Isnin, 16 Mac 2009

..kera di hutan disusukan?

IKLAN PERCUMA
(tiada kena mengena dengan entri di bawah! ahaha!)

RUPA TANPA WAJAH
damaikanlah jiwa ini
dalam kesangsian ku terus kembara
aku hanya manusia
pasti ada yang dapat ku perlakukan
sebelum ku pergi... oh!...
tiada apa yang ku pinta
dalam dunia yang banyak meminta
aku hanya manusia
sekadar kebebasan sangat berharga
maka itu aku terpesona
terpesona... terpesona...
pada keindahan warna pelangi
rupa tanpa wajah bermain di mata
berjalan tanpa ikut haluan
wajah pura-pura bertopengkan wira
menari tanpa ikut irama
terpesona...
terpesona...
terpesona...
pada keindahan warna pelangi
LAGU/LIRIK: M.NASIR


Baru-baru ini saya dijemput untuk menghadiri acara tayangan 3 buah filem dan sesi soaljawab yang mengangkat seorang pengarah filem dari luar negara selama 2 hari yang dianjurkan oleh sebuah institusi pengajian tempatan dan diadakan di sebuah bangunan milik badan perfileman tanahair.

Saya tiada apa-apa masalah dengan penjemputan pengarah filem dari luar negara kerana selagi ia bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan menonton filem bikinan orang lain supaya kita belajar dari acara itu, silakanlah!

Tetapi yang menjadi persoalan dalam kepala hotak saya ialah: kenapa acara sebegitu besar dan sangat bersifat karya peribadi si tetamu itu TIDAK diberikan peluang kepada pengarah filem tempatan? Ya! Betul! Memang ada acara tayangan filem percuma dan sesi perbincangan untuk filem tempatan diadakan di pawagam Coliseum atau FINAS, tetapi selalunya hanya setengah hari atau beberapa jam sahaja. Manakala acara khas untuk seorang pengarah luar negara sampai sebegitu gah? Lainlah ia salah satu acara dalam minggu festival filem misalnya. Maksud saya, ia acara istimewa yang betul-betul mengangkat seseorang pengarah filem yang begitu khusus dan melibatkan pelajar perfileman tempatan?

Alangkah molek dan hormat seandainya institusi pengajian perfileman tersebut membuat majlis yang serupa untuk pengarah filem tempatan yang tersohor misalnya Dato' Haji Rahim Razali atau YB Senator Datuk(Dr) Haji Jins Shamsudin diberikan ruang seperti itu untuk membincangkan 3 buah filem terbaik mereka untuk 2 hari?

NOTA: Saya tidak pergi kerana saya terkilan!

PAUTAN:
azri1 azri2 ares bahar semut kecil cikajune binfilem ikatkata1 ikatkata2 ikatkata3 amerzaman mapieceofart marinamirana wakdol amyikram fazleena yoyooh.com

100 ulasan:

syd ~pisces~ berkata...

gua setuju bro!

Tanpa Nama berkata...

biasalah MELAYU MUDAH LUPA. sudahlah filem malaysia ni asyik copycat filem luar then suruh lagi filem student sendiri tengok dan sembah filmmaker asing. baguslah tu. sdra ajimi pernah dengar negara lain buat tayangan filem dari malaysia macam ini for their film student? kahkahkah.

Ajami Hashim berkata...

syd ~ apa yg lu setuju dik? ahahaha!

Tanpa Nama ~ kita BUKAN MUDAH LUPA tapi dah NYANYOK kot? kah! kah! kah!

yasmin berkata...

salaam, tanpa nama. jawapan soalan awak -- "pernah dengar negara lain buat tayangan filem dari malaysia macam ini for their film student? " -- is YES.

saya pernah diundang untuk berbincang dan bersyarah tentang filem-filem saya oleh universiti-universiti di berlin, hawaii, taipei, singapura, macau dan melbourne. dan semasa saya di sana, tak ada sorang pun local filmmaker dia orang yang komplen. bahkan dia orang sendiri datang untuk mendengar dan bertukar fikiran dengan saya.

segala ilmu yang baik datang dari allah, kan?

anwardi berkata...

Sdr Ajami.
Ruang retrospective seperti ini ada buruk dan juga ada baiknya...tetapi pada saya Riri Reza bukan satu sutradara Indonesia yang kita patut mengundang...ramai lagi yang lebih bekaliber dari segi artistik ataupun dari segi komersial...nah jemput lah produser indonesia yang berani lontar duit ke arah pengarah seperti joko anwar, eros djarot, garin nugroho...ajak raam punjabi, produser keturunan sindhi, yang melabur wang untuk buat filem berbau agama seperti Ayat Ayat Cinta...ajak pelakon dan sutradara Nagabonar ia itu Deddy Mizwar yang kini menangani filem biopik Raja Ali Haji...ramai lagi yang lebih kreatif dan lebih senior dari Riri. Sejak Petualang Sherina, tiada suatu filemnya yang dapat mengulangi sukses filem itu - adakah kekuatan filem itu pada tangan pelakonnya, ceritanya, produsernya, musiknya ataupun timingnya dipasaran dan bukan pada sutradaranya....ehh aku ni meleretlah...sori pagi tadi attend seminar Creative Industry dengar orang bijak bijak bentang kertas kerja teruji lak nak berceremah sikit...sorry ya Bro.

azri berkata...

ye ajami hashim.

nawaitu kami menjemput RIRI RIZA adalah berkongsi ilmu dan pengalaman membikin filem menurut sudut pandangan beliau. Banyak ilmu yang baru kami pelajari yg belum ditemui di dalam kelas, dan ini menunjukkan apa yang di katakan oleh kak yasmin ialah ilmu baik itu datang dari Allah s.w.t.
kami ada sebab menjemput Riri Riza.
dan saya pun jemput anda juga untuk menimba ilmu dari beliau, tapi anda bersuara..
saya menghormati pandangan anda mengapa tidak menjemput pengarah tempatan. ada kebenaran.
anyway, terima kasih komen anda.

azri berkata...

atleast sebuah institut pengajian tinggi awam menjemput sutradara datang membicarakan filemnya dan mengadakan sebuah bengkel.

Pelik dengan orang Melayu kita ni. Baru orang nak anjurkan majlis ilmu allah taala, dh banyak membebel kenapa jemput sutradara ni la, tu la, ni..kenapa tak bawak produser ni la... Komen korang bersama berbaur emosi.

Tanpa Nama berkata...

uihhh mcmana korang boleh baca fikiran ajami sedangkan beliau tidak sebut mana2 nama pengarah??

ke kau dijemput kenduri kawin kot ajami oii??

dan apsal marah ajami sebab beliau tak pertikai pun psl nak jemput riri riza kan beliau tanya kenapa tak utamakan local director?

emo la korang ni!! samalah dgn kau ajami!! taulah blog kau ni popular sebabtu derang terkesima!!

fadz berkata...

ajami cakap macam tu fasal tidak pernah ada pengarah filem di Malaysia diberikan TEMPOH menonton-membicara filemnya sampai 2-3 hari, paling ada pun 4 jam (menonton sebuah filem dan kemudian diperbincangkan di Finas). Tetapi UiTM berbuat sebegitu mungkin memandangkan pembikin itu dari jauh, dan bukan selalu datang, lalu diberi peluanglah untuk melepaskan hajat buat 2-3 filem (kalau nak datang, baik selesaikan sekumpulan filem sekali gus kan?). Hal menarik ini bolehlah diperbincangkan oleh pihak yang bertanggungjawab, kemungkinan memberi retrospektif kepada pengarah tempatan tertentu untuk tayangan filem mereka serta analisa tentangnya dalam beberapa hari, seperti mana yang dibikin Bangkok International Film Festival dengan mengangkat pengarah veteran Siam setiap tahun untuk ditayangkan filemnya dan diperbualkan.

semut kecil berkata...

saya sedia mengadakannya... tiada diskriminasi atau apa2...

kenapa begitu lama hingga dua hari... kerana urusan mencari boking tarikhnya dah lebih tiga bulan ..jadi rugi la kalau buat kejap sangat... (mcm kata fadz)

riri dijemput kerana beliaulah yang memulakan revolusi filem di Indonesia melalui filem Kuldesak yang mana akhirnya membuka jalan kepada pembikin filem muda seperti Joko Anwar dan lain2..

Riri adalah juga produser yang mana dia adalah produser kepada semua filemnya.. Dia juga produser kepada filem Ada Apa Dengan Cinta... Dan kalau nak tahu, Riri sanggup menggunakan director fee nya yg diperoleh dari kerja pengarahannya untuk membiayai filem-filem arahan pengarah lain termasuklah Rudi Soedjarwo..

Dan filem Laskar Pelangi, filem terbaru arahannya mencatat kutipan box-office paling tinggi dalam sejarah filem Indonesia mengatasi Ayat-Ayat Cinta (4.5 juta penonton) dan filem itu juga kaya aspek artistiknya...

filem2 riri yang lain mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa termasuklah dijemput premier di festival filem berprestij...

ya, mungkin susah untuk semua orang bersetuju... setiap orang berhak mempunyai pendapat...

so, peace ya! industri kita ini kecik aja.. kalau gado2 sapa nak jaga.... peace =)

Danielle_Corleone berkata...

Oh ya! bercakap tentang filem melayu. lebih mudah filem malaysia. filem kita. nampaknya orang luar lebih menghargai hasil seni kita sendiri. misalnya filem kak yasmin, filem Mualaf, di sini tersangkut-sangkut tak keluar2. tapi di luar misalnya di Singapura filem itu sudah pun ditayangkan. Apa yang saya lihat kita asyik melihat perkara dari luar sahaja yang mendatangkan kebaikan tanpa kita jarang-jarang atau kadangkala tidak pernah mengetahui isi dan ilmu kreatif orang dalam. Kita hanya cuba tahu orang di sini mendapat ilham kreatif selepas mendapat pengaruh luar. Ini bukan sesuatu pendapat yang boleh kita terima dengan sepenuhnya. Hari ini pembikin filem Malaysia dan ya mungkin telah bermula sejak lama dahulu meningkatkan daya kreatif mereka dan membikin filem hasil pemerhatian kepada suasana masyarakat sendiri. bukan selepas menonton filem luar. itu hakikat. ramai yang tak melihat secara langsung aliran pemikiran pembikin filem malaysia. Di Malaysia kita selalu mendengar ramai yang sering memerli filem2 tempatan, tetapi dalam masa yang sama kita menyingkirkan elemen kreatif dan menyekat kebebasan kreatif mereka. Bagaimana mampu untuk kita ke hadapan jika perkara ini dilupakan. Untuk itu, saya setuju dengan ajami dan jangan terlalu memandang keluar, bukakan pintu kebebasan kreatif untuk pembikin filem dan apa sahaja hasil seni di malaysia. Negara luar jadi baik dalam soal ini kerana kekangan kreatif tidak menjadi persoalan besar. sekian.

