1. Dialog watak Farid "Tom Dick is Harry" ..hahaha!

2. Teknik CGI begitu teliti dan hebat sampaikan biasan cahaya lampu yang dibawa oleh Atuk (muda) dalam hutan pada babak pembukaan juga di-CGI-kan!

3. Cameo penulis skrip Nizam Zakaria sebagai Dr. Fadzli begitu mengesankan katanyaaa! walaupunnn!..

4. Dialog berjiwa remaja urban begitu santai digunakan, misalnya "Loser, Double-Loser, Moron!"

5. Berjaya memancing untuk dijadikan siri tv kerana banyak lubang plot yang dibiarkan tergantung, misalnya Ponti belum ditemukan dengan adik-beradiknya yang lain iaitu ibu/bapa kepada Farid dan sikembar Murni-Mubin.

6. Seandainya dijadikan siri tv, PAR boleh menjadi hip+hits seperti siri tv Kami yang juga akan mempopularkan indie band atau artis baru melalui lagu latar yang catchy.

7. Para pelakon muda yang begitu natural, misalnya saya sangat suka dengan watak Sofea (Farah Alya) yang sundal serta berjerawat! juga watak Mubin (Hairul Azreen) yang selalu bersinglet untuk menarik minat mana-mana penaja pewangi ketiak! hahaha..

8. Credit-roll terpaksa dibaca menggunakan kanta pembesar sebab font terlalu ya amat kecik!

9. Bunga Harum Mekar Malam = bunga orked???

10. Ghaz Abu Bakar dan Nizam Zakaria lepas ni boleh 'berlagak' kepada Yusry KRU dan Azizi Chuck! hahaha.. larrikkk!


trailer
Adblock

website
http://www.themediahustler.com/pontianakremaja/

info
saluran: Astro Ria (104)
tarikh: Ahad, 22 mac 2009
masa: 5 petang

pautan