarang memang sangat kreatif.

Saya suka menziarahi blogspot anda, macam ada rasa ceria. Keep it up. Saya juga peminat pengarah hebat kita iaitu Encik Mamat Khalid dan tempurungpecah.blogspot beliau.

Wassalam.

amirnazrin berkata...

tahun depan jgn lupe bang AFUNDI AMIR.hahahaha

Saya SuperDiyana berkata...

saya juga mahu Akim mnang! jom AFUNDI AKIM !

CAHAYA berkata...

Konfem TV kita tak salah. Haha. :) Try minggu ni plak. Nak duduk dekat TV sket, mane tahu leh bagi penCAHAYAan lebih.

Ajami Hashim berkata...

Konsert AF7 #2 ~ 10 poin Ajami Hashim

1. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
2. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
3. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
4. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
5. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
6. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
7. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
8. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
9. saya TIDAK MAHU Edrie Hashim jadi pengritik tetap AF7!
10. afundi AKIM, HAFIZ, ZIZI, AISHAH, RUBISA, CLAUDIA & ARIL!

tiara fanz berkata...

Edrie Hashim tu dressing dia dah lain macam dah.

Tanpa Nama berkata...

mr ajami..

I think akim got a lot of potential there..ada kelainan dari segi suara tapi his attitude macam budak2 sket..tapi what do you expect from budak baru jer dapat result SPM?

Personally, terlalu matang sangat pun I dont prefer..hahaha

secondly...the elimination of adila clearly sent the message to astro that is

jangan ambil artis masuk AF! Leave the idea to the OIAM only!!!

owh well..Adila pun tak menonjol sangat..and now we know napa album2 dia tak laku...hahaha


MY pick for the season?
Zizi, Akim and ................

Hafiz? He's good but I dont see more of his personality...I mean he's just plain on tv..macam takde karekter la plak...matila vote ikut diari..wakakaka

Ehsan Ismail berkata...

Di awal musim Akademi Fantasia sekitar 6 tahun yang lalu, dalam fikiran kita akan lahirlah bintang penyanyi superstar dan boleh bertahan dalam beberapa tahun.

Akan tetapi cuma apa yang terhasil kebanyakan bekas pelajar akademi masuk ke dalam bidang seperti pelakon filem/drama, pengacara rancangan TV. Bagi saya bagus juga membolehkan mereka meningkatkan kemahiran masing-masing dalam pelbagai bidang yang di ceburi.

Dalam Akademi Fantasia, yang utamanya ialah belajar bidang nyanyian dengan segala aspek teknikalnya. Yang lain seperti lakonan cuma sampingan.

Jadi, apakah Akademi Fantasia sudah berjaya melahirkan seorang penyanyi yang gemilang, cemerlang dan terbilang?

Dalam diari mereka di beri segala tunjuk ajar dalam pelbagai ilmu nyanyian dan lain-lain aspek artistik.

Tapi apa yang saya harapkan, pelajar di beri satu sessi setengah jam serba sedikit ilmu luar seperti...apa pendapat mereka tentang ekonomi dunia, apa pendapat mereka tentang global warming, apa pendapat mereka tentang nasib golongan terpinggir dan sebagainya. Kita tahu mereka golongan terpelajar, tapi alangkah baiknya ada di antara pelajar akademi golongan professional boleh kongsi pengalaman dan pendapat dengan pelajar lain. Bolehlah di panggil golongan akademik ke asrama mereka.

Maksud saya, hasil keluaran Akademi Fantasia bukan hanya setakat menyanyi tetapi mempunyai daya pemikiran yang luas.

Maknanya bagi kita, pelajar Akademi bila keluar nanti bukan hanya menghiburkan masyarakat, tetapi boleh berbuat sesuatu untuk masyarakat dan itu secara tidak langsung akan meninggikan ranking mereka dalam rating masyarakat dan sentiasa diingat.

Itulah transformasi yang sebenarnya.....

Mr. Manager berkata...