Muhammad berkata...

yeah..jika ini membuka mata. maka lain hari , kita buat pula 3 hari - 2 malam . Untuk pengarah-pengarah tempatan.

dunia filem kita kecil.
jika kita bagi-bagikan...lagilah kecil.

jadi..teruskan industri ini tanpa prjudis atau sangka buruk.

lagipun seni itu bayang semua manusia. untuk semua nikmati kann.

p/s: semalam bermimpi..nak sangat indstri kita boleh hasilkan film berkualiti macam dari negara thai dan korea.

yasmin berkata...

saya rasa riri reza is an amazing filmmaker. saya dah tonton filem "elianna, elianna", "gie" dan "3 days to forever", and i loved them all.

saya sendiri ingin nak belajar dari dia. masa saya diundang untuk attend his sessions, i was so sad because i was in singapore shooting.

joko and garin are also very good, and they are my good friends, tapi saya rasa dia orang teramat sibuk buat masa sekarang.

i wish we melayus would welcome any opportunity to learn from any source of knowledge. and since when did we lose our graciousness and hospitality towards outsiders?

chedd.eddie.yusoff berkata...

kalau kera di hutan disusukan...

kera di rumah di picit picit supaya susunya keluar sampai kering???

if only kera yang dirumah ini dapat dilepaskan untuk menceduk ilmu cara cara kera kat hutan ini "menjual" diri mereka untuk disusukan..

but

oh ye... ada peluang dan masa kunci mangga rumah tak berkunci cuma kera dalam rumah tu malas nak keluar sebab berangan melayan fantasi dan tengok tv sambil makan chips...

hehe

just my 50 sen lah kan

lariiiiiiiiiiik

Tanpa Nama berkata...

uolsss

mak buhsan baca gaduh2 pasal filem bagai ni.............
mak nak tau sapa terkeluar konset af7 minggu ni ajer!..............

((daun chenta lestari))

saat omar berkata...

Saya rasa Semut Kecil dan kawan-kawan jemput Riri Ridza sebab muka dia pun ada macam Riri Ridza sikit2...ahak..
Just kidding.
Anyway good effort dan tahniah pada semua student yang berusaha untuk bawa mana-mana penggiat seni luar datang ke Malaysia untuk berkongsi idea dan bla bla bla bla.

Amir berkata...

Saya rasa hampir semua orang yang hadir pada 2 hari itu berpendapat yang masa mereka diisi dengan cukup baik dan bermanfaat. Syabas kepada penganjur!

Pengarah Malaysia ada juga yang dijemput ke acara sebegini di luar negara (yang paling terkini, Tan Chui Mui di Taiwan; dan yang paling jauh untuk saya, saya sendiri di Itali) jadi tidak ada herannya.

Amir berkata...

Eh, silap: Paling jauh untuk saya ialah Universitas, maaf Universiti Vassar di negeri New York.

Dan jangan sebut 2 hari: Chui Mui & Liew Seng Tat disponsor 5 bulan masing-masing oleh kerajaan Perancis untuk menetap di Paris khas untuk menulis skrip. Penulis skrip Perancis tidak ada yang membantah.

sekali sekala 3 burung datang hinggap di jendela, mencari serdak-serdak testikel berkata...

masyarakat kita bila dengan saja bab-bab luar negara ini cepat-cepat melelh air liur.

sinaganaga berkata...

Mati la kau Ajami, ha ha.

________________________

Saya fikir begini, kalau kita jemput pengkarya luar untuk beri talk - bagus juga. Tapi, dengan syarat, orang kita kenalah memanfaatkan pengajuran ini semaksimum mungkin dan membuktikannya dengan menghasilkan banyak filem bermutu kemudiannya.

Dan, saya fikir juga begini, kalau susu kera susu kitalah yang telah dijadikan kausalitinya - molek juga jika (tidak kiralah UiTM ka, Finas ka, RTM ka atau siapa-siapalah) - 1. memberi peluang kepada karyawan kita sendiri untuk beri talk kepada orang kita sendiri terlebih dahulu, 2. kerapkan pengajurannya supaya kita dapat menyerap lebih banyak pengalaman dan idea, 3. pada masa akan datang jemput juga pengarah2 dari Singapura, Thailand, Burma, etc.

Pada saya, 'mendesah-desah' yang timbul ini kerana kebetulan pada ketika ini semangat jatidiri Malaysia sedang meluap-luap timbul - jadi, kadang-kadang kita jadi terbawa-bawa, ha ha. Jiwa kita jadi konflik - kejap suruh cintai barangan buat Malaysia, kejap tergila-gila nak tengok senatron... tu yang jadi kacau tu!

Saya setuju jika pengajuran pertama ini memanggil Kak Yasmin, Abang Zack Lokman (sekadar menyebut beberapa nama) untuk beri talk terlebih dahulu sebelum memanggil Riri - tapi, tataulah kan, mungkin karyawan kita sudah bosan dengan talk Kak Yasmin, ha ha.

Matilah aku, Ajami! Ha ha.

Lariiiiiiiiii!

(Ajami, The Orange Thief sangat best!)

Ehsan Ismail berkata...

Assalamualaikum,

Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina sekalipun.

Dengan zaman IT sekarang, ilmu senang di dapati asal kita tahu baik buruknya. Tekan keyboard, sudah terpampang ilmu di monitor.

Negara kita Malaysia tidak kurang orang yang hebat ilmunya.

Tokok perfileman dari zaman Melayu klasik banyak yang telah pergi. Lebih baik kalau permata yang masih ada sekarang kita manfaatkan ilmu mereka.

Kalau dari segi penerbitan dan pengarahan filem, Dato' Jins Shamsuddin, Datin Rosnani ada.

Kalau teknik lakonan komedi Dato Aziz Sattar, A.R Badul dll ada.

Pengarah di zaman moden ini banyak yang hebat seperti Mahadi J Murat, Yasmin Ahmad, Mamat Khalid dan banyak lagi. Kita boleh belajar dari mereka, sebab saya perhatikan mereka ada cara, teknik dan pemikiran yang unik dan tersendiri. Ini sangat menarik.

Kalau ada pihak penganjur, yang boleh ada satu hari seminar khas tentang Pemikiran Pengarah Filem Malaysia. Pengarah-pengarah Malaysia boleh membentangkan kertas kerja mengenai ideologi mereka masing-masing.

Makanya, ini sudah tentu manfaatkan siapa-siapa yang berminat seperti penuntut perfileman sehingga penonton biasa.

Ini akan meningkatkan appreciation penonton terhadap mereka. Bukan sahaja satu hala. Dua hala maksudnya, penonton boleh bagi feedback kepada pengarah filem dan ini sudah tentu akan memangkinkan industri perfileman mereka.

Pengarah filem adalah orang yang berilmu, tidak kira ada latarbelakang akademik atau tidak. Mereka mampu untuk mencorakkan masyarakat melalui filem. Kalau tidak lebih tinggi mereka setanding dengan doktor, engineer maupun lawyer.

Secara analoginya, pemimpin kena tahu apa kemahuan rakyat sebenarnya. Apa yang rakyat hendak, dari segi apa, aspek yang mana.

Obama tak akan berjaya melainkan dia ada pendapat LISTEN. Listen to what people want. What the new generation wants.

Kalau tidak listen, maka akan di baling dengan kasut.....

Tapi kita ada budaya kita. Kita ada cara yang terbaik untuk meningkatkan prestasi industri perfileman negara.

sinaganaga berkata...

Saya rasa niat Ajami dengan menulis entri ini adalah baik. Ajami mahu masyarakat menyanjung karyawan dan budayawan negara kita dahulu sebelum kita mengangkat karyawan dan budayawan luar. Saya rasa itu niat sebenar-sebenarnya niat Ajami.

Jadi, jika Finas ke, UiTM ke, atau saiapa-siapalah mahu mengangkat karyawan dan budayawan kita terlebih dahalu - tak adalah puak-puak gi masuk Fenomena Seni dan cakap, "Akak rasa le Rochang... orang kita ni tak tahu nak menghargai akak! Akak kecewa tau Rochang, kecewaaa... uh!"

Well, mungkin 'misi menyerap segala ilmu' dengan 'misi menghargai orang kita sendiri' itu benda lain-lain. Mungkinlah!

He he.

Wawa berkata...

Kalau dibaca betul2, diteliti maksud yg ingin disampaikan oleh saudara ajami, dia hanya pertikaikan MENGAPA ACARA BESAR2AN SEBEGITU RUPA HANYA UNTUK SUTRADARA DARI LUAR.

Tiada pula rasanya beliau mempertikai ketidakbolehan mengundang tetamu luar, tidak pula dalam tulisan beliau untuk menghalang sebarang majlis ilmu Lillah Taala.. kan?

Soalnya di sini = bukan soal Melayu bersifat dengki, tetapi Melayu terlalu agungkan bangsa lain dari bangsa sendiri!

