1. Jangan harap kamu akan dapat tonton adegan-adegan ranjang dalam filem ini di pawagam tempatan!.. ops!

2. Percintaan yang sangat shocking, taboo dan tragis! Ia terbalik kepada lumrah lelaki tua yang gatal bercinta dengan gadis bawah umur.

3. Non-linear storytelling yang menjadikan babak penamat filem ini sebagai titik mula sebenar kepada semua flashback di tengah-tengah naratif filem.

4. Adakah kamu sanggup rasai perihal yang terbaik (terpaling lazat) dalam sepanjang hidup kamu yang sudah terlewat zamannya walaupun ia adalah sesuatu yang paling jahat dan terpaksa dirahsiakan untuk seumur hidup?

5. Kate Winslet memang LAYAK memenangi Lakonan Terbaik Wanita untuk tahun 2008.

6. Majoriti khalayak penonton yang agaknya menyukai filem ini ialah golongan andartu dan gay, sementara penonton yang mungkin jelik ialah lelaki-lelaki duda atau bujang terlajak! hahaha!..

7. Minat membaca buku-buku sastera Inggeris boleh dicetuskan dari keghairahan seksual yang pelik dan tanpa disangka?

8. Ia adalah sebuah filem semi-porno mainstream yang mungkin menimbulkan persoalan samada ia patut diterima-pakai sebagai sebuah penceritaan yang bagus seandainya adegan-adegan ranjang dipotong terus? Sejujurnya pada pendapat saya ia sebuah drama berkonflik yang masih baik kalau 'dibersihkan' (disunting/potong dengan smooth) sebahagian besar pembukaan filem ini. Tapi bila memikirkan semula bahawa perlakuan seks itulah PUNCA sebenar semua penceritaan selepasnya, saya tiada jawapan yang betul-betul tepat. Potong atau tidak? Namun begitu, adakah saya telah mempromosikan sebuah filem yang lucah? Kamu tontonlah sendiri!

9. Filem ini ialah sisi gelap setiap manusia dimana ia seperti dosa dan noda yang jauh di sudut hati, kita mahu lakukan untuk kepuasan naluri kehendak keghairahan. Ia adalah angan-angan dan imaginasi di luar kawalan serta batasan yang sensual nafsu syahwat setiap orang kerana ia adalah sebahagian ciri keperluan tubuh dan minda yang membentuk kita sebagai manusia. KECUALI kita melakukannya dalam halal sebagai pasangan suami-isteri yang sah, filem ini adalah haram 100% kerana seperti isi ala ceramah di kursus kahwin - jelas apa yang boleh dan tidak boleh dalam agama. Tapi sejujurnya saya sangat sukakan menonton bagaimana naratif filem ini berkembang kesan dari hubungan sulit yang sepatutnya dikeji itu. Maksud saya, bukan atas dasar oh! aku suka tengok tetek Kate Winslet atau keberanian full frontal nudity oleh David Kross? Sebenarnya saya mahu lihat kekronikan akibatnya sebagai teladan. Dalam erti kata lain, filem ini berkata don't do it! tapi kalau kau nak buat juga maka padan mukalah kalau ia memakan diri sendiri di kemudian hari.

10. Tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak di bawah umur walaupun ia kisah remaja yang baru nak akil baligh! hahaha!..

*ulasan lain:
Ezekiel Lee Zhiang Yang
umimia.blogspot.com