Aku dipaksa semalam oleh seorang blogger tersohor dan seorang forummer lagi tersohor untuk menghantar sebuah undi untuk Akim :-(

Aku membazir duit 50 sen semata mata dipaksa :-(


*terbanggg*

jeremytuah berkata...

benchmark AF ni tinggi sangat tau.. AF dah jadi satu fenomena.. tapi setakat 2 minggu ni, belum ada kelihatan any improvement ketara dari segi persembahan.. Konsert 2 macam Malam Karaoke je.. **sigh

gidong berkata...

K bro ajami, gidong dah publish ulasan konsert kedua hehe

Maizura Mohd Ederis berkata...

Ajami,

Sy blm sempat tengok AF7 lagi. Apasal tak suka Edrie Hashim? Tak "kaw" ke kritikan dia? Atau terlebih "kaw", tak suka? Dia tu jiran saya...kami tinggal satu block appartment...saya tgkt 2, dia tgkt 5.

Tanpa Nama berkata...

apsal undian isma tinggi semacam? sedap sgt ke performance die?

Ehsan Ismail berkata...

Selalunya undi secara logiknya dari suaminya, keluarganya, rakan setugasnya, rakan sekampung, rakan sekolah dan mungkin ada sebahagian dari luar lingkungan hidupnya yang tertarik dengan persembahannya.

Mungkin kalau 10 tahun dulu dia pasti ada x-factor. Ini Puan Isma sajalah.

Kalau 10 tahun dulu Akim dan Aishah masih darjah 2. Obri pakar ekonomi mungkin ambik UPSR.

:)

yatie chomeyl berkata...

saya pon xmo edrie hashim jd pengkritik...saya nak ajami hashim jd pengkritik hehehehe

addyaholix berkata...

ya. afundi hafiz.

jangan potong rambut!
haha!

Ajami Hashim berkata...

Blogger Mr. Manager berkata...

Aku dipaksa semalam oleh seorang blogger tersohor dan seorang forummer lagi tersohor untuk menghantar sebuah undi untuk Akim :-(

Aku membazir duit 50 sen semata mata dipaksa :-(

*terbanggg*

nanti amik akim jadi rekoding hartis kau ekkk! muahhhh!

Ajami Hashim berkata...

10 poin SIDI boleh jadi juara AF7!

1. Edrie Hashim kata "Masa saya join ujibakat itu hari dekat Bukit Jalil, you orang first sekali yang saya bagi hijau!.. bla bla bla.. I dah set you as benchmark!.. bla bla bla"

2. Drama betapa kerinduan Sidi, seorang suami mithali dalam diari harian sangat best ya amat dan dramatik!

3. Sidi orang Perak, Ajami orang Perak.. semangat kenegerian Perak yang sedang hangat diperkatakan mampu tempias kepada sokongan tidak berbelah bagi untuk Sidi.

4. Sudah sampai masanya seorang pelajar lelaki tinggi lampai jadi wakil sebagai juara setelah Farha, Shawal, Naim dan Fitri gagal!

5. Sidi berjaya menyumbangkan lagu-lagu di konsert AF7 setiap minggu dengan bersahaja, santai dan selamba.

6. Sidi tak pernah melawan atau menjawab bila dikritik cuma airmukanya sahaja kadang-kadang seperti berkata di dalam hati "Ada aku kesahhh!"

7. Setiap bentuk tarian Sidi begitu mengasyikkan!

8. Belum lagi ada penyanyi lelaki di Malaysia bernama Sidi.

9. Edrie Hashim kata "Masa saya join ujibakat itu hari dekat Bukit Jalil, you orang first sekali yang saya bagi hijau!.. bla bla bla.. I dah set you as benchmark!.. bla bla bla" (eh! dah ada kat atas ekk?)

10. Blogger-blogger tegar AF7 asyik kritik Sidi ajer!.. larrikkk!

Reez berkata...

tapi aper citer MAESTRO gulung tikar? pasni semua kne bertandang under ASTRO la gitu..tiap2 taun berbelas2 artis plak tu bertambah..aiyak

Ajami Hashim berkata...

reez ~ takper derang bleh buat show kat MASKARA pakai gitar kapuk! ahahaha!

Reez berkata...

hahaha...kang kol 1 pagi baru abes maskara ..ekeke

Ajami Hashim berkata...

kannnnn!... tros tukau MASKARAOKE katanyaaa! ahahaha!