Haiyoh, even tajuk pun dah menyatakan maksud.

teloq tembelang berkata...

hurm...lari dari topik ni

entry ajami mempersoalkan why local director xdpt peluang sebegitu di negara sendiri. Bukan mempersoalkan undangan atau anti director luar.

aiyooo

melencong pulak. LOL

Umi Mia berkata...

ha'ah kan bagus kalau institusi pengajian tempatan itu dapat membuka ruang pula untuk pengarah kita sendiri berkongsi begitu...suka kita....

suka semua filem tempatan/antarabangsa...

semut kecil berkata...

takde sapa yang salah kot... aku setju dengan semua korang termasuklah ajami...

dan apa yang penting sekarang adalah kita move.. buat... aku buat pun sebab dah penat asyik komen orang kat kedai makan pak halim... hahaha... so, dari aku komen org, baik aku buat..

dan bila nak buat, kita tak dapat nak penuhi hati semua orang.. so, kita harus membuat pilihan... dan aku memilih untuk buat apa yang aku nak buat..

so, kalau korang tak setuju, korang pun boleh buat apa yang korang nak buat yang mungkin kemudiannya, aku pulak komen tak setuju..

itu semua kitaran... so, tak kisah la apa yang korang nak buat, buat aja,... jangan kisah aku setuju atau tak ya...=(

peace... =)


"kita pasti belajar sesuatu dari setiap filem tak kira filem itu baik atau tidak"- quotue sendiri... hehehe

ramai sgt kata muka aku mcm riri ni... hahaha... harapnya bukan rupa je, harapnya semangat pun sama... hehehe=p peace bro...

3 budak melayu berkata...

wow begitu dipersoalkan rupanya mengenai kedatangan riri riza ini ye....sori xdapat mghadirinya. but i was watch all 3 of his film. just xdpt dengar talk nyer saja. tahniah kepada my friends sbb dah membawa pengarah dari luar datang ke sini.
erm i pun mcm pelik bile menda2 macam ni selalu dipersoalkan. xkisah lah betapa besarnya event tersebut tetapi yang penting content event itu. kalau beri seminggu pun kepada org yang xreti mengisi kekosongan pengisian tersebut what for jugak kan.
yang penting sebenarnya disini ialah dengan membawa org luar datang itu sekurangnya2 ia dpt memberi dan membuka mata org kita (pengiat terutamanya) tentang hasil mereka. sama2 la bertukar pendapat dan pandangan at least we learn sumthing.....

jingga berkata...

Soalan aku pada semua ialah sejak bila kita berkiblatkan indonesia ni...kita mengimport barangannya terlalu banyak baik dari muzik hinggalah ke drama dan filem sehinggakan keranya sekali.bukannya tak suka atau ada perasaan yang lain tapi tak bijak sampai sebegitu sekali kita mengangkat mereka.betul kata kak yasmin ilmu tu datangnya dari allah dan betul tu AMIR kalau tan chi mui melepak atas tajaan selama 5 bulan TAPI mereka menghargai kita kan...soalan aku mereka di indonesia menghargai kita ke.untuk apa jati diri kita sampai di tahap pajak gadai....dalam tempoh yang terdekat ni berapa banyak filem kita atau produk kita yang bermain dicorong radio atau tevisyen mereka.Tolak zaman search dan Datok siti hampir tiada kerana masa zaman tu mereka masih bodoh mereka belajar dari kepandaian kita yang baik sangat sebagai expertise pergi kenegara mereka kononnya serumpun.berapa banyak orang-orang iklan malaysia yang dah pulang kesini kembali...aku boleh sebut satu persatu...Bagusnya kita belajar dengan mereka ialah sifat protektif mereka terhadap periuk nasi mereka itu yang harus kita teladani.Bila kita nak market filem kita siapa yang kontrol...birokrasi 'punjabi'...siapa punjabi ni?rajin-rajinlah ke indonesia ya untuk tau mereka yang control industri filem disana.jika ada orang indonesia jangan marah...aku tau sangat proses bisnes kamu.INI MAHA DASYAT.
Kalau mereka boleh berkata bahawa filem kita tak boleh masuk sebab salah satunya bahasa kita susah difahami,maka persepsi aku terhadap bahasanya ialah sanggup sahaja aku potong lidah dan aku potong telingaku macam van goh.Kepada penganjur apa yang dibuat engkau orang tak ada salahnya,bagus untuk ilmu tapi fikirkanlah pembikinan atau nahu filem kita di malaysia ni hebat.
Sampai masanya orang macam ajami harus ada 8 dari 10 di malaysia ni.
supaya kita lebih protektif terhadap apa milik kita.

jingga berkata...

Azri...cetek sungguh cara pemikiran kamu...ur quote'pelik sungguh orang melayu ni'sudah lah jangan nak bermain dengan sentimen dan perkataan itu lagi.aku menyampah lah dengan student atau siapa pun kamu di uitm yang sikit-sikit akan guna perkataan tu.
sedarlah engkau pun melayu dan mungkin ditaja di uitm tu atas sebab engkau tu melayu.kalau
kalau aku india pun dan kalau aku bangsa indonesia pun beginilah perasaan aku terhadap sesiapa pun kerana jatidiri aku atau jatidiri si ajami ni kuat.kamu pergilah kenegara mereka,pergilah maka kamu akan tau tinggi rendah langit ni.Belajar dulu dengan MAT SENTUL,belajar dulu dengan u -wei,belajar dulu dengan wak kamal,kenal dulu apa itu tudung saji dan kueh bahulu,mertabatkan dulu bahasa,bangsa dan ugama serta panji negara kamu brother

Shahriza Mahmud berkata...

fuh!

tiada kata secantik bahasa.. ;)

salam..

kurenung-renung,
kufikir-fikir,
aku tak berdaya.

akukah yang hilang?
akukah yang ketinggalan?
akukah yang curang?

fadz berkata...

Sebenarnya realiti yang diutarakan oleh Jingga itu benar, Filem LOVE yang ditayangkan di Indonesia itu dianggap filem Indonesia. Hanya bila sampai di Malaysia, ia dipanggil "filem Malaysia yang meletup di Indonesia". Kemungkinan itu saja strategi buat produser filem tempatan boleh menembusi filem2nya di Indonesia, wallahu alam.

Tanpa Nama berkata...

La.. Mangkuk Hayun semua...

Retrospektif Riri ini adalah usaha Semut kecil. Dia berniat baik untuk para pelajar di Uitm berkongsi ilmu dengan pengarah dari seberang tersebut.

KORAnG NI LUPA KE???

Kami adalah Pelajar filem. Kerja kami adalah dengar ceramah dari pengarah-pengarah yang ada kat Malaysia ini.

kami dah dengar banyak kali dari Yasmin ahmad, dari Mahadi J Murat, dari Anuar nor arai, dari razak Mohaideen, Dari Hatta Azad Khan. Dari Mamat Khalid.Dari Mansor Puteh...etc etc

Bosan la woiii!!

Kalau kamu tak pernah dengar diaorang punya ceramah itu masalah kamu. Kami dah selalu dengar.

Apa salahnya kami nak dengar suara-suara dari luar pula.

Kami orang muda. Apa salahnya kami belajar dari orang muda???

Paling kelakar suruh kami belajar dari A.R Badol??? Dari Ajiz sattar, dari Jin Shamsudin...Kah Kah Kah...Kami bukan nak tahu pengalaman lapuk dia orang... Lagipun kami dah selalu dengar...DAH SELALU DENGAR....

Kau sedar tak apa yang kau cakap ni Labu????

bagaimana Riri buat filem. Itu yang kami nak tahu. Apa falsafahnya. Bagaimana gerak kerjanya...

Apa jati diri??? Ilmu langkaui jati diri. Kau ini bengap lah JINGGA.

Kami tak peduli apa masalah industri kita dengan industri Indo...Kami nak ambil ilmu dari Riri, itu sahaja... Kami ketepikan soal-soal remeh yang kau cakap tu.Masalah industi itu kami haram tak nak tahu.

Lagi satu ini adalah pandangan pribadi aku. Aku akan sanjung orang yang bagus, orang yang hebat, baik lokal ataupun Internasional.

Bukan susuk-susuk tua, yang tidaklah memberi sumbangan sebesar mana pada industri Filem kita.

Ajami Hashim berkata...

NOTA: saya masih 'membaca' semua komen.. tapi seandainya komen ke-33 di atas dtg dari seorg pelajar uitm maka DERHAKAlah kamu!

Shahriza Mahmud berkata...

ilmu dituntut tiada sempadan,
bertuahlah kamu rezeki badan.

lontaran tidaklah perlu takbur,
takut terkena yang tidak berdosa.

belum terbukti kehebatan diri,
jangan berani persoal kemasinan lautan luas yang hadir dengan kehendakNYA.

Bukan salah siapa-siapa,
putaran alam tak pernah gagal.

Shahriza Mahmud berkata...

"Bukan susuk-susuk tua, yang tidaklah memberi sumbangan sebesar mana pada industri Filem kita." - TANPA NAMA

Saya juga pernah menjadi pelajar filem
Saya juga tidak terkecuali memberontak
tapi lontaran begini bukan DERHAKA bak kata Ajami
maaf jika kasar bahasanya,
mungkin BIADAB lebih sempurna..

sedarlah,
ada susuk-susuk tua yang membela,
ada susuk-susuk lama yang derhaka,
tapi jarang susuk itu kurang ajarnya..

sultanmuzaffar berkata...

Ilmu boleh diperolehi dari sesiapa saja. Oleh itu masalahnya bukan tertumpu kepada siapa yang dijemput, sebaliknya tetamu yang hadir yang mahu mendapatkan ilmu.

Kalau nak dapatkan ilmu tak perlu nak ada rasa terkilan hanya kerana pengarah Malaysia tidak diberikan peluang. Kalau betul-betul kita nak dapatkan ilmu dari pengarah Malaysia, pergi jer cari diorang di Leo Burnett ke, kat PJ SS2 ker, kat uitm ke, kat aswara ke. Dah dekat dengan kita kan.

Sekali sekala penggiat luar datang, itulah yang patut kita kejar jugak. Itu namanya gunakan peluang.

IP pemberi komen ini datangnya dari Astro. ops

matilah aku !!!

larrriiiikkkkk

Tanpa Nama berkata...

Biar dikatakan biadap...penderhaka...katalah apa-apa pun...