Wawa berkata...

sebab nombor 4 merupakan sebab "paling kukuh" kenapa sidi "wajib" menang! < emoticon muntah sayor bayam >. muehehehe...

Akim AF7 Fan berkata...

THANKS MR.AJAMI COZ SOKONG AKIM ;-)

AFUNDI AKIM ;-)

wénkt berkata...

sokong Qhaud plz

Pen_Merah berkata...

Ajami...
lawak entri ni... dannnn... yes aku dah mula meminati Akim.... Edrie Hashim pun aku dah minat.... cemana tu? adoi~

Ajami Hashim berkata...

wawa ~ #4 tu BONUS okeh! lalala!

akimfan ~ pakcik 'berkecuali'.. camner tuh? ahahaha!

wenkt ~ ermmm!

Pen_Merah ~ yezza! edrie tu ala2'penyedap' konsert sbg bhn umpatan katanyaaa! larrikkk!

saat omar berkata...

muahaha...

Joey Mie berkata...

penyokong sidi plak dah...

Ajami Hashim berkata...

saat ~ muahahah jugak!

joey ~ 'baca' yg TERSIRAT bro! larrikkk!

Ajami Hashim berkata...

10 poin kenapa konsert AF7 #5 menghiburkan?

#1 dada & rantai Edrie Hashim semakin terdedah & seksa! euuu!

#2 lawak2 AC Mizal agak 'menjadi' lah jugak! ahahaha!

#3 kemunculan artis-artis AF & Aliff Aziz.. errr! next week cuba bawak Taufik Batisah pulak untuk naikkan rating Astro Ria Singapura).. ops!

#4 Adibah Noor!

#5 kemunculan motor-motor kapcai jenama Modenas kat atas stage?

#6 aircond dalam stadium makin sejukkk! (maknanya I was there ok! larrikkk!)

#7 kemunculan Zul suami Isma membuktikan bahawa AF untuk orang berkelamin jugak! matilah statement aku kann?

#8 aku berjumpa akubimbo.blogspot.com di kalangan penonton! larrikkk!

#9 dada & rantai Edrie Hashim semakin terdedah & seksa! euuu! (again!)

#10 AKIM masih kekal di AF7! ahahaha!

Tanpa Nama berkata...

eleh lu ni menggelabah la oi... asyik nak attack edry jer... just because he is better looking than u... jangan la over... nkau ni sapa ... takde orang kenal pon.... maybe nkau jeles sebab engkau botak... dan rambut edry tu lawa

Rilek la bang... rambut botak tu boleh ada ubat laa... pegi la yun nam hair centre... kahkahkahkah....

reminder... nkau ni sapa? tak de orang kenal.. takde kredibiliti... zero.. duk diam sudah la... pegi repair muka dengan rambut tu dulu ok.. muka cannot go ... ada hati nak letak gambar kat blog ni... lahawalawala...

kesian aku tengok nkau ni... ntah sapa sapa ntah... bersuara macam cukup ilmu di dada...

pegi repair muka dgn rambut botak nkau tu dulu... sebelum nkau sibuk pasal benda benda lain ok...

semayang hajat la... mintak tumbuh balik rambut nkau tu... kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Awak ni sapa? tak kenal langsung. Apa sebab kitorang nak dengar cakap awak? Kalau takde bende baik nak cakap, diam jer la. Berdosa besar tau memburuk burukkan orang lain. Tak belajar agama ke kat sekolah?

Awak nak jadi pengkritik ke? tak layak kot. Muka tak sesuai untuk TV. Kesian awak. Kesian. Nak sangat attention. Kesian.

Tanpa Nama berkata...

Yup. Obviously from your first comment till now, you have a personal 'thing' with Edrie. Only Allah know what it is.

No wonder you wrongly interprated what he said about Sidi and more and more.hahaha Chill la bro!

Once there is a bias symptom in your writing. (Not once ok. Your every writing pasal af mesti selit kondem Edrie) It will make your writing irrelevant.

Ko kan orang industri. Apa kata aku cabar ko jumpa direct. Sound tepat kat muka Edrie. Ada beran ke bro?

And ko tanya la Tiara direct soalan soalan ko tu.

At least they are there to defend himself.

Pethatic!

-SimplyME-

Ajami Hashim berkata...

Tanpa Nama 2:18PM ~ yun nam hair centre? kalau gua print komen lu boleh dpt diskaun tak bro/sis? kahkahkah!

Tanpa Nama 2:30PM ~ nanti gua masuk tv, gua email lu bro/sis! ahahaha!

Tanpa Nama 7:51PM ~ "It will make your writing irrelevant." maknanya komen anda juga 'irrelevant' jugaklah ekk coz posting gua 'irrelevant'? kuangkuangkuang!

NOTA: SORILAH EKK KALAU ADA PEMBACA BLOG INI 'TERASA' DGN ENTRI2 BERANTAI GUA NIH!.. JGN LA AMIK SERIUS SGT PUN COZ IT'S JUST AF7 DUDE! LAGIPUN KDG2 ISINYA PUN 'IRRELEVANT'! AHAHAHA!.. TAPI BAK KATA AZWAN ALI "ADA AKU KESAHHH???"

Ajami Hashim berkata...

..and by the way, F**K YOU HAZREY!

qhaud admin berkata...

sian qhaud tiada kejutan
http://qhaud.blogspot.com/2009/04/keputusan-selepas-konsert-af7-minggu-ke_12.html

saat omar berkata...

Setuju AF5 fun...sampai aku kena marahlah dgn mak aku sebab tukar channel lain nak tengok bola ok.

tapi kenapa segmen dan kejutan untuk Aril 'terlebih-lebih"..siap boleh bawak Adam kerumahnya lagi, pastu dapat bantal busuk lagi..sedangkan segmen untuk Sidi sikit jer...(tu pasallah Sidi out hehe)

Ehsan Ismail berkata...

Saya pendapat Akim bagus berlakon dalam filem atau drama TV iaitu watak seorang budak remaja yang innocent....

Sidi berlakon dalam watak seorang seniman jalanan , mengembara bawa guitar...

Para penerbit filem dan direktor ...sila ambik perhatian ....mereka ni ada x-factor dalam filem.

---Pilih Kasih TV2 (Rosyam Nor) atau Anak Wayang Astro ****

DonCorleone berkata...

Salam. Tak sempat nak sembang panjang dengan kau! Patut kita mengumpat sejam dua! Apa pun, AF7 pulak bagi aku happening sebab Marsha cunnnnn!!!!!!! And Vince punya suara power! Hahaha. Anyway, blog kau ni lawa lah! Buat design untuk aku boleh tak? :)

Ajami Hashim berkata...

qhaud admin ~ redha ajerlah dik! ahahaha!

saat ~ pun gak redha ajerlah sidi! huhuhu!

Ehsan ~ akim jadi host GERAK GERI GASING pun ok gak bro!

DonC ~ nak design kan boleh jer bro! kau nak gambar apa as background? email me @ ajamihashim@gmail.com
..nanti aku ajarkan cara2nya guna layout asal blogspot ajer nih! peace bro!

queenlyana berkata...

hye.. i'm just drop bye n want to say..
hello hello hello

walla weh... whoaaa

Ajami Hashim berkata...

10 poin 'irrelevant' Ajami Hashim untuk konsert AF7 #6:

1. Iringan muzik dari 3 buah band MALAYSIA yang sangat hebat iaitu Estranged, Kristal dan terutamanya otai-otai Lefthanded! Berani saya katakan bahawa ketiga-tiga band MALAYSIA seakan 'menenggelamkan' Cokelat?

2. Apakah graf persembahan Isma sudah statik? Tapi sejujurnya saya hormati pengafundi-pengafundi Isma yang begitu setia dan berhabis-habisan! sujuddd!

3. Aishah 'berjaya' melompat-lompat girang walaupun berkasut tumit tinggi! Wow!

4. Cekak rambut Hafiz dan rambut Razlan-Kristal yang lip-lap-lip-lap akan menjadi trend-setter? ahahaha!

5. Tarian MENUJU PUNCAK rupanya diiringi oleh live band!

6. Kecantikan susunan gigi Aishah dan Claudia terserlah putih dan bersinar serta kemas ya amat! (makin laku ler LIVINGWELL ahahaha!)