Berpijaklah di bumi yang nyata...

susuk tua itu bukan dituju pada semua. Tetapi berapa kerat sahajakah yang benar-benar layak untuk berbicara mengenai filem?

Si konduktor bas? Si tidak lepas SRP? Si pelawak bodoh? Si polan yang menggunakan pentas politik konon nak menaikkan insan seni
?

Apabila mengatakan Uitm menyusu kera tidak pula dianggap sebagai 'Jahat'???

Apa yang ingin dikatakan di sini adalah Uitm sudah berpuluh kali menjemput pengarah lokal memberi pandangan, memberi pendapat, mengadakan bengkel...

Sila berastaga... Yang menghadiri retrospektif itu adalah PELAJAR FILEM. Mereka sudah acap kali terdedah dengan kebanyakan pengarah-pengarah lokal.

Sila sebut siapa?

Jamil Sulong? Rosnani? Jins? Yusof? Mamat? Yasmin, U-wei? Aziz? etc-etc...

Anuar nor arai, Mahadi J murat, Hatta, Razak pula adalah pensyarah mereka.

Siapa sahaja yang tidak pernah dibawa ke Uitm. Siapa yang pelajar-pelajar ini tidak pernah jumpa?

Berapa kali mereka hendak mendengar perkara yang sama? Aku tidak faham...

Apa salahnya sekali sekala mereka (pelajar filem) dibiarkan bertemu dan berbicara dengan pengarah luar...

DIMAKA SALAHNYA? FILEM ITU UNIVERSAL.

Bila mereka nak berkembang? Bila mereka nak lebih terbuka? Bila masa mereka nak lebih terdedah...

dengan idea-idea baru pastinya...Kenapa hanya nak tutup ruang ilmu di tempurung kelapa???

Ini tidak... dikatakan penyembah filmaker asing, dikatakan tidak patriotik, dikatakan tiada jati diri,

Siapa biadap disini?

Jangan jadi kolot...jangan babitkan kami dengan prejudis busuk (bukan ajami tetapi beberapa komen yang mengkritik)...

Kalau tidak suka...tidak apa...jangan memperlekehkan usaha murni mereka.

p/s- kami generasi muda lebih terbuka...Kami mahu berkawan dengan sesiapa sahaja... dan kami mahu belajar dengan orang yang bagus baik dari LOKAL mahupun INTERNASIONAL... tiada prejudis, tiada sempadan rasis, tiada diskriminasi.

Riri dengan A.R Badolll? Hahahahaha.... Kalau kamu pilih Badol silakan...itu tahap kamu.Hahaha

semut kecil berkata...

astafirullahalazim... kalu aku tau macam ni jadinya, memang aku taknak buat benda ni...

dah la tu.. takyah la gaduh2... sape2 pun tak salah.... masing masing2 punya hak untuk mempunyai pendapat masing2... takde salahnya.. aku menghormati setiap pendapat meskipun pendapat yang tidak bersetuju dengan aku...

masing2 punya pendapat..

so, alangkah indahnya dunia ni jika kita idup saling menghormati antara satu sama lain... tak perlu berkata kasar...

tak payah la nak gaduh sebab benda2 remeh macam ni...

filem peranannya terletak pada memanusiakan manusia... jika ia sekadar memburukkan hidup manusia, aku tak perlukan filem!!!

baik aku ternak lintah...!!

peace ya... aku ulangi lagi, dunia ini kecik aja... kalu gaduh2 sape nak jaga..

permintaan aku, jangan bergaduh ya... plz... itu permintaan aku...



p/s: "walau ini kadang tak adil, tapi cinta lengkapi kita" - Laskar Pelangi, 2008

jadi, mari kita semua bercinta!=)

miezi berkata...

mati lah ajami. harus penuh kotak komen.
tp personally, saya rasa if sesuatu yg baik, sama-samalah manfaat kan.tak semua yg negara ni tak best (kecuali org tuh) dan tak semestinya yg luar tu bagus2 belaka.
pendek kata, biar akal waras kita sendiri yg menilainya.

matilah ayat skema :)

Joey Mie berkata...

Dalam membincangkan isu panas macam ni aku rasa mudah...

soalnya siapakah pengajur dan siapakah golongan ini bernaung..industri filem negara maka suatu hari golongan -golongan ini juga sendiri bakal mengangkat nama perfileman malaysia...tapi bila kita dah mula lebihkan pengarah luar untuk mengangkat mereka terlalu gah sampai kita terlupa bahawa industri kita ada ramai pengarah yg berkaliber untuk sama-sama memberi pandangan.

skrang masalahnya kita bukan mempertikaikan riri reza dtg atau tak.
kita bercakap kenapa pengarah kita tak diberi peluang sama rata..malah sepatutnya lebih..lagi best ada pengarah dari pihak pengajur sendiri tak diberi peluang (walaupun mungkin karyanya ehem ehem)....

now i know...kita makin lupa apa yg kita perjuangkan...aku takot takot takot kalo macam ni terus terusan...lama lama hilang acuan malaysia...

jangan jadi

malaysia=indonesia
indonesia=indonesia...
sebab semua org ikot acuan orang hebat KONONNYA...

macamana..fikirlah...?

p/s:baru tahu cerita apa selepas baca dua kali

fadz berkata...

wah, ada godoh2..

jingga berkata...

ha...ha...ha... tanpa nama berlindung dibawah lindungan pelajar konon,jangan ingat engkau sahaja student,aku pun student jugak,beribu-ribu student dalam dunia ni semuanya kuat jati dirinya,baik di france,australia,us,uk....cetek vocabulary filem engkau apatah lagi kalau luar dari skop atau dunia kau yang kononnya orang filem.aku petik kata-kata engkau ni...'kami ketepikan soal yang remeh',
ya yang remeh inilah akhirnya yang akan memakan diri engakau nanti.yang remeh inilah satu hari dalam hati kecik engkau nanti akan berkata 'eh aku silap ambik koslah'kebengapan aku akan kau lalui nanti...kebengapan aku ini akan kau telan bila engkau grad,kebengapan aku ni lah akan jadi pisau yang akan menghiris 7 lapisan urat saraf engkau bila sinetron menguasai media prima dan astro....pergi jahanam dengan tuntutan ilmu engkau yang kononnya nak menggalas apa yang dilalui oleh si riri tu yang kononnya engkau nak sedut zat falsafahnya...kau sedutlah....kau ni 'bogel kerana ditelanjangkan'.....plastik yang tak ada maruah langsung...hey blog ni mungkin semua orang filem agaknya,aku bukan orang filem dan pandangan aku merangkumi segala aspek politik,ekonomi,seni,etc...jadi sekali lagi aku ingatkan jangan berlindung dibawah cop student atau orang muda.....jika hendak
kau angkatlah UPIN DAN IPIN angkatlah 7 hari 7 malam,aku yang jauh diperantauan ni pun boleh bangga dengan kerja-kerja tu.....nak tunggu orang yang lenggok bahasa indonesia baru nak panggil...aku akan provoke habis habisan selagi ajami tak tutup perbahasan ni,semut kecil jiwamu kental dan aku faham maksud restropective yang kau anjurkan tu murni....tapi kenakalan bahasa aku adalah kerana aku pun macam kamu jugak orang muda berjiwa kental yang jatidirinya jangan dicabar tambah pula aku anak dagang di rantau orang,tak boleh terusik,dan mahu saja aku berdebat jika ada kegoyahan yang jelas....jadi usah diagong-agong yang jauh,yang dekat dan didepan mata harus kamu semua bukak dan telanjangkan dulu...

p/s ajami aku selalu membaca blog engkau dan aku suka dengan gaya pemikiran engkau dalam dunia engkau orang-orang filem...aku pemerhati dan aku pasti bongkak bila ada yang nak aku utarakan...aku singgah bila aku rindu berbahasa malaysia gaya aku...nama ku jingga.........

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama anda hanya lupa pada satu nama iaitu KAMAL ISHAK...pengarah ini anda semua lupakan...tanya org lama sapa x kenal KAMAL ISHAK atau tanya org finas sapa x kenal kamal ishak.... x perlu film dik...hanya berbekal kan telemovie OMBAK ITU ia sudah di bincangkan di sebuah universiti suatu ketika dulu,begitu juga MISI sebuah kisah seorg nurse di kg org asli,namanya besar di finas,di indonesia tetapi kerana bnyk producer yg mengejar kuantiti dia semakin lama semakin tersisih....karya beliau seperti jgn hentikan hujan itu(100% dlm hujan),landasan (100% di landasan keretapi) yg penuh dengan ini jika di filmkan tentu ia bleh di puji...dia lah sifu sebenarnya dlm industri ini...
karektor is pain,
film is forever..... di ambil dari kata-kata kamal ishak...

pestol aer

Ehsan Ismail berkata...

Salam semua,

Wow. Sungguh aktif ruangan tajuk ni.

Kita faham dan kita hormat pendapat masing-masing. Kita boleh menuntut ilmu di mana-mana saja dan dari mana-mana sumber tidak kira tempatan maupun dari luar, selagi ada peluang. Kita appreciate ada pakar dari luar mau kongsi pengalaman dengan kita.

Kita tidak ada niat hendak merendahkan sesiapa.

Sekira ada perkara yang menyinggung, kita pohon maaf.

Kita sangat gembira sebab semua pihak inginkan kemajuan industri perfileman negara kita, tidak kira golongan akademik, golongan usahawan, golongan pekerja dan golongan penonton biasa dari pelbagai lapisan masyarakat.

deennasour berkata...