7. Nyanyian Yazid mampu menjuarai carta karaoke RED BOX? euuu!

8. Aril membuktikan mat shuffle boleh menjadi mat rock yang kental! bolehhh?

9. Qhaud meninggalkan AF7 dengan sebuah persembahan yang bermaruah!

10. AKIM masih kekal di AF7 malahan berjaya di tempat ke-3 selepas undian ditutup seakan menandakan bahawa popularitinya semakin meningkat! good-gooddd!

Ehsan Ismail berkata...

Bila dengar Yazid lagu lefthanded ..... teringat ketika bersama rakan mat rock duduk di depan kedai muzik Ah Seng....23 tahun dahulu kala.

Dalam bilik mandi menyanyi macam Qhaudlah tu...

Alahai...nostalgianya...

addyaholix berkata...

saya peminat hafiz. dah mula pakai cekak jugak tapi rambut tak cukup panjang.

nErAQA berkata...

Tambah lagi 1 point:

11. Hiburan 'urban melayu' ala luncai yang tak seberapa ini berleluasa menjadi topengan budaya sedangkan di luar, kaum melayu akan jadi gelantangan di negara sendiri dalam 10 tahun akan datang!!

Ni lu tanye sendiri mana 30%kuota & kementerian usahawan.

Ajami Hashim berkata...

AFMASUK?..

YA atau TIDAK?

sis_nita berkata...

afundi masuk..?

YA..

and dun 4get 2 afundi akim..!

SMS, taip;
AFUNDI10 AKIM ( 10 undian )dan hantar ke 32999

TALIAN TETAP, dail;
13730 tekan 03 ( 10 undian )

pastikan undian PUKAL terbanyak tuk AKIM, okehh..

TokSky berkata...

Facts about AF7:
1. Majoriti pelajar AF7 berbakat dan mempunyai kelainan yg tersendiri.
2. 3 orang mak-mak pun berbakat tapi rasanya lepas AF ni susah la nak pergi jauh.
3. Isma suara OK la tp tiada kelainan dan pengundi pun ramai, Get real..Tak kesian kat anak-anak yg baru nak membesar ke as it will be a hectic schedule for them.
4. 3 remaja muda yg berpotensi besar dalam market selepas ni--> Hafiz, Akim and Aisyah.
5. Aril..he is OK and previously pun dah OK before AF. Maybe now lebih popular tak perlu AFMASUK pun.
6. Adlin...gunakanlah bahasa beradab sebab kanak-kanak pun tengok konsert AF. Bahasa Jiwa Bangsa.....
7. Provokasi yg keterlaluan oleh pihak produksi tapi susah nak menjadi sebab para pelajar pun dah tau tactic mereka.
8. AKIM...you got the LOOK,has a nice tone and good confidence level, kalau gilap baik punyer sure boleh gempak as you are still young.
9. Koreografi Cikgu Aris amat baik spt yg diberikan oleh Corrie Lee utk AF2 and AF4.
10. AFMASUK10 AISYAH....AFUNDI10 AKIM.....

Ajami Hashim berkata...

10 poin Ajami Hashim siapa juara AF7?

1. HAFIZ ~ Satu-satunya pelajar AF7 yang paling konsisten menghiburkan saya bila dia menyanyi apa juga genre lagu setiap minggu untuk menjadi versi dia! Paling saya kagum semasa dia berjaya mengangkat lagu yang saya sangkakan akan menjadi bosan giler iaitu lagu TOYOL kepada sebuah lagu yang sedap didengar. Kualiti suara Hafiz mirip seperti kualiti suara Aizat AF5 yang lunak beralun syahdu bila menyanyi dalam nada rendah cuma bezanya suara Hafiz akan kedengaran 'serak pecah' bila dia tarik nada tinggi tapi masih kedengaran presentable. Maka sudah tentu HAFIZ akan mendapat afundi terbanyak apabila dia beraksi di Konsert Akhir AF7 nanti! Tidak ragu-ragu lagi bahawa HAFIZ ialah Juara AF7!

2. HAFIZ ~ Tetapi dia kurang menyerlahkan apa-apa keterampilan diri secara fizikal (rupa) yang sekali pandang terus memukau mata kecuali pada imej rambut kerinting kembangnya. Susuk badan Hafiz yang agak sedikit gempal perlukan kesesuaian pakaian yang mampu membantu mewarnakan lagi personalitinya. Terus-terang saya mahu lihat Hafiz menjalani diet ketat seperti Aizat bila habis AF7 nanti! Jadi adakah afundi berdasarkan rupa yang kacak kurang berpihak kepada Hafiz dan gagal menjadikan dia Juara AF7?

3. ISMA ~ Benarkah dia satu-satunya pelajar wanita yang bernasib baik lolos ke Konsert Akhir AF7 kerana bergantung sepenuhnya kepada afundi beribu-riban dari penyokong kuatnya yang paling berduit? Atau hakikat bahawa dia sememangnya pelajar yang paling bagus berbanding yang wanita atau lelaki? Sejujurnya saya kurang yakin bahawa Isma adalah pelajar wanita yang terbaik tetapi ya! dia sememangnya menyanyi dengan baik di setiap konsert. Persoalan samada Isma akan mendapat afundi terbanyak seterusnya menjadikan ISMA Juara AF7 adalah 50-50.

4. ISMA ~ Walaubagaimanapun, seandainya dia berjaya menyanyi dengan persembahan yang terbaik dari lagu baru dan lagu pilihannya di malam Konsert Akhir AF7 nanti berbanding pelajar lain, maka saya berani katakan bahawa ISMA akan menjadi Juara AF7 kerana mendapat afundi pukal dari penonton atas pagar yang betul-betul memberi afundi kerana persembahan 'one night only'?

5. AKIM ~ Berdasarkan graf persembahan minggu ke minggu, dia adalah satu-satunya pelajar yang menunjukkan peningkatan dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi! Prestasi Akim seperti Mila AF5 dulu. Dia adalah contoh artis baru yang mempraktikkan untuk peningkatan kualiti suara dan personaliti dari setiap ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar AF7. Tidak mustahil bahawa di malam Konsert Akhir AF7 nanti, Akim akan membuktikan suatu persembahan yang di luar jangkaan seterusnya mencuri perhatian penonton untuk afundi pukal sebanyak mungkin supaya AKIM jadi Juara AF7! Itu yang saya tunggu dan lihat! (baca: saya ialah salah seorang peng-afundi pukal untuk Akim! ahahaha!)

6. AKIM ~ Memandangkan AF bukan sahaja di-afundi berdasarkan persembahan nyanyian hebat dan vokal yang mantap tetapi faktor kegemaran popular majoriti penonton rancangan tv AF7 itu sendiri iaitu golongan remaja perempuan, maka saya juga tidak hairan seandainya dia akan mendapat afundi paling banyak kerana penyokong kuat Akim akan berhabis-habisan berlipat kali ganda di Konsert Akhir AF7 nanti! Maka AKIM ialah Juara Af7!

7. YAZID ~ Konsert Minggu Ke-9 tadi adalah peluang terakhir untuk Yazid buktikan bahawa dia betul-betul layak ke Konsert Akhir AF7 tetapi tidak digunakan sepenuhnya malahan masih kelihatan kekurangan di sana-sini. Sejujurnya, saya katakan secara peribadi bahawa ada pelajar AF7 yang sudah terkeluar terutamanya pelajar wanita yang lebih layak untuk tempatnya itu. Tapi siapalah saya untuk mempertikaikan afundi penyokong kuat Yazid bukan? Dan malang sekali kerana pelajar AF7 yang tersingkir adalah dek kerana penyokongnya sendiri yang tidak mahu berhabisan meng-afundi walaupun hebat macamanapun persembahan mereka! Jadi adakah YAZID bukan Juara AF7 malahan mungkin tidak mendapat tempat ke-2 atau ke-3 pun? Kita tunggu dan lihat!

8. ARIL ~ Pelajar yang masuk semula kerana keputusan AFMasuk tidak mungkin menjanjikan apa-apa untuk merangkul sebagai Juara AF7 kerana tersingkirnya dia dahulu sudahpun memberi isyarat bahawa penyokong Aril tidak berhabis-habisan seperti penyokong Hafiz, Isma, Akim dan Yazid. Lalu adakah ARIL mampu mendapat afundi tertinggi lantas menjadi Juara AF7? Sangat-sangat tipis!

9. Pilihan turutan carta peribadi saya secara realistik:

JUARA: HAFIZ
NAIB JUARA: AKIM
KE-TIGA: ISMA

10. Pilihan turutan carta peribadi saya secara bias:

JUARA: AKIM
NAIB JUARA: HAFIZ
KE-TIGA: ARIL

..ahahaha!

I am Karl berkata...

KARL nk ARIL jd JUARA

YEAH!!!

zafi berkata...

bro
alahai... tak daat tengok live lah this time... diragui sungguh carta2 itu :P
tp akim n hafiz memang talented!
fair occay

TokSky berkata...

Ajami...
Agreed with your points. I would like to see AKIM buat upset sbg 'underdog' yg berjaya utk bergelar JUARA. Kalau dilukis graph AKIM, nampak upward trend. Rasanya more and more people start nampak his talent and will vote for him. Yang penting, lepas AF, Tok rase-rase Akim, Aril dan Aisyah sangat laku and popular especially kat magazines or advertisements....
p/s Tok pun undi pukal ..AFUNDI10 AKIM

saat omar berkata...

Isma boleh menang...sebab sekarang Tomok dah dapat 1 juta, dia boleh spend duit tu sms isma.(banyaklah Tomok nak spend duit tu untuk sms) .ahak.

Umi Mia berkata...

sampai skrang masih lagi confuse gak..kenapakah ajami hashim memilih akim dari awal pertandingan lagik...ermmmm...sedara ker...

sebab sy penyokong ajami hashim di yoyooh..saya bagi akim satu undi amacam..okey??!!!hehe

GitaLaraPencinta berkata...

tentang kritikan edrie hashim tu. bagi Lara simple dan bernas. tak terlampau meleret :)

it's just my opinion.

Lara rasa mungkin Aril yang akan jadi juara. Tapi ni semua terletak pada jari yang mengundi, rite? :)

TokSky berkata...

I was thinking last night camne laju Aril dapat kejar undi 4 pelajar yg berhempas pulas dalam konsert 8 & 9?? This morning dapat jawapan di blog Badrul. Senangnya ASTRO reset balik undi ke zero...ha..ha..ha..
Menipu pengundi yg dah spent so much money to see the 4 students in final, count me in yg berpukal-pukal undi AKIM. So, what's the verdict on ASTRO and PWC?? GUILTY as charged....

dida berkata...

KENAPA LAGU I'M YOUR'S SEDAP N DAPAT PERSEMBAHAN TERBAIK??

JAWAPAN :

KERANA LAGU I'M YOURS KEGEMILANGAN LAGU ITU PADA KETIAK KEBESARAN AKIM...DI TAHUN AKIM DEWASA..SO SESIAPA YANG MEMBAWA LAGU INI AKAN BERJAYA MEMBAWANYA...

AKIM DAN AMYLEA??MEREKA DALAM KELURAN YANG SAMA..AF..TAPI TAHUN YANG BERLAINAN..TAPI LAGU ITU AMAT CEMERLANG DIBAWAKAN OLEH AMYLEA BERBANDING AKIM..

AKIM BEST...AKIM BEST...

LASTLY, AF FOREVER....

Pena Anak Penis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sis_nita berkata...

akim best..!

sis_nita berkata...

mana seploh poin ko weii.. dah lama ko tak letak nehh.. aku nak baca.. :P

TokSky berkata...

Tahniah AKIM, thanks Ajami for your effort. Tok gembira AKIM dapat top 3 sebab nak beat Hafiz and Aril susah sikit tapi bersyukur sebab % AKIM naik mendadak malam final lepas tutup. Peningkatan yg sentiasa kita nampak dlm trend undi for Akim. He delivered well and deserved to get Persembahan Terbaik malam itu.

Tanpa Nama berkata...

Dan terbukti shgga thn 2014 hafiz bntg af yang plg menyerlah dan cemerlang...