AKU SURUH, GADUH,GADUH DAN GADUH LAGIK~ BILA LAGIK NAK TGK ORANG FILEM, PENONTON FILEM,STUDENT FILEM GADUH2 CAMNI.
ahahaha.

entry ni teramatlah simple. uncle ajami nak tanya tahu atau nak bagitau,
kenapa pengarah berkaliber di malaysia tak diberi peluang untuk membuat perkara yang sama macam RIRI???

aku sokong statement SINAGANAGA & FADZ!!!

bagi aku plak, syabas dan tahniah kepada pihak penganjur sebab sudi dan bersusah payahlah sgt menjemput orang dari indon untuk memperlihatkan lagi kelemahan Malaysia dalam byk perkara. dulu kita sanjung muzik indonesia,kita ambik gak kontraktor indonesia, sekarang kita jemput pulak RIRI.
cam penjajahan zaman moden je aku tgk,
terlalu lah ketara malaysia ni banyak kelemahan kan.

tapi tak salah jemput orang luar ni, sebab bak kata orang, untuk memperolehi ilmu, kita kena ada guru. cuma mungkin bagi ajami, kita dah salah pilih guru.walhal kita ada guru yang faham tanah airnya sendiri.mungkin korang tak sedar empunya blog ini seorang yang punya smgt nasionalisme yang tinggi.Yang terbakar bila orang sendiri dipandang sepi.*tetiba berfalsafah!

mungkin ada yang kata, kalau kita tak jemput orang luar, kita tak global! bagi aku statement ni amatlah salah.sebb?

sebab kita dah ada pengarah pembikin filem bertaraf dunia di sanjung di negara orang selama 5 bulan di perancis [amir muhammad], atau Yasmin Ahmad, kenapa tak jemput dulu????

kalau jemput orang negara sendiri, tak perlulah penganjur mengeluarkan statement "bersusah payah lagi". bolehle keluarkan statement, kami dengan rasa bangganya telah menjemput, pengarah tersohor negara untuk menjadi panel bengkel bla bla bla *contoh.
tak bangga ke pengarah kita dijemput oleh negara luar, tapi tak dipandang di negara sendirik?
tak malu ke???.

teringat aku sepotong sajak berbunyi,"apa guna tak hilang di dunia,kalau kewujudan tidak dirasa"

p/s: sebenarnya aku mengangguk,aku menggeleng baca entry and komen2 kat atas ni.

sinaganaga berkata...

Ajami,
Gua nak baca sajak untuk lu; sajaknya berjudul - BEBEH

Bebeh,
Lu ada lighter?




.
Lariiiiiiiiiiiiiii!

Tanpa Nama berkata...

yeah...kamal ishak...sepatutnya director mcm ni la lu interview bro...biar student2 ni kenal sikit...
-pestol aer-

sinaganaga berkata...

Guys,
Dikesempatan yang ada ini, Sindiket Sol-Jah ingin menjemput kesemua pelajar-pelajar filem (termasuk student2 si Norman, he he)untuk menghantar filem-filem pendek berdurasi 10 minit (10 minit ni termasuk credit title ya adik2) mereka untuk di tayangkan di Maskara Shorties pada bulan oktober nanti. Tak kiralah student part 1 ke, part 6 ke - semua orang boleh hantar karya mereka. Kalau terlampau banyak penyertaan - kami saring ya!

Untuk keterangan lanjut, sila layari sol-jah.blogspot.com

SM,
Kalau bagus-bagus filem pendek ini - mungkin pihak Astro boleh cover kaw-kaw punya eh! Wat say you?

Ajami,
Kalau interview gua lagi pada masa-masa akan datang - jangan tanya soalan panjang-panjang. Gua - kalu tak ada lighter - mudah lupa soalan apa yang lu tanya. Ha ha.

sinaganaga berkata...

"Bukan susuk-susuk tua, yang tidaklah memberi sumbangan sebesar mana pada industri Filem kita." - TANPA NAMA

Fadz,
Ni dia nak kata siapa ni? Pak Jamil Sulong? Pak Ahmad Mahmud? Uncle AV Bapat? Z Lokman? Raja Azmi? AR Badul? Aziz Satar?

Secara peribadi, walaupun pada saya abang Z Lokman punya filem... mmmm... macam... mmmm... oklah... he he... tapi, saya rasa Z Lokman ada juga memberi sumbangan kepada industri filem tempatan. Kalau tak besar mana sumbangannya - kalau kecil pun - sumbangan tetap sumbangan. Jika tidak pun filem2 beliau dalam bentuk 'dapat memartabatkan filem tempatan' - saya rasa ada kejayaan pembikin filem tempatan kita bertitik tolak dari melihat/membanding/mencerap/menilai dari filem2 arahan Z Lokman. (Hey, ini sebagai contoh ya! - dan secara peribadi saya katakan filem abang Z Lokman tak... mmm... aaaa... - tetapi tidak pula saya katakan keperibadian abang Z Lokman tak best!)

Pada saya, apa yang dikatakan oleh TANPA NAMA itu ialah pandangan pelajar2 yang masih 'hijau' dan dangkal pemikirannya. Dan, lebih malang lagi jika TANPA NAMA itu adalah mahasiswa/siswi dari UiTM Puncak Perdana - kerana jika inilah yang terjadi - saya rasa pensyarah2 mereka telah gagal untuk mendidik dan mematangkan pemikiran mereka.

Ya, betul - pengalaman akan mendewasakan dan semakin kita dewasa maka semakin matanglah seseorang itu. Semua ini memerlukan masa. Kematangan memerlukan masa. Berpandangan luas juga memerlukan masa. Melihat apa yang tersirat dari yang tersurat juga memerlukan masa.

Oleh kerana itu, cakap biarlah berlapik, wahai orang muda!

"Oh Rochang... cuba Rochang tengok akak ni... tengok, tengok, tengok!!! Akak dah tua ke, Rochang? Walaupun akak dah tua... tapi akak masih mampu nak buat filem lagi tau!!!!"

Ajami,
Lu ada lighter tak weh?

deennasour berkata...

Pada saya, apa yang dikatakan oleh TANPA NAMA itu ialah pandangan pelajar2 yang masih 'hijau' dan dangkal pemikirannya. Dan, lebih malang lagi jika TANPA NAMA itu adalah mahasiswa/siswi dari UiTM Puncak Perdana - kerana jika inilah yang terjadi - saya rasa pensyarah2 mereka telah gagal untuk mendidik dan mematangkan pemikiran mereka.

ehem, pensyarah diorang bukan yang nama Prof.A.Razak Mohaideen tu eh? oops~

Muhammad berkata...

wah en deennasour

iklan sekejap :-

rasukan ablasa apakah , yang sudah menghuni portal uncle ajami nieh..
sampai berderet komen
:P

baguslah..kita duk berkata , dari diam..senyap..sunyi macam kubur tanpa penghuni.

tapi jangan duk gaduh2
tak baiekkkk..nanti hilang kata , pusing bicaranya.

:)

azri berkata...

Ajami, jom kita lepak g minum secawan kopi. Kalau anda sudi lepak bersama saya. terima kasih.

kak su berkata...

"Pada saya, apa yang dikatakan oleh TANPA NAMA itu ialah pandangan pelajar2 yang masih 'hijau' dan dangkal pemikirannya. Dan, lebih malang lagi jika TANPA NAMA itu adalah mahasiswa/siswi dari UiTM Puncak Perdana - kerana jika inilah yang terjadi - saya rasa pensyarah2 mereka telah gagal untuk mendidik dan mematangkan pemikiran mereka."

TANPA NAMA yg masih 'hijau' dan...itu adalah Ares Bahar dari LAGI-LAGI FILEM

amer zaman berkata...

setiap isnin-jumaat ada tayangan filem. boleh rujuk pada poster tentang maklumat filem. hari rabu pula biasanya akan ada talk dari pengarah tempatan.

untuk pandangan saudara itu, biasalah, anak muda suka mendapat khidmat dari orang yang muda yang membuat filem tentang orang muda juga..lebih dekat rasanya.

Pyanhabib berkata...

helo helo,
lu orang dah habeh bersparing?
gua nak gulung...

Ajami Hashim berkata...

oit! bro pyan! lu tak reti nak tido kaaa? ahahaha! taulaa lu blakon Osman Tikus dlm KEMBARA SENIMAN JALANAN (gua dah war-war-war-war-kan nih! nx week gua review plak! ahahaha!)

P/S: ENTRI INI AKAN DIKEKALKAN SEHINGGA KONSERT AF7 MINGGU KE-2 ATAS SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN SEBAB RAMAI NAK BUBUH KOMEN LAGI! AHAHAHA!

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah sebuah entri provokasi... Tujuannya adalah untuk memprovokasi dan jawapan yang diberi adalah berbentuk provokasi...

Fair and square.

Apabila mengatakan penganjur dan penuntut menyembah filmaker luar, tiada jati diri, MELAYU MUDAH LUPA,dan berbagai bentuk kecaman lagi tidak pula dikatakan dangkal dan bersifat hijau...

komen-komen hentaman sewenang-wenang begitu dipanggil apa?

Pada aku kesemua pengomen yang menghentam itu adalah tidak matang, kurang rasional dan ianya adalah satu contoh kegagalan sistem pendidikan.

Hahahaha...

Yang konon paling berjati diri bernama JINGGA mengatakan menjemput karyawan luar adaah satu tindakan tak berjatidiri...tak patriotik...Yang kau ke luar negara tu buat apa? Belajar??? cari makan? Negara tanah tumpah darah kau ni dah takde tempat belajar? Dah takde para ilmuwan?

Kami jemput karyawan luar untuk mendapat ilmu dikatakan tidak mempunyai jati diri, tetapi Kau ke luar sana untuk menimba ilmu itu dipanggil apa?

Boleh pula kau lacurkan jatidiri kau di luar sana?... Hah...pelik...hahaha...

Sinaganaga... yup, aku akui ayat yang dikeluarkan adalah ayat yang tak berlapik... memang sengaja dibiarkan tidak berlapik untuk turut mengundang provokasi, Hahaha...

Tetapi sekiranya baca komen aku di atas, aku mengatakan bahawa aku sudi untuk mendengar dan memperoleh ilmu dari sesiapa sahaja baik pengarah dalam negara ataupun luar negara... Sila baca elok-elok...

Tetapi bukan semua yang ada di dalam negara ini baik-baik bukan? Yang bagus-bagus... Habis itu salahkah aku katakan kalau ada susuk-susuk lama yang aku tidak pandang hasil kerja mereka.

Perlukah aku bersikap hipokrit?

Oh, mungkin salah aku, Pengarah-pengarah lama filem kita semua hebat-hebat...semuanya sangat brilliant...

Kerana itulah Industri filem kita sangat hebat dan gah sekarang ini. Hahaha... Terima kasih kepada mereka semua. Hahaha...

Kak Su...Siapa Ares Bahar? Hahahah...

Ares Bahar berkata...

TanpaNama di atas dan Ares Bahar adalah orang yang sama.

Dan aku maksudkan kesemua kata-kata aku di atas. :)

Ares Bahar berkata...

Siapa yang tak berpuas hati dengan komen-komen balas aku di atas, boleh masuk blog aku... tak larat aihhh nak berjawab balas kat sini...

sambil itu boleh naikkan rating blog aku...hahahha

p/s- kat dalam blog itu ada reason kenapa awalnya gua guna TanpaNama.

Kah Kah Kah (gelak tanpa sebab)

liew pan tat berkata...

"sambil itu boleh naikkan rating blog aku...hahahha"

pathetic :)

Ajami Hashim berkata...

Salaam All,

Saya nak tanya ahlil-ahlil komen semua, beritahu saya sebarang majlis retrospektif utk pembikin filem Malaysia yg pernah dianjurkan di Malaysia? Tahun? Siapa? Penganjur?(yg jemputan khas mcm Kak Yasmin & Incik Amir kat obersea tu lain citer)


p/s: gua baru balik keja & nak tido!.. so, korang kalau nak berkomentar di sini TOLONG JANGAN MENCARUT ATAU MENGATA MANA2 NAMA PENGARAH VETERAN MALAYSIA kalau aku bangun tido nanti kalau ada komen2 cegitu, aku akan MODERATE kotak komen ni & sumpah org itu jadi peti-ais! ahahaha! so pls respek sesama umat manusia ok! dan kalau sesapa nak buat pengakuan mcm Ares Bahar yg guna 'Tanpa Nama' sgt dialu-alukan! chewahhh!

aman!!!

Weed and Bandages berkata...

huih!

kesat peluh yang tadak.

saat omar berkata...

Gua baru nak jemput Scorsese datang Puncak Perdana buat talk....so dah jadi kecoh camni gua kensel jelah plan gua tu ek? muahah....

deennasour berkata...

Poster tambahan kat entry ni betul2 nak kenakan batang idung pengomen2 semua. pe lak tak ada kena mengena.
ekeke.
tepat pada masanya tuh.

ehem, ajami, ko tak review jin hutan?
aku tak ada duit nak tgk wayang citer jin hutan ni, mintak2 minggu depan gaji masuk ada lagik.
miahaha

semut kecil berkata...

siapa nak join projek ternak lintah aku?? =p

pulangan lumayan... tak perlu bergaduh (begaduh dgn lintah je.. =p)

pulangan empat kali ganda... bantuan dan latihan disediakan.. diberikan khidmat nasihat oleh pihak kementerian pembangunan usahawan..

hahahaha =)

adik berkata...

Boikot Lagi-Lagi Filem & Ares Bahar yg kurang ajar. Support Ajami & Amy Ikram! Aswara rulz hehe

akak berkata...

hakkkptuihhhh!!!!!!!! amyikram yang asyik-asyik bangga filem gay comolot yang hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tu????????????? baik akak baca lagi-lagi filem!!!!!!!!!!!!!kuangkuangkuangkuang!!!!!!!!!!!!!!!!

orang kita berkata...

Asmkm, saya membaca satu-persatu komentar di atas sejak semalam dan dapati bahawa pihak penganjur dari pelajar TEKA agak emosional dan defensive apabila saudara ajami menulis entri ini yang saya rasakan bahawa lebih kepada soalan secara terbuka, kritis dan berjaya membuka ruang di antara pembaca untuk berfikir sejenak samada ia ada kes atau tidak? namun begitu setakat ini tidak ada seorang pun dari pelajar TEKA yang betul-betul ikhlas untuk menjawab samada sudah atau belum atau akan diadakan acara seperti itu untuk pengarah tempatan? Yang saya baca cuma seorang demi seorang mempertahankan bahawa majlis wacana saudara riri riza itu adalah bagus dan saya akui bahawa ia memang bagus. ajami sekali lagi lontarkan soalan yang sama di komen di atas namun setakat ini tiada seorang pun samada dari TEKA, ASWARA, UPM atau penggiat seni lain berani menjawab soalan yang sama? komen yasmin ahmad dan amir muhammad pula saya nampak maksud yang tersirat bahawa selain memberitahu bahawa pengarah filem kita mendapat pengiktirafan seperti riri riza di luar negara juga waktu yang sama saya baca sebagai sindiran kepada pihak yang berkenaan di malaysia samada mereka pernah diberikan peluang seperti itu di sini? saya juga nampak saudara anwardi jamil dalam komen di atas, maka hairan juga apabila ada komen yang agak sinis kepada veteran dimana saya rasakan sedikit-sebanyak tempias juga kepada pak jamil dan mak nani terang-terangan? saat omar seorang pensyarah uitm juga seakan tidak serius dan tidak cuba ambil jalan tengah untuk menjernihkan suasana namun lebih kepada humor sedangkan yasmin dan amir bernada kritikal? waima siapa pun kamu jingga saya rasa ada bait-bait isi yang bagus dalam keceluparan komen anda begitu juga tanpa nama yang kini kita ketahui sebagai ares bahar. fadz, sinaganaga, wawa dan ehsan yang tidak kena-mengena langsung dengan TEKA pula saya rasakan lebih faham apa yang ajami tanyakan. saya tertarik dengan fakta dari fadz mengenai bangkok film festival tersebut yang mungkin perlu diambil teladan bagaimana orang siam menghormati pembikin filem veteran mereka. saya akan datang membaca lagi untuk mengeathui ke mana akhirnya perbincangan ini samada sekadar menegakkan ego masing-masing atau mencari cadangan terbaik untuk pelajar filem dan seni perfileman tempatan itu sendiri? wassalam.

orang kita berkata...

tambahan

kepada semut kecil, azri dan amer zaman inilah peluang terbaik anda semua sebagai wakil penganjur acara tersebut untuk beri penjelasan mengenai acara seterusnya oleh TEKA bukan mencacai tidak tentu fasal mengenai lintah dan memberi komen dengan sarcasm di sini dan blog-blog anda semua. tunjukkan kredibiliti PR anda semua sebagai penganjur.

saat omar berkata...

Haha (menjawab Orang Kita)….

Saya sendiri tak rasa ini satu diskusi yang perlu diambil serius. Atau bila sesuatu itu jadi serius maka perlulah saya melayannya dengan lawak-lawak bodoh supaya tenang kembali suasana yang bergelocak(pinjam perkataan M Zain dalam Labu Labi) itu ha ha. (Ajami faham ni, dia orang Sg Manik)
Saya rasa yang membuatkan isu ini menjadi hangat adalah orang-orang luar yang mengambil kesempatan untuk kasi panas. Antara Ajami dan student TEKA takde masalah.

Tentang program Riri radzi itu,Kita kena ingat, that maybe ( I said maybe ok)ianya adalah sebahagian student punya subjek untuk menjemput mana2 penggiat seni dan bagi talk….dan jika program itu berjaya dilaksana dengan baik maka mereka akan diberi markah yang baik. Jika ini betul, maka makin ‘rare’, makin jauh, makin ‘oversea’ penggiat seni yang dijemput maka bertambahlah markah pelajar2 ini…Jika mereka berjaya menjemput dan penggiat seni luar seperti Spielberg, Ficher, Dumont, Kusturica,Sukorov, they gonna get a higher marks….or maybe , if they can get Ozu, Kurosawa, Felline, Welles, Ford, Hithcock maka akan berlipat-lipatlah markah pelajar ini.
Untuk menjemput penngiat seni luar..banyak kena consider seperti yang semua maklum. Tiket kapal terbang, hotel, makan minum dan lain-lain lagi. Ini bukanlah sesuatu yang mudah.ianya menjadi sebahagian daripada pengajaran and praktikal kepada pelajar2 ini untuk mengendalikan program yang besar seperti ini.
Sekalung tahniah perlu diberi kepada organizer yang kesemuanya adalah pelajar-pelajar yang terikat dengan kuliah, kewangan yang terhad dan macam-macam lagi karenah birokrasi.

Dalam masa yang sama kita akur dengan cadangan Ajami dan yang lain-lain. Memang menarik kalau dapat dibuat retrospektif Jins Shamsudin, Z Lokman, AR Badul dan lain-lain lagi. Akan cuba diusahakan nanti kalau panjang umur, kalau ada duit, kalau ada tenaga dan kalau ada kerjasama dari semua pihak yang terbabit.

Satu lagi saya rasa, perdebatan/ konflik ini seelok-eloknya tidak diketahui dan tidak harus sampai ketelinga yang empunya diri (iaitu Riri Ridza sendiri)dan Jika dia dapat tahu ada pihak mempertikaikan jemputan dia kemari maka tak eloklah tanggapan dia kepada kami tuan rumah. Wallahualam.

..Saya bukanlah pensyarah, saya cuma penolong sahaja…

:)

Tanpa Nama berkata...

nak cari kayu, nak cari kayu, nak cari kayu...

kelabu taik kucin berkata...

dgn org luar punyalah nak jaga nama baik tapi kurang ajar dgn org sendiri tak apa.

ironic

binkamera berkata...

Ramai pelajar-pelajar filem ini yang tidur. Di satu sisi, kelihatan semua pelajar-pelajar tidur kecuali seorang. Tambah celaka, ada yang berdengkur kuat. Tapi saya tidak terkejut dengan situasi ini. Kenapa? Sebab waktu makan tengahari, saya terdengar suara-suara sumbang berbunyi begini,

“Filem tu boring gile… Ala kita datang sini sebab nak tunjuk muka aje.”

fazleena berkata...

Riri reza dah datang dah pun. dah bagi talk dan kongsi ilmunya. sapa yg untung? takde sapa yg rugi. tak payah gaduh2. buat je filem yang bagus.

riri reza bukan saja bagus, cool, dia juga cute bangat.

azmir and the uitm's geng kamu semua superb. boleh bawa Riri dtg dekat.

p/s : kadang2 kalau dah takde apa nak buat, buatlah entry2 mcm ni. cipta kontroversi. kamu akan jd blogger paling popular. hehe.

Tanpa Nama berkata...

p/s : kadang2 kalau dah takde apa nak buat, buatlah komen kat entry2 mcm ni. bantai blog owner. cipta kontroversi. kamu akan jd popular sebab bantai blogger paling popular. hehe.

bitch

amy ikram ismail berkata...

salam..
jikalau kita menjemput local director yang bikin filem komersial yang tidak pentingkan sudut naratif dalam penceritaan, apakah itu proses pembelajaran kepada pelajar filem mahupun peminat filem?. Itu namanya nak pelingkup industri.. pelajar filem perlukan satu tunjuk ajar yang berguna untuk dimanfaatkan. Jadi, kalau nak panggil local director buat program mcm tue, tolong pastikan filem-filem tersebut bukan karya caca merba ok. Aku cuma nampak Yasmin Ahmad dan Mamat Khalid aje yg bikin filem ada kekuatannya... yang lain...?. fikir2 kan lah sendiri ok..

p/s: Saya tak kata director lain tak bagus... jangan salah faham ok

intan berkata...

APA SLHNYE NK BLAJA DR ORG LUAR??
NK WT KELAINAN...FILEM DR LUAR KALAU MASUK MALAYSIA CONFIRM DPT SAMBUTAN HANGAT..CONFIRM RAMAI YG TGK SAMPAI MASUK BOX OFFICE..


(P/S:hidup SEMUT KECIL!! yeah..!!)

Tanpa Nama berkata...

khabarnya,
pelajar TEKA (bukan kelab skrinfilem)akan menganjurkan dialog puncak perdana bersama ahli panel farid kamil dan nurliyana samsudin. moderatornya prof a. razak mohaideen.

kepada yang patriotik, jemput datang ya. ini semua lokal.

maPieCeoFarT berkata...

salam...sy salah seorg yg terlibat menjayakan acara retrospektif: riri riza...salam kenal...

makin lama makin hangat rupanya isu ni...terpanggil jugak sy untuk turut serta... rasanya penerangan dari saudara saat omar dah cukup menerangkan dan memberi kefahaman tak...? oh..belum...? ok...

riri riza bukan calang² pengarah yg kita jemput...slain untuk tujuan subjek, acara ni dianjurkan dan Riri dijemput untuk berkongsi ilmunya bersama pelajar perfileman...kejayaan beliau dgn filem² terdahulu dan yg terbaru (Laskar Pelangi) membuka ruang perkongsian ilmu dan kebetulan ada peluang dan kesempatan, pengarah projek pun mengambil inisiatif menjemput beliau...awalnya dgn harapan untuk membawa Laskar Pelangi bersama tapi x kesampaian...tak apalah, kesempatan dan kesudian riri untuk dtg kita manfaatkan dan adakan program selama dua hari...tapi tulah, terkilannya sy, bak kata binkamera, ada yg sampai tidur berdengkur dan mengaku hadir sekadar nak tunjuk muka... celaka...

kami tak langsung berniat mengenepikan pengarah tempatan...tapi untuk kelainan, kita pilih Riri supaya kita dpt perkayakan ilmu yg kita sedia ada dan dia ada... belajar, berkongsi dan insya Allah aplikasi... simple...

insya Allah, mungkin kalau ada penganjuran lain kali, kita adakan retrospektif dan jemput pengarah tempatan pula...

+ bro ajami... sy tak disumpah jadi peti ais kan? huhu... peace... =) +

~0^_^0~

Maizura Mohd Ederis berkata...

Salam,


Boleh sanjung Riri Reza tapi jangan perlekehkan Z Lokman. Dan buat lah filem untuk hidupkan Industri. Setahu saya, tidak ramai graduan filem yang terjun dalam industri. Sebaliknya memilih kerja lain yang tidak ada kena mengena dengan filem.

Betul kata Kak Yasmin : segala ilmu yang baik datang dari Allah, kan?

Tapi ilmu yang baik itu rugi kalau tak di manafaatkan. Kak Yasmin memanafaatkannya. Harapnya macam tu jugak dengan pelajar filem kita nanti. Jangan panggil Riri Reza hanya kerana hendak memenuhi keperluan kursus semata-mata.

Sekarang bukan masa untuk berpolemik berjela-jela, tetapi masa untuk bertindak.

Kata Aziz M Osman:

“masuk lah dalam gelanggang dan ubah lah dari dalam”.

Kami mahu lihat perubahan. Dan beberapa filem akhir-akhir ini bibit-bibit perubahan. Saya percaya perubahan datang dari orang muda dan orang berilmu. Tapi kalau orang muda dan berilmu hanya tahu berpolemik dan memperlekehkan orang, industri tidak akan maju walaupun bibit-bibit sudah kelihatan. Kita bimbang bibit-bibit itu tercantas kalau orang muda hanya hebat dari segi idealisme, tanpa disusuli perlaksanaan.

Boleh berpolemik tapi jangan sampai ia membuang masa (untuk berkarya) dan jangan sampai memutuskan silaturahim.

Kita ingin lihat munculnya Riri Reza versi Malaysia di kalangan graduan sekolah filem. Kalau 2-3 tahun lagi muncul, baru lah berbaloi menjemputnya datang dari jauh-jauh...sampai 2-3 hari lamanya untuk berkongsi ilmu.

Ekstremis b. Cinta berkata...

Atas dasar ilmu, kita bebas memilih sesiapa saja sebagai guru. Atas dasar amalan, haruslah ditimbang tara ilmunya. Matangkan fikiran dengan mendengar dan menutur kata-kata yang halus dan berhemah.

Hassan Abd Muthalib berkata...

Biarkan, biarkan.
Biarkan Si Luncai terjun dengan
labu-labunya.
Biarkan, biarkan.

Syabas, FACT, UiTM.
Lain kali buat selama 7 hari.
Gua support habis!

mrbolabola berkata...

afundi ajami

Vass berkata...

SaPe TANPA NAMA & ARES BAHAR nI?NaMpAk sGt nAk tuMpAng gLamEr & pOpulAriti AjaMi.TaKde kElaS giTu U~ NyAmPah I

Tanpa Nama berkata...

Hassan Abd Muthalib bersuara!!!

saya suka En Hassan menyebut:

Biarkan, biarkan.
Biarkan Si Luncai terjun dengan
labu-labunya.
Biarkan, biarkan.

afundi fendi berkata...

biarkan...biarkan...pak pandir mandikan anaknya keh keh keh

samasam berkata...

oit =)

Ajami Hashim berkata...

IKLAN: CERITA DONGENG HARI INI

Pada suatu ketika dahulu Singapura telah diserang ikan todak. Secara tiba-tiba, beratus-ratus ikan todak melompat ke arah pantai Singapura dan menikam ramai rakyat Singapura yang sedang berada di tepi pantai. Ramai rakyat Singapura mati terkena tikaman todak.

Raja Singapura amat terperanjat dengan berita serangan todak ini. Baginda pun pergi ke pantai untuk melihat sendiri malapetaka yang telah menimpa negerinya. Baginda berasa sedih melihat ramai rakyatnya dibunuh ikan todak. Bagi mengatasi masalah ini, baginda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di sepanjang pantai. Malangnya, lebih ramai rakyat yang mati apabila terus diserang ikan todak.

Seorang budak yang bijak bernama Hang Nadim telah menyaksikan serangan kejam ikan todak ini. Hang Nadim mempunyai satu akal untuk melawan serangan ikan todak ini. Tanpa berlengah, Hang Nadim pergi mengadap Raja Singapura.

“ Tuanku, patik rasa jika kita terus menyuruh rakyat menggunakan betis mereka untuk mengelak serangan ikan todak, lebih ramai rakyat yang akan mati,” sembah Hang Nadim mengadap Raja.

“ Adakah kamu mempunyai cadangan yang lebih baik ? “ tanya Raja Singapura.

“ Patik rasa adalah lebih baik jika kita menggunakan batang pisang untuk melawan serangan ikan todak ,” tambah Hang Nadim.

“ Batang pisang ? Bagaimana ? “, tanya Raja dengan penuh hairan.

“ Kita boleh menggunakan batang pisang sebagai kubu sepanjang pantai. Apabila ikan todak menyerang, jongor todak akan terlekat pada batang pisang. Apabila ikan todak ini sudah terlekat, rakyat sekalian boleh menetaknya hingga mati, “ tambah Hang Nadim.

Apabila kata-kata Hang Nadim didengar oleh Raja Singapura, baginda sedar akan kebenarannya. Tanpa berlengah, baginda memerintahkan rakyatnya agar menggunakan batang pisang untuk dijadikan kubu. Nescaya, buah fikiran Hang Nadim itu berjaya. Ikan todak berjaya ditewaskan dan negeri Singapura akhirnya terselamat.

Raja Singapura berasa sungguh gembira dan menghadiahkan Hang Nadim dengan sebuah hadiah yang sungguh istimewa. Baginda bersyukur kerana negeri Singapura dikurniakan dengan seorang budak yang sungguh bijak.

Malangnya, para pembesar negeri sangat iri hati dan dengki dengan kebijaksanaan Hang Nadim. Mereka khuatir Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat Raja.

“ Budak ini masih kecil tetapi sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Patik yakin Raja akan mengambilnya sebagai penasihat baginda,” kata Perdana Menteri kepada para pembesar negeri yang lain.

“ Hang Nadim mesti dibunuh! Patik akan memujuk Raja untuk membunuhnya,” tambah Perdana Menteri dengan marahnya.

Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Raja agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Raja agar membunuh Hang Nadim yang cerdik itu kerana takut apabila besar dia akan menjadi lebih cerdik. Mereka terus menyakinkan Raja jika Hang Nadim menjadi lebih pintar daripada Raja, nescaya mahkota Raja Singapura akan cuba dirampasnya.

Setelah mendengar hasutan para pembesar negerinya, Raja Singapura pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Nadim. Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dibuang ke laut. Ramai rakyat Singapura berasa sungguh sedih dengan kematian Hang Nadim yang telah menyelamatkan Singapura dari serangan todak.

Tanpa Nama berkata...

hang nadim ni tak bijak mana pun. sultan je yang bongok.

sinaganaga berkata...

Ajami,
Syabas! Penggulungan yang bagus dan menarik. Moralnya - terpulanglah kepada kita untuk membuat pilihan - sama ada untuk mendokong semangat Hang Nadim atau semangat Raja Singapura.

Tanpa Nama berkata...

Ajami.. aku terbaca satu blog komen pasal masalah sosial yang cuba digambarkan secara explicit dalam penghasilan karya.. aku definitely rasa he's pointing his finger to Anu Dalam Botol, Akhirat n others with the same trajectory n method.. pada aku, apa yang dia kata tu ada sikit betul.. tapi cuma aku nak tau feedback dari engkau tentang apa yang dia kata..

link kat bawah ni..

http://satuhala.blogspot.com/2009/03/kenapa-sampai-perlu-meraba.html

Boleh ulas sikit.. anybody..? tq

Maya berkata...

Secara peribadinya Maya amat2 berharap pihak berkuasa yg terlibat secara langsung dgn dunia perfileman Malaysia buka mata dari suara hati dan komen2 panjang juga diharap pembaca/nak beri komen melihat apa yg tersirat disebalik tulisan Ajami yg sebenarnya bukan mengenai pelajar perfileman kita malah lebih dari itu dan Maya amat memahami perasaan Malaysia dgn senario hiburan terkini berkaitan negara Garuda. Maya ingin mengucapkan syabas pada Ajami kerana menulis isu ini.

Tanpa Nama berkata...

salam...aku x mewakili mana2 pihak,bak kera ke susu ke sebab aku insan terkecuali...bagi aku pihak penganjur menjemput riri riza tidak salah kerana pak riri itu adalah sebahagian dari director yg lahir ketika revolusi filem indonesia...saudara sekalian buang sedikit ego anda...org seni kita hanya berpegang pada ego...mungkin ilmu diperolehi dari pak riri ini boleh menjadikan plajar2 kita belajar tentang proses tranformasi dari pemikiran old school ke pemikiran alternatif...berapa kerat director bagus yg kita ada....xkan hanya director yg klise utk pelajar kita belajar....pelajar pun perlu pembaharuan....kalau tiap2 hari asyik mkn nasi ayam je tentu org jemu...begitu jgk asyik mkn ikan jaket je kt hostel tentu semua org dh jemu...kalau asyik uwei,yasmin,dan beberapa org lagi...tentu org dh jemu...mereka darah muda...org muda perlu perubahan dan mereka la yg bakal merubahkan semua...pengarah muda kita asyik mengikut telunjuk producer yg kapitalis utk berkarya maka jadilah karya mereka seperti ahmad idham,razak mohidden dan dengan riri riza ini juga mereka belajar apa itu perubahan.....oleh itu warga tua yg akan pupus simpan aja di muzium dan pawagam colessuem(lupalah ejaan)...org kita selalu memandang tinggi pada masa silam....buang kan ego fikirkan perubahan....

-pak sugiarto wagiman-

zubin berkata...

Tahniah Ajami kerana membawa persoalan sebegini, popularlah engkau, ramailah plak dtg sini, pas tu kau hebohkan pasal AF. Kau nak jadi Sultan Muzzafar jugakkah? Selamat Maju Jaya!

1. Nak tanya Anwardi pasal seminar Creative Industries, kat mana tuh, terlepas lagi aku! Nak tanya Anawardi Jamil, boleh tak pinjam filem Raja Bersiong? kalau skrip filem skali lagi best atau better still suruh buat workshop cakap pasal Jamil Sulong arah filem warna pertama di malaysia.

2. Riri kan pengarah yang ada skrang, so kalau Ajami nak yang Malaysia punya sempena Belilah Barang Buatan Malaysia, yang diimpikan kerajaan supaya ekonomi bertambah baik, carilah pengarah Malaysia yang sama umur atau yang setaraf dengan Riri yang telah mengarah filem sebanyak itu. Sapa ya? James Lee? Amir Muhamad? Pierre Andre? Tan Chui Mui? Ho Yuhang? Ahmad Idham? Yasmin pun dah terlebih umur, filemnya pun tak sebanyak Riri. jangan marahya Yasmin ku sayang! Jadi ini adalah kehendak pelajar2 filem yang masih muda, maka biarlah. Mereka pun ingin bebas, tak payahlah kita nak kongkong dia. Kita pun banyak melihat filem2 lain termasuk Jepun, India, Eropah, Amerika, Amerika Latin, why not Indonesia, tiket pun lebih murah. Kadangkala bawak orang tempatan lebih mahal harganya, banyak songeh jugak! Tak kena timelah dan macam2 lagi

3. Aswara pun ada jemput pengarah2 tempatan bercakap dalam pesona seni, baru lepas Jins Shamsuddin dan Mansur Puteh, dulunya saya tak tahulah plak. Tapi jarang nampak orang luar datang, cuma pelajar aje walaupun ianya terbuka untuk semua

4. Inikan anjuran pelajar UITM dengan Finas, biarlah, institusi lain pun boleh anjurkan jugak, kan banyak lagi institusi kat Malaysia, 40 semuanya, 20 swasta dan 20 awam, kalau tak buatlah atas nama ngo atau syarikat, kan banyak dapat kontrak bagai2 yang lain, buatlah juga yang tak berbentuk komersial

5. Kat institusikan ada berbagai jenis subjek filem, ada malaysia, ada asia, ada dunia dan ada asia tenggara, so ini agaknya yang itulah, kita kena buka mata, lagipun kitakan dok beli dvd pirated tu, kenapa nak sembunyi2 plak tgk filem asing, takleh hidup nye dok tengok filem melayu aje, mati kutu nanti. P.Ramlee pun banyak tgk filem lain malah mengkagumi pengarah jepun dan india dll. kan p.ramlee contoh awal sukses filem melayu hehehehe

6. Setuju dgn yasmin, kalau membicarakan filem melayu di luar negara lagi bagus, boleh mengembangkan lagi budaya dan falsafahnya, buatlah macam david teo buat kat London tu, tapi pilihlah filem hehehehe

Selamat RIRI Reza dan pengarah2 filem tempatan terutamanya yang muda2 ni

fadz berkata...

ajami, jika Saat Omar mengatakan bahawa tujuan projek ini dibuat kerana ada markah, dan dengan menjemput pengarah luar markah itu berlipat ganda, jadi apa salahnya. Ini permintaan silibus univ, bukan apa.. Kalau aku pun, aku panggil Scorsese macam Saat kata. Mungkin kerana "Indonesia" sudah banyak menyentuh perasaan pembikin filem kita di mana mereka selalu bagi alasan kenapa filem kita ditolak (tentu ini tak kena mengena pun dgn undangan ucapan Riri) yg menyebabkan kecaman ini. Kemungkinan kalau pelajar uitm memanggil sutradara Thailand, Filipina atau Singapura, hal ini mungkin tidak berlaku.

marinamirana berkata...

hahahaha semua org bising dan cuba tunjuk konon2 korang sokong pembikin filem tempatan....tatkala mereka perlukan bantuan, di mana suara korang? tatkala saudara azmir bergelumang mencari uwang untuk membawa riri riza berkongsi pengalaman dan ilmu beliau kepada pelajar UITM khususnya FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK, korang kat mana? Did we bark at your money to bring RIRI RIZA here? Come on la korang, syukurlah dia nak datang dan berkongsi ilmu. Kita amik yang bai, cukuplah, jangan asik nak persoalkan itu ini jer, membantu jauh sekali. Nikmati je lah apa yang tersedia daripada memekak tak tantu pasal.

Alahhhh kalau buat apresiasi pembikin filem tempatan pun, berapa kerat je yang datang? tu belum lagi kasi hemtam menghentam dalam sesi soal jawab.

Buat salah, tak buat pun salah. Apa sebenarnya yang korang nak?

Ajami Hashim berkata...

PENGGULUNGAN (sambil gelak guling2)
Salaam all,

nampaknya cukuplah kot kita semua berdebat sampai setakat ini sempena besdei gua arini!.. ahahaha!.. so gua LOCK kotak komen ni dan sila email ke: ajamihashim@gmail.com seandainya ada komen yg mintak di-DELETE atau menyentuh mana2 pihak.. sila bagitau komen yg mana?.. tapi ikut budi-bicara gua komen yg nak di-delete or not coz gua tuan tanah!... ahaha!...

kpd adik2 UiTM (TEKA) ~ truskan usaha korang! biasalah dlm donia nih kdg2 ada mende yg kita buat akan dikritik utk kebaikan korang gak utk dijadikan teladan mana yg baik.. or di-buatdek-kan jer mana yg busuk!

kpd rakan-taulan sahabat-handai blogger dr sekecil2 TANPA NAMA hinggalah ke nama2 BESAR industri perfileman tanahair, juga LECTURER ipta yg sudi berkomen-komenan serta 'God Father' gua incik Hassan (yg begitu meroyan jugak komennya) ..gua salut korang muahhh!.. apa yg dicatat di sini, kira habis kat sini jerlah ekkk!..

peace all! muahhh!

Ajami Hashim berkata...

BACAAN BAGUS
(sila klik pautan berikut)

Kenapa Sampai Perlu Meraba..?

Ajami Hashim berkata...

(lagi pautan)

U-WEI HAJI SAARI... MEMBUAT FILEM YANG BAIK SANGAT PAYAH

Ajami Hashim berkata...

RALAT

so, pada komen ke-100 ini.. gua sbg tuan tanah menyusun sepuluh jari dari ujung rambot until ke ujung kaki memohon ampun seandainya di sepjg 2 minggu yg lalu ada yg terasa hati & menyumpah-seranah semasa membaca komen2 di entri ini! lalala..

TAMMAT

p/s: sebenar-benar-benarnya entri '..kera di hutan disusukan' itu ditujukan kpd FINAS bukannya UiTM! ahahaha! (kalau ada yg baca apa yg 'tersirat' laaa! ahahaha